Monday, December 28, 2020

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi kesempatan untuk menulis berkaitan aktiviti riadah dan santai sepanjang tahun 2020 yang mencabar ini. Maklum sajalah, kita masih lagi bergelumang dengan pandemik Coronavirus Covid-19 pada awal tahun ini sehinggalah masuk ke penghujung 2020. Masya Allah. Sama-samalah kita berdoa menadah tangan ke hadrat Illahi agar menghentikan wabak ini supaya kita dapat melalui kehidupan seperti biasa sebelum adanya penyakit ini.

Baik, oleh kerana negara kita masih menutup pintu sempadan pada ketika ini maka aktiviti ekonomi sektor pelancongan antarabangsa mula menyusut. Untuk itu kebanyakan hotel terkemuka terpaksa survive dengan cara menawarkan harga promosi yang murah bagi menarik pelancong tempatan menginap di hotel tersebut. Salah satu hotel yang turut menawarkan promosi ini adalah Forest City Marina, Gelang Patah, Johor. Bayangkan harga semalaman biasanya lebih kurang RM700 ++ tetapi disebabkan aktiviti promosi harganya turun kepada RM 199 untuk penginapan 2 hari 1 malam. Wow!! 

Disebabkan itu isteri penulis mencadangkan agar menginap di hotel mewah ini yang dahulunya kita hanya mampu tengok di tepi jalan seraya mengatakan, "erm..orang kaya ajelah yang stay kat hotel ni". Tapi kini tidak! Maka jangan kita lepaskan peluang ini, ayuh kita rebut! Maka pada 30hb Oktober 2020 yang lalu kami pun bersama-sama menjayakan peluang yang jarang-jarang nak dapat ni tau! 



Haa..memang betul tu, bagi Johorean yang average macam penulis ni hanya sekadar mampu tunjuk dan lihat hotel FC Marina ni waktu pertama kali datang ke sini untuk berjalan-jalan di tepi pantai sekitar tahun 2017 yang lalu. Tetapi akhirnya..dapat juga menginap di sini. 

Sewaktu dalam perjalanan ke hotel ini sempat lagi penulis berceloteh kepada isteri tentang pengalaman bekerja di PTP suatu ketika dahulu. Ya dah banyak kali ulang cerita yang sama jika lalu highway ini menuju ke pelabuhan. Hehehe..sabo ajelah ek! Syok oo bercerita zaman kerja sebagai RTG operator. Dari tak tau operate jentera sampai boleh bawak dengan jayanya as a pro! pehh! Bukan nak riak! Tapi bangga kerana diberikan peluang untuk mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Maklumlah, dari Multimedia ke Pelabuhan. Tak ke aneh tu..nak buat macam mana. Hidup harus diteruskan! Cewah!!



Penulis agak teruja dengan pembangunan di kawasan ini, malah kita boleh lihat sendiri seolah ada jurang besar antara rumah kampong dan hotel berserta kondominium.  Apa nak buat, hanya mampu tengok aje keadaan begini. Baik, bila dah sampai di hadapan hotel, maka Puan isteri pun keluar menuju ke front desk untuk check-in. 15 minit kemudian kami menuju ke parking pula. Alamak! Terjauh pula parking dari hotel! Takpelah kita jalan-jalan dulu di shopping kompleks apa ntah. Huuu...letih. hehe.. Seronok betul budak-budak ni dapat berjalan. Berlari-lari yang nombor 1 tanpa tunggu mak dan ayah seolah dia macam tahu aje bilik mana yang akan diinap. No 2 pun follow juga. Ish..bebudak ni. Sampai aje di bilik, wow..lagi sekali teruja! Luas biliknya, cantik view dari balcony, kemasan juga elok. Fuhh..sesuailah untuk merehatkan diri jika korang stay dengan kawan2, newly wedd. Macam kami ni dah ada anak tiga, harap simpan jauh2 feeling nak merehatkan tu. Sama aje tugas macam di rumah. hahaha..adoiyai..  


Jadi untuk petang itu kami disajikan dengan hi-tea. erm..bolehlah. Nak mintak lebih-lebih nanti kena bayar lagikan. Kita makan ajelah apa yang included dalam pakej. Lepas tu kami bawa anak-anak keluar hotel sambil berjalan-jalan di tepi pantai buatan manusia ni. Kita makan ajelah apa yang included dalam pakej. Lepas tu kami bawa anak-anak keluar hotel sambil berjalan-jalan di tepi pantai buatan manusia ni. Boleh tahan juga jauh berjalan, tapi budak-budak apa kisah sangat janji diorang happy. Maknya pula pakai baby carrier bagi anak yang no 3. Ada pulak tangga akan2 'stairway to heaven' konon dekat situ. Apa yang korang kena buat ialah naik tangga tu dan posinglah seakan merenung masa depan. Haa..kelas kau. Hehehe..anak no 1 tak berani sangat panjat sampai atas takut katanya, padahal tak tinggi mana. Iyalah nak. Ayah faham.   Letih dah berjalan kami masuk ke balik ke ruang hotel dan singgah kedai mynews kot? Entah tak ingat kedai apa dalam tu. Belilah roti butterscotch, jajan2 lain jika kelaparan tengah malam nanti. Nak buat macam mana, perut tak boleh tahan2 kalau lapar. Hahaha. Anak-anak pula sebenarnya suka mandi dalam bath tub. Itu target diorang jika menginap di hotel selain swimming pool. Kalaulah buih sabun dalam bath tub tu diandaikan macam lumpur, berkubanglah korang ya puas2!   analogi semata bukan betul pun berlumpur, tapi begitulah memang diorang berkubang dengan buih sabun dalam bath tub. Hehehe..





Itulah dia..kata blogger, tapi segan nak ambil gambar makanan waktu tengah dinner.   apa tidaknya, boleh tahan juga pengunjung yang datang ke hotel ni oleh kerana promosi RM 199, 2D1N. Maaflah ada kalanya rasa segan nak ambil gambar. Tiba-tiba terpandang pula sebuah keluarga di sebelah meja, laa macam pernah nampak ni. Sahlah geng satu tempat kerja lain2 Dept. Masing-masing menyambut baik seruan promosi ini rupanya. Hehehe..Apa yang penulis boleh katakan di sini tentang makanan waktu dinner adalah baik dan agak banyak pilihan untuk dibuat. Tiga kali penulis mengambil makanan untuk anak-anak dan diri sendiri. Isteri penulis suka buat pilihan mana yang dia suka nak makan. So bolehlah sama2 kongsi makanan yang ada. Alhamdulillah. Untuk sarapan pun sama juga banyak pilihan tapi kita ambil mana yang patut aja, nak makan semua mana mampukan. Jadi kami round lagi jalan tepi pantai sebelum packing check out tengahari.

Baik, apa yang boleh penulis rumuskan di sini sewaktu menginap di FC Marina Hotel ini adalah suatu peluang yang jarang kita dapat pada hotel bertaraf 5 bintang ini. Jadi seeloknya ambil peluang yang ada untuk menginap di sini sementara promosi habis pada hujung Disember ini, alamak..lagi berapa hari jer nak masuk 2021 kan? Ahaha..sorry gais lewat update blog!   Yang penting penjarakan fizikal, pakai facemask, kerap cuci tangan kay. Baik sehingga bertemu lagi di lain posting.

Wassalam.





Nak stay lagi kat sini boleh tak dengan harga RM 199?   

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
http://people.utm.my/jeffri-ar


Share:

0 comments:

Post a Comment