Sunday, June 12, 2016

Salam..kita bertemu kembali dalam post yang sama cuma dah sampai episod keempat tak habis-habis lagi cerita pasal Tanjung Sutera Resort. :) macam mana nak habis kalau belum bubuh gambar sewaktu melakukan aktiviti di sana. Sabar yer geng-geng pembaca sekalian. Baru nak klimaks menulis ni. thehehe..

Untuk pengetahuan pembaca semua, pihak kami dapat rate dewasa RM120, kanak-kanak RM60. Kami dah masukkan deposit separuh daripada kos penginapan sebagai tanda persetujuan dan boooking bilik-bilik yang kami tempah. Bila penulis semak semula emel kepada pihak Tanjung Sutera, banyak juga urusan dibuat melalui emel ini. Dan apa yang menarik ialah kami juga menerima sebungkus hamper dari pihak Tanjung Sutera Resort. Terima kasih buat pihak Resort atas kesudian ini. Penulis doakan semoga Tanjung Sutera Resort dan pengurusannya bertambah lagi rezeki pada masa akan datang. Makanan di sana pun sedap dan kuantitinya banyak sampai tak muat perut nak makan kesemua lauk.

Seingat penulis, waktu BBQ dinner malam tersebut, kami dijamu dengan makanan yang enak dan pelbagai. Sesudah selesai menyampaikan hadiah, cabutan bertuah dan masing-masing telah kekenyangan hanya mampu usap perut, rata-rata kebanyakkan yang membawa pasangan dan ahli keluarga masuk ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Penuh tangan bawak hadiah dan hamper. Conratulations yer u olls! :) Jadi tinggallah beberapa rakan staf yang masih lagi duduk santai di cafe sambil menghembus sebatang dua rokok ketika itu. Penulis pun join lalu bertanyakan kepada mereka, "nak minum teh tarik tak?" Waahh..cepat aje mereka reply..hehe..lantas penulis pun ke kaunter cafe untuk mendapat belas ehsan agar dapatlah kiranya merasa teh tarik ketika sedang duduk santai ini. Alhamdulilah..petugas cafe bersetuju untuk buat teh tarek satu jag. Yahoo! Boleh minum ramai-ramai! ;) 0_0

Keesokkan paginya pula telah ada dua orang rakan sedang buat timelapse waktu itu. Kebetulan cuaca sangat cantik dan kelihatan beberapa bot nelayan menyusuri lautan bagi mencari rezeki. Fuhh..nyaman betul udara waktu pagi. Penulis menghirup sesegarnya udara pagi ketika itu. :) Kemudian teruslah penulis tempekkan gambar sekitar aktiviti di sana. thehehe.. 0_0

P/S: Foto aktiviti Family Day di Tanjung Sutera Resort telah dipetik oleh saudara Supandi selaku Jurufoto UTMLead. Terima kasih bang!





Penulis akan upload lagi foto-foto aktiviti di Tanjung Sutera Resort. Klik pada link ini untuk ke episod berikutnya.

Share:

0 comments:

Post a Comment