Monday, June 23, 2025

Assalamualaikum, salam sejahtera buat pengunjung blog yang budiman sekalian. Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam posting terbaru blog cubitsanasini dot blogspot dot com dengan pengisian terbaru berkaitan jalan-jalan di sekitar Tanjung Piai. Kali ini penulis ditemani oleh seorang Profesor pelawat dari Middle East Technical University, Turkiye ke UTM. Maka sebagai tuan rumah wajiblah kami membawa beliau berjalan-jalan menikmati keindahan negeri Johor ini. Oh ya..cerita ni tahun 2023, tapi baru ni kita rajin menaip. 

Bila Sebut Tanjung Piai Maka Kita Balik Kampong..

Ya, begitulah keadaannya. Pentadbir di pejabat kami mencadangkan lokasi tersebut dan sememangnya sangatlah dekat di hati penulis oleh kerana Serkat ialah kampong penulis walaupun dah lama tak balik ke sana. Alahai..ok takpe kita simpan jauh-jauh cerita tu eh. Ehem..

Sebenarnya memang tak sangka sebab kampong Serkat dipilih sebagai destinasi tourism. Maklum ajelah, kalau sebut aje Tanjung Piai rasanya semua orang Johor dah boleh bayang Taman Negara Tanjung Piai, Kopi Tenggek, Jeti Pengkalan Nelayan, Perpat Timbul, Kampong Chokoh dan kawasan sekitarnya. Telah terbit petikan bunga-bunga dalam sabunari ini apabila mengetahui akan pulang ke kampong halaman walau dalam masa beberapa jam sahaja. Oh, terubat sikit rindu di hati. Hihi..

Berhadapan tugu ikonik Taman Negara Tanjung Piai

Sebelum kita meneruskan perjalanan ke kampong Serkat, beliau telah dibawa melawat ke pejabat kami terlebih dahulu bagi mengenali lebih dekat fungsi dan peranan UTM CDex kepada UTM. Dan pada masa yang sama beliau juga diberi sedikit tugasan oleh Pengurusan UTM CDex untuk menerbitkan sebuah video Micro-Credential bertajuk Mobile Learning. Penulis pula diberi tanggungjawab editing video beliau. Okay..kita memang dah terbiasa dengan video production dan post-production untuk MOOCs dan Micro-Credential sejak tahun 2015 sehinggalah kini. Bila dah begitu lama dalam industri ni kan, lama kelamaan seolah dah dapat skill persis Instructional Designer pula. Yelah..pengalaman yang begitu lama dalam video akademik ni dah meresap dalam darah. Tapi..eloklah kita wujud sebagai Penerbit Rancangan, bukanlah jawatan dan tugasan lain ye! 

Penulis merapu dengan kondifen sewaktu short presentation tentang peranan dan tugas unit CMLT

Dah cuba sedaya-upaya tarik nafas depan kamera 

Prof 

Ömer Delialioğlu. Profesor pelawat dari Middle East Technical University, Turkiye


Perjalanan kami bermula di pejabat bagi mengambil kenderaan jabatan yang akan membawa kami ke destinasi. Pilot ialah bang Limi yang memang sempoi orangnya melayan Profesor pelawat ni sampailah ke akhir program. Kemudian kami menghala ke Pulai Springs Resort untuk mengambil Prof Omer. Mantap..minimal sahaja penampilannya, dengan spek hitam, t-shirt, seluar jeans dan berkasut sukan.

Dalam perjalanan ke Serkat, kami melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana lebih dekat laluan di sini. Yang penting adalah memperkenalkan tetamu kami kepada pembangunan dan kesejahteraan penduduk sekitar. Sempatlah juga kami snap beberapa keping gambar di jambatan Sungai Pulai. Tapi rasanya tak bolehkan letak kereta di bahu jalan lebih-lebih lagi di jambatan? 

Yang dua orang pakai kopiah tu barangkali saudara-mara juga. Cuma kita ni aje tak berapa nak kenal.

Haa..dapat juga bergambar tepi jambatan ni. Baru puas hati.

Saya ni memang kampung di Serkat. Tapi inilah 1st time jejak kaki ke Taman Negara Tanjung Piai. 
Dulu selalu bawak arwah mak pusing-pusing naik kereta kawasan ni jika saya balik kampung.


Kami bawa Profesor ni makan dulu di Kopi Tenggek Tanjung Piai. Saya pun ambil buah naga dari icebox kedai dan bawa kepada Prof. Dia cuba makan...dan perkataan pertama keluar dari mulut beliau ialah, refreshing.  mantaplah! Selesai makan kami pun shopping makanan kering seperti keropok di kedai yang sama. Banyak juga Prof. berbelanja, agaknya untuk bawa pulang ke rumah di Turkiye bagi anak-anak makan. 

Fuhh..siyes arr...berbelanja betul Prof. Omer. 

Tibanya waktu solat jumaat, maka kami pun menuju ke Masjid Noh Gadut. Berjumpa juga dengan sepupu di kampung iaitu Abu Hasan. Dia tanya..kau bawak siapa. Apa lagi kita pun jawablah bawak Profesor pelawat dari Turkiye melawat ke Tanjung Piai. Kemudian jumpa Pak sedara yang juga cikgu sekolah di kawasan berdekatan. Panjang betul perbualannya...saya minta maaf kepada beliau terpaksa cut short berbual sebab bawak tetamu. Alhamdulillah...begitulah keadaan kalau balik ke kampung, jumpa aje orang dikenali pasti disapa dan berbual mesra, Ayat standard ialah...lama betul kau tak balik? Aduhh... padahal senai dengan serkat tu naik jambatan sungai pulai aje.

Kemudian kami meneruskan perjalan balik ke Pulai Springs. Tiba-tiba ternampak pulak gerai jual durian di tepi jalan. Kenalah menyinggah dulu sebab kita dah cakap dengan Prof., kalau datang ke Malaysia ni tak sah kalau tak makan durian. Alamak..padahal bukan musim durian sekarang ni. Tapi..dia nak rasa juga..tapikan kalau tengah musim. confirm kita orang bawak makan maosang king atau ioi. Jadilah untuk alas perut. Saya kata dengan beliau tak boleh bawak balik ke Turkiye buah durian ni jika dah disimpan dalam tupperware dan dibekukan terlebih dahulu dalam icebox sebab risau basi nanti. Dapatlah beliau makan 3-4 ulas durian, janji beliau dah rasa cuma bukan maosang king, udang merah atau ioi.


Setelah selesai semuanya baru lega rasa hati sebab dari pagi sampai ke malam kerja kami ialah bawa pelawat jalan-jalan sekitar Tanjung Piai, Nusajaya memang penat rasanya. Apa-apa pun kami harap Prof. terhibur dengan apa yang kami bawakan untuk Prof dan semoga jika melancong ke Malaysia lagi, datanglah pada musim durian ya. Hehehe...

Wassalam

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar
Share:

0 comments:

Post a Comment