Thursday, May 24, 2018

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Diharapkan anda semua masih berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1439 H. Agak lewat sikit bagi ucapankan? Mohon maaf yer kawan-kawan sekalian.

Baik, entri kali ini penulis nak share bersama uolls berkaitan aircon kat rumah ni yang bermasalah. Aircon ini jenama Daikin Inverter, 1.0hp. Dah lapan tahun menggunakan aircon ini baru sekarang mengadapi masalah teknikal. Begini ceritanya, kadang-kadang ada masanya penulis akan onkan aircon ini pada waktu malam di bilik tidur utama. Dan seringkali penulis akan aktifkan timer OFF pada jam tertentu, contohnya kami masuk tidur pukul 11:00pm dan setkan timer OFF pada remote pukul 3:00pm. Beroperasi macam biasa dan belum jumpa lagi masalah ini. Sehinggalah satu malam tu tiba-tiba terasa panas pula walau dah onkan aircon. Belek-belek pada remote takda pula penulis aktifkan timer, hairan, macam mana boleh OFF sendiri ni? Rosak ke? Padahal masih mantap lagi. Tiba-tiba...aircon tersebut on dengan sendirinya. Eh..tak tekan apa-apa pun pada remote ni, biar betul takkanlah ada...   OMG!! Mintak dijauhkanlah dari perkara-perkara macam tu!  

Jadi itulah dia situasi di bilik tidur utama rumah kami sejak beberapa minggu yang lalu. Dan remote aircon tu pula dah lama rosak, nasib baiklah ada lagi satu remote jenama yang sama tapi bukan inverter. Ahh..janji boleh on dan offkan aircon betul tak? Tapi sejak dah rosak ni buang karen aje onkan aircon inverter ni. Memang confirm off sendiri. Huhu..jadi oleh kerana kami telah dikurniakan cahaya mata kedua maka penulis fikir elok panggil servis technician tangani masalah ini. Maka google jadi sasaran penulis untuk mencari maklumat berkaitan servis aircon di sekitar senai. Banyak rupanya, dari sebesar-besar company kepada sekecil-kecil company pun ada. Elok juga dapatkan kontraktor Melayu.

Developer untuk taman perumahan ini ialah KCC dan yang menariknya waktu penulis beli rumah di sini sekitar tahun 2010, pelbagai barangan free dan offer yang diberikan kepada pembeli. Antara yang kita dapat percuma ialah aircon jenama York 1.0hp, water heater jenama Joven (w/o pump), tangga lipat, sistem alarm, auto-gate jenis lipat, plaster siling complete, table top ready dan macam-macam lagilah. Harga belian pada ketika itu ialah RM 152 XXX. Keluasan rumah ialah 24 x 70. Haha..korang percaya tak dengan keluasan begitu harganya amatlah memuaskan. Penulis dah riki-riki taman perumahan lain sebelum kami buat keputusan untuk beli rumah ini. Kami dah riki ke Taman Impian Emas, Taman Nusantara, Kempas, tapi akhirnya sangat meminati projek KCC ini. Lebih-lebih lagi penulis telah diberi galakan yang baik oleh seorang staf di tempat kerja, iaitu Haji Jamil yang menetap di Taman Bahagia pada ketika itu. Dan projek perumahan kami bersebelahan dengan Taman Bahagia, rumah Haji Jamil pada ketika itu. Ya..setelah puas melihat dengan mata kepala sendiri perumahan ini, masuk ke dalam melalui pintu belakang rumah, belek-belek kualiti hasil kerja, ditambah pula dengan cakap-cakap Haji Jamil, "semua kelengkapan ada, auto-gate, table top, siling tinggi 13 kaki, dapat free itu ini, apa nak lagi?" Uish..terus terbuka minda penulis tak boleh jadi ni, mesti beli rumah ni. Beliau memang seorang yang suka bagi nasihat pada anak-anak muda untuk memliki rumah sendiri daripada perhabis duit dengan personal loan dsb. Alhamdulillah..terima kasih Tuan Haji atas nasihat tersebut.

Baik, kita berbalik pada topik asal. Jadinya penulis mengambil keputusan untuk memanggil Haiqal Brothers untuk servis aircon dan troubleshoot teknikal problem. Bila mana penulis beritahu teknikal problem dihadapi mereka pun panjat ke outdoor unit dan buat pemeriksaan. Ok, last servis tahun lepas itupun tak bawak turun compressor ke bawah. Jadi penulis pun bersetuju untuk servis terlebih dahulu dengan upah RM 180. Amek kau...berhabuk betul compressor tu. Huh..pasal tu kot tak sejuk. Dah settle cuci outdoor dan indoor unit, mereka pasang balik bagi mencari Error Code yang bermasalah dengan menggunakan remote aircon non inverter. Tiada masalah teknikal yang dihadapi melalui test Error Code ini. Tapi indoor unit masih lagi on/off seperti biasa. Jadi sekali lagi mereka buka balik indoor unit dan keluarkan pcb board di dalamnya. Untuk pengetahuan semua aircon inverter mempunyai 2 pcb board di bahagian indoor  dan outdoor unit. Kalau non inverter cuma ada satu sahaja iaitu di bahagian outdoor unit. Jadinya untuk urusan hari tersebut cuma servis aircon dan troubleshoot indoor unit. Tidak ada repair yang dilakukan. Servis aircon Haiqal Brothers amat berbaloi.

Sekali dia rosak, menggigil lututku...

Baik, setelah berbincang dengan isteri akan keadaan aircon yang masih bermasalah, maka kami berdua bercadang untuk panggil kontraktor asal pemasangan aircon dari tahun 2010 dahulu, iaitu Hong Lim Aircon. Kita buat temujanji dengan mereka untuk troubleshoot dan telah kenalpasti masalahnya iaitu pcb board indoor unit dah rosak. Maka mereka mengesyorkan supaya tukar pcb board yang baru dengan kos RM450. Huii..boleh tahan. Upah untuk tengok-tengokkan apa masalah aircon berjumlah RM50. Jika didapati ada masalah yang berlaku dan perlu ganti barang yang baru, maka upah RM50 tersebut ditolak kemudiannya. Dan satu lagi penulis beli remote yang baru daripada Hong Lim airon service ni. Sebab seperti yang ditulis dalam perenggan atas, remote untuk inverter ni dah rosak jadi kenalah beli baru. Kosnya berjumlah RM100. Jadi kiraannya begini; ganti PCB board baru RM450 + beli remote inverter baru RM100 = RM550. Tolak RM50 upah sebab ganti barang baru. Jadi semua sekali berjumlah RM500. Kalau masuk upah servis dari Haiqal Brothers Rm 180, maka jumlah besarnya ialah RM500 + 180 = RM680. Itulah dia sejumlah wang yang terpaksa dibelanjakan bagi membaikpulih sebiji aircon inverter yang mempunyai masalah indoor pcb board. Tarik nafas dalam-dalam...rasanya kalau tambah lagi RM100 dah boleh beli aircon baru kat Lazada ni.  

Alhamdulillah..selesai sudah masalah ini. Aircon pun dah berfungsi dengan baik. Jadi kita pun running aircon ni dari tengahari sampailah ke petang, Kasi sejuk dan test power setelah servis dan baikpulih.


Kau yang rosak hatiku yang tak tenteram. Hailah indoor PCB board.


Sebelah kiri kotak PCB board, sebelah kanan kotak remote aircon


Harga kasih sayang repair aircon inverter

Baiklah, semoga apa yang dilalui kali ini menjadi suatu titipan buat anda semua bahawa menggunakan aircon inverter ini amat jimat penggunaannya jika digunakan dengan betul, jika tidak boleh melambung tinggi bil letrik. Apa yang kami lalui adalah suatu pengalaman pertama kali apabila aircon rosak. Dalam benak fikiran dah terfikir baik beli aircon baru sahaja daripada repair. Tak mengapalah..lagipun aircon inverter ni masih tahan lama dan berfungsi dengan baik setelah tukar spare part yang rosak tu, Mudah-mudahan bila dah servis dan baikpulih ni akan tahan lebih lama perkhidmatan aircon ini. Penulis percaya jenama Daikin amat baik sekali di dunia! 


Jeffri Rahman
producer | Cinematographer | Blogger


Share:

10 comments:

  1. Perkongsian info yg Berguna, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga terus melekat di blog saya ini ya. ;)

      Delete
  2. Ramai gak org komplen inverter ni apa brand pun sama.. Pcb board suka rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia rosak, alahai..kosnya demam sampai hujung bulan. huhu..

      Delete
  3. non inverter pun sama jer mudah rosak..brg skrg semuanya made in china
    sy biasa x tukar satu set Mother Board, tp tukar kapasitor blower yg ada didalam mother board.
    ka[pasitor tu rosak makanya blower pun x bergerak tue yg indoor idop kjap lpas tu mati berkelip2
    berkelip2 jugak lah mata nak bukak & pasang mother board tu..hee..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah la. sama mcm kes saya ni. boleh idup sendiri pulak padahal tak tekan on remote button pun.

      Delete
  4. saya nak hidupkan aircorn tanpa remort mcmana

    ReplyDelete
  5. Prnh guna ac biasa x? Ncik prefer normal ac or inverter ac?

    ReplyDelete
  6. ooo baru tahu.. risau saya sebelum ni kenapa jadi macam tu sampai panggil orang datang.. ni ha nasib murah Servis Aircond Murah Shah Alam

    ReplyDelete