Assalamualaikum buat semua pengunjung budiman blog cubitsanasini.blogspot.my. Diharapkan anda semua sihat hendaknya dalam bulan Ramadhan 1437 H ini. Hari ini telah masuk hari keempat umat Islam seluruh dunia berpuasa. Bagaimana dengan puasa anda semua wahai para pengunjung blog? Penulis harap masih dalam keadaan tip-top! :) Yang kaum wanitanya tidak mengapa..ada masa on and off bulan penuh. :p kita faham...
Jadinya apa yang penulis nak sampaikan di sini adalah, rupa-rupanya masih belum lagi ditulis perihal birthday anak kami yang ke 2 tahun. Macam manalah boleh lupa ni. Anak ayah dan emak ni dah genap 2 tahun pada bulan februari yang lepas. Syukur ke hadrat Ilahi..Alisha membesar dengan sihat setakat ini, pemantauan di hospital sentiasa dilakukan mengikut jadual agar anak kami senantiasa dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulilah..masa berlalu dengan pantas sampai mak dan ayah tak sedar pun Alisha dah semakin petah berbicara. Kalau mainkan lagu Frozen - Let it go, memang dia akan menyanyi dan keliling menari ikut beat lagu. Walaupun kadang-kadang liriknya hanya kedengaran "Let it go..let it go.." sahaja, yang lainnya entah apalah disebutkan, takpe, mak dengan ayah faham nak. Belum fasih lagi bahasa inggeris tu. Huhu..tapi kalau nyanyi twinkle little star dah hafal dah! Lepas tu nyanyi dalam dua versi pula..satu lagi ialah versi Didi n Fren, bintang-bintang di langit..yang ini pun kadang-kadang liriknya tunggang terbalik yang mana depan yang mana belakang. Hehe..lucu melihat keletah anak ayah dan mak ni. ;)
Kebetulan maknya dah plan nak sambut birthday Alisha bersama keluarga di restoran seafood berdekatan dengan rumah, tapi tutup pula malam itu. Haii..time kita nak pegi sana time tulah tutup. Kemudian emaknya telefon cawangannya pula di taman yang berlainan, dekat juga dengan rumah. Nasib baik buka cawangan lagi satu. Mana entah maknya dapat no telefon cawangan tu..harus dipuji emaknya kerana pandai manfaatkan penggunaan smartphone :)
Jadinya..makanan dan minuman dipesan melalui telefon untuk memudahkan urusan. Buat pertama kalinya birthday anak ayah dan emak ni sambut di luar rumah dengan atok, nenek, pak ngah & mak ngah, iman, cik ika & azimin, iskandar dan maksu. Mereka semua adalah family sebelah mak mertua dan anak-anak menantu serta anak-anak mereka. Inilah keluarga kami. Mudah-mudahan pada masa depan bertambah lagi jumlah bilangannya. :) Amin..
Beginilah keadaannya kalau 2 orang budak comel ni bertemu. Ada saja yang nak disakat sepupunya tu. Sampai nak makan pun kena main-main. hehe..
Anak ayah ni pulak memang suka menyakat sepupunya, Iman. Dan Iman pun sama-sama melayan kerenah Alisha. Pandai budak-budak comel ni bermain sesama sendiri. Maknya pun tak senang makan time ni.
Waktu birthday Alisha genap setahun dahulu, kami buat kecil-kecilan sahaja di rumah dengan jemputan yang sama. Kononnya nak pasang deco idea yang macam kat internet tu, berlambak contoh. Tapi alamak..haha..:) paham-paham sajalah ya. Tak menang tangan nak buat. Walaupun demikian kedatangan jemputan aje dah cukup untuk menceriakan suasana dan anak ayah yang tengah sibuk sana sini. Cepat betul masa berlalu..itu dahulu, sekarang dah 2 tahun dah.
Family kami. Mereka lebih prefer seafood berbanding fast food. Lebih mengenyangkan sebab banyak lauk. Betul tu..saya pun setuju sebab ada air tembikai dan siakap 3 rasa! ;)
Kalau dah nampak Frozen ni..memang takkan lepas dari tangan dia.
Comel baju-baju yang anak ayah ni dapat.
Waah..makin galaklah Alisha ni menconteng drawing board dia. Dia selalu suruh mak dan ayah dia lukis meow..tak pun lukis tapak tangan sendiri dalam drawing book dia.
Mak dan Ayah berharap dan berdoa agar anak kesayangan kami ini menjadi anak yang baik dan solehah, mendengar kata Mak dan Ayah, mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Amin..
Sekian,
Jeffri Rahman
Audio Editing & Mixing | Video Editing | Cinematography | Voice Over Johor
Entri ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri. Malah penulis sendiri percaya ada anak orang lain yang dapat hadiah lagi grand dan majlis besar-besaran. Penulis hanya mahu berkongsi pengalaman lalu dengan semua pengunjung dan pembaca setia laman blog ini. Tidak ada unsur-unsur memegahkan diri. Memang hobi penulis sejak bangku sekolah dulu menulis dan menulis. :)
0 comments:
Post a Comment