Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog CubitSanaSini dot com. Terima kasih kerana masih setia berkunjung ke laman blog ini. Baik pada Oktober 2022 yang lalu penulis dan keluarga mengisi masa lapang dengan menelusuri Sungai Melayu menaiki bot yang disewa di jeti bersebelahan Restoran Pantai.
Sebenarnya penulis diajak oleh keluarga kakak dari Kuala Lumpur untuk makan-makan di Restoran Seafood dan bertanyakan di mana asam pedas yang sedap di Johor Bahru. Terdetik di minda ketika itu Sungai Melayu adalah pilihan terbaik oleh sebab bukan hanya makan-makan sahaja, malah boleh juga menaiki bot menelusuri Sungai Melayu dan menikmati pemandangan indah di sekitarnya. Dan kakak bersetuju! Alhamdulillah.
Penulis pun sendiri pernah makan di sana dan membuat penggambaran short film untuk ofis pada tahun 2017 yang lalu.
Short Film Impiran bagi Pembukaan Program NALI 2017
Kami sampai di Sungai Melayu sewaktu makanan dahpun sampai dan keluarga kakak dah mula nak makan. Aduhai..terlewat sikit kami waktu tu. Maklumlah..nak siapkan tiga orang anak2 comel ni ambil masa sedikit. Huhu..isteri saya pun makan taklah banyak sangat sebab nak bagi anak2 makan terlebih dahulu walaupun mereka ni nak main aje sepanjang masa.
Kemudian abang ipar cari person in charge jaga bot. Selesai deal..kami dapat menyewa dua buah bot berasingan. Cuaca pada ketika itu agak renyai jugalah tapi tak lama, Alhamdulillah. Dua orang anak saudara penulis hadir tapi yang sorang lagi tak dapat datang sebab baru aje mendirikan rumah tangga. Takpe..kita faham..masih lagi honeymoon time.
Antara momen yang kami sempat snap. ;)
Penulis sendiri akui walaupun dah lama menetap di Johor, baru kali ini berpeluang menaiki bot menelusuri Sungai Melayu, Gelang Patah. Sebelum ini tak terfikir pula nak melakukan aktiviti sedemikian. Baik, di sepanjang perairan ini kita dapat menyaksikan ekosistem yang masih terpelihara. Terdapat rumah kupang iaitu platform bagi nelayan di sini bela kupang. Mungkin untuk dijual ke restoran berdekatan atau orang ramai yang ingin mendapatkannya. Mana tahukan? Bila sebut aje pasal kupang penulis teringat sewaktu zaman masih kecil dahulu, di mana arwah mak selalu beli kupang di tepi pantai lido. Dah takde lagi dah tempat ni, hanya pembangunan yang menyesakkan mata. Tetapi..biasanya arwah mak akan rebus terlebih dahulu kupang tersebut dan penulis akan sibukkan diri tolong arwah mak kopek kulit dan keluarkan isi kupang. Penulis paling suka kalau arwah mak goreng kupang dan saya akan pilih kupang yang saiz kecil dan ngap terus masuk dalam mulut. Sedap oooo...
Waktu nak turun bot untuk naik platform ni kami rasa gayat juga tau
Baik, jika ada kelapangan nanti, penulis akan cuba update entri terbaru berkaitan Pendaftar Multimedia - Tadbir Urus Teknikal. Youtuber BBNU tapi banyak experience cuma baru start berjinak-jinak dalam Youtube ni. Haha..ok? Insha Allah..bertemu lagi pada masa akan datang. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment