Tuesday, June 7, 2016

Aktiviti Hari Keluarga KAPPELLA November 2015

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H buat semua umat Islam seluruh dunia dan juga pengunjung laman web cubitsanasini.blogspot.my. Kali ini penulis kembali lagi dengan entri terbaru setelah beberapa ketika hilang dalam dunia cyber. Hahaha! Hari ini merupakan hari pertama Ramadhan 1437H di mana umat Islam seluruh dunia menjalankan ibadah puasa. Oleh kerana telah ada beberapa entri sebelum ini dalam laman blog cubitsanasini ditulis pada bulan puasa, maklum sajalah di Johor ini cuti maka elok juga mengisi masa yang ada dengan menulis kembali aktiviti yang pernah dilalui pada akhir tahun lepas. Dan aktiviti yang penulis maksudkan ialah Hari Keluarga KAPPELLA pada 27-28 November 2015 yang lalu.

Sebenarnya telah lama juga pejabat kami tidak mengadakan aktiviti seperti ini oleh kerana kesuntukan masa. Maka ramai yang bertanya, "eh tak nak buat family day ke tahun ni? Buatlah..kita orang pun nak join juga dengan family." Haa..gitulah adanya request dari rakan-rakan staf yang sememangnya menantikan aktiviti hari keluarga ini. Kebetulan pada tahun 2015 penulis adalah Pengerusi Kelab Keluarga Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTMLead. Jadi berbekalkan dengan kewangan kelab yang boleh dikirakan cukup untuk jalankan program ini, makanya penulis bersama AJK yang lain berbincang akan hal tersebut.

Setelah mengadakan perbincangan mulut ke mulut dan riki dalam google beberapa tempat yang difikirkan sesuai dengan kewangan kami ketika itu, maka kami senaraikan beberapa resort pilihan hati. Ya, semuanya dalam Johor ya. Dan kebetulan pilihan kami dalam Daerah Kota Tinggi dan Mersing, maka penulis dan 2 AJK lain telah bersetuju untuk meninjau dengan mata kepala sendiri ke tempat tersebut. Dengan mendapat izin dari Ketua Jabatan, bergeraklah kami bertiga pagi itu menaiki Innova yang dipandu oleh penulis waktu perjalanan ke destinasi. 1st time drive Innova, ermm..best pulak rasanya drive long distance. Hehe..berangan kejap kononnya nak beli Innova.

Kami lalu Senai Desaru Expressway (E22) dengan menghubungkan laluan Tanjung Balau hingga ke Sedili Kecil. Tujuannya adalah untuk pergi ke lokasi pertama iaitu Mutiara Motor Resort. Kerana sepanjang kawasan ini terdapat beberapa lagi resort yang lain. Bolehlah singgah menyinggahkan? Nak mandi tepi pantai nanti lambatlah pulak balik ke pejabat. :p

Sebenarnya pejabat kami dah pernah menjalankan aktiviti hari keluarga di Mutiara Motor Resort sebelum ini. Tapi penulis tak dapat join pula waktu itu. Jadi kena riki juga kalau-kalau ada perubahan harga yang lebih menarik. Kedatangan kami di sana rupanya disambut dengan langkah kanan. Baru jer selesai bincang tarikh dan harga dengan Manager yang bertugas, beliau terus mengajak kami bertiga minum kopi dan makan bihun goreng. Erm..seingat penulislah, kopinya memang kaw dan bihun gorengnya pun sodap! Ohh..teringat kembali! :p Kemudian kami lihat keadaan sekeliling yang mendamaikan sambil angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi ini supaya menginap di sini, pilihlah tempat ini...0_0 Langkah kami dikanankan lagi dengan bertemu pula pemilik resort berkenaan, tak ingat pula nama Datok itu, tapi baik orangnya, tangannya yang menghulur salam terlebih dahulu daripada kami. Aduh..segannya!! Setelah selesai bincang tarikh dan makan kami pun berundur diri. Nama pun surveykan..kami amat berterima kasih pada Manager tersebut. :)

Amacam, cantik tak Log Villa ni? Haa..inilah dia antara chalet yang korang boleh pilih kat sini.




Haa..itulah dia Datok yang aku cakapkan tadi, pakai baju batik warna biru. Tengah discuss nak majukan kawasan ni lagi kot.

Perjalanan kami diteruskan pula ke destinasi yang kedua iaitu Tanjung Sutera Resort. Nama tempat ni pun macam dah gah, laman webnya pula kemas dan simple. Sebab itulah resort ini masuk ke dalam senarai  kami. Harga pastinya agak mahal, penulis fikir ketika itu. Takpe..survey aje dulu. Dan jarak perjalanan dari sini nak ke Tanjung Sutera tak berapa jauh, kira-kira 20 minit. Takpelah..sebab plan asal memang survey sampai ke Mersing.

Disebabkan perjalanan kami dari Kuala Sedili Kecil melalui jalan tepi pantai, adakalanya mata penulis sempat mencuri pandang ke  tepi jalan dan berangan nak mandi-manda ketika itu. Ahh..kalau diikutkan hati mahu sahaja berhenti di tepi jalan dan main-main pasir seketika waktu. Biarkan lagi 2 orang teman duduk dalam kereta dengan kerenah masing-masing. :p Tak pasti samada mereka akan tunggu, tinggalkan penulis di situ atau join sekali main air tepi pantai. Ohh..sudah banyak yang aku merapu ketika ini. 0_0

Waah..dalam beberapa saat mengelamun macam-macam dalam pemikiran ini terfikirkan pasal hari keluarga nanti. Harap-harap tempatnya menarik, makanannya sedap dengan bajet kami yang tak berapa besar. Ada kemudahan untuk aktiviti riadah dsb. Dan memang betul apa yang penulis fikirkan ketika itu. Setibanya di Tanjung Sutera Resort, hati sudah terpaut dengan landskap laut china selatan yang terdampar luas di hadapan kami. Fuhh...



Dah tak sabar nak book tempat ni kan? Asyik layan ombak menghempas pantai dengan tiupan angin menampar pipi ini seraya berangan..oh pilihlah tempat ini. Menarik pemandangannya..


Bilik ini memang menghadap ke pantai dan tak jauh dari kafe. Mudah bukan?



Ada 2 kolam mandi di sini. Jadi, adalah value added aktiviti dalam senarai. :)



Biliknya pun sejuk beraircond. Dikelilingi pula pepohon nyiur dan kalau bawa lens untuk birding, tempat ini pun ada pelbagai spesis burung.

Oleh kerana pejabat kami belum pernah lagi mengadakan aktiviti di resort ini, hati sudah pun berbicara mahu booking ini tempat. Tapi perjalanan kami masih belum sampai lagi ke Mersing, banyak lagi resort yang menarik di sana. Walaupun rate penginapan di sini agak mahal sikit berbanding di Mutiara Motor Resort, akan tetapi kemudahan yang ditawarkan sangat menarik. Bukan sahaja ada kolam renang, malah tasek di tengah-tengah kawasan penginapan pun boleh dijadikan tempat untuk buat aktiviti. 

Maka setelah selesai bertanyakan perkara penting yang berkaitan, kami pun bergerak menuju ke Mersing. Sebelum drive, on waze untuk set destinasi. Al-maklum sajalah walaupun nama orang Johor ada juga tempat yang kurang mahir perjalanannya. Sekali tengok masa perjalanan amek kau..1 jam lebih akan sampai ke Mersing. Urghh...malas nak tengok waze lagi, drive ajelah. Huh...gedebuk-gedebak drive dari Sedili Besar ke Mersing dengan kiri-kanan pemandangan kelapa sawit. Kenderaan pun tak banyak lalu kawasan ini.

Akhirnya sampai juga ke Mersing. Oklah..untuk ke posting seterusnya part 2 sila klik link ini ya.


Jeffri Rahman

Share:

0 comments:

Post a Comment