Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, June 23, 2025

Assalamualaikum, salam sejahtera buat pengunjung blog yang budiman sekalian. Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam posting terbaru blog cubitsanasini dot blogspot dot com dengan pengisian terbaru berkaitan jalan-jalan di sekitar Tanjung Piai. Kali ini penulis ditemani oleh seorang Profesor pelawat dari Middle East Technical University, Turkiye ke UTM. Maka sebagai tuan rumah wajiblah kami membawa beliau berjalan-jalan menikmati keindahan negeri Johor ini. Oh ya..cerita ni tahun 2023, tapi baru ni kita rajin menaip. 

Bila Sebut Tanjung Piai Maka Kita Balik Kampong..

Ya, begitulah keadaannya. Pentadbir di pejabat kami mencadangkan lokasi tersebut dan sememangnya sangatlah dekat di hati penulis oleh kerana Serkat ialah kampong penulis walaupun dah lama tak balik ke sana. Alahai..ok takpe kita simpan jauh-jauh cerita tu eh. Ehem..

Sebenarnya memang tak sangka sebab kampong Serkat dipilih sebagai destinasi tourism. Maklum ajelah, kalau sebut aje Tanjung Piai rasanya semua orang Johor dah boleh bayang Taman Negara Tanjung Piai, Kopi Tenggek, Jeti Pengkalan Nelayan, Perpat Timbul, Kampong Chokoh dan kawasan sekitarnya. Telah terbit petikan bunga-bunga dalam sabunari ini apabila mengetahui akan pulang ke kampong halaman walau dalam masa beberapa jam sahaja. Oh, terubat sikit rindu di hati. Hihi..

Berhadapan tugu ikonik Taman Negara Tanjung Piai

Sebelum kita meneruskan perjalanan ke kampong Serkat, beliau telah dibawa melawat ke pejabat kami terlebih dahulu bagi mengenali lebih dekat fungsi dan peranan UTM CDex kepada UTM. Dan pada masa yang sama beliau juga diberi sedikit tugasan oleh Pengurusan UTM CDex untuk menerbitkan sebuah video Micro-Credential bertajuk Mobile Learning. Penulis pula diberi tanggungjawab editing video beliau. Okay..kita memang dah terbiasa dengan video production dan post-production untuk MOOCs dan Micro-Credential sejak tahun 2015 sehinggalah kini. Bila dah begitu lama dalam industri ni kan, lama kelamaan seolah dah dapat skill persis Instructional Designer pula. Yelah..pengalaman yang begitu lama dalam video akademik ni dah meresap dalam darah. Tapi..eloklah kita wujud sebagai Penerbit Rancangan, bukanlah jawatan dan tugasan lain ye! 

Penulis merapu dengan kondifen sewaktu short presentation tentang peranan dan tugas unit CMLT

Dah cuba sedaya-upaya tarik nafas depan kamera 

Prof 

Ömer Delialioğlu. Profesor pelawat dari Middle East Technical University, Turkiye


Perjalanan kami bermula di pejabat bagi mengambil kenderaan jabatan yang akan membawa kami ke destinasi. Pilot ialah bang Limi yang memang sempoi orangnya melayan Profesor pelawat ni sampailah ke akhir program. Kemudian kami menghala ke Pulai Springs Resort untuk mengambil Prof Omer. Mantap..minimal sahaja penampilannya, dengan spek hitam, t-shirt, seluar jeans dan berkasut sukan.

Dalam perjalanan ke Serkat, kami melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana lebih dekat laluan di sini. Yang penting adalah memperkenalkan tetamu kami kepada pembangunan dan kesejahteraan penduduk sekitar. Sempatlah juga kami snap beberapa keping gambar di jambatan Sungai Pulai. Tapi rasanya tak bolehkan letak kereta di bahu jalan lebih-lebih lagi di jambatan? 

Yang dua orang pakai kopiah tu barangkali saudara-mara juga. Cuma kita ni aje tak berapa nak kenal.

Haa..dapat juga bergambar tepi jambatan ni. Baru puas hati.

Saya ni memang kampung di Serkat. Tapi inilah 1st time jejak kaki ke Taman Negara Tanjung Piai. 
Dulu selalu bawak arwah mak pusing-pusing naik kereta kawasan ni jika saya balik kampung.


Kami bawa Profesor ni makan dulu di Kopi Tenggek Tanjung Piai. Saya pun ambil buah naga dari icebox kedai dan bawa kepada Prof. Dia cuba makan...dan perkataan pertama keluar dari mulut beliau ialah, refreshing.  mantaplah! Selesai makan kami pun shopping makanan kering seperti keropok di kedai yang sama. Banyak juga Prof. berbelanja, agaknya untuk bawa pulang ke rumah di Turkiye bagi anak-anak makan. 

Fuhh..siyes arr...berbelanja betul Prof. Omer. 

Tibanya waktu solat jumaat, maka kami pun menuju ke Masjid Noh Gadut. Berjumpa juga dengan sepupu di kampung iaitu Abu Hasan. Dia tanya..kau bawak siapa. Apa lagi kita pun jawablah bawak Profesor pelawat dari Turkiye melawat ke Tanjung Piai. Kemudian jumpa Pak sedara yang juga cikgu sekolah di kawasan berdekatan. Panjang betul perbualannya...saya minta maaf kepada beliau terpaksa cut short berbual sebab bawak tetamu. Alhamdulillah...begitulah keadaan kalau balik ke kampung, jumpa aje orang dikenali pasti disapa dan berbual mesra, Ayat standard ialah...lama betul kau tak balik? Aduhh... padahal senai dengan serkat tu naik jambatan sungai pulai aje.

Kemudian kami meneruskan perjalan balik ke Pulai Springs. Tiba-tiba ternampak pulak gerai jual durian di tepi jalan. Kenalah menyinggah dulu sebab kita dah cakap dengan Prof., kalau datang ke Malaysia ni tak sah kalau tak makan durian. Alamak..padahal bukan musim durian sekarang ni. Tapi..dia nak rasa juga..tapikan kalau tengah musim. confirm kita orang bawak makan maosang king atau ioi. Jadilah untuk alas perut. Saya kata dengan beliau tak boleh bawak balik ke Turkiye buah durian ni jika dah disimpan dalam tupperware dan dibekukan terlebih dahulu dalam icebox sebab risau basi nanti. Dapatlah beliau makan 3-4 ulas durian, janji beliau dah rasa cuma bukan maosang king, udang merah atau ioi.


Setelah selesai semuanya baru lega rasa hati sebab dari pagi sampai ke malam kerja kami ialah bawa pelawat jalan-jalan sekitar Tanjung Piai, Nusajaya memang penat rasanya. Apa-apa pun kami harap Prof. terhibur dengan apa yang kami bawakan untuk Prof dan semoga jika melancong ke Malaysia lagi, datanglah pada musim durian ya. Hehehe...

Wassalam

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar
Share:

Monday, April 7, 2025

Perjalanan Balik Kampung Raya: Tradisi, Jem, dan Dugaan

Balik kampung pada musim raya sudah menjadi satu tradisi yang tidak boleh dielakkan dalam budaya kita. Walaupun setiap tahun kita tahu pasti akan ada kesesakan lalu lintas, namun semangat untuk berkumpul bersama keluarga di kampung membuatkan segala kesulitan itu terasa berbaloi. Tahun ini, perjalanan balik kampung kami agak mencabar, namun penuh dengan kenangan yang tak terlupakan.

Kami bertolak dari Senai di hari raya kedua pada pukul 9 pagi. Tapi jika diikut janji dengan adik-beradik sebelah isteri sepatutnya gerak sesudah subuh. Akan tetapi disebabkan agak sukar kejut anak-anak bangun tidur, mandi, pakai baju raya, semua tu ambil masa. Begitulah permulaan cerita.  Biasanya, perjalanan pulang ke kampung di Parit Sri Muar tidaklah begitu panjang, namun tahun ini, jalan raya yang penuh dengan kenderaan menjadikan perjalanan terasa seperti marathon! Kami sampai di Muar sekitar pukul 12 tengah hari, dan meskipun begitu, perjalanan yang lancar pada awalnya tidak bertahan lama.

Sebaik saja kami sampai di Tol Yong Peng Utara, seperti yang dijangka, jem sudah mula kelihatan sebaik sahaja melepasi bayaran tol. Apa boleh buat, orang Johor yang bekerja di bandaraya semua balik kampong mereka. Memang sukar nak elak jem kerana semua pemandu kenderaan menghala ke tujuan yang sama, iaitu ke Parit Yaani, Parit Sulong dan ke Muar. Penulis rasa begitu jugalah kot mereka yang berada di negeri yang lain. kan? Sementara itu, anak-anak yang berada di belakang kereta tidak dapat menahan rasa bosan dan mula membising. Pada mulanya, saya cuba untuk tetap tenang dan mengikut jalan yang lebih selesa meskipun Waze memberi cadangan yang berlainan. Tetapi isteri lebih cekap menggunakan Waze, cuma penulis sahaja yang tak nak ikut nasihat. 

Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..

Memang ambil masa nak melepasi traffic light selepas tol. Dan keadaan berlarutan hinggalah sampai ke traffic light Parit Yaani. Kemudian perjalanan agak lancar sehinggalah sampai di Kilang Munchy's. Tetapi berlaku lagi sekali jem apabila menghala ke Parit Sulong lagi sikit nak sampai jambatan. Okay..di sini memang tak boleh nak buat apa, pekan tu kecil kemudian banyak kenderaan keluar masuk dari kampong. Wife saya kata jika ikut Waze kita boleh potong Kampong Parit Lutok. Laa..sebelah kanan aje simpang kampong ni, apa lagi kita pun bagilah signal dan masuk jalan kampong. Huhu...best wei lalu jalan kampong walaupun satu lorong aje. Apa nak pening kepala..semua orang kampong ada di rumah masing-masing layan keluarga sendiri jadi memang tak jumpa satu langsung kenderaan dar arah bertentangan. Tahu-tahu aje di sebelah kanan saya ialah sungai Simpang Kiri. Laa..selalunya nampak sungai ni waktu menyeberang jambatan aje, kali ni dapat lalu tepi sungai, surprise!! 

Ingatkan boleh lepas jambatan bila lalu kampong ni, rupanya tak jauh jer dari jambatan. Maksudnya penulis melalui shortcut yang jaraknya pendek. Yelah kita mana tahu kawasan ni. Huhu...

Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..

Namun, pengalaman unik terjadi ketika kami melalui jalan kampung di sekitar Parit Yusof. Kami melihat semangat tradisi Baraan yang masih lagi hidup segar di kalangan anak-anak muda kampung. Geng-geng motor yang mengarak dengan penuh semangat menyambut raya, menambah keceriaan suasana meskipun kami terperangkap dalam jem. Inilah yang membuatkan perjalanan kembali ke kampung terasa lebih berwarna, dengan pemandangan yang membawa nostalgia dan kepuasan bagi kami yang jarang dapat melihat suasana kampung yang begitu meriah.

Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..

Sampai di rumah Pak Long, walaupun kami tidak lama di sana tahun ini, namun suasana kampung tetap menyambut kami dengan mesra. Anak-anak saya macam biasalah mesti nak tengok angsa dekat depan rumah, iaitu dalam kawasan rumah tauke jenama barangan eletrik terkemuka Selamat Electrical. Kami sempat menikmati hidangan asam pedas yang disediakan oleh sepupu belah isteri, yang tentunya membuatkan perjalanan yang panjang itu berbaloi. Orang Muar kalau masak asam pedas homemade, confirm pekat sikit kuahnya. Sedap!!..Syukran Alhamdulillah...sebenarnya kami tak plan untuk tidur kampong, tapi anak-anak dah bersuara nak juga. Terpaksalah saya berdiplomasi dalam hal ini. Bayangkan jika ada sepupu-sepapat mereka yang lain di rumah Pak Long, pastinya saya hilang kuasa veto. 

Namun, perjalanan pulang ke Senai tidaklah semudah yang dijangkakan. Setelah keluar dari kampung, kami kembali melalui Parit Yusof dan Bukit Mor untuk mengisi minyak di Petronas Parit Sulong. Jem semakin teruk apabila kami menghampiri lampu isyarat Parit Yaani. Walaupun begitu, kami tetap teruskan perjalanan sambil cuba untuk bersabar dengan keadaan.

Puncak cabaran muncul apabila anak kedua saya yang berusia 7 tahun tiba-tiba muntah dalam kereta! Bau busuk yang menyebar di dalam kereta membuatkan kami terkejut. Seingat saya pada ketika itu kami baru jer melepasi Simpang Renggam. Jadi, terpaksalah turunkan sikit tingkap walaupun hujan renyai bagi mengurangkan sedikit bau muntah.

Walaupun banyak kali terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, dan menghadapi cabaran seperti itu, saya tetap bersyukur kerana akhirnya kami sampai di rumah dengan selamat. Kemudian setelah isteri dan anak-anak berserta barang-barang dikeluarkan dari perut kereta, saya pun memulakan operasi mencuci seat, sental, lap berkali-kali dengan menggunakan sabun. Nasib baik leather seat. Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa perjalanan balik kampung bukan sekadar mengenai destinasi, tetapi tentang perjalanan itu sendiri. Kadang-kadang, kita perlu bersabar dan menerima segala dugaan yang datang.

Tahun depan, saya merancang untuk bertolak lebih awal, mungkin 2-3 hari sebelum raya. Dengan cara ini, mungkin dapat mengelakkan kesesakan dan menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tanpa tekanan perjalanan yang panjang. In Sha Allah.


Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar

Share:

Sunday, May 14, 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog CubitSanaSini dot com. Terima kasih kerana masih setia berkunjung ke laman blog ini. Baik pada Oktober 2022 yang lalu penulis dan keluarga mengisi masa lapang dengan menelusuri Sungai Melayu menaiki bot yang disewa di jeti bersebelahan Restoran Pantai. 

Sebenarnya penulis diajak oleh keluarga kakak dari Kuala Lumpur untuk makan-makan di Restoran Seafood dan bertanyakan di mana asam pedas yang sedap di Johor Bahru. Terdetik di minda ketika itu Sungai Melayu adalah pilihan terbaik oleh sebab bukan hanya makan-makan sahaja, malah boleh juga menaiki bot menelusuri Sungai Melayu dan menikmati pemandangan indah di sekitarnya. Dan kakak bersetuju! Alhamdulillah.

Penulis pun sendiri pernah makan di sana dan membuat penggambaran short film untuk ofis pada tahun 2017 yang lalu. 


Short Film Impiran bagi Pembukaan Program NALI 2017

Kami sampai di Sungai Melayu sewaktu makanan dahpun sampai dan keluarga kakak dah mula nak makan. Aduhai..terlewat sikit kami waktu tu. Maklumlah..nak siapkan tiga orang anak2 comel ni ambil masa sedikit. Huhu..isteri saya pun makan taklah banyak sangat sebab nak bagi anak2 makan terlebih dahulu walaupun mereka ni nak main aje sepanjang masa.

Kemudian abang ipar cari person in charge jaga bot. Selesai deal..kami dapat menyewa dua buah bot berasingan. Cuaca pada ketika itu agak renyai jugalah tapi tak lama, Alhamdulillah. Dua orang anak saudara penulis hadir tapi yang sorang lagi tak dapat datang sebab baru aje mendirikan rumah tangga. Takpe..kita faham..masih lagi honeymoon time.  

Antara momen yang kami sempat snap. ;)

Penulis sendiri akui walaupun dah lama menetap di Johor, baru kali ini berpeluang menaiki bot menelusuri Sungai Melayu, Gelang Patah. Sebelum ini tak terfikir pula nak melakukan aktiviti sedemikian. Baik, di sepanjang perairan ini kita dapat menyaksikan ekosistem yang masih terpelihara. Terdapat rumah kupang iaitu platform bagi nelayan di sini bela kupang. Mungkin untuk dijual ke restoran berdekatan atau orang ramai yang ingin mendapatkannya. Mana tahukan? Bila sebut aje pasal kupang penulis teringat sewaktu zaman masih kecil dahulu, di mana arwah mak selalu beli kupang di tepi pantai lido. Dah takde lagi dah tempat ni, hanya pembangunan yang menyesakkan mata. Tetapi..biasanya arwah mak akan rebus terlebih dahulu kupang tersebut dan penulis akan sibukkan diri tolong arwah mak kopek kulit dan keluarkan isi kupang. Penulis paling suka kalau arwah mak goreng kupang dan saya akan pilih kupang yang saiz kecil dan ngap terus masuk dalam mulut. Sedap oooo... 

Waktu nak turun bot untuk naik platform ni kami rasa gayat juga tau 



Baik, jika ada kelapangan nanti, penulis akan cuba update entri terbaru berkaitan Pendaftar Multimedia - Tadbir Urus Teknikal. Youtuber BBNU tapi banyak experience cuma baru start berjinak-jinak dalam Youtube ni. Haha..ok? Insha Allah..bertemu lagi pada masa akan datang. Wassalam.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

Share:

Monday, December 28, 2020

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi kesempatan untuk menulis berkaitan aktiviti riadah dan santai sepanjang tahun 2020 yang mencabar ini. Maklum sajalah, kita masih lagi bergelumang dengan pandemik Coronavirus Covid-19 pada awal tahun ini sehinggalah masuk ke penghujung 2020. Masya Allah. Sama-samalah kita berdoa menadah tangan ke hadrat Illahi agar menghentikan wabak ini supaya kita dapat melalui kehidupan seperti biasa sebelum adanya penyakit ini.

Baik, oleh kerana negara kita masih menutup pintu sempadan pada ketika ini maka aktiviti ekonomi sektor pelancongan antarabangsa mula menyusut. Untuk itu kebanyakan hotel terkemuka terpaksa survive dengan cara menawarkan harga promosi yang murah bagi menarik pelancong tempatan menginap di hotel tersebut. Salah satu hotel yang turut menawarkan promosi ini adalah Forest City Marina, Gelang Patah, Johor. Bayangkan harga semalaman biasanya lebih kurang RM700 ++ tetapi disebabkan aktiviti promosi harganya turun kepada RM 199 untuk penginapan 2 hari 1 malam. Wow!! 

Disebabkan itu isteri penulis mencadangkan agar menginap di hotel mewah ini yang dahulunya kita hanya mampu tengok di tepi jalan seraya mengatakan, "erm..orang kaya ajelah yang stay kat hotel ni". Tapi kini tidak! Maka jangan kita lepaskan peluang ini, ayuh kita rebut! Maka pada 30hb Oktober 2020 yang lalu kami pun bersama-sama menjayakan peluang yang jarang-jarang nak dapat ni tau! 



Haa..memang betul tu, bagi Johorean yang average macam penulis ni hanya sekadar mampu tunjuk dan lihat hotel FC Marina ni waktu pertama kali datang ke sini untuk berjalan-jalan di tepi pantai sekitar tahun 2017 yang lalu. Tetapi akhirnya..dapat juga menginap di sini. 

Sewaktu dalam perjalanan ke hotel ini sempat lagi penulis berceloteh kepada isteri tentang pengalaman bekerja di PTP suatu ketika dahulu. Ya dah banyak kali ulang cerita yang sama jika lalu highway ini menuju ke pelabuhan. Hehehe..sabo ajelah ek! Syok oo bercerita zaman kerja sebagai RTG operator. Dari tak tau operate jentera sampai boleh bawak dengan jayanya as a pro! pehh! Bukan nak riak! Tapi bangga kerana diberikan peluang untuk mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Maklumlah, dari Multimedia ke Pelabuhan. Tak ke aneh tu..nak buat macam mana. Hidup harus diteruskan! Cewah!!



Penulis agak teruja dengan pembangunan di kawasan ini, malah kita boleh lihat sendiri seolah ada jurang besar antara rumah kampong dan hotel berserta kondominium.  Apa nak buat, hanya mampu tengok aje keadaan begini. Baik, bila dah sampai di hadapan hotel, maka Puan isteri pun keluar menuju ke front desk untuk check-in. 15 minit kemudian kami menuju ke parking pula. Alamak! Terjauh pula parking dari hotel! Takpelah kita jalan-jalan dulu di shopping kompleks apa ntah. Huuu...letih. hehe.. Seronok betul budak-budak ni dapat berjalan. Berlari-lari yang nombor 1 tanpa tunggu mak dan ayah seolah dia macam tahu aje bilik mana yang akan diinap. No 2 pun follow juga. Ish..bebudak ni. Sampai aje di bilik, wow..lagi sekali teruja! Luas biliknya, cantik view dari balcony, kemasan juga elok. Fuhh..sesuailah untuk merehatkan diri jika korang stay dengan kawan2, newly wedd. Macam kami ni dah ada anak tiga, harap simpan jauh2 feeling nak merehatkan tu. Sama aje tugas macam di rumah. hahaha..adoiyai..  


Jadi untuk petang itu kami disajikan dengan hi-tea. erm..bolehlah. Nak mintak lebih-lebih nanti kena bayar lagikan. Kita makan ajelah apa yang included dalam pakej. Lepas tu kami bawa anak-anak keluar hotel sambil berjalan-jalan di tepi pantai buatan manusia ni. Kita makan ajelah apa yang included dalam pakej. Lepas tu kami bawa anak-anak keluar hotel sambil berjalan-jalan di tepi pantai buatan manusia ni. Boleh tahan juga jauh berjalan, tapi budak-budak apa kisah sangat janji diorang happy. Maknya pula pakai baby carrier bagi anak yang no 3. Ada pulak tangga akan2 'stairway to heaven' konon dekat situ. Apa yang korang kena buat ialah naik tangga tu dan posinglah seakan merenung masa depan. Haa..kelas kau. Hehehe..anak no 1 tak berani sangat panjat sampai atas takut katanya, padahal tak tinggi mana. Iyalah nak. Ayah faham.   Letih dah berjalan kami masuk ke balik ke ruang hotel dan singgah kedai mynews kot? Entah tak ingat kedai apa dalam tu. Belilah roti butterscotch, jajan2 lain jika kelaparan tengah malam nanti. Nak buat macam mana, perut tak boleh tahan2 kalau lapar. Hahaha. Anak-anak pula sebenarnya suka mandi dalam bath tub. Itu target diorang jika menginap di hotel selain swimming pool. Kalaulah buih sabun dalam bath tub tu diandaikan macam lumpur, berkubanglah korang ya puas2!   analogi semata bukan betul pun berlumpur, tapi begitulah memang diorang berkubang dengan buih sabun dalam bath tub. Hehehe..





Itulah dia..kata blogger, tapi segan nak ambil gambar makanan waktu tengah dinner.   apa tidaknya, boleh tahan juga pengunjung yang datang ke hotel ni oleh kerana promosi RM 199, 2D1N. Maaflah ada kalanya rasa segan nak ambil gambar. Tiba-tiba terpandang pula sebuah keluarga di sebelah meja, laa macam pernah nampak ni. Sahlah geng satu tempat kerja lain2 Dept. Masing-masing menyambut baik seruan promosi ini rupanya. Hehehe..Apa yang penulis boleh katakan di sini tentang makanan waktu dinner adalah baik dan agak banyak pilihan untuk dibuat. Tiga kali penulis mengambil makanan untuk anak-anak dan diri sendiri. Isteri penulis suka buat pilihan mana yang dia suka nak makan. So bolehlah sama2 kongsi makanan yang ada. Alhamdulillah. Untuk sarapan pun sama juga banyak pilihan tapi kita ambil mana yang patut aja, nak makan semua mana mampukan. Jadi kami round lagi jalan tepi pantai sebelum packing check out tengahari.

Baik, apa yang boleh penulis rumuskan di sini sewaktu menginap di FC Marina Hotel ini adalah suatu peluang yang jarang kita dapat pada hotel bertaraf 5 bintang ini. Jadi seeloknya ambil peluang yang ada untuk menginap di sini sementara promosi habis pada hujung Disember ini, alamak..lagi berapa hari jer nak masuk 2021 kan? Ahaha..sorry gais lewat update blog!   Yang penting penjarakan fizikal, pakai facemask, kerap cuci tangan kay. Baik sehingga bertemu lagi di lain posting.

Wassalam.





Nak stay lagi kat sini boleh tak dengan harga RM 199?   

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
http://people.utm.my/jeffri-ar


Share: