Tuesday, June 7, 2016

Sambungan dari Part 1. Okay, dah sampai jer kat Mersing, seingat penulislah, terus kita orang cari port makan sebab dah lapar sangat ketika ini. Kami bertiga makan di gerai berhampiran taman mainan tepi pantai. Hurm..penulis order nasi lemak. Lagi 2 orang AJK pilih soto nasi/bihun soto. Biasa-biasa jer rasanya..tapi bila penulis rasa soto nasi/bihun soto kawan sebelah..erm..sedap pulak rasanya. Patutlah mata depa jeling-jeling customer lain duk makan apa sewaktu nak order. Rupanya ramai jugak yang makan soto nasi/bihun soto. Lantaklah..dah terlepas, nak makan lagi sekali seganlah pulak nanti depa kata perut penulis ni macam dinoso! Uwekkk! :p

Korang berdua ni kan memang pandai pilih menu makanan eh. 

Setelah kenyang makan di gerai tadi, maka kita orang pun bergerak ke Teluk Gorek. Dan untuk kesekian kalinya, pejabat kami juga pernah buat aktiviti hari keluarga di sini. Jadi kenapa perlu ulang semula ke tempat yang sama? Macam penulis katakan tadi..kami survey untuk cari tempat yang difikir sesuai dengan saiz kewangan kami dan ada value added pada tempat penginapan tersebut. Jadi dapatlah kami tengok dengan mata kami sendiri bahawa tempat ini sedang dalam proses upgrade. Rate penginapan pun ok. Setelah selesai bincang tarikh dan harga, maka kami pun patah balik ke Air Papan. Sebab dekat sini jer berderet resort tepi pantai. Tapi sayangnya kami tak singgah ke Endau Beach Resort. :( Barangkali terlupa ketika itu padahal penulis dah survey kat google boleh hiking ke pantai lanun nanti. Uwaaa!! Boleh lupa pulak!


Ya..dalam proses upgrade. Tapi masih boleh sewa penginapan di sini. Cuma pastinya rakan-rakan staf di pejabat mahukan something different untuk tahun 2015.



 Dah feeling-feeling tepi pantai time ni. :)

So, tukar driver pula kali ni ya, maklumlah dah beberapa jam dari tadi pulas stereng kiri kanan tengok kereta depan belakang, haa..kali ni turn orang lain pula ya AJK-AJK sekalian! :p Erm..bila dah sampai kat Air Papan memang dah dapat dijangka Resort yang terdapat disekitar pantai ini. Cantik dan teratur especially Air Papan Beach Resort. Berhadapan betul dengan pantai air papan. Sesuai sangatlah tu. Dan ada kolam mandi pula! Okay..sesuai sesuai..penulis pun dah pernah datang ke sini lepak-lepak dengan famili members yang kebetulan outstation ke sini suatu ketika dahulu. Pergi dengan mak, isteri, bibik..oh dah tinggal kenangan rupanya sebab lama dahulu waktu awal-awal alam perkahwinan lagi. :) Jadinya..kalau menginap di sini tanpa pakej makan minum pun takpe sebab senang nak cari gerai makan ataupun restoran di sekitar Mersing ini.

Bincang tarikh dan rate penginapan

 Ooh..cantik juga tau dalam ni siap ada kolam mandi.


Depan pantai jer, bolehlah berlari ke pantai kalau tak nak mandi kolam mandi. Mana tau dapat pegang tapak sulaiman. :)

Oleh kerana rate penginapan di sini juga agak mahal maka kami belej-belek sajalah brochure yang diberi. Waktu bincang tadi pun dah cakap kat sini ada 3 jenis rate penginapan iaitu normal, weekend & school holiday dan public holiday. Haa..amekkau..hehehe..tapi kolam mandi kat sini memang besar. Berendam satu kolam ramai-ramai pun muat eh. Takpelah mungkin lain kali aje dapat menginap di sini. Ayuh beli kopok di jalan tepi pantai! :p

Walaupun telah ada beberapa tempat yang pernah pejabat kami jalankan aktiviti hari keluarga tapi kami harus pergi juga ke tempat tersebut untuk bertanyakan rate penginapan terbaru. Maklum sajalah..aktiviti family day ini bukannya dijalankan selalu, paling kurang pun setahun sekali. Silap-silap harga pun dah naik nak oii. Kami puas sebab dapat survey sendiri dengan mata sendiri berbanding melihat depan skrin. Kadang-kadang harga berlainan, boleh jadi lebih murah/mahal berbanding dalam laman web. Setelah shopping sebungkus dua keropok lekor di gerai berdekatan maka kami pun pulang ke pejabat dan tiba sebelum pukul 6pm. Syukur Alhamdulilah..selamat sampai.

Sebenarnya kami dah dapat kepastian resort mana tahun ini kami akan jalankan aktiviti hari keluarga. Erm..mana tidaknya setelah minum kopi kaw dan bihun goreng tersebut, terus kami bertenaga untuk buat satu kesimpulan yang baik kali ini. Ya sudah pasti itulah tempatnya! Tapi sebelum itu..kita berjumpa lagi di episod seterusnya pula di sini. Klik link ini untuk ke Part 3. Sekian... :) sabar ye geng!

Jeffri Rahman
Share:

0 comments:

Post a Comment