Monday, April 10, 2017

Belajar cara repair audio rosak dalam Adobe Audition CC (Audio Restoration)

Kepada pembaca budiman semua yang mungkin dah ketinggalan keretapi, silalah baca Part 1 dan Part 2 seperti di bawah: Al-maklum sajalah, lama tak update siri ketiga ni..;) sibuk dengan kerja-kerja lain di studio.

Audio Editing dengan Adobe Audition CC: Part 1 
Audio Editing dengan Adobe Audition CC: Part 2

Kita kembali lagi dalam siri ketiga seperti mana tajuk di atas. Kalau anda semua dah lihat waveform yang saya lampirkan dalam artikel sebelum ini, ianya seolah-olah kacau-bilau, bising dan telahpun sampai ke tahap clipping pada peak meter. Lagi sekali ditekankan saya tidak menyalahkan orang-orang terdahulu dalam tugas mereka dalam mengendalikan live sound setting terhadap sound yang terhasil dari mixer board mereka. Itu kepakaran mereka..saya hanyalah pengguna akhir yang mendengar semula apa yang telah dirakam. Dan bila dengar semula lagu-lagu keroncong tersebut, saya amat respek pada Sound Engineer yang bertugas ketika itu kerana live mixing untuk semua track instrumen bergabung dan tercantum dengan balancing yang begitu baik sekali. Kawan arwah abah yang operate mixer board tersebut. ;) make sure baca semula Part 1 dan Part 2 kalau masih belum dapat tangkap apa yang saya maksudkan ini.




Peak meter indicator yang menunjukkan level audio yang telahpun clipping

Baiklah, selain daripada peak meter yang telahpun cecah ke bumbung (itu analogi untuk bahasa orang macam aku) :) waveform stereo yang terhasil menunjukkan Left and Right signal seolah-olah balance (seimbang) dalam erti kata lain umpama copy from one channel and duplicate to make stereo kind of sound. Mungkin betul dan mungkin tak betul apa yang saya tuliskan di sini tapi jika dilihat dengan teliti dalam grafik pada Part 2 artikel sebelum ini, ianya memang seakan-akan seimbang. Jadi untuk kita ketahui bagaimana bunyi yang terhasil itu hadapi masalah mari kita dengar terlebih dahulu sedikit sedutan file audio tersebut:



Dah dapat detect di mana masalahnya? Cuba kita tengok waveform di bawah ini betul-betul.



Notis di atas kenapa saya mute (stereo) audio right channel? Sebabnya ialah dengar dahulu file audio (mono) yang saya telah edit bunyinya


Nampak dah apa bezanya antara sound sample sebelum dan selepas edit?

Jadi..sebab itulah kita perlukan software audio editing seperti Adobe Audition ini untuk analisis sound yang rosak, bukanlah rosak habis..tapi ada bahagian yang boleh dipulihkan. Makanya..bahagian sound yang rosak ini adalah di bahagian Right channel (stereo) audio. Saya mute channel belah kanan dan dapat mendengar baki Left channel dengan bunyi yang agak baik tetapi perlu diedit semula bagi tujuan tambahbaik dari yang asal. Bunyi mendesah tersebut datangnya dari Right channel.

Antara penambahbaikkan yang dibuat adalah Noise Reduction, DeHummer, Compression dan secukup rasa EQ. Setiap satu perkara yang saya buat semasa proses baikpulih ini ada rasional mengapa perlu gunakan tools yang disebutkan tadi bagi tujuan restoration. Contohnya ialah Compression. Kita gunakan Compressor untuk mengekang signal audio yang terlalu tinggi dengan memutar knob pada mixer atau memasukkan nilai tertentu dalam software audio editing dan beritahu bila compressor akan compress signal tersebut ke suatu nilai tertentu, berapa ratio yang diperlukan, slow atau fast kita mahu release incoming signal tersebut dan Compressor akan menjalankan tugasnya bila mana ianya telah disetting sedemikian.



Salah satu contoh compressor jenama Samsontech 4 Channel Compressor/Gate.

Setelah saya mute audio channel Right, kemudian copy channel Left. Create audio file baru dengan menggunakan shortcut CMD + N (mac) untuk multitrack. Saya pilih setting sampling rate 44.1Khz dan bit depth 16 bit serta mono channel. Sebab sewaktu convert sound tersebut dari VCD saya gunakan setting yang sedemikian, cukup untuk setting tutorial ini. Cari/buat folder location yang sesuai untuk editing yang sebegini agar mudah di kemudian hari. Kemudian saya tarik audio file yang telah berada di sebelah kiri window file dan masukkan ke dalam Track 1. Ok, saya telah buat 2 screen shot bagi tujuan tutorial ini kenapa audio asal kurang baik bunyinya.

Audio asal: statistik di atas amat penting bagi ketahui amplitude keseluruhan audio agar di tahap yang memuaskan. tetapi kita dapat lihat di sini bahawa terdapat possibility audio akan clipping. True peak amplitude juga telah cecah bumbung (istilah yang sering saya guna bila keadaan ini berlaku)


Audio telah edit: statistik di atas menunjukkan amplitude keseluruhan audio yang telah diedit dan pada tahap yang memuaskan. Kita telah dapat mengelakkan daripada possibility audio akan clipping dengan melihat nilai sepatutnya adalah 0.

Kenapa saya guna multitrack padahal audio hanya satu track sahaja? Sebab saya suka fully utilize tools yang berada di dalam multitrack dan edit cara DAW sebenarnya beroperasi. Selalu kita dengar mixing dalam Pro Tools, Logic Pro X, Cubase dsb. Dalam Adobe Audition pun ada capability tersebut tapi tak ramai yang menggunakannya bagi tujuan music production oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Especially bila sebut pasal plug-in. Kalau kita edit audio cara yang linear, kita boleh jer apply satu demi satu efek yang kita mahukan tapi kita tidak ada kuasa penuh untuk utilize efek tersebut. Rujuk imej di bawah ini:


Yer, kalau edit dalam multitrack, kita perlu bekerja dalam mixer window seperti ini. Dari sini kita boleh edit efek tersebut samada mahu ON/OFF efek tersebut atau boleh kurangkan/tambahkan nilai mix yang kita sedang edit mengikut kesesuaian telinga mendengar. (Range from Dry to Wet 100%)

Ok, untuk FX chain yang digunakan pada audio tersebut, begini caranya. Compressor-> PEQ->  DeHummer-> DeEsser-> Exciter dan stacking pada track audio tersebut seperti gambarajah di atas. Untuk gambaran lebih jelas lihat grafik di bawah: (saya akan update lagi berkenaan Noise Reduction sebab softcopy file dalam mac saya, kebetulan saya bercuti hari ini jaga anak di rumah) ;)

Seperti yang saya katakan tadi kita boleh control berapa banyak mix tersebut mahu dry atau wet terus. Ikut sedap telinga mendengar. Kedua, selain kita stacking FX tersebut pada track 1 misalnya, kita juga boleh create track Aux/Bus agar FX ada track sendiri dan anda ada keupayaan penuh untuk control bunyi. Tapi biasanya saya akan gunakan Aux/Bus pada FX Reverb dan Delay. Untuk EQ dan Compressor stack pada track audio terus. Ada rasionalnya.

Compressor
Perkara yang menarik akal fikiran kita apabila pertama kali belajar FX dalam dunia audio ialah, mungkin suatu ketika dahulu kita hanya belajar teori sahaja tanpa ada alatannya. Kita pernah dengar EQ, DeEsser, Reverb tapi mungkin tak pernah lihat alatan fizikal tersebut di depan mata, tapi ianya ada di dalam DAW seperti Adobe Audition. Jangan kita terkejut kalau kita hanya belajar teori tapi  sebenarnya hardware tersebut wujud! Yelahkan..mungkin kursus yang dibelajarnya suatu ketika dahulu tidak menjurus dengan detail seperti kursus Audio Production atau Music Production di School of Audio Engineering misalnya. Contoh terbaik ialah seperti Compressor.

Apabila kita bekerja dengan signal processing seperti Compressor dalam DAW ataupun hardware fizikal Compressor seperti gambar di atas (jenama Samsontech) sebagai contoh, perkara penting yang kita kena ambil tahu ialah berapa banyak amount yang kita perlukan untuk compressor tersebut melakukan tugasnya. Kerana tugasnya secara asas ialah berkenaan Dynamic Range bunyi yang akan menguatkan signal lemah dan merendahkan signal yang tinggi (loud sound). Bagaimana kita ingin setting signal tersebut sangat bergantung pada teling kita yang mendengar. Kalau rasa perlu release cepat, maka tambahkan nilainya, kalau rasa perlu slow, kurangkan nilainya. Kena faham juga lagu atau sound yang kita tengah edit tu. Kalau rock death metal tahulah kau macam mana fast lagunya.. ;) Kalau hip-hop tu mulut aje berbuih lebih, kadang-kadang melodinya seloww..berapa lama nak attack, nisbah (ratio) yang sedap-sedap didengar apabila kita masukkan nilai tertentu padanya. Maka ianya akan bekerja mengikut setting yang telah ditetapkan. Tapi waktu post bolehlah study dan fahamkan bagaimana caranya bekerja. Tapi waktu live recording macam mana pula? ;) Saya dah lalui pengalaman ini, saya lebih suka recording tanpa ada Compression yang masuk ke dalam signal audio. Kalau bekerja dengan artis (penyanyi) mereka ini dah terbiasa pegang mic dan boleh bekerjasama dengan mic tersebut dan tahu kat mana part yang tinggi dan rendah serta ada masanya jauh dan dekat dengan mic.

Parametric EQ
Secara asasnya, tugas EQ adalah untuk adjust balance di antara frekuensi samada untuk cut atau boost frekuensi tertentu. Kalau kita buat editing, pastikan telinga kita mendengar dengan baik adjustment yang dilakukan terhadap sesebuah mix. Sebagai contoh, vokal sewaktu voice over dan vokal sewaktu menyanyi sudah tentu mempunyai frekuensi berbeza yang perlu diadjust supaya lebih sedap. Kita dengar voice over seperti dalam iklan radio, tv, internet, masing-masing mempunyai karakter vokal tersendiri dan bila waktunya untuk kita boost atau cut sesuatu frekuensi mengikut direction yang diperlukan. Sebab itulah kadang-kadang atau selalunya bila kita mendengar suara DJ di radio agak bassy pada vokalnya, iklan radio begitu bassy suara penyampainya. Kenapa begitu? Kerana itulah yang hendak dijual, suaranya yang unik di sesuatu tahap frekeunsi yang sedap telinga kita mendengar. Tapi cuba kita apply suara bassy dalam sesebuah lagu. Takkan dari awal hingga penghujung lagu kita boost bass vokal penyanyi tersebut? Atas alasan apa? Boleh..tapi apakah keperluannya? Kerana itulah apabila kita mendengar lagu dari artis mana-mana pun, sedap aje suaranya duduk di dalam mix, seolah-olah ianya bergabung dan tercantum dalam mix lagu tersebut dengan balancing yang begitu baik sekali. Tetapi di sebalik mixing lagu tersebut, sudah pasti ada frekeunsi tertentu pada vokal penyanyi tersebut akan cut atau boost signal frekuensinya bagi mendapatkan tonal yang berkesan pada penghujungnya. Jadinya, dengan penggunaan Parametric EQ sebagai contoh di dalam editing, kita dapat mengubah sesuatu frekuensi dengan julat yang lebih kecil tanpa mengganggu frekuensi bersebelahan supaya dapat hasilkan bunyi yang lebih sedap dan mantap.

DeHummer
Fungsi DeHummer ni untuk buang jalur frekuensi dalam julat kecil (sempit) bersama harmoniknya sekali. Kebiasaannya humming ni terjadi dari sumber kuasa elektrik dan juga lighting. Pernah pergi konsert live dengar bunyi dari line array speaker yang bertingkat-tingkat tu? Bestkan bunyi speaker tu, powerful tapi kadang-kadang atau kebiasaannya akan produce humming bersama-sama dengan lighting di bahagian sebelah yang digantung pada speaker truss mounting especially bila mic tidak digunakan tapi dalam mode ON, boleh dengar dengan jelas dari speaker tersebut. Kalau dalam studio pula recording full band dengan 16 track misalnya, kemudian gitar letrik pun ada amp sendiri, bass dengan amp, drums dengan external mic pre bagi bunyi lagi sedap, tanpa kita perasan boleh cetuskan noise floor dalam bentuk humming yang berkemungkinan puncanya datang daripada kabel XLR berselerakan tanpa ada management yang baik. Boleh terjadi ya kawan-kawan. Jadi, itulah dia fungsi DeHummer iaitu untuk kurangkan sikit jalur frekuensi yang degil tersebut. Ada juga yang menggunakan power conditioner dalam recording, katanya lebih efisyen. ;)



DeEsser
Tugasnya adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan konsonan seperti s, z dan sh dan kadang-kadang huruf t dalam vokal rakaman anda. Sebab itu kalau kita dengar voice over yang ada konsonan tersebut pada vokal, ianya amat menyakitkan telinga apabila mendengarnya. Dan untuk mengurangkan atau merawatnya, kita gunakan plugin atau hardware yang dinamakan DeEsser. Bunyi yang mendesah-desah ni boleh menyebabkan mood kita spoil bila mendengarnya. Sebelum terlambat, baik De Es dahulu vokal tersebut. Kalau dalam rakaman nyanyian vokal pun begitu, samada waktu pre atau post applykan efek tersebut. Satu lagi ialah..kebersediaan artis (penyanyi) tersebut yang telah buat rehearsal lebih awal sebelum mulakan rakaman. Practice makes perfect kawan2!


Exciter
Dalam Mastering Efek menu
Exciter ni adalah salah satu signal dalam teknik audio processing untuk meningkatkan signal melalui dynamic equalization, phase manipulation, sintesis harmonic yang kebiasaanya adalah signal frekuensi tinggi dan menghasilkan bunyi yang sangat sweet atau pemanis dalam rakaman kita. Atau dalam kata lainnya ialah meningkatkan kejelasan dan kehadiran dalam sound yang dihasilkan seperti vokal kita sebagai contoh. Tapi awas, terlebih sangat apply FX ini boleh menyebabkan sibilance pada konsonan seperti yang saya jelaskan di perenggan atas. Dan kemungkinan juga unnatural sound. Kerja-kerja berkaitan sound mixing ini tiada peraturan khas untuk diikuti, yang penting ialah telinga yang mendengar dan skill serta pengalaman menjadi sandaran dalam penghasilan sound yang berkualiti.

Rumusan:
FX yang saya sebutkan di atas digunapakai sewaktu edit audio yang rosak tersebut jadi lebih baik bunyinya. Walau kemungkinan ada cara lain untuk treatment audio tersebut, namun inilah cara saya lakukan. Sebelum ini saya edit cara yang linear apabila menggunakan Adobe Audition CC kerana flow interface yang mudah. Selain daripada itu saya juga selalu bekerja dalam mode spectral frquency display apabila selesai rakaman voice over. Kelebihan bekerja dalam mode ini ialah kita boleh edit sound dengan detail. Untuk buat deletion pun amat mudah tanpa perlu kita memutuskan wave audio tersebut. Ikut kesesuaian masing-masing. Tapi biasakan bekerja dalam Adobe Audition cara DAW yang sebenarnya beroperasi seperti Pro Tools, Logic Pro, Nuende, Cubase dsb. Bila mana kita dah biasa menggunakan Auxes/Buses tak mustahil kita boleh kuasai DAW dari jenama lain yang saya sebutkan tadi. Maafkan saya sekiranya penulisan ini agak kurang memuaskan. ;)

Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over acting

Share:

2 comments:

  1. Untuk seputar Outing Bandung yang murah ya https://javaorganizer.co.id Jagonya...

    ReplyDelete
  2. Audio Editing Dengan Adobe Audition Cc: Part 3 ~ Cubit Sana Cubit Sini: Bingkisan Kami >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Audio Editing Dengan Adobe Audition Cc: Part 3 ~ Cubit Sana Cubit Sini: Bingkisan Kami >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Audio Editing Dengan Adobe Audition Cc: Part 3 ~ Cubit Sana Cubit Sini: Bingkisan Kami >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK tn

    ReplyDelete