Showing posts with label halkerja. Show all posts
Showing posts with label halkerja. Show all posts

Monday, June 23, 2025

Assalamualaikum, salam sejahtera buat pengunjung blog yang budiman sekalian. Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam posting terbaru blog cubitsanasini dot blogspot dot com dengan pengisian terbaru berkaitan jalan-jalan di sekitar Tanjung Piai. Kali ini penulis ditemani oleh seorang Profesor pelawat dari Middle East Technical University, Turkiye ke UTM. Maka sebagai tuan rumah wajiblah kami membawa beliau berjalan-jalan menikmati keindahan negeri Johor ini. Oh ya..cerita ni tahun 2023, tapi baru ni kita rajin menaip. 

Bila Sebut Tanjung Piai Maka Kita Balik Kampong..

Ya, begitulah keadaannya. Pentadbir di pejabat kami mencadangkan lokasi tersebut dan sememangnya sangatlah dekat di hati penulis oleh kerana Serkat ialah kampong penulis walaupun dah lama tak balik ke sana. Alahai..ok takpe kita simpan jauh-jauh cerita tu eh. Ehem..

Sebenarnya memang tak sangka sebab kampong Serkat dipilih sebagai destinasi tourism. Maklum ajelah, kalau sebut aje Tanjung Piai rasanya semua orang Johor dah boleh bayang Taman Negara Tanjung Piai, Kopi Tenggek, Jeti Pengkalan Nelayan, Perpat Timbul, Kampong Chokoh dan kawasan sekitarnya. Telah terbit petikan bunga-bunga dalam sabunari ini apabila mengetahui akan pulang ke kampong halaman walau dalam masa beberapa jam sahaja. Oh, terubat sikit rindu di hati. Hihi..

Berhadapan tugu ikonik Taman Negara Tanjung Piai

Sebelum kita meneruskan perjalanan ke kampong Serkat, beliau telah dibawa melawat ke pejabat kami terlebih dahulu bagi mengenali lebih dekat fungsi dan peranan UTM CDex kepada UTM. Dan pada masa yang sama beliau juga diberi sedikit tugasan oleh Pengurusan UTM CDex untuk menerbitkan sebuah video Micro-Credential bertajuk Mobile Learning. Penulis pula diberi tanggungjawab editing video beliau. Okay..kita memang dah terbiasa dengan video production dan post-production untuk MOOCs dan Micro-Credential sejak tahun 2015 sehinggalah kini. Bila dah begitu lama dalam industri ni kan, lama kelamaan seolah dah dapat skill persis Instructional Designer pula. Yelah..pengalaman yang begitu lama dalam video akademik ni dah meresap dalam darah. Tapi..eloklah kita wujud sebagai Penerbit Rancangan, bukanlah jawatan dan tugasan lain ye! 

Penulis merapu dengan kondifen sewaktu short presentation tentang peranan dan tugas unit CMLT

Dah cuba sedaya-upaya tarik nafas depan kamera 

Prof 

Ömer Delialioğlu. Profesor pelawat dari Middle East Technical University, Turkiye


Perjalanan kami bermula di pejabat bagi mengambil kenderaan jabatan yang akan membawa kami ke destinasi. Pilot ialah bang Limi yang memang sempoi orangnya melayan Profesor pelawat ni sampailah ke akhir program. Kemudian kami menghala ke Pulai Springs Resort untuk mengambil Prof Omer. Mantap..minimal sahaja penampilannya, dengan spek hitam, t-shirt, seluar jeans dan berkasut sukan.

Dalam perjalanan ke Serkat, kami melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana lebih dekat laluan di sini. Yang penting adalah memperkenalkan tetamu kami kepada pembangunan dan kesejahteraan penduduk sekitar. Sempatlah juga kami snap beberapa keping gambar di jambatan Sungai Pulai. Tapi rasanya tak bolehkan letak kereta di bahu jalan lebih-lebih lagi di jambatan? 

Yang dua orang pakai kopiah tu barangkali saudara-mara juga. Cuma kita ni aje tak berapa nak kenal.

Haa..dapat juga bergambar tepi jambatan ni. Baru puas hati.

Saya ni memang kampung di Serkat. Tapi inilah 1st time jejak kaki ke Taman Negara Tanjung Piai. 
Dulu selalu bawak arwah mak pusing-pusing naik kereta kawasan ni jika saya balik kampung.


Kami bawa Profesor ni makan dulu di Kopi Tenggek Tanjung Piai. Saya pun ambil buah naga dari icebox kedai dan bawa kepada Prof. Dia cuba makan...dan perkataan pertama keluar dari mulut beliau ialah, refreshing.  mantaplah! Selesai makan kami pun shopping makanan kering seperti keropok di kedai yang sama. Banyak juga Prof. berbelanja, agaknya untuk bawa pulang ke rumah di Turkiye bagi anak-anak makan. 

Fuhh..siyes arr...berbelanja betul Prof. Omer. 

Tibanya waktu solat jumaat, maka kami pun menuju ke Masjid Noh Gadut. Berjumpa juga dengan sepupu di kampung iaitu Abu Hasan. Dia tanya..kau bawak siapa. Apa lagi kita pun jawablah bawak Profesor pelawat dari Turkiye melawat ke Tanjung Piai. Kemudian jumpa Pak sedara yang juga cikgu sekolah di kawasan berdekatan. Panjang betul perbualannya...saya minta maaf kepada beliau terpaksa cut short berbual sebab bawak tetamu. Alhamdulillah...begitulah keadaan kalau balik ke kampung, jumpa aje orang dikenali pasti disapa dan berbual mesra, Ayat standard ialah...lama betul kau tak balik? Aduhh... padahal senai dengan serkat tu naik jambatan sungai pulai aje.

Kemudian kami meneruskan perjalan balik ke Pulai Springs. Tiba-tiba ternampak pulak gerai jual durian di tepi jalan. Kenalah menyinggah dulu sebab kita dah cakap dengan Prof., kalau datang ke Malaysia ni tak sah kalau tak makan durian. Alamak..padahal bukan musim durian sekarang ni. Tapi..dia nak rasa juga..tapikan kalau tengah musim. confirm kita orang bawak makan maosang king atau ioi. Jadilah untuk alas perut. Saya kata dengan beliau tak boleh bawak balik ke Turkiye buah durian ni jika dah disimpan dalam tupperware dan dibekukan terlebih dahulu dalam icebox sebab risau basi nanti. Dapatlah beliau makan 3-4 ulas durian, janji beliau dah rasa cuma bukan maosang king, udang merah atau ioi.


Setelah selesai semuanya baru lega rasa hati sebab dari pagi sampai ke malam kerja kami ialah bawa pelawat jalan-jalan sekitar Tanjung Piai, Nusajaya memang penat rasanya. Apa-apa pun kami harap Prof. terhibur dengan apa yang kami bawakan untuk Prof dan semoga jika melancong ke Malaysia lagi, datanglah pada musim durian ya. Hehehe...

Wassalam

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar
Share:

Wednesday, April 30, 2025

Assalamualaikum,


Kembali lagi kita di episod 2. Kali ini saya nak ceritakan pula persiapan sebelum berkursus. Sebelum ini saya pernah lihat di laman web IPPTAR, apa jua kursus berkaitan penyiaran didaftarkan di sini. Akan tetapi sekarang ini semua kursus telah berada di bawah satu sistem berpusat iaitu dtims. Maka kita pun mohonlah di laman web ini. Ada banyak kategori kursus yang boleh kita lihat dan pilih mengikut skim jawatan masing-masing.








Macam mana apply, susah ke?

Takdelah susah mana pun apply. Baca dulu betul-betul di laman web dtims dan jika belum mendaftar, silalah berbuat demikian dengan mengikut arahan diberi. Dalam sistem itu akan detect kita punya gred perjawatan dari HRMIS, maklumlah staf gomen walaupun Badan Berkanun.  Jadi tak perlu risaulah nak kena taip satu persatu kerja mana, jawatan apa, sebab dah terpapar maklumat tersebut dalam laman web dtims setelah selesai anda mendaftar.

Kemudian, apa kena buat? Kita isi borang pengesahan kehadiran, inform superior, isi form pergerakan (di sini masih lagi amalkan guna kertas) dan disebabkan saya terlupa nak isi form ni maka seminggu attendance saya kosong, umpama saya tak hadir ke ofis. Akak di ofis yang jaga kehadiran tu amat strict orangnya, jadi tak boleh nak bawa bincang. Jika kita inform sebelum berkursus beliau akan catat dalam sistem kehadiran. Yang ini pun problem juga..jika dalam HRMIS kita hanya perlu apply online aje. Tak perlu tulis manual seperti sekarang ini. Apa-apa pun mistake happens, balik kursus baru isi borang.  Tapi saya berharap agar ada ruang bagi tambah baik supaya ada online form dalam sistem untuk kita isi dan ditujukan kepada akak jaga cuti, bos kecik, bos besar. Senang...satu kali kerja. Dan tak perlu isi pelbagai borang itu ini. Hangpa paham naa apa aku cakap ni? 

The next step ialah inform rakan sepejabat carikan pilot menggunakan sistem yang lain pula. Pastikan surat tawaran kursus ada supaya beliau boleh lock tarikh pergi dan pulang. Alhamdulillah semua selesai.

Itu urusan di pejabat..
Di rumah pula sehari sebelum bertolak saya gosok baju sekolah anak-anak supaya hari Isnin nanti isteri tak perlu gosok lagi dah. Saya memang suka gosok baju anak-anak. Setiap hari memang akan basuh baju, keringkan baju dan gosok baju mereka. Anak-anak perempuan ni ada tudung tak macam anak lelaki, cuma ada baju dan seluar sahaja. Jadi saya ada 3 orang anak perempuan..haa..tuan puan kiralah sendiri berapa banyak baju saya gosok selain baju kerja saya sendiri. 




Imej ini adalah janaan AI ya kawan-kawan 

In Sha Allah..kita bersambung lagi selepas ini.


Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

Share:

Tuesday, April 29, 2025

Assalamualaikum,


Kepada semua yang sudi berkunjung ke blog ini, saya mendoakan agar korang semua dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan. Penulis di sini masih lagi sihat, In Sha Allah. Kebetulan baru jer balik dari kursus di IPPTAR. Tak tahu eh apa tu IPPTAR? Okay, korang klik dekat link tu. Sebenarnya dah lama nak menghadiri kursus ni sejak tahun 2018 lagi, tapi asyik bertunda aje. Alhamdulillah, tahun ini jadi juga walaupun 7 tahun simpan hasrat tersebut.

Macam mana boleh ON kursus ni, tetiba jer?

Aha..orang kata apa tu, jika duduk bawah tempurung memang tak tahulah perkembangan dunia luar selagi masih duduk di ofis buat kerja yang takkan pernah habis. Dan memang telah berbelas tahun tak mohon kursus di luar UTM, maka setelah belek-belek laman web IPPTAR mencari kursus berkaitan penyiaran, maka jumpalah yang berkenan di hati. Siri Masterclass: Menguasai Teknik Pengarahan Program & Acara Langsung. Fuhh..dengar tajuk aje dah gah, apa lagi kita pun apply! Zasss...

















Dari tahun 2024 lagi saya dah survey kursus ni, tapi kali ni jadi juga akhirnya.

Mula-mula macam tak percaya, 5 hari kursus ni..banyak benda nak fikirkan sebelum boleh join, antaranya ialah:

  • penulis sedang dalam proses nak berpindah ke dept. lain dalam UTM. Lama tau, 20 tahun masih setempat tak pernah pindah (jumlah Skim Bakat dan Seni di UTM minoriti)
  • kemudian nak fikir isteri yang terpaksa uruskan anak-anak 3 orang. Basuh baju, gosok baju, kejut mereka bangun, makan-minum
  • betul ke pergi sorang-sorang ni takde geng? memandangkan dari 2018 dah pasang niat, elok kita teruskan
Maka saya pun membulatkan hati untuk menyertai kursus ini bagi tujuan meningkatkan lagi skills supaya dapat digunapakai dan diterapkan dalam kerja suatu hari nanti. Manalah tahukan kita dapat direct program entertainment? Knowledge dah ada. Di UTM pun dah ada Tricaster, tapi sayangnya device tu bertempat di Fakulti Pendidikan, kerana mereka mempunyai Skim J dan staf merekalah yang akan cover event konvo tiap-tiap tahun. Tapikan..setelah mengikuti kursus ini, percayalah confirm korang akan dahagakan nak direct 5-10 kamera dalam sesebuah event. Korang mungkin dah biasa dengan 3 kamera aje, namun setelah diberi suntikan semangat yang tinggi daripada tenaga pengajar, semangat untuk menjayakan MCP tu akan datang dengan penuh rasa keseronokan bercampur kerisauan.  jangan fikir risau lama-lama, yang penting dah plan dan buat preparation sehabis baik.

Ok, kita jumpa lagi selepas ini ya.
Wassalam


Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

Share:

Sunday, December 31, 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman blog ini. Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam entri terbaru dan kali ini pejabat penulis buat julung kalinya mengadakan Office Warming Day! Wow, apa yang menariknya sampaikan anak2 pun turut dibawa sekali? Haa..sebab itulah namanya Office Warming, kita nak meriahkan majlis ini yang sememangnya baru pertama kali diadakan setelah 18 tahun saya berkhidmat di pejabat UTM CDex. Tersangatlah rare GAIS!! 

Majlis ini berlangsung pada 28 Disember 2023, hari Khamis sewaktu ofis hour sampailah tamat waktu kerja. Aktiviti utama dimulakan di Dewan UTM CDex dengan semua staf dan ahli keluarga mereka berkumpul untuk bacaan doa, ucapan dari Pengarah, instructions untuk aktiviti, ambil saguhati, hadiah, anugerah staf terbaik bulanan berserta ruang kerja staf terbaik (EKSA). Yelahkan..nak nampak majlis tu padat, jadi sumbatlah semua event tu dalam satu majlis..barulah nampak meriah sikitkan?  Biasalahkan..ini juga boleh dikatakan strategi bagi menambahkan lagi perisa dan perasa yang menceriakan suasana.


Pada mulanya penulis agak gusar juga nak bawa anak-anak yang telah dihantar ke Taska terlebih dahulu. Sebab 28 Disember tu masih lagi hari cuti sekolah.  Risau sebab tak boleh handle ketiga-tiga Princess, isteri saya kata. Takpe..kita cuba dululah.  Tetapi..apabila melihatkan ramai ofis mate yang bawa anak-anak mereka ke pejabat, maka penulis pun ambil keputusan untuk ambil mereka di Taska. Maklumlah, ada macam-macam game yang dianjurkan. Pastinya diorang happy kat sini, begitulah yang saya fikirkan. 

Kebetulan, UTM dengan Taman Mutiara Rini taklah jauh mana, jadi sewaktu saya sampai di Taska baru jer selesai aktiviti Susu Farm Fresh yang datang ke situ untuk menghiburkan anak-anak sambil minum susu. Alhamdulillah..teruslah riang dan ceria apabila ayahnya kata "jom ikut ayah pergi ofis, ada macam-macam aktiviti tau untuk kanak2..tapi sampai tengahari aje, lepastu ayah hantar semula ke Taska kay". Haa..tak payah kita buka pintu kereta, mereka sendiri buka dan terus masuk dalam perut kereta. 


Sewaktu kami sampai, semua staf sedang mengikuti tentatif aktiviti, tetapi penulis bawa anak-anak ke belakang Dewan untuk main gelongsor angin (inflatable indoor playground) Cantik..takde orang, memang puaslah budak-budak tiga orang tu main sampai mandi peluh dibuatnya!

Agak lama juga ya mereka ni bermain gelongsor. Anak yang no 2 tu memang cepat berpeluh! Kalau bawa main-main di taman permainan pun begitu juga. Kadang-kadang mungkin setakat main tiup buih-buih tu, tapi bila dah habis sambung pula dekat playground. Mak dan Ayah terkejar-kejar diorang ni sambil teriak nama masing-masing. Begitulah kami bakar lemak yang tak seberapa sangat pun. 

Kemudian anak yang no 1 nak main VR pula, kami pun pergi ke dewan untuk cari PIC, ok..nampaknya PIC baru jer melayan kanak-kanak yang lain main VR tadi dan baru jer nak duduk di Dewan. Tapi disebabkan beliau sporting, maka kami pun naik ke tingkat atas untuk experience VR. Memang asalnya anak no 2 tu request minta beli untuk main-main dekat rumah. Uishh...harganya dahlah mahal. Nasib baiklah PIC tu bawa VR card board, murah dan selamatlah jika dibandingkan nak bawa Oculus 2, nanti apa-apa jadi, bapaknya yang susah. Alahai....hehehe...

Ingatkan dah sekali experience VR turun ke Dewan semula, rupanya anak no 2 nak pakai lagi VR card board tu, barangkali tak puas rasanya. Sebab 1st time kot merasa VR..seronok anak-anak ayah waktu ni. Alhamdulillah..agak terkawal juga di sini.


Kemudian bawaklah mereka ni turun ke bawah untuk makan-makan pula, maklumlah dah penat main, lapar katanya. Tapi yang makan cuma no 1 aje, yang lain2 cuma tengok dan menunggu masa kakaknya makan. Sahlah diorang ni nak main lagi. Huhu..lepas lunch aturcara diteruskan dengan online games Kahoot di Makmal Komputer UTM CDex. Amboi..terkezut bapaknya tengok soalan agak susah juga ya walaupun berkaitan dengan pejabat dan kerja..saya rasa elok jika soalan berkaitan dengan apa yang kanak-kanak suka berbanding soalan yang bertanyakan apa itu UTM CDex, lighting dsb. Sebab itu yang menjawab soalan ialah mak bapak, anak2 cuma klik aje mouse. Hahaha...tengok ajelah foto kat atas tu, En. Gaffar bagi jawapan siap2 kepada anak2 kita. 

Aktiviti seterusnya pula ialah upacara penyampaian hadiah dan saguhati kepada semua anak-anak yang telah mencukupkan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pejabat kami. Waktu ini separuh daripada belon yang tersusun di tepi stage dewan dah pun dipecahkan oleh kanak-kanak riang ceria dan gembira. Walaupun kelihatan agak tidak terkawal dengan diorang ni, tapi yang penting Pengarah kami happy dan terhibur bersama-sama dengan anak-anak kami yang datang untuk menceriakan majlis. Apakan tidak, gelongsor angin itu ditaja oleh beliau. Terima kasih banyak Prof! Semoga dimurahkan lagi rezeki dan dipermudahkan urusan. Aamiin.

Selesai majlis, anak-anak request nak ke belakang dewan untuk main gelongsor angin lagi, jadi kita layankan aje. Kali ini mereka bermain sama dengan anak-anak ofis mate yang lain. Kelihatannya mereka agak terkawal dan tidak mencetuskan hal-hal yang boleh membuatkan ayahnya menjegilkan mata ketika itu. Alhamdulillah. 



Sebenarnya ofis Multimedia ni baru aje siap renovation. Pecahkan dinding untuk besarkan lagi ruang dan gantikan karpet kepada vinyl, cat baru dan ada lagi projek doodle yang belum dimulakan lagi ni. In Sha Allah..akan datang ni dah boleh start agaknya. Jadi kita akhiri entri kita pada kali ini dengan ucapan terima kasih dan semoga anda semua dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan Aamiin.


Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar

Share: