Assalamualaikum...dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan masih terus bertenaga melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan segala amalan baik kita diterima olehNya. Insha Allah.
Di kesempatan ini penulis memohon maaf kerana telah beberapa minggu tidak mengemaskini laman blog. Tidak ada sebarang alasan konkrit untuk menyatakan kenapa tidak kemaskini blog. Kerja di studio multimedia senantiasa ON sahaja. Kalau tidak sibuk dengan shooting di studio, pasti akan sibuk editing video MOOC dan sebagainya. Hakikatnya kita sebagai golongan pekerja sudah pasti menerima arahan kerja dari masa ke masa dan bukan duduk goyang kaki atau berfesbuk dan whatsapp semata-mata. Nah, penulis kembali dengan entri terbaru yer!
Al-kisah..anak penulis yang comel ini namanya Alisha. Dari hari ke hari tak kira masa, pasti si dia akan bertanya mak atau ayah, "bila ayah cuti?, bila mak cuti?". Bila kita jawab hari Jumaat dan bertanya kembali "kenapa Alisha?". Pasti si dia akan menjawab, "nak pergi Legoland". Begitulah senario anak kami di rumah. Manakan tidak, sebelum ini kami pernah buat pass setahun di Legoland dan telahpun tamat tempoh pass tersebut. Kali ini si dia menuntut lagi nak berjalan ke sana. Bila ditanya nak main apa kat Legoland, pasti dia akan menjawab Ninja Go. Huhu..memang seronok main Ninja Go The Ride anak beranak, fire sana sini depan skrin. Insha Allah..nanti kita ke sana lagi yer nak. Mak pun tengah sarat mengandung sekarang ni.
Oleh kerana bulan Februari lepas merupakan Birthday si comel, maka puan isteri mencadangkan kami sekeluarga melayan tuntutan anak ke Hello Kitty. Biarlah dia bermain dari pagi sampai ke tengahari di situ. Maklumlah dah kepingin dibuatnya. Perjalanan dari Senai Ke Nusajaya melalui highway mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba ke lokasi. Setibanya di Puteri Harbour, puan isteri pun berkata, eh bukan kat sini bang tempatnya..dalam bangunan tu haa. Laa ye ke? Maklumlah, tak pernah lagi ke sana. Puan isteri dan anak beserta Mak su dah pernah ke sini tak lama dahulu. Huhu dan huhu..Jadinya kami pun parking dalam bangunan. Sampai sudah.
Mula-mula takut nak dekat dengan maskot 2 orang ni. Lepas tu terus melekat peluk. Sukalah tu. Hailah nak..janji happykan. Melihatkan si comel bahagia dengan karakter Hello Kitty and the geng, mak dan ayah pun turut happy sama. Walaupun Puan isteri sedang sarat mengandung, tapi masih punya tenaga untuk bawa anak jalan-jalan ke mari. nasib baiklah Hello Kitty jer. kalau dekat Legoland, mungkin tak larat nak jalan di kedua-dua park. Mungkin bolehlah nanti lepas mak dah selamat bersalin, barulah kita pergi ke Legoland semula yer Alisha. :) Insha Allah...Baiklah setakat ini sahaja penulisan di kala ini, kita bertemu lagi di episod kedua akan datang yer. Tunggu...
Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Blogger | Cinematographer
0 comments:
Post a Comment