Wednesday, March 21, 2018

FCP X pun boleh export file MXF

Assalamualaikum...Salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Diharapkan anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat, terus bertenaga dalam mengharungi kehidupan serba mencabar sekarang ini. Dengan longgokkan kerja yang banyak, masa yang terasa semakin pantas, seolah-olah tidak cukup masa dalam satu hari. Subhanallah..mudah-mudahan kita masih berterusan mengukuhkan keimanan kita kepada Maha Pencipta, Allah Azza Wajalla.

Di sini penulis ingin meneruskan entri terbaru dalam blog ini dengan hal berkaitan kerja. Lebih spesifik lagi ialah video editing. Dan untuk mengecilkan lagi skop yang ingin disampaikan ialah berkenaan cara untuk kita export file .mxf menggunakan FCPX. Oleh kerana file .mxf ini sangat popular dalam kalangan video kamera berjenama Panasonic, Sony dan Canon, maka timbul pelbagai persoalan berkaitan hal ini. Insha Allah...di sini penulis akan cuba breakdown step by step bagaimanakah caranya.

Baik, tapi apakah format .mxf?

MXF ialah file format video dan audio yang standard dalam industri penyiaran. Sama seperti file format QuickTime, file MXF juga mengandungi maklumat mengenai media yang terkandung dalam file MXF. Maklumat ini juga dikenali sebagai metadata seperti berikut iaitu; frame rate, frame size, creation date dan custom data yang dibuat oleh operator kamera, pembantunya atau archivist.

File MXF ini datangnya dari sumber yang pelbagai. Antaranya ialah dari sumber kamera seperti Sony (OP1a) dan Panasonic (OP-Atom. OP1b), sistem editing seperti Avid Media Composer atau peranti rakaman video yang lain.

Okay, bagi pengguna NLE tegar FCPX yang terbiasa output final produk dalam format .mov, sudah pasti ada kalanya bekerja dengan file extension yang berbeza dari biasa. Kalau sumber footage dari DSLR Canon file extension ialah .mov, kalau dari Sony Mirrorless camera file extension ialah .mp4, kalau dari video kamera Panasonic P2 file extension ialah .mxf. Tapi kalau pacak dengan Atomos Ninja beserta HDD 2.5 maka file extension akan menjadi .mov 422 Prores. Kalau import Red Raw footage, file extension ialah .R3D, tapi kenalah download Red Apple Workflow terlebih dahulu. Jalankerja pun dah berbeza. Tetapi penulis akan cuba fokus yang berkaitan .mxf sahaja.

Baik, apabila kita terima footage dari video kamera jenama Panasonic model P2 sebagai contoh, file extension video tersebut adalah dalam format .mxf. Bila mana kita dah copy kesemua file tersebut ke dalam external drive atau hard disk drive bay bagi tujuan editing, sudah pasti kita mahu playback terus ke dalam pc/mac kita. Tapi tak boleh sebab kita tiada player yang boleh support jenis media ini. Jadi kita perlu download player .mxf terlebih dahulu barulah boleh playback. Baik, itu baru playback. Tapi macam mana pula yang lebih advanced?

Kemungkinan besar finalize video tersebut akan ditayangkan ke udara melalui stesen tv dan perlu ikuti teknikal spek yang digariskan oleh mereka. Jika stesen tv tersebut mahukan format .mxf dan anda edit menggunakan FCP X dan tiada software seperti Apple Compressor untuk export ke format tersebut, ikuti langkah di bawah ini.

1) Sekiranya anda tiada software seperti Apple Compressor untuk melakukan tugas ini, tidak mengapa kerana apa yang anda perlu buat ialah download Apple Pro Video format di laman web berikut:

Untuk Mac OS X Versi 10.8 dan seterusnya
https://support.apple.com/kb/dl1396?locale=en_US

Untuk Mac OS X versi 10.11
https://support.apple.com/kb/DL1947?locale=en_US

Apple Pro Video format ialah apps yang menyokong video codec profesional antaranya ialah:
  • Apple Intermediate Codec
  • Apple ProRes
  • AVC-Intra 50 /100 / 200 / 4:4:4 / LT
  • AVC-LongG
  • XAVC
  • XF-AVC
  • DVCPRO HD
  • HDV
  • XDCAM EX / HD / HD422
  • MPEG IMX
  • Uncompressed 4:2:2


Apple Pro Video format juga menyediakan sokongan kepada file MXF seperti berikut:
  • Boleh playback MXF file dalam QuickTime Player dan sewaktu dengannya
  • Boleh digunakan dalam software Compressor 4.3 dan terawal sebagai plug-in dan preset

2) Setelah download, install apps ini (pastikan FCP X tidak dibuka pada waktu installation)

3) Selesai install buka FCP X dan bina Event dan Project baharu 

4) Import file .mxf dari external drive atau drive bay anda ke dalam browser window (cuba bina beberapa footage simple dari saiz yang kecil sebagai permulaan dan heret ke Timeline)

5) Kemudian tekan butang File dan pilih menu Share - Add Destination...
  • Window Destinations akan terpapar dan heret ikon Compressor Settings ke dalam Add Destination.
  • Setelah itu window Pro Video format akan terpapar seperti di bawah ini
  • Pilih setting MXF yang bersesuaian dengan technical requirement oleh Broadcaster 
  • Tekan butang OK dan setting tersebut akan terpapar pada window dialog sebelumnya
  • Tutup tetingkap Destinations untuk kembali kepada main screen





6) Pilih menu File dan klik menu Share 
  • Pilih setting yang telah disimpan tadi dan window export akan terpapar
  • Dah puas hati dengan settings tersebut, klik butang Next...dan pilih folder mana nak Save video tadi




7) Apabila selesai rendering, jom kita cek file tersebut

8) OK, confirm file .mxf dah bolet test playback kat VLC atau .mxf player yang lain (jika ada)



Jadi itulah dia serba sedikit yang dapat penulis kongsikan bersama anda semua bagaimana nak export file ke format .mxf menggunakan FCP X. Mudah-mudahan dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang sama seperti ini.

Wassalam.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment