Showing posts with label johor negeriku. Show all posts
Showing posts with label johor negeriku. Show all posts

Monday, April 7, 2025

Perjalanan Balik Kampung Raya: Tradisi, Jem, dan Dugaan

Balik kampung pada musim raya sudah menjadi satu tradisi yang tidak boleh dielakkan dalam budaya kita. Walaupun setiap tahun kita tahu pasti akan ada kesesakan lalu lintas, namun semangat untuk berkumpul bersama keluarga di kampung membuatkan segala kesulitan itu terasa berbaloi. Tahun ini, perjalanan balik kampung kami agak mencabar, namun penuh dengan kenangan yang tak terlupakan.

Kami bertolak dari Senai di hari raya kedua pada pukul 9 pagi. Tapi jika diikut janji dengan adik-beradik sebelah isteri sepatutnya gerak sesudah subuh. Akan tetapi disebabkan agak sukar kejut anak-anak bangun tidur, mandi, pakai baju raya, semua tu ambil masa. Begitulah permulaan cerita.  Biasanya, perjalanan pulang ke kampung di Parit Sri Muar tidaklah begitu panjang, namun tahun ini, jalan raya yang penuh dengan kenderaan menjadikan perjalanan terasa seperti marathon! Kami sampai di Muar sekitar pukul 12 tengah hari, dan meskipun begitu, perjalanan yang lancar pada awalnya tidak bertahan lama.

Sebaik saja kami sampai di Tol Yong Peng Utara, seperti yang dijangka, jem sudah mula kelihatan sebaik sahaja melepasi bayaran tol. Apa boleh buat, orang Johor yang bekerja di bandaraya semua balik kampong mereka. Memang sukar nak elak jem kerana semua pemandu kenderaan menghala ke tujuan yang sama, iaitu ke Parit Yaani, Parit Sulong dan ke Muar. Penulis rasa begitu jugalah kot mereka yang berada di negeri yang lain. kan? Sementara itu, anak-anak yang berada di belakang kereta tidak dapat menahan rasa bosan dan mula membising. Pada mulanya, saya cuba untuk tetap tenang dan mengikut jalan yang lebih selesa meskipun Waze memberi cadangan yang berlainan. Tetapi isteri lebih cekap menggunakan Waze, cuma penulis sahaja yang tak nak ikut nasihat. 

Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..

Memang ambil masa nak melepasi traffic light selepas tol. Dan keadaan berlarutan hinggalah sampai ke traffic light Parit Yaani. Kemudian perjalanan agak lancar sehinggalah sampai di Kilang Munchy's. Tetapi berlaku lagi sekali jem apabila menghala ke Parit Sulong lagi sikit nak sampai jambatan. Okay..di sini memang tak boleh nak buat apa, pekan tu kecil kemudian banyak kenderaan keluar masuk dari kampong. Wife saya kata jika ikut Waze kita boleh potong Kampong Parit Lutok. Laa..sebelah kanan aje simpang kampong ni, apa lagi kita pun bagilah signal dan masuk jalan kampong. Huhu...best wei lalu jalan kampong walaupun satu lorong aje. Apa nak pening kepala..semua orang kampong ada di rumah masing-masing layan keluarga sendiri jadi memang tak jumpa satu langsung kenderaan dar arah bertentangan. Tahu-tahu aje di sebelah kanan saya ialah sungai Simpang Kiri. Laa..selalunya nampak sungai ni waktu menyeberang jambatan aje, kali ni dapat lalu tepi sungai, surprise!! 

Ingatkan boleh lepas jambatan bila lalu kampong ni, rupanya tak jauh jer dari jambatan. Maksudnya penulis melalui shortcut yang jaraknya pendek. Yelah kita mana tahu kawasan ni. Huhu...

Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..

Namun, pengalaman unik terjadi ketika kami melalui jalan kampung di sekitar Parit Yusof. Kami melihat semangat tradisi Baraan yang masih lagi hidup segar di kalangan anak-anak muda kampung. Geng-geng motor yang mengarak dengan penuh semangat menyambut raya, menambah keceriaan suasana meskipun kami terperangkap dalam jem. Inilah yang membuatkan perjalanan kembali ke kampung terasa lebih berwarna, dengan pemandangan yang membawa nostalgia dan kepuasan bagi kami yang jarang dapat melihat suasana kampung yang begitu meriah.

Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..

Sampai di rumah Pak Long, walaupun kami tidak lama di sana tahun ini, namun suasana kampung tetap menyambut kami dengan mesra. Anak-anak saya macam biasalah mesti nak tengok angsa dekat depan rumah, iaitu dalam kawasan rumah tauke jenama barangan eletrik terkemuka Selamat Electrical. Kami sempat menikmati hidangan asam pedas yang disediakan oleh sepupu belah isteri, yang tentunya membuatkan perjalanan yang panjang itu berbaloi. Orang Muar kalau masak asam pedas homemade, confirm pekat sikit kuahnya. Sedap!!..Syukran Alhamdulillah...sebenarnya kami tak plan untuk tidur kampong, tapi anak-anak dah bersuara nak juga. Terpaksalah saya berdiplomasi dalam hal ini. Bayangkan jika ada sepupu-sepapat mereka yang lain di rumah Pak Long, pastinya saya hilang kuasa veto. 

Namun, perjalanan pulang ke Senai tidaklah semudah yang dijangkakan. Setelah keluar dari kampung, kami kembali melalui Parit Yusof dan Bukit Mor untuk mengisi minyak di Petronas Parit Sulong. Jem semakin teruk apabila kami menghampiri lampu isyarat Parit Yaani. Walaupun begitu, kami tetap teruskan perjalanan sambil cuba untuk bersabar dengan keadaan.

Puncak cabaran muncul apabila anak kedua saya yang berusia 7 tahun tiba-tiba muntah dalam kereta! Bau busuk yang menyebar di dalam kereta membuatkan kami terkejut. Seingat saya pada ketika itu kami baru jer melepasi Simpang Renggam. Jadi, terpaksalah turunkan sikit tingkap walaupun hujan renyai bagi mengurangkan sedikit bau muntah.

Walaupun banyak kali terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, dan menghadapi cabaran seperti itu, saya tetap bersyukur kerana akhirnya kami sampai di rumah dengan selamat. Kemudian setelah isteri dan anak-anak berserta barang-barang dikeluarkan dari perut kereta, saya pun memulakan operasi mencuci seat, sental, lap berkali-kali dengan menggunakan sabun. Nasib baik leather seat. Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa perjalanan balik kampung bukan sekadar mengenai destinasi, tetapi tentang perjalanan itu sendiri. Kadang-kadang, kita perlu bersabar dan menerima segala dugaan yang datang.

Tahun depan, saya merancang untuk bertolak lebih awal, mungkin 2-3 hari sebelum raya. Dengan cara ini, mungkin dapat mengelakkan kesesakan dan menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tanpa tekanan perjalanan yang panjang. In Sha Allah.


Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar

Share:

Sunday, February 25, 2018

Sempena Birthday Anak...

Assalamualaikum...dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan masih terus bertenaga melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan segala amalan baik kita diterima olehNya. Insha Allah.

Di kesempatan ini penulis memohon maaf kerana telah beberapa minggu tidak mengemaskini laman blog. Tidak ada sebarang alasan konkrit untuk menyatakan kenapa tidak kemaskini blog. Kerja di studio multimedia senantiasa ON sahaja. Kalau tidak sibuk dengan shooting di studio, pasti akan sibuk editing video MOOC dan sebagainya. Hakikatnya kita sebagai golongan pekerja sudah pasti menerima arahan kerja dari masa ke masa dan bukan duduk goyang kaki atau berfesbuk dan whatsapp semata-mata. Nah, penulis kembali dengan entri terbaru yer! 

Al-kisah..anak penulis yang comel ini namanya Alisha. Dari hari ke hari tak kira masa, pasti si dia akan bertanya mak atau ayah, "bila ayah cuti?, bila mak cuti?". Bila kita jawab hari Jumaat dan bertanya kembali "kenapa Alisha?". Pasti si dia akan menjawab, "nak pergi Legoland". Begitulah senario anak kami di rumah. Manakan tidak, sebelum ini kami pernah buat pass setahun di Legoland dan telahpun tamat tempoh pass tersebut. Kali ini si dia menuntut lagi nak berjalan ke sana. Bila ditanya nak main apa kat Legoland, pasti dia akan menjawab Ninja Go. Huhu..memang seronok main Ninja Go The Ride anak beranak, fire sana sini depan skrin. Insha Allah..nanti kita ke sana lagi yer nak. Mak pun tengah sarat mengandung sekarang ni.

Oleh kerana bulan Februari lepas merupakan Birthday si comel, maka puan isteri mencadangkan kami sekeluarga melayan tuntutan anak ke Hello Kitty. Biarlah dia bermain dari pagi sampai ke tengahari di situ. Maklumlah dah kepingin dibuatnya. Perjalanan dari Senai Ke Nusajaya melalui highway mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba ke lokasi. Setibanya di Puteri Harbour, puan isteri pun berkata, eh bukan kat sini bang tempatnya..dalam bangunan tu haa. Laa ye ke? Maklumlah, tak pernah lagi ke sana. Puan isteri dan anak beserta Mak su dah pernah ke sini tak lama dahulu. Huhu dan huhu..Jadinya kami pun parking dalam bangunan. Sampai sudah. 


Mula-mula takut nak dekat dengan maskot 2 orang ni. Lepas tu terus melekat peluk. Sukalah tu.   Hailah nak..janji happykan. Melihatkan si comel bahagia dengan karakter Hello Kitty and the geng, mak dan ayah pun turut happy sama. Walaupun Puan isteri sedang sarat mengandung, tapi masih punya tenaga untuk bawa anak jalan-jalan ke mari. nasib baiklah Hello Kitty jer. kalau dekat Legoland, mungkin tak larat nak jalan di kedua-dua park. Mungkin bolehlah nanti lepas mak dah selamat bersalin, barulah kita pergi ke Legoland semula yer Alisha. :) Insha Allah...Baiklah setakat ini sahaja penulisan di kala ini, kita bertemu lagi di episod kedua akan datang yer. Tunggu...


Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Blogger | Cinematographer

Share:

Saturday, December 16, 2017

Kita bertemu lagi dalam siri bercuti di Mersing, Johor buat yang kesekian kalinya. Kepada pengunjung yang telah terlepas dua posting dalam entri ini, sila klik pada link yang disediakan di bawah:

Trip bercuti 2 hari 1 malam di Mersing bersama keluarga - EPISOD 2 - Part 1
Trip bercuti 2 hari 1 malam di Mersing bersama keluarga - EPISOD 2 - Part 2

Baik, setelah check-in di Riesa Inn dan meletakkan beg baju kami anak-beranak dalam bilik, penulis pun bawa famili ke pantai Telok Sari untuk aktiviti jalan-jalan tepi pantai dan bermain pasir. Tak sangka pula penulis kerana boleh terlupa landmark nak pergi ke sini. Nasib baiklah puan isteri masih kuat lagi memori bagai waze bergerak. Yang penting kena menyeberang jambatan batu Sg. Mawar terlebih dahulu kemudian jalan ke depan sikit barulah jumpa kawasan penternakan lebah di sebelah kanan jalan. Tempat ini memang sesuai untuk memancing/menjala pantai dan juga outdoor wedding photography. Kebetulan ada pengantin pula tengah photo shoot di situ. Tumpang lalu yer..

Memang menarik kawasan ni sebab pertemuan dua pantai sebelah kiri dan kanan sambil disaksikan pula jambatan yang kita lalu tadi di hadapan mata dengan jarak yang agak jauh. Waktu kami tiba ada 3 aktiviti yang boleh penulis saksikan di sini iaitu, outdoor photography, memancing/menjala pantai dan juga bermain tepi pantai bersama famili. Kebiasannya bila penulis sampai ke mari terus aje buka selipar dan main tepi pantai dengan anak, kali ini kami nak tengok pula view di pantai sebelah. Fuhh..cantik betullah pemandangan di sini. Ada pula famili tengah memancing/menjala ikan di pantai. Si Alisha makin lama makin dekat dengan diorang. Ishh..tak pasal-pasal mak yang kena ikut dia. Padahal mak Alisha tengah 5 bulan pregnant tu. ;) agak risau juga puan isteri nak turun ke bawah kerana ada tebing di situ tapi penulis yakinkan bahawa tiada apa-apa yang bahaya, kawasan ni berpasir. Maafkanlah abang sayang..sejak dari kecik lagi memang dah suka jalan-jalan tepi pantai. Bila kita dah berumah tangga dan tiba-tiba boleh ada idea nak pergi ke Pulau Tioman untuk aktiviti snorkeling, itulah antara aktiviti yang sering difikirkan dalam minda bilalah dapat pergi lagi ke sana yer. Mudah-mudahan kita diizinkan lagi untuk melakukan aktiviti yang serupa bersama anak-anak pula di masa hadapan.

Waktu malam pula kami hanya meronda di sekitar Mersing dan makan di Marrybrown. Kenapa tak makan seafood eh? Bagus soalan tu..kami pernah makan di sebuah Restoran Seafood tepi pantai suatu masa dahulu dengan mak penulis. Tapi..macam tak kena jer dengan tekak kami. Mungkin sekarang dah makin baik kot masakannya. Waktu kami pergi dahulu, tiada apa yang dapat kami komen selain telan jelah walau kurang sedap di tekak. Tiba-tiba puan isteri boleh dapat idea ajak pergi ke DIY pula yang tidak jauh dari situ. Uish..sempat lagi shopping sikit-sikit barang keperluan rumah. Tiadalah yang serius..cuma beli yang ala kadar sahaja. Dah sampai jer di Riesa Inn, penulis dukung anak untuk mendengar ombak pantai di kegelapan malam. Ya..memang Alisha takut sungguh dengan deruan ombak menghempas pantai di waktu malam. Ganas bunyinya..dah nak nangis dah anak ayah ni. Walaupun seberang jalan aje pantainya, tapi agak kuat bunyi ombak tersebut menghempas pantai. Terus naik ke bilik.  



Dah tak sabar dah tu nak lari-lari sepanjang pantai. Tapi bila ombak datang jer, lari.. 

Yer..kita kembali lagi ke Mersing, tapi ke pantai Teluk Sari kali ni. Seronoknya tengok orang lain menjala..rasa macam nak join. Nak ikat mata kail pun tak reti!


Inilah dia Mersing Riesa Inn. Walaupun ada 2-3 buah lagi banglow seperti ini, Riesa Inn juga jadi pilihan hati bagi mereka yang melancong ke Mersing.

Inilah jenis lembu limosin. Harga RM 12000 seekor. Uhuk..uhuk..cek baki duit kat purse.



Besar betul buah sawit kat belakang tu. Baja apalah yang ditaburnya ya. Eh..bunga orkid..huh lawanya. Tapi tak pandai nak jaga. Dapat tengok pun jadilah.

Baiklah...setakat ini sahaja penulisan dalam siri percutian singkat di Mersing bersama keluarga. Mudah-mudahan jika dilapangkan lagi masa kami anak-beranak, ke destinasi lain pula agaknya, Insha Allah..atau kena tunggu puan isteri bersalin terlebih dahulu tahun hadapan.

Wassalam..

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over

Share:
Kita kembali lagi dalam siri bercuti 2D1N di Mersing episod kedua. Kalau dah terlepas episod sebelumnya sila klik di sini: Trip bercuti 2 hari 1 malam di Mersing bersama keluarga - EPISOD 1 - Part 1. Baik, sebenarnya kami memang dah plan nak stay kar Riesa Inn setelah riki dalam FB mereka dan juga ingin cuba menginap tempat barulah katakan. Tapi apa yang penulis sukakan di sini ialah sarapan pada hari keesokannya. Membuka selera penulis..ada bihun goreng, mee kari, kueh kole kacang, buah pisang, air sejuk dan panas dan 2 jenis makanan lagi yang penulis pun dah tak ingat. Tapikan..menu paling sedap pagi itu ialah mee kari dan kueh kole kacang. Tengok jer dah tahu. Pehh!! Penulis bagi 4.5 bintang untuk menu ini. Maksudnya ialah..mana korang nak cari kueh tradisional seperti kole kacang yang sedap macam ni? Agak sukar nak cari dan kalau ada pun yang masaknya ialah baya mak-mak kita ataupun yang telah terlatih dengan menu kueh tradisional sahaja yang dapat masak sesedap macam ni. Sebab emak penulis pernah buat kueh tradisional untuk dijual di kedai runcit dan sangatlah sedap. Antara menu kueh-mueh yang pernah dijual oleh emak penulis sewaktu penulis masih bersekolah rendah ialah pulut panggang, kueh koci, kueh lapis, kole kacang, seri muka dan karipap. Seingat penulislah..semuanya sedap-sedap belaka. Jadi..itulah sebabnya bila kita pertama kali gigit makanan tersebut dan kalau dapat teringatkan kita kepada sedapnya makanan itu yang dimasak oleh mak kita sebagai contoh..sudah pasti pasti makanan itu hasilnya sedap. Panjang betul rangkap pertama inikan? Hehehe...

Daikin tau jenama air-con. Jangan ingat bila kau cabut kad kunci tu air-con tak padam. Walaupun seperti rumah banglow ada banyak bilik, fungsi tetap macam hotel cuma tiada TV dalam bilik kami.  

Pemandangan tepi pantai memang macam ginilah, sentiasa memanggil untuk jalan2 kaki ayam sambil main pasir.

 Dah tak sabar nak jalan2 tepi pantai   

Deka water heater dengan DC pump. Agak senyap sikit
 berbanding AC pump. Maksud penulis ialah bersih bilik
air di sini. 

Baik..satu perkara lagi penulis lupa nak beritahu ialah, kebetulan di Mersing pada waktu itu sedang berlangsung Karnival Mini Agro di perkarangan Pasar Komuniti. Dan ada beberapa artis yang turut menginap di Mersing Riesa Inn. Huh..satu banglow dengan retis gitew..hehe..jadinya aktiviti kami bertiga selain daripada jalan-jalan tepi pantai main pasir dan beli keropok kering turut diwarnai dengan kepelbagaian program di karnival ini. Terbaik! Tak rugi jugaklah datang dari jauh. Okay, kita juga stay satu resort dengan YB. Pagi-pagi depa dah borak pasal politik. hehe..memang tepatlah choice korang, menu sarapan pagi mee kari kat sini memang sedap!

Pemilik Risea Inn pula memang ramah orangnya. Kebetulan mereka ada cucu yang tinggal bersama ketika itu, jadi anak penulis pun tak rasa bosan sebab ada geng sebaya. Siap kena dukung dengan pemilik Riesa Inn. Alo lo lo..memang anak ayah ni ramah orangnya dengan atok eh.  Haa..gitulah peramahnya mereka jika korang ada anak sebaya dengan cucu depa. Anak penulis dah nak masuk 4 tahun dah tapi macam bertih jagung mulut dia. Dah macam radio bergerak bila dalam kereta. Tak payah nak ON radio, dia memang akan menyanyi atau berbual sorang2 sampailah rasa mengantuk. Pantang diajak berbual, ada aje idea si comel ni.



Sebelum nak keluar rumah tu sempat jugalah penulis angkat tangan kepada rockers malaya yang tengah duduk kat ruang makan sambil dengar lagu rock kat smartphone depa. Kami ada plan berjalan-jalan, jadi tak kesempatan nak hulur tangan bersalaman hello hello dan hai hai. :) Apa-apa pun lagu XPDC memang mantop! Isteri penulis pula kata, ala...ingatkan Wani Hasrita yang datang, kalau tak dah lama nak wefie dengan dia. thehehe..lain pula Wani yang datang kali ni. Takpelah..next time pasti ada program macam ni lagi di Mersing dan mana tahu mereka akan stay di Mersing Riesa Inn kan? Kat sini memang macam family rasanya. Maklumlah...konsep rumah banglow jadi hotel, makanya korang akan sentiasa bersemuka dengan pemilik ini. Jadi..rajin-rajinlah tulang pipi tu senyum dan ramah mesra kay!

Orait..jom kita sambung Part 3 : Trip bercuti 2 hari 1 malam di Mersing bersama Keluarga - EPISOD 2. Klik pada link tersebut kay! ;)

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice Over

Share:

Tuesday, December 12, 2017

Siri bercuti dalam negeri...   



Dekat-dekat pun bercuti juga!  

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Diharap anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kali ini penulis kembali lagi dengan entri terbaru berjudul seperti yang di atas. Aha..kalau korang semua memang melekat dengan blog penulis ni, memang ada satu lagi entri berkaitan dengan tajuk yang sama, tapi content dan tarikh percutiannya berbeza. Kalau nak tahu sila klik pada entri yang sebelum ini: Trip bercuti 2 hari 1 malam di Mersing bersama keluarga. Yer..kali ini episod kedua berjalan di Mersing bersama keluarga dan sudah tentu berbeza dari yang sebelumnya.  

Kali ini penulis dan keluarga telahpun riki FB Mersing Riesa Inn dan berhasrat untuk menginap di sana. Sebelum ini pun memang dah pernah nampak Mersing Riesa Inn sewaktu tengah drive nak ke Air Papan, cuma tak kesempatan untuk singgah. Kali ini dapat juga bertandang ke sini.

Tempahan melalui whatsapp
Puan isteri booking menggunakan whatsapp seperti mana yang disarankan oleh pemilik Riesa Inn. Kerana sebelum itu kami hubungi terlebih dahulu bagi mengetahui cara bagaimana nak booking. Yelahkan..bila sebut booking aje mesti teringat Agoda, Trivago dsb. Dengan bermodalkan RM 170 dapatlah kami bilik yang cukup selesa dengan 1 katil queen dan sebiji katil single. Apa lagi..cantumkanlah katil tidor anak-beranak.   Walaupun 2D1N, berbaloi dengan apa yang kami dapat jika dibandingkan dengan Hotel yang lagi satu tu. Sila rujuk link di atas untuk ketahuinya.

Puan isteri kata pada penulis, pemilik Riesa Inn ni ramah orangnya dalam perbualan telefon, macam feeling mak-mak gitulah. Haha..jadinya korang tak akan rasa seperti tengah nak booking. Lebih kepada perbualan biasa dan info bayaran dihantar melalui whatsapp kemudiannya. Haa..simple jer. Cuma penulis rasa bila tiada sebarang bukti pembayaran agak kurang enak bila mengenangkannya. Tapi Alhamdulillah..sampai sahaja di sana, memang dah ada nama kami dalam rekod mereka.   

Jangan ingat orang ol'skool tu ol-timer yang tak tahu apa-apa pasal teknologi. Mereka pun updated tau! Dan perlu diingatkan juga sewaktu kami booking dengan mereka, JUMLAH yang perlu dibayar ialah RM 220. Dah lari RM 50 kan? Haa..nanti bila korang nak check out pemilik Riesa Inn akan pulangkan balik RM 50 tu. Kay..

Orait..eh penulis tak beritahu pun bila kita orang gerak ke sana? Lupa pula, memandangkan 1 Disember 2017 jatuh pada hari Jumaat dan merupakan hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul), jadi kami sekeluarga bertolak pada hari Sabtu bersamaan 2 Disember. Keesokannya pula cuti Hari Ahad. Dapatlah satu hari free cuti. Alhamdulillah...

Kita orang plan nak gerak awal, tapi standard la kan..packing barang2 bukan setakat suami-isteri punya barang, anak punya barang pun kena kemas juga. Hehe..eh, itu tugas puan isterilah..lupa pula. Huhu..  dari Senai ke Mersing mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Eloklah tu..gerak pukul 12pm sampai pukul 2pm waktu check-in.



Sesi perbualan dari hati ke hati, kenal-mengenali, bicara pembuka rezeki. Alhamdulillah..jom naik atas masuk bilik pula.   

 Ok, rasa nak tidur pun ada tapi pantai di luar sana dah ajak berjalan2 atas pasir dengan kaki ayam.



Kemas susun atur bilik ni cuma tiada TV. Apa ada hal tiada TV bila korang dah stay kat Mersing? Jalan tepi pantailah sambil makan keropok lekor.    kannn....

Ok..kita bertemu lagi dalam post akan datang kay. Nanti penulis sambung menulis lagi.

Ikuti ke halaman seterusnya Part 2 - trip bercuti 2 hari 1 malam di Mersing bersama keluarga

Jeffri Rahman
Producer  | Cinematographer | Voice over

Share: