Bertemu lagi dalam entri ketiga dalam tajuk yang sama iaitu Outstation Ke Putrajaya - Kementerian Pendidikan Tinggi. Pada yang tertinggal bas ataupun tren tentang entri sebelum ini, silalah klik pada link berikut bagi memahami jalan cerita kali ini. ;)
Outstation ke Putrajaya - Kementerian Pendidikan Tinggi (Part 1)
Outstation ke Putrajaya - Kementerian Pendidikan Tinggi (Part 2)
Jadinya, pada malam kedua tu rakan penulis yang ajak makan di Old Town tu mencadangkan kalau nak pergi gerai makan berhampiran dengan Dorsett, boleh jer ke Umai Cafe, tepi tasik Putrajaya. Huh..dekat aje rupanya. Melintas 2 buah jalan kemudian nampak beberapa baris food truck teruskan melangkah kaki berjalan di sebelah tasik. Ohh..rasa tak penat pun walau tersalah jalan lalu kat dapor Umai Cafe. :) Kita masing-masing pandai cover malukan! Wheee...
Untuk malam itu penulis memesan nasi gorang thai, rakan-rakan pula pesan mihun tomyam, nasi goreng cendawan, nasi goreng kampung dan juga satay. Secocok singgit der..biasalah tu, tapi besar sikit saiznya dari satay biasa. Puas makan malam tu. :) Alhamdulillah..kalau malam sebelumnya ada rakan-rakan yang pergi ke kedai mamak dan jauh sikit berjalan kaki. Kali ini dekat sikitkan..haa..kan mudah tu.
Hari keesokannya pula merupakan hari kedua sambung rakam footage di KPT dan hari yang last kerana petang itu kami pulang semula ke Johor. Agak lama juga menantikan keputusan top 5 Anugerah Siswa 2016. Kerana kita akan shoot footage top 5 students tersebut bagi digunakan dalam montaj persembahan. Eh..esok ada testing light, visual & sound. Haaaaaa...aku boleh tulis blog lagi ni! :p (tengah render After Effect lagi sebab ada minor changes dari client) thehehe..
Dekat lunchtime baru dapat tahu top 5 student, bergegas kami cari lokasi di luar bangunan KPT untuk dapatkan angle yang baik. Agak menarik background scene di luar dan di dalam. Selesai shooting di KPT kami terus kemas barang-barang yang ditinggalkan dalam mini studio untuk dimuatnaik dalam van. Penat ialah suatu proses yang akan dialui oleh sesiapa pun hatta duduk relax sekalipun. ;) mudah-mudahan hasil kerja kami digemari oleh para tetamu kehormat yang hadir pada 25hb Mac 2017 nanti. Kami curahkan titik peluh kreativiti kami ke dalam penghasilan video montaj ini agar ianya dapat dijadikan panduan pula kepada tuan rumah yang lain pada tahun hadapan, jika masih diadakan lagi majlis ini. Insha Allah..
Satu perkara yang penulis suka ialah, Manager kami yang memberikan kata-kata semangat untuk buat yang terbaik. Itu pun dah cukup memadai buat kami bagi memenuhi usaha tenaga yang dikerah ini supaya artwork akhir disukai ramai. Semoga dengan keletihan dan kepayahan dilalui ini dapat membakar lagi semangat kami untuk menghasilkan produk kreatif pada masa akan datang.
Thanx bro Fadzli atas ubat-ubatan ni! Lancar seadanya.. :p
Nantikan pula montaj tersebut ya!
Wassalam..
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over acting
0 comments:
Post a Comment