Applications: Adobe After Effects, FCP X, footage recorded with Canon 5D
Sounds & SFX: Audiojungle.net
Jadi, inilah dia montaj Anugerah Tokoh Siswa 2016 yang telah dibangunkan. Sebelum itu penulis dah survey dulu montaj tahun-tahun yang sudah bagi mendapatkan gambaran dan rujukan dalam penghasilan montaj pada kali ini. Yer, yang lepas tu lepas, kali ini kita sebagai tuan rumah mesti buat yang lebih baik untuk team kita! Ok, memang best majlis anugerah kali ini sebab menggunakan skrin led utama saiz 12 x 30 kaki, 2 skrin menegak belah kiri dan kanan stage, stage lighting, line array speaker, mixer Yamaha TF5 dan pelbagai lagi. Meriah sungguh..memang berubah wajah Dewan Sultan Iskandar, UTM dari kebiasaan. Terbaik! Apabila emcee mengumumkan persembahan montaj, penulis dengan perasaan tenang menghayati playback montaj tersebut dengan kegembiraan dalam hati sebab kepuasan amat sangat dengan sound system yang mantap! Maklum sajalah..kita dengar playback pada mac dengan Yamaha HS8, dengar sorang2 memang puas sebab dalam bilik sendiri. Tapi bila dengar dalam dewan yang besar...fuhh..meletop2 jadinya! :)
Sebenarnya penulis cuba untuk dapatkan ihsan daripada kontraktor yang membekalkan sound & lighting ni nak cucuk USB cable dari macbook pro penulis kepada mixer Yamaha TF5 tersebut bagi dapatkan sound live recording semasa majlis dijalankan. Sebab ada nyanyian, orkestra, jadi lebih sedap kalau dapat yang multitrack sound supaya boleh mixing kemudian. Tapi..begitulah, kita dengar ajelah bunyi tersebut. Takpelah..siapalah kitakan. Hehehe..penulis dah siap-siap download driver Yamaha TF5 beserta editor. Dalam macbook pro dah ada Logic Pro X. Mungkin lain kali agaknya kot.
Sedikit foto dari smartphone penulis pada majlis malam itu yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia
Baiklah...kalau u ollz nakkan montaj, video corporate servis janganlah segan2 untuk hubungi penulis yer..peace! ;)
Wassalam..
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over acting
Rugi la tak pegi tengok....
ReplyDeleteAbe Fuad pegi tengokkan..
Delete