Wednesday, June 8, 2016

Orait..kita sambung lagi eh dari entri yang lepas. Apa? Korang dah terlepas 2 entri sebelum ni? Takpe, jangan risau penulis sediakan link untuk memudahkan u olls ya.

Bercuti di Tanjung Sutera Resort, Johor - Part 1
Bercuti di Tanjung Sutera Resort, Johor - Part2

Ya..kami memang dah sebulat suara untuk pilih resort tersebut bagi jalankan aktiviti hari keluarga pejabat kami. Yeayy FAMILY DAY! Tapi keesokannya kami bincang lagi dengan beberapa staf di pejabat am tentang pilihan resort yang kami cadangkan. Mereka juga ada pandangan tersendiri dan menyatakan bahawa salah seorang daripada mereka (staf perempuan) telah menghubungi semula pihak Tanjung Sutera Resort bagi mendapatkan diskaun. Terbaek! Ini kerana jumlah staf yang menyertai juga ramai dan sepatutnya ada potongan diskaun apabila bilangan kepala bertambah. Alhamdulilah..TQ guys! Jadi dapatlah harga yang baik dan terus kami nego dengan pihak resort melalui telefon dan emel. :) 

Waktu kami survey sampai ke mersing sebelum ini pun kami ada mintak diskaun tapi oleh kerana belum pernah lagi mengadakan aktiviti hari keluarga di Tanjung Sutera Resort, maka kami memilih resort tersebut. Mudah-mudahan adalah nanti something different berbanding sebelumnya. Syukur ke hadrat ilahi kerana pihak Tanjung Sutera Resort bersetuju untuk menghadiahkan pihak kami sebungkus hamper yang padat dengan hadiah. Pehh..siapalah dapat hadiah ni nanti? hehehe...

Sewaktu dalam proses mengirim emel yang berulang-ulang terutamanya bagi mendapatkan pengesahan kehadiran oleh rakan-rakan staf, pihak Tanjung Sutera Resort amat bersabar dalam melayan kerenah kami yang terkadang mohon bilik last minit. Apakan tidak, sepatutnya mana-mana persatuan ataupun organisasi yang ingin menjalankan aktiviti seperti ini sudah tentukan tarikh akhir confirmation kehadiran. Disebabkan kami hendak menggalakkan lebih penyertaan maka jadilah begitu. Ada yang kejap confirm, lepas tu tak confirm. Ada yang kejap nak bawak family, lepas tu tak confirm. Jadi kita tak boleh layan perkara-perkara tergantung macam ni. Nak join ke tak join? Lagi banyak masa akan terbuang dan time is money. memang betul..tak pasal-pasal kena sound dengan pihak Resort baru tau!

Pengalaman penulis kerap berhubung dengan pihak Tanjung Sutera Resort ada satu masa tu agak dingin oleh kerana confirmation yang tidak tepat oleh pihak kami seperti mana yang penulis catatkan di perenggan atas. Namun, dapat diatasi dengan cara yang baik dan pihak kami amat mohon maaf atas perkara tersebut. Alhamdulilah..outcome pun baik apabila kita mengakui kesilapan kita di mana. Syukur sangat-sangat kerana Pihak Tanjung Sutera amat memahami masalah ini. :) Pujian seharusnya diberikan kepada Managing Director Tanjung Sutera Resort. You are the BEST man!
(P/S: perkara paling best terjadi ialah apabila kita dapat meredakan kembali keadaan yang sedang hangat menjadi tenang semula dan dalam kawalan)

Persediaan Membeli Hadiah dan Bungkusan

Setelah confirm dengan pihak resort dan membuat bayaran deposit, tibalah masanya untuk shopping hadiah dan bungkusan. Kami bawa van jabatan ke Giant U-Mall bershopping dengan pulangan hasil  yang begitu lumayan sekali. Penuh satu van! 0_0 Apa-apa pun sepakat membawa berkat. Sebab itulah lelaki yang berbadang dan sado sahaja join kami pergi beli barang. Korang memang sado eh..sangatlah!! :p

Yang sebelah kiri tu gaya dia memang lebih..yang sebelah kanan tu pulak
Bendahari. Memang bijak buat kira-kira. Penuh Mamee, Cekedis, Biskut dalam
troli tu. Ada lagi 3 troli ya. Haha!

Pada masa yang sama kami juga memohon sumbangan peribadi daripada Bos-Bos kami yang baik hati dan pemurah semuanya. Alhamdulilah..tanpa sumbangan peribadi daripada anda semua, agak sukar untuk jalankan aktiviti kelab. Dengan sumbangan berbentuk kewangan inilah kami mengurangkan lagi kos Kelab Keluarga. Bendahari yang bertugas menjalankan amanah dengan cekap dan efisyen. Tanpa dia..ishh..sendiri fahamlah. Uwekk! :p 

Memandangkan Bendahari abang mucho ini bukan sahaja pandai buat kerja kira-kira duit, dia juga orang kreatip bab bungkus-membungkus hadiah dari awal hinggalah akhir. Huh..memang pantas tangan dia ni wrap hadiah dah macam wrapper hadiah bergerak. 0_0. Macamana pantas mulut dia pet-pot pet-pot, macam itu jugalah pantasnya dia buat kerja. Hats off to you bro! Rakan-rakan yang lain turut membantu bungkus hadiah ketika ini. Masing-masing ada magic touch. Tak percaya tengok gambar kat bawah ni.

Apakah simbol ini sebenarnya? Menjadi tanda tanya
terbesar apabila 1st time memandangnya

 Ohh..buat dadu rupanya untuk game keretapi dadu.
Yang tengah duduk bersila tu Designer yang cekap dan efisyen.
Tengok ajelah macam mana dia potong dadu tu dengan baik. Class!!

Masing-masing turut membantu wrapping hadiah sehingga proses akhir. Kita memang BEST kan? Kau perasan lebih la wahai penulis! :p

Nampak tak bakul-bakul kecik warna hitam tu? Haa..bakul tu gunanya untuk letak hamper. Pandai depa ni duk bagi idea letak hamper dalam bakul. Berbakul-bakul aku bagi kredit kat korang! :p

Eh..tapi penulis buat kerja apa ketika ini? Takkan tengok aje depa buat kerja, tak tolongkah? Ishh..hello, penulis pun turut sama membantu wrap hadiah ya. Cuma penulis ni walaupun mulutnya kurang bercakap tapi tangan jalan juga bungkus-membungkus. Itupun setelah tengok tutorial Bendahari buat macam mana, baru join sekali. Hahaha!

Beza antara family day kali ini dengan yang lepas adalah bajet. Kami amat kekurangan bajet untuk jalankan aktiviti ini. Waktu dulu-dulu kita ada bajet yang besar sebab dapat projek pun besar. Bolehlah kita buat grand-grand bagi hadiah power bank setiap sorang, siap bagi duit minyak untuk ke destinasi. Kali ini kita tak buat macam gitu ya. Maaflah..kita ikut berapa banyak duit ada dalam kelab. Kita cuma nakkan penyertaan setiaf staf supaya dapat mengeratkan lagi ikatan sesama kita dalam hari keluarga nanti. Ibarat bukit lama-lama ditarah akan nipis juga nanti. :)

Dan pada masa yang sama kita sponsor staf yang bawa pasangan, iaitu suami atau isteri. Anak-anak tanggung sendiri. Walaupun begitu bajet kami masih dalam kemampuan. Bukan apa kadang-kadang kita sendiri pun agak susah nak keluar duit sendiri untuk join family day. Maklum sajalah kosnya bukan sikit-sikit belanja, agak besar juga, bayangkan kalau ada ramai anak. Sebab itulah kelab kebajikan telah sponsor pasangan bagi meringankan sedikit belanja.

Aha tengok tu abang ni wrap hadiah. Kemas woo..









Mari bekerjasama buat hadiah. :)

Baiklah, penulis sambung lagi nanti ya! Terima kasih kerana terus sudi membaca laman blog ini. Nantikan pula aktiviti hari keluarga di sana! Oops..sebelum terlupa ini link untuk Part 4. Ya, teruskan membaca yer! ;)

Jeffri Rahman

Share:

0 comments:

Post a Comment