Tuesday, March 21, 2017

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan netizen di luar sana? Penulis harap u ollz sihat walafiat dan dalam lindungan Allah S.W.T. Kali ini penulis ingin bawakan pula entri terbaru iaitu outstation di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Bertahun-tahun menggalas tugas sebagai Penerbit Rancangan di sebuah Universiti Awam, baru ini pertama kali menjejakkan kaki di KPT. Masha Allah..lama sungguh nak dapat peluang ke mari. :) dan kebetulan pula dalam rangka tugasan luar bagi menjalankan kerja-kerja produksi video di sana. 

Alhamdulillah..

Kali ini penulis menjalankan kerja-kerja produksi bersama team Multimedia UTMLead iaitu geng2 seangkatan pejabat dari UTM. Kami dilantik oleh pejabat HEMA UTM selaku production house bagi menjalankan kerja-kerja produksi video bersempena majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016 yang akan diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM pada 25 Mac 2017. Jadinya..oleh kerana nama majlis itupun Anugerah Tokoh Siswa, makanya kenalah shooting footage sewaktu para pelajar yang terpilih ini sedang ditemubual oleh panelis bagi mencari salah seorang daripada mereka untuk dinobatkan sebagai Tokoh Siswa 2016. Malah ada pelbagai kategori lagi yang bakal dinobatkan kepada para pelajar yang terpilih setelah berjaya dalam proses temubual tersebut. Ya..ada ramai para pelajar ketika itu..hampir 50 orang kesemuanya. Dan kami lakukan yang terbaik untuk menghasilkan output akhir yang berkualiti untuk mereka! Al-maklum sajalah, Menteri Pendidikan Tinggi yang nak rasmikan, jadinya..kualiti mesti dijaga. :)

Maklum sajalah..biasanya yang akan datang ke KPT ni atas urusan mesyuarat, collect data untuk research,  biasiswa dan sewaktu dengannya, tapi kami ke mari bukanlah atas urusan seorang pensyarah berstatus Profesor atau Doktor, pelajar dan hasil penyelidikan, tetapi sebagai technical committee multimedia bagi membangunkan montaj persembahan Anugerah Tokoh Siswa 2016. :)

Setelah dapatkan tentatif program dan briefing dari Manager kami, barulah kami bersiap-siap sehari sebelum bertolak dengan listing semua gadget2 yang akan dibawa ke sana. Begitulah keadaannya apabila kita bertugas di luar, gadget2 mesti masuk dalam senarai beserta nombor siri bagi tujuan keselamatan. Kalau apa-apa jadi, naya nak oii..bukan seringgit dua harganya. 

Jadual shooting berlambak, hari lain takde shooting kita buat editing. Tidak ada kena-mengena Homer Simpson dan jadual di sebelah. :P

Kami berkampung di Dorsett Putrajaya selama 3 hari 2 malam. Tak jauh rupanya hotel dengan KPT, 10 minit jer. Setibanya di Putrajaya, terus saja ke KPT bagi mencari person in charge untuk ATS 2016. Chantek!, dapat sebijik bilik untuk cover still foto mini studio. Atau dalam kata lainnya, bilik berehat.. :) dapat ideanya? Bagus...maklum sajalah, cover video footage kejap-kejap naik tingkat 4, 7, 8..penat juga yer kawan2. ;) Beg kamera disandang, tripod dipikul. Gitulah gambaran kami ketika itu. Seperti pejuang negara kategori balada..:p

Kemudian kami check in di hotel dan dapatkan kad akses masuk ke bilik, teruslah berehat seketika sebelum menjalankan aktiviti pada malam hari itu. Penulis nak berehat? Tak sempat nak tukar baju-seluar terus snap gambar bilik hotel dsb bagi tujuan review konon-kononnya..eheh, maklum sajalah, Blogger, bukan setakat Producer! :) Member sebilik agak bersemangat pada petang itu untuk naik ke gym. Maklum sajalah..ada geng bilik sebelah yang juga main gym. Penulis seperti biasa, tengok dan lihat akan pemandangan sekeliling sambil sesekali memetik sekeping dua foto bagi tujuan blogging. Kita dah cukup sado tanpa gym kay. :p


Itulah dia tugas tambahan seorang Blogger mesti nak amek gambar dalam bilik bagi tujuan blogging. ;p Tak sangka penulis layan drama ketika itu. Ohh..

Tapikan apa aktiviti penulis dalam van sewaktu dalam perjalanan ke Putrajaya eh? Haa..u ollz mesti tak percaya di kesempatan yang ada tersebut, penulis mengarang pantun mengikut tema dan berjual beli pantun dengan salah seorang rakan di UTM menerusi FB. Habis wall orang tu kita pantunkan sampai klimaksnya kita sama-sama berdekah dalam hati. ;) hahaha..



Kalau dah namanya tengah gila nak menulis, dalam van pun jadilah. ;)

Baiklah kita bertemu lagi dalam siri kedua selepas ini ya. Nantikan...
Eh, dah siap pun link Part 2, Outstation ke Putrajaya, Kementerian Pendidikan Tinggi. Klik yer link tersebut untuk ke entri seterusnya :)

Wassalam

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice Over acting

Share:

0 comments:

Post a Comment