Sunday, July 10, 2022

 Penulis Minta Maaf dan nak janji sambung semula menulis dalam blog ni  

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot dot com. Hailahhh kawan-kawan, berapa punya lama penulis tak mengupdate laman blog ini sejak ditinggalkan beberapa tahun lalu dek kesibukan mengupdate diri sendiri di pejabat dengan kerja tunggang terbalik sana sini. Adoilah...huhu..

Jadi kali ini penulis kembali lagi dengan update terbaru tahun 2022. Baik apa yang saya nak update sebagai penulis?

Jika korang semua ingat lagi atau mungkin dah tak ingat dah apa kerja yang saya buat di ofis, maka penulis akan update tugas terbaru ketika ini. Berbeza dengan projek video BLOSSOMS yang sebelum ini pernah menjadi tanggungjawab kami di ofis, sekarang ini kami lebih fokus kepada video MOOC dan Micro-Credential sebagai teras utama projek UTMCDex. Ada beberapa lagi projek kecilan yang boleh dianggap ad-hoc pada ketika projek teras sedang berlangsung, maka jika ada projek seperti MCP live stream maka pihak kami pun menggalas juga tanggungjawab tersebut. Lebih-lebih lagi ketika awal PKP yang lalu. Apa-apa program yang tidak dapat dijalankan secara fizikal, maka dijalankan juga secara dalam talian dan pihak kamilah yang bertanggungjawab terhadap program tersebut. Akan tetapi projek live stream kami tidak cover satu UTM, kami cuma cover yang berkaitan Teaching & Learning sesuai dengan peranan kami di UTMCDex.

Iya, projek MCP live stream ni penulis tak update sejak post yang lalu, oleh kerana pada tahun 2019 kami telahpun membeli video switcher tiga serangkai, iaitu switcher, recorder dan juga encoder jenama BlackMagic. Sesuailah dengan projek kami berskala kecil pada ketika ini.

Tiga sekawan: ATEM TVS HD, Web Presenter, Hyperdeck Mini

Amat sesuai kombo bertiga ini dengan projek yang kami jalankan oleh kerana sifatnya yang mobiliti, mudah dibawa ke mana-mana. yelahkan tak duduk dalam rak, cuba duduk dalam rak. Confirm berat jugakan!   Ada juga orang berkata, zaman sekarang ni NDI kenapa tak tukar aje switcher jenama Newtek Tricaster? Adui bang..dulu tak kenal NDI tapi bila dah kenal macam best pula nak tukar jenama tu. Tapi jenama yang sekarang ni pun bukan selalu digunakan, jarang-jarang sekali itupun jika ada projek live stream, dan mungkin tak semua tiga sekawan tu dipakai sekali, mungkin hanya pakai satu sahaja iaitu web Presenter. Memang versatil Web Presenter ni sebab dia boleh jadi switcher dan pada masa sama dia jugalah encoder! Jadi buat apa nak pening-pening kepala waktu streaming? Dah pakej dah. Hehehe..














MAGFE 2020. Majlis Apresiasi Staf Fakulti Kejuruteraan UTM. Salah seorang staf FK ni dahulunya staf kita orang, jadi mereka lantiklah kami sebagai teknikal majlis. Penulis ada perasan juga ada seorang dua ofis mate penulis yang mungkin kurang atau barangkali runsing sikit dengan penulis sebab penulis boleh operate gajet ATEM ni dan sambung kepada Datavideo UDC dan pipeline kepada laptop Macbook untuk streaming kepada StreamYard yang dijaga oleh staf FK tersebut. Audio laptop playback sambung kepada mixer dan return semula kepada Ultrastudio Mini Recorder bagi tujuan penghantaran signal kepada StreamYard. Maaflah..penulis memang suka kerja-kerja integration macam ni walaupun berjawatan Penerbit Rancangan. Yer penulis juga suka akan penulisan skrip, deklamasi sajak, bikin short filem, pengarahan drama, filem pendek, sinematografi. Berbelas tahun pengalaman dalam bidang Multimedia ni membuka banyak lembaran baharu dalam kehidupan penulis.

Baiklah penulis harap dengan entri kali ini menandakan sebuah permulaan untuk meneruskan posting pada masa akan datang dan seterusnya. In Sha Allah. Jika korang ada apa=apa pertanyaan berkaitan kerja saya, bolehlah hubungi di laman blog ini ya. Wassalam.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar

Share:

0 comments:

Post a Comment