Assalamualaikum,
Kembali lagi kita di episod 3, berkursus di IPPTAR. Baik, kali ini saya nak ceritakan pula perjalanan dari UTM ke IPPTAR menaiki kenderaan jabatan yang telah ditempah rakan sepejabat. Terima kasih saya ucapkan. Walaupun isteri saya walau tak biasa bawa kereta jenama Proton, tapi sampai juga di rumah dengan selamat. Alhamdulillah. Pilot yang ditempah pun sampai sambil menghulurkan bantuan angkat beg saya ke dalam boot. Kemudian perjalanan kami diteruskan ke Pulai Perdana, rupanya car pool la. Kita naik sekali dengan Pensyarah dari FKT. Cuma beliau ke Shah Alam, jadi sudah tentu Pilot akan turunkan saya terlebih dahulu di IPPTAR.
Biasalahkan jika naik kenderaan bersama-sama dengan Profesor, secara otomatis akan jaga adab dalam kereta. Pilot dekat sebelah saya pun tertib aje makan gula-gula, padahal sebelum amek Pensyarah tersebut kami memang berbual macam biasa tanpa ada rasa segan pun. 
Nak buat macam manakan, dah tiba-tiba keadaan begitu. Hehehe..tetapi segalanya berubah apabila kami dapat berbual atas suatu tajuk yang common, masing-masing bersoal-jawab perkara yang sama. Haa..yang ini saya suka, umpama macam ice-breaker.


Perjalanan kami diteruskan hingga ke sebuah RnR yang saya pun tak ingat..maaflah, sebab dah tak boleh ingat dah. Huhu..Prof. bertanya nak makan apa, saya cakap saya tak kisah apa pun boleh..jadi Prof. pun ajak makan nasi ayam dan kami duduk bersama sambil makan dan berbual. Kita dibelanja oleh Prof. hari itu ya. Terima kasih kembali saya ucapkan kepada beliau. Dan kami pun teruskan perjalanan ke IPPTAR sambil diselang-selikan dengan jem seketika dan kadang-kadang lancar. Saya pun teringat sesuatu, oh hari ni ialah hari Ahad, barangkali ramai yang nak pulang ke ibu kota setelah last minit open house raya atau mungkin ada yang balik kampung untuk seketika waktu. Padanlah jem...haishh!! Kami bertolak tengahari dari UTM dan sampai di IPPTAR lebih kurang jam 5.30pm. Saya pun risau juga kalau-kalau takde staf yang menjaga kaunter di Asrama Seri IPPTAR nanti, sebab dalam emel dah bagitahu paling lewat sampai 6pm. Fuhh...nasib baik sempat lagi. Apa-apa pun Prof. juga turut sama keluar dari perut kereta untuk kami bersalaman dan say goodbye. Ada rasa keterujaan di wajah beliau apabila melihatkan fasiliti yang ditempatkan di sini. Maka disinilah segalanya bermula untuk 5 hari yang akan datang. Apa yang akan dipelajari dalam Siri Masterclass ini. Adakah ilmu ini dapat dibawa balik ke UTM dan dipraktiskan dalam amalan kerja? Ataukah ia sekadar memori dan tak lebih daripada itu? Ya..saya ada pelbagai perasaan bercampur baur ketika itu. Saya ialah Penerbit Rancangan maka sepatutnya saya buat kerja berkaitan dengan jawatan saya sahaja. Hmm...dahlah tak nak cakap lagi pasal hal tak best ni. Buat aku merajuk giler nanti. 

Sampai jer Angkasapuri, auto feeling sebagai Penerbit Rancangan

Ok, part ni saya tak nak cakap apalah, hidung kembang semacam sebab dah sampai di tanah yang berupa broadcast station. Tempat sepatutnya Penerbit Rancangan bekerja. Maunya tak happy weh. Masuk jer ke dalam Asrama Seri IPPTAR II, kita pun bertanya nombor bilik dan ambil kunci. Alhamdulllah. Nampaklah appearance seperti hotel. Saya ingatkan saya yang sampai dulu, rupanya roommate sebilik dah lebih awal sampai. Walaupun beliau tidak ada di bilik ketika itu, tetapi kasutnya sudah ada di dalam. Maka kita pun letaklah dulu luggage dan keluarkan baju dan seluar letak dalam almari, kasi susun ikut hari tau. Hehe..
Usai solat maghrib, roommate pun tiba dan kami bersalaman, berkenalan dan chit-chat hal kerja, lebih-lebih lagi beliau ada experience bertugas di Angkasapuri di Bahagian Media Digital Interaktif, tetapi sekarang telah berkhidmat di RTM Pulau Pinang. Okay, memang sempoi berborak dengan orang Penang ni naa. Hanga pun sendiri pun tau loghat depa ni. Rasa macam anak mami jap. hahahaha...
Saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada roommate, En Faiz kerana telah bawa saya dan rakan-rakan lain dari RTM Kelantan menaiki kereta beliau untuk keluar makan malam bersama-sama. Maklumlah saya dihantar oleh pilot. Dah terfikir dah..mesti waktu malam order grab aje. Syukur Alhamdulillah..urusan kami semua dipermudahkan.
In Sha Allah..kita bersambung lagi ya.
Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
0 comments:
Post a Comment