Assalamualaikum,
Kembali lagi kita di episod 2. Kali ini saya nak ceritakan pula persiapan sebelum berkursus. Sebelum ini saya pernah lihat di laman web IPPTAR, apa jua kursus berkaitan penyiaran didaftarkan di sini. Akan tetapi sekarang ini semua kursus telah berada di bawah satu sistem berpusat iaitu dtims. Maka kita pun mohonlah di laman web ini. Ada banyak kategori kursus yang boleh kita lihat dan pilih mengikut skim jawatan masing-masing.
Macam mana apply, susah ke?
Takdelah susah mana pun apply. Baca dulu betul-betul di laman web dtims dan jika belum mendaftar, silalah berbuat demikian dengan mengikut arahan diberi. Dalam sistem itu akan detect kita punya gred perjawatan dari HRMIS, maklumlah staf gomen walaupun Badan Berkanun. 
Jadi tak perlu risaulah nak kena taip satu persatu kerja mana, jawatan apa, sebab dah terpapar maklumat tersebut dalam laman web dtims setelah selesai anda mendaftar.
Kemudian, apa kena buat? Kita isi borang pengesahan kehadiran, inform superior, isi form pergerakan (di sini masih lagi amalkan guna kertas) dan disebabkan saya terlupa nak isi form ni maka seminggu attendance saya kosong, umpama saya tak hadir ke ofis. Akak di ofis yang jaga kehadiran tu amat strict orangnya, jadi tak boleh nak bawa bincang. Jika kita inform sebelum berkursus beliau akan catat dalam sistem kehadiran. Yang ini pun problem juga..jika dalam HRMIS kita hanya perlu apply online aje. Tak perlu tulis manual seperti sekarang ini. Apa-apa pun mistake happens, balik kursus baru isi borang. 

The next step ialah inform rakan sepejabat carikan pilot menggunakan sistem yang lain pula. Pastikan surat tawaran kursus ada supaya beliau boleh lock tarikh pergi dan pulang. Alhamdulillah semua selesai.
Itu urusan di pejabat..
Di rumah pula sehari sebelum bertolak saya gosok baju sekolah anak-anak supaya hari Isnin nanti isteri tak perlu gosok lagi dah. Saya memang suka gosok baju anak-anak. Setiap hari memang akan basuh baju, keringkan baju dan gosok baju mereka. Anak-anak perempuan ni ada tudung tak macam anak lelaki, cuma ada baju dan seluar sahaja. Jadi saya ada 3 orang anak perempuan..haa..tuan puan kiralah sendiri berapa banyak baju saya gosok selain baju kerja saya sendiri.

Imej ini adalah janaan AI ya kawan-kawan 

In Sha Allah..kita bersambung lagi selepas ini.
Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

In Sha Allah..kita bersambung lagi selepas ini.
Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
0 comments:
Post a Comment