Thursday, March 30, 2017

Apabila kita rasa rakan-rakan dalam facebook seperti menyakiti hati kita dan terasa hati..

Assalamualaikum..kepada para pengunjung di luar sana, apa khabar? Kali ini penulis ingin berkongsi pendapat terhadap penggunaan media sosial secara peribadi dan apa rumusan kita setelah membaca status update seseorang. Boleh jadi positif, negatif bergantung pada pemikiran kebijaksanaan individu yang membaca dan menterjemah posting tersebut. Sama-sama kita baca yer. Kali ni penulisan agak santai supaya tak bosan sangat baca. ;) Dan ianya bukanlah reflection dari diri penulis, tetapi apa yang penulis nampak dan observe setelah begitu lama menggunakan media sosial.

Mari kita mulakan
Di ceruk manapun dalam kehidupan kita pada zaman serba moden dan canggih sekarang ini, pastinya kita pernah melalui beberapa perkara yang dirasakan jelik, menyampah, tercabar/dicabar, direject yang membuatkan kita sakit hati di penghujungnya. Walaupun sumber sakit hati tersebut datangnya daripada dunia maya seperti penggunaan facebook, twitter, instagram dan sewaktu dengannya. Dalam dunia maya je pun! Bukannya berlaku fizikal depan mata kepala kita! Tetapi kita rasa menyampah, oh plislah...jangan ganggu aku kay! Rakan-rakan kuliah/sepejabat keluar sarap/makan tengahari tanpa mengajak kita, jiran sebelah/depan/belakang rumah tak ajak ke majlis makan-makan mereka dan member-member kita tak ajak pergi berjimba-jimba di hujung minggu. Tiba-tiba aje kita tengok kat FB dah update status beserta foto rakan-rakan korang tengah berhuhu..haha..amboi, ke main best lagi korang punya aktiviti, dengan aku pun kau tak hajak, dah kenapa? Lepas tu selak pulak kat instagram, tweeter, eh..ada lagi si mangkok hayon ni dengan status hapdetnya. Naik menyampah!! Padahal dalam dunia sebenar boleh aje berbual macam tak ada apa-apa pun masalah, tetapi..di belakang korang, masing-masing merancang sesuatu aktiviti tanpa melibatkan korang. Awal-awal lagi dah create group dalam whatsapp tanpa melibatkan korang juga. So, apa-apa update terbaru hanya mereka dan geng-geng dalam group tersebut sahaja yang tahu akan agenda mereka. Akhirnya..jadilah kau katak di bawah tempurung tak bercampur gaul dengan rakan-rakan korang tadi yang tengah berjimba-jimba dengan happynya. Kenapa perkara ini berlaku? Mari kita kupas sebaik-baiknya yer kawan-kawan.

Apabila kita muat naik status terbaru dalam FB, tweeter, kita seringkali mengharapkan rakan-rakan sekeliling dalam FB untuk LIKE post kita. Kalau boleh apa yang kita tweet tu, kita nakkan kawan kita yang lain turut retweet post kita. Tuggu punya tunggu, last-last tidak ada seorang pun rakan dalam sosial media korang tu yang nak LIKE atau share atau retweet status korang. Jahanam! Penat-penat jer taip tapi tiada sambutan! krik..krik..krik.. :p Nah..waktu tu juga korang rasa sakit hati dan menyampah dengan rakan-rakan dalam friendlist korang yang kau rasa mereka akan LIKE status korang tu. Rasa sakit hati tersebut timbul seolah-olah masalah tu berlaku depan mata korang..contoh: kau ajak member kuliah/pejabat pergi makan diorang menolak. Ajak lagi member kedua, ketiga, keempat, kelima dalam satu kelas/pejabat tapi semuanya menolak! Bukan sehari dua berlaku tapi dah banyak kali..sakit hati oii kalau macam ni. ;)



Dengan adanya media sosial seperti Whatsapp, Viber, Line, WeChat, KakaoTalk, Facebook Messenger, dah tak perlu lagi soseh-soseh dekat tepi tingkap, tepi tandas atau jauh-jauh sikit supaya yang lain tak dengar. Nak bergosip ala-ala makcik kat tepi tingkap tu sekarang ni dah guna apps yang boleh download dalam smartphone korang tu. Sekarang ni dah cross-platform, apa yang ios ada, android pun ada juga kebanyakannya. Dah siap register, verify code terus aje dah boleh create group untuk bergosip sana sini tanpa ada gangguan. Jadinya, penggunaan apps tersebut ada juga baiknya seperti gosip secara private yang terdiri dari rakan-rakan yang tertentu sahaja. Yang lain tak payah nak menyibuk. Ada aje info terbaru teruslah sama-sama bergosip dengan pantas pula taip padahal smartphone tu takde keypad. Tapi dah macam keyboard warrior. Dahlah kadang-kadang tersilap satu-dua perkataan, lepas tu boleh pula guna short form dak-dak wechat ni. :p Nauzubillah..yer memang baik kalau dapat private chat dalam group tapi apa pula dosanya? Bukan ke  dosa tersebut sama seperti korang mengumpat secara fizikal terang-terangan? Mohon dijauhkan yer..bukan nak kata apa, tapi itulah dia realiti kehidupan. Dalam satu organisasi tempat kita bekerja sebagai contoh, sudah pasti banyak group private media sosial yang terdiri dari rakan-rakan tertentu yang rapat dengan kita sedang bergosip/mengumpat tentang kita. Boleh jadi dia duduk di sebelah meja dengan kita, tapi hati dan minda dia tidak bersama kita, malah ada dalam group private tersebut bersama dengan rakan lain yang mungkin jaraknya selang 3-4 meja jauh dari kita. Dahsyatkan realiti kehidupan sekarang ni? Zaman sekarangkan zaman maklumat..siapa dapat dulu dia yang win! (Sila baca Third Wave Revolution oleh Alvin Tofler) Walaupun buku tersebut lebih ilmiah berbanding penulisan penulis, tetapi zaman Information Age, Internet itu yang diketengahkan sepertilah sekarang ini. Sekali-sekala kena baca penulisan ilmiah ni. :)





Zaman penulis bersekolah dahulu takda pun media sosial online macam sekarang ni. Kalau tengah hot bercinta dengan seorang rakan sekolah ni, memang sibuk dibualkan oleh rakan-rakan yang lain, sampai Cikgu pun tahu. Oh..awak tu yer yang tengah cinta monyet dengan si pulan tu kan? Argh..cepat sungguh maklumat itu diketahui oleh seorang guru kepada guru yang lain umpama ada mulut tempayan yang menjaja-jaja cerita tersebut. :p itulah dia contoh yang penulis bawakan..bukan betul yer! Tapi apa yang penulis nak sampaikan ialah walaupun pada waktu itu takde lagi media sosial online tapi disebabkan saiz kawasan tersebut ialah dalam sekolah, maka sangat cepat cerita itu sampai ke satu orang ke seorang yang lain. Terus viral, tapi dalam sekolah! Hehehe..taklah sampai mak bapak tahukan, tak macam zaman sekarang ni, selak aje FB anak, tiba-tiba ubah status! Tetapi di zaman serba moden ini bila kau breakup dengan BF/GF korang, secepat kilat member-member yang lain tahu. Pada mulanya waktu hangat-hangat taik ayam bercinta, status dalam FB ialah "In a Relationship", orang lain nak test ayat pun macam takut-takut jugaklah. Tapi bila dah clash, terus update lagi sekali "Single". Aduh..dahlah sebelum ini waktu bercinta siap update bergambar lagi "my sweetheart, my honey, saya cayang awak, awak cayang saya, kau dalam pelukanku, awaklah mr sotong saya" hampeh dak-dak sekarang ni! thehehe..:p Apa yang penulis nak sampaikan ialah dengan adanya media sosial online masa kini, dan kau ialah mangsa ditolak cinta oleh si dia, maka dengan update status daripada "In a Relationship" kepada "Single" seolah-olah apa yang berlaku dalam dunia maya tu kau rasa sangat sentap seperti kau dan dia sedang berumah tangga lalu bercerai. Jadahnya bercerai, kawin pun belum lagi! :p Amek kau! Kadang-kadang itulah dia..manusia ni boleh berubah dengan cepat tanpa kita ketahui niat sebenar si dia. Tahu-tahu aje status sudah single. Padahal tengah bercinta ni..dan kau pula seorang yang tech-savy, setiap 10 minit mesti slide to unlock smartphone, lepas tu tengok FB, Instagram dsb..tiba-tiba si dia ubah status kepada single. Meraung kau dalam gaung! Rasa nak putus urat, terjun bangunan dsb. Tapi..itukan media sosial..lantak pi dia nak tulis apa pun. Yang penting ialah komunikasi secara fizikal antara kau dan rakan, kau dan BF/GF, kau dan mak bapak. Teruskan berkomunikasi tanpa ada barrier seperti media sosial sekarang ini. Lagi kita banyak berkomunikasi dengan seseorang, lagi banyak akan kita mengetahui sesuatu perkara bukan hanya bersandar kepada sesuatu status dalam media sosial sahaja! Ada faham? Berbicara elok bersemuka face to face terus ke dalam hati bukan dengan kotak aluminium/plastik ada otak Qualcomm Snapdragon, Exynos, HiSilicon, Intel bagai..tapi kau cuma baca posting aje, intipatinya kau pun tak tahu! Apa guna ada otak yang bijak tapi tak guna! :p



Kebanyakan orang zaman sekarang ni memiliki akaun media sosial seperti FB, LinkedIn, Instagram dsb. Dan mereka ini kadang-kadang online, pada masa yang lain banyak offline. Dan kebetulan pula kau memang kerap jumpa dengan dia samada di ofis/kelas atau di mana-mana pun atas tujuan tertentu. Kau pula jemput dia untuk berkawan dalam media sosial tapi tak dibalasnya jemputan tersebut. teruslah kau rasa yang dia tu sebenarnya abaikan kau, malas dah nak berkawan. Tapi elok jer berbual macam biasa bila berjumpa. Tapi pada sisi yang lain, tahukah kau yang dia sedang sibuk dengan urusan dia, sekolah dia, keluarga dia, sampai dia sendiri takde masa nak bermedia sosial ni. Tapi ada akaun FB, LinkedIn, Instagram. Awat tak reply jemputan aku wei? Lain kali jangan terus buat rumusan yang dia tak nak kawan dengan kau secara maya tapi eloklak ketahui bahawa dia mungkin sibuk dengan benda lain. Bukan dia tak nak bermedia sosial walau dah ada akaun yang tersebut, tapi macam penulis cakap tadilah. Masing-masing ada hal sendiri. Respect kay! Dalam media sosial memang kau boleh mengendap aktiviti kawan lain buat apa, tapi dalam dunia sebenar, macam tu ke sebenarnya? Haaa..amek kau!

Kita ambil Tweeter sebagai contoh. Sesetengah orang boleh mendapat mesej yang mengalir dengan deras dalam masa sejam, lebih-lebih lagi hari tersebut ialah hari reunion buat kau dan rakan-rakan sekolah suatu ketika dahulu. Waktu nilah kau akan selfie, wefie bagai, maklumlah lama tak jumpa. Dan kau sebagai penganjur menggunakan hashtag #kelas98SMKTTAreunion sebagai contoh. Maka yang lain-lain pun ikut juga guna hashtag tersebut. Tapi macam mana pulak boleh tersilap sikit hashtag tersebut akibat happy sangat-sangat ketika itu. Maka mesej kau tu pun akan sesat entah ke mana bersama ratusan malah ribuan yang lain. Ke lautlah kau dicampaknya..lain yang penganjur suruh hashtag, lain pulak yang kau taip! Aduhh!! Padahal satu-dua perkataan aje silapnya, kecik dan beso aje beza perkataannya, tapi boleh sesat yer mesej tersebut kalau tersilap hashtag! Naya...
Maklum sajalah..sebab sesetengah orang sangat-sangat menjaga status mereka dalam media sosial. Very strict! Sampaikan apa yang kau mesej kat dia pun tak dibalasnya. Kenapa? Sebab mungkin kau ni orang-orang biasa yang tidak tergolong bersama-sama dengan pengguna yang lain yang selalu share, repost atau retweet mesej mereka. jadi kau umpama nothing di mata dia dalam dunia maya. Diulang..dalam dunia maya, diulang sekali lagi, dalam dunia maya jer pun. Bila kau jumpa dengan dia bertentang mata, dia pun nak dengar cerita dari kau juga. Kalau dah online, semuanya bisnes! Sebab mungkin dia ni ambil serius terhadap media sosial berbanding kita ni!



Pada akhirnya, beginilah yang penulis boleh sampaikan..lain yang kau baca lain pulak yang kau terjemahkan sehingga membuat satu konklusi terhadap perhubungan kau dan si dia tu umpama dah putus, Sebenarnya takde masalah pun, tapi kau yang buat masalah tu wujud. :p Maklum sajalah..apa yang kita nampak jelas dan terang dengan penggunaan media sosial ni ialah, kita cuma nampak sedikit sahaja status individu tersebut tapi impaknya boleh jadi sangat besar. Itupun menurut kacamata yang membaca update tersebut. Lain orang lain terjemahannya..begitu juga dengan penyelesaian matematik, setiap orang ada jalan kerja masing-masing walau Cikgu dah bagi formula, tapi jumpa juga jawapan. Panjang atau pendek aje penyudahnya..kalau kau rasa nak penyudah yang panjang terhadap apa yang kau baca pada update status seseorang, silakan..kalau nak yang pendek pun silakan. Tak payah nak pening kepala. Lagi baik kau pegi tanya pada dia, hai apa khabar, awak sihat? Banyakkan kerja sekolah Cikgu bagi hari semalam?, macam mana nak selesaikan masalah matematik ni eh? Pfff...kan lagi elok macam tu daripada kau menyibuk hal kain dalam dia. :p thehehehe...

Wassalam..
Jeffri Rahman

Producer | Cinematographer | Blogger
Artikel ini diterjemah daripada Physcologytoday.com dan telah diubah ikut kesesuaian semasa menulis supaya lebih umpph!! agar korang bangkit dari tido! ;)

Share:

1 comment: