Monday, May 7, 2018

Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat, mampu untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pekerja di mana-mana organisasi pun. Mudah-mudahan segala urusan anda dipermudahkan. Amin.

Ok, begitu lama penulis tak update entri terbaru dalam blog ini. Jadi untuk merapatkan kembali gap yang sedia ada, penulis gigihkan kembali untuk blogging dengan tajuk terbaru seperti yang di atas. Aha..itulah dia contraction. Selama tujuh jam contraction dalam bilik persalinan betul-betul membuatkan penulis rasa insaf akan kesabaran dan kecekalan seorang isteri melahirkan anak kedua kami.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya isteri penulis telah selamat bersalin puteri kedua seberat 2.6kg pada 1 April jam 2:35am di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. Kisah bermula apabila pagi 31 Mac 2018 isteri penulis mengatakan mengalami 'water leaking' dan ketika itu penulis masih lagi mamai-mamai baru bangun tidur. Melihatkan keadaan sedemikian, kami bersiap-siap beg pakaian untuk ke Hospital. Alisha kami hantar ke rumah pengasuh buat sementara waktu kerana neneknya akan ambil Alisha untuk bawa ke Hospital sejurus selepas itu. Setelah sampai ke HSI penulis menurunkan isteri di ruang Emergency bersalin dan kemudian cari parking kereta. Alhamdulillah, sabtu pagi itu masih ada banyak lagi petak parking. Nak letak kereta lama-lama di Emergency sambil memimpin tangan si isteri ke dalam wad bersalin kena sound pula dengan auntie guard yang bertugas di situ. Ish..takpalah dah tugas diakan.

Setelah isteri mendaftar dan membuat check-up di Bilik Saringan, didapati baru 2cm bukaan laluan bersalin . Untuk betul-betul bersalin bukaan laluan ialah 10cm. Maka si isteri pun dihantar ke Wad Bersalin 4A (Antenatal) menunggu sampailah ke waktu Maghrib. Di Wad ini ditempatkan ibu-ibu yang menanti masa untuk bersalin. Sewaktu menunggu tu adalah beberapa kali isteri mengalami contraction dan suami pula dengan rela hati menyerahkan tangan kirinya untuk dicengkam oleh isteri. 

Tinggal bekas sehingga kini. Itulah dia cengkaman kasih sayang isteri ketika bersalin.

Oh, nyamannya.    Bertabahlah..sedangkan yang nak bersalin tu lagi sakit rasanya jika nak dibandingkan yang kena cengkam ni. Hehe. Ucapan terima kasih penulis kepada keluarga belah isteri kerana turut ziarah kami berdua di sini. Yang paling meruntuhkan jiwa penulis ialah ketika mak mertua nak pulang semula ke rumah dan menyuakan tangan ke arah anaknya untuk bersalaman lalu sekuntum ciuman hinggap ke dahi tersebut. oh syahdunya ketika itu. Tidak ada perkataan malah ayah untuk dinyatakan. Sebak! Itulah kasih sayang seorang Ibu kepada anak. Walaupun ahli keluarga penulis rata-ratanya menetap di Kuala Lumpur, aura kasih sayang itu tetap ada. Doaku untuk mereka semua di sana agar sentiasa dalam perlindungan dan Rahmatmu Ya Allah.

Penulis mendirikan solat Zuhur dan Asar di surau luar pintu Wad 4A, tak jauh pun dari wad tersebut. Dekat sini nanti adalah yang sudi untuk menjadi Imam. Alhamdulillah. Disediakan kain pelikat untuk kita memakainya. Walaupun seluar pendek melepasi paras lutut, eloklah jika disalin dengan kain pelikat, lebih selesa begitu. Kemudian setelah Maghrib lebih kurang jam 7:45pm isteri penulis dihantar pula ke bilik bersalin. Di sinilah contraction kerap berlaku. Di sinilah juga ujian yang bakal dilalui baik si suami ataupun isteri. Penulis dibenarkan masuk kerana bawa sekali salinan sijil nikah bagi menemani isteri sepanjang tempoh bersalin. Walaupun mengambil masa lebih kurang tujuh jam untuk deliver si comel Ariana Safiya, amat besar sekali ertinya buat kami berdua. Kesabaran dan ketabahan dilalui dipanjatkan kesyukuran kami ke hadrat Allah S.W.T.

Terima kasih buat Doktor dan Jururawat bertugas pada ketika itu. Jangkaan waktu bersalin ialah pada pukul 3:30am ikut pengiraan Doktor. Tetapi si comel kami keluar pada pukul 2:35am. Alhamdulillah. Sekalung penghargaan buat HSI, Doktor dan tak lupa juga Jururawat terlatih yang deliver anak kami. Sempat lagi Nurse bertanya haa..nampak tak apa yang dah nak keluar tu? Waktu itu penulis sedang memberi rangsangan positif pada isteri. Bila lihat dibawah, Subhanallah..dah nampak kepalanya. Maka si isteri pun push lagi hinggalah selesai. Anak dilekapkan ke badan Ibu sambil Nurse menerangkan waktu bersalin jam berapa, jantina anak, etc di atas helaian kertas dan Isteri pun menurunkan tandatangannya. Kemudian si comel dibawa oleh Nurse yang lain. Waktu ini penulis lihat si comel sedang dibersihkan oleh Nurse tersebut. Kemudian beliau letakkan kembali dalam baby crib Hospital. Waktu inilah penulis mengambil peluang untuk azan dan iqamat di kedua belah telinga anak kami.

Syukur ke hadrat Illahi. Barulah tahu rasa penat di Hospital macam mana. Inikan pula isteri yang mengandungkan anak. Alahai...

Nak dipendekkan cerita agak ramai juga ibu-ibu yang bersalin pada tengah malam itu. Manakan tidak, kesemua mereka ditolak dengan stretcher ke wad yang lain pula. Semacam berpesta Nurse yang menolak stretcher tersebut. Isteri dan anak kami dibawa ke wad 4C (Low-risk Postnatal). Ingatkan dah boleh balik pagi tu, rupanya buat ujian darah si comel terlebih dahulu. Postpone balik rumah. Esok baru boleh balik. Tak mengapalah, asalkan selamat kedua-duanya. Tapi penulis masih ingat lagi, puan isteri kata takpe abang balik rumah dulu rehat dan bersihkan badan, nanti datang lagi kat sini eh. Alhamdulillah. On way balik ke rumah mata mengantuk sangat, ada masanya terhuyung-hayang tangan yang memegang stereng. Subhanallah...Uri pula telah dibungkus dengan baik siap dengan sarung tangan getah. Penulis bercadang nak tanam uri pada keesokan harinya. Jadi letaklah dulu dalam icebox. Mengantuk...

Baiklah, nanti penulis sambung lagi eh entri ini.

Wassalam...

Jeffri Rahman

Producer . Cinematographer . Editor


Share:

0 comments:

Post a Comment