Assalamualaikum...para pengunjung yang masih setia menginap ke laman blog saya ketika ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana terus sudi untuk membaca, mengintai-ngintai, menyelak satu laman ke laman lain dalam blog saya ini. Apa yang membuatkan blog saya ini terus diupdate dari masa ke masa adalah kerana anda semua pembaca yang berterusan memberikan sokongan dalam pembangunan blog dunia digital ini. Nah, kini saya kembali lagi dalam entri percutian singkat bersama keluarga. Apa yang menariknya adalah saya dan isteri mengambil keputusan on the spot untuk bercuti ke Mersing selama 2 hari 1 malam pada hari kami bertolak iaitu 21 April 2017 hari Jumaat. Negeri Johorkan cuti hari Jumaat dan Sabtu. Jadi kami ambil keputusan tambah 1 hari lagi cuti iaitu hari Ahad oleh kerana hari Isnin ialah hari Pertabalan YDPA yang ke 15. Dapatlah 2 hari lagi cuti. Apa? Tak produktif cuti lama-lama? Saya dan isteri pun dah lama tak bercuti macam dulu-dulu waktu kami ke Pulau Tioman. Hajat nak bercuti adalah lebih kepada nak menghiburkan hati si comel kami ini. :)
Baik..kat mana saya nak mula ya, ok..
kami bergerak dari rumah lebih kurang tengahari. Singgah terlebih
dahulu ke KFC berhampiran dengan rumah untuk tapau sarapan kami
anak-beranak. Minyak kereta tak perlu diisi kerana separuh tangki lagi
ada. Confident boleh sampai ni! ;) Waktu standard dari rumah kami ke Mersing adalah lebih kurang 2 jam perjalanan. Kadang-kadang ada masanya kena memotong kenderaan yang agak perlahan dan sepanjang masa perjalanan akan maintain kelajuan sedia ada.
Kami buat pilihan menginap di Hotel Havanita, berhadapan dengan Petronas pekan Mersing. Agak mudah untuk bergerak mencari makan di sekitar kawasan ini baik makan tengahari atau makan malam. Disebabkan penginapan 2 hari 1 malam disediakan sarapan, maka tidak perlulah kami untuk keluar mencari sarapan. Kalau baca review dari tripadvisor berkenaan Hotel ini, kebanyakan daripada mereka mengatakan Hotel ini lebih sesuai sebagai tempat untuk transit dan bergerak ke destinasi lain pula keesokannya. Yer, saya dan isteri bersetuju akan hal ini. Sarapan pun tak banyak pilihan. Laluan nak ke biik pun suram-suram sahaja cahaya lampunya. Dalam bilik pun sama juga, tapi bersih keadaannya dalam bilik air. Pancuran air panas pun hangat, nak mandikan anak pun takda masalah. Cuma kedudukan bidet jamban sahaja agak songsang. Adoilaa..boleh terimalah. Bunyi air-con pun boleh tahan juga bunyinya. Kalau nak menginap ada view cantik tepian pantai, eloklah ke Air Papan atau Penyabong. Lagi best pergilah menginap di kedua-dua tempat tu. Maklum sajalah, on the spot nak bercuti ke Mersing. Telefon Endau Beach Resort pun katanya dah penuh. Kalau tak memang nak menginap kat situ. Next time kami perlu plan baik-baik kalau nak bercuti ke mari, Huhu..
Kami sampai lebih kurang pukul 2pm, oklah tu timing yang sesuai untuk check-in. Apa yang menariknya ketika isteri menelefon Hotel ini ialah, katanya bilik dah tinggal sikit, dah tu tak boleh booking menerusi telefon, kena datang sana terus buat payment. Cett..itu yang saya tak berapa gemar. Rupa-rupanya masih banyak lagi bilik kosong belum dibooking. Padanlah..ini mesti marketing purpose. Dengan harga yang agak boleh tahan jugalah untuk satu malam, korang boleh dapat hotel yang lebih baik jika booking menerusi Agoda. Contohnya hotel di Melaka..sentiasa ada diskaun bila korang booking menerusi Agoda. Sebab kami dah pernah merasa menginap di Hatten Hotel, Melaka pada kadar harga siap diskaun. Rating 4.2 bintang, merecik kauu... ;) Klik link ini Jalan-Jalan Di Melaka Sempena Birthday Alisha Safiya untuk ketahui lebih lanjut. tapi nak buat macam mana, nak drive jauh-jauh tak larat, lagi satu sebab nak bawak anak main-main tepi pantai. Mersing jugalah pilihan hati, Cuma..mungkin kami kurang explore kat google. Lesson Learned!
Setelah buat payment dan angkut barang ke dalam bilik dan selak-menyelak langsir, rupanya mengadap belakang hotel, cett..TAK BEST. Terus puan isteri turun ke kaunter bawah untuk menukar bilik lain yang mengadap ke parking, depan Petronas. Nampaklah kereta kita orang kat bawah, takdelah risau sangat. Macam saya cakapkan tadi, bilik masih banyak kosong dan boleh tukar bilik lain. Semua ni marketing purpose..yang agak extreme. Terima kasihlah sebab bagi kita orang bilik lain. Kemudian kami meneruskan aktiviti hari pertama dengan meronda-ronda sekitar pekan Mersing untuk cari makan. Seperti biasa, kalau ke Mersing pasti saya akan singgah di sebuah gerai jalan laut berdekatan dengan kedai-kedai jual keropok lekor dan keropok kering. Macam-macam kueh ada kat situ.
Perjalanan diteruskan dengan menghala ke Penyabong, konon-kononnya nak riki lagi Endau Beach Resort dengan mata kepala sendiri. Maklumlah..dah call tapi dah fully booked. thehehe.. ;) tapi sebenarnya bagus juga sebab dapat pergi riki lagi beberapa Resort lain yang ada di kawasan itu. Kami singgah di sebuah tempat yang melalui jalan ke rumah-rumah penduduk tempatan yang luas kawasannya. Berdekatan pantai, kemudian ada pula ternakan bebiri! Memanglah si comel tu geram sangat nak tengok sheep depan mata! Sebelum ni selalu menonton depan Tv aje, iaitu rancangan animasi 3D Shaun The Sheep.
Sebenarnya si comel dah tak sabar nak pergi ke pantai tu. Tapi maknya pegang tangan anak suruh jalan perlahan-lahan sebab pasir tu melekat kat kaki. ;)
Setelah main-main air di tepi pantai dengan mak dan ayah, perjalanan diteruskan menghala ke Kampong Penyabong. Di sinilah lokasi Endau Beach Resort yang dah fully booked tu. Takpelah..kita tengok dari jarak dekat sambil-sambil makan jagung manis yang dijual di tepi jalan. ;) Memang banyak kenderaan parking di sini tapi pemandunya tiada. Rupa-rupanya mereka pergi memancing dengan menaiki bot. Ohh..gitu. Dan lanskap pemandangan di sini memang cantik. Ada jeti dan pulau di hadapannya. Saya kira dari jeti itulah yang akan membawa pemancing tegar untuk memancing di kawasan sekitar. Dan di hadapan Endau Beach Resort ialah gelanggang bola tampar ala-ala pantai walaupun tiada pantai di situ. Bersebelahannya pula ialah jalan yang membawa ke pantai pasir lanun. Ingatkan nak drive jer masuk jalan tu, tapi macam risau pulak dengan keadaan bentuk muka bumi. Ohh..lupa kebetulan brother yang jual jagung manis tu bagitahu boleh aje bawa kereta ke sana. Cuma saya aje yang kurang berani..hehe, next timelah kay.
Dan yang bestnya pula bila sebut bab makan, di sini ada warong yang femes dengan cucur udang, ketam goreng (ikut musim), popia..fuhh, ampeh tul..saya boleh tak keluar pulak dari kereta. Itu pun lepas geng FB bagitahu selepas saya post foto di FB. Ishhh...melepas. Mungkin next time ke Mersing lagi pasti akan ku singgah!
Cantik pulak cuaca waktu ni. Lepas tu make-up sikit kat photoshop. Dengan asus zenfone aje tau ;)
Kita pun balik ke Hotel semula dengan membawa pasir yang melekat di tapak kaki dan selipar. Adalah juga kenangan yer dak. :p Setelah mandi dan usai solat, keluar semula untuk cari makan malam di kawasan sekitar untuk tapau ke bilik. Kiranya nak makan sambil nonton tv. Boleh tahan jugalah char kueyteaw..full stop. hehe..itu jer komen saya.
Si comel ni memang suka main kat tepi pantai sambil mencari-cari kepah macam filem pendek PIXAR Animation Studios, Piper. Mula-mula dia tak perasan apa yang dia pegang tu, bila mak bagitahu, barulah dia, oo..bird tu eh..hehe..
Hari kedua sarapan di Hotel seperti yang saya tuliskan di perenggan atas, tidak banyak pilihan makanan. Yang dah tersedia adalah roti dan jem menanti untuk dibakar dalam toaster (standard). Dan waiter yang bertugas akan bertanya ada 2 menu pagi ni. Fahamlah kami..memang tak ramai pun yang menginap di situ. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Air Papan sambung main air tepi pantai. Seronok betul tengok anak ayah dan mak main-main dengan pasir dan kulit kepah. Teringat di waktu kecil dahulu kala..beginilah keadaannya.
Dan sebelum balik ke hotel untuk check-out, pastinya tak sah bila singgah di Mersing kalau tak beli keropok kering di Perusahaan Keropok Hj. Puteh di Jalan Makam. Ada pelbagai jenis keropok yang rambang mata dibuatnya, keropok ikan tamban dan ikan parang yang menjadi pilihan. :) Barulah teringat..makan tengahari seperti nasi campur ada juga di Mersing Tourism Information Centre. Tempat untuk tourist cari info atau booking resort di Tioman atau day trip ke pulau-pulau di sekitar Mersing. Banyak pilihan makanan kat sini..baru hari kedua boleh teringat pula. Aduhai..tapi macam tak percaya jer harga makanan tapau untuk 2 orang. Cecah RM 34. Takdelah mewah mana kami makan..tapi sebab depa pandang kita macam tourist terus cas mahal. Ishhh..agaknyalah.. sambung makan di bilik dan berkemas-kemas kemudiannya untuk check out dan balik ke rumah.
Si comel nak kejar sheep tak dapat. Tengok dalam kereta jelah. Tapi ada pantai yer di kawasan ini. Cantik tau!
Inilah dia Penyabong Warisan Resort. Bukan setakat ada tasik jer, swimming pool pun ada. Nak buat majlis tepi swimming pool pun boleh. Terbaik! Yelah..kalau dah jalan-jalan kat Penyabong haruslah singgah ke mari, asyik tengok online ajekan.
Baiklah..setakat ini sahaja penulisan bercuti 2 hari 1 malam di Mersing. Lain kali saya akan sambung menulis pada tajuk yang lain pula. Insha Allah..jikalau dimurahkan rezeki, ingin menjejakkan kaki lagi di Mersing untuk stay kat tempat-tempat lain pula seperti di Mersing Riesa Inn sebagai contoh. Menarik juga tempat ni dengar katanya. Haaa..nak tahu ke? ;)
Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over
Terima kasih atas perkongsian👍🏻👍🏻
ReplyDeletesama-sama bang.
DeleteMersing tourism centre tu mmg mahal..sy yg dok mersing ni pon g 1x je mkn kt ctu😅
ReplyDeletealamak..betullah bang. huhu..mekasih bang bagi info.
Deletecanggih.. aku br nk pegi ni.. tgh survey2 apa aktiviti bleh buat kt sana.. tq bro
ReplyDeleteyer bro..jalan2 cari makan. hehe.
DeletePic cantik
ReplyDeleteAlhamdulillah..kita amek gambo pakai henpon aje kak. Jadiklah..ada juga kenang-kenangan.
Delete