Wednesday, March 22, 2017

Assalamualaikum..

Kita kembali lagi dalam entri kedua outstation ke Putrajaya di Kementerian Pendidikan Tinggi. Kali ini penulis ingin menyambung penulisan dengan aktiviti pada malam hari di Putrajaya. Agak beruntung rasanya kerana ada rakan yang bertugas dan menetap di Putrajaya. Syukran..jadinya pada malam itu rakan penulis mengajak makan malam di Old Town White Coffee, Cyberjaya. Walau kesibukan kerja dan famili, beliau masih lagi ada kesempatan masa untuk berbual-bual dan membasahkan tekak di luar. 

Alhamdulillah..

Terima kasih geng! Last time kita makan-makan dan berbual adalah 4 tahun lepas iaitu pada tahun 2013 di Putrajaya juga. Kebetulan penulis outstation di Pullman Putrajaya ketika itu. Semoga kau terus sukses dalam karier dan keluarga! Amin Ya Rabb.. 

Baiklah..pada keesokannya pula penulis dan team multimedia memang dah tahu bahawa hari tersebut akan sibuk dari pagi hingga ke petang. Kerana apabila melihat jadual yang diberikan terdapat 5 bilik mesyuarat yang digunakan untuk menjalankan sesi temuduga tersebut. Dan setiap bilik tersebut berbeza tingkat. Ada di tingkat 4, 7 dan 8. Jadinya kenalah gunakan lif untuk naik dan turun. Walaupun nampak macam senang kerjanya, tapi kami pikul tripod, slider, audio recorder dan beg kamera. Setiap footage dirakam lebih kurang 10-15 saat dari pelbagai angle. Ada 2 orang lagi rakan staf bertugas sebagai Photographer di dalam bilik mini studio yang disediakan khas untuk krew kami. Penulis dan 2 orang lagi rakan staf yang lain cover produksi video. 

Yer..bermula 8.30am - 5.30pm. Durasi interview lebih kurang 15-20 minit setiap student. It depends! Maka kita pun follow jadual dan bertugaslah dengan penuh keyakinan dan kehenseman! :)

Yer..masa dalam jadual adalah lebih pendek berbanding masa peristiwa berlaku. Itu belum lagi tunggu keputusan top 5 student dari panelis. Lama nak oiii menunggu..sebab kita bukan sahaja cover footage dalam bilik mesyuarat, malah outdoor footage pun ambil bagi top 5 student tersebut untuk buat profail video dalam montaj persembahan nanti.





========================================================================== =========
Untuk pengetahuan pengunjung semua, penulis ketika itu sedang mengalami sakit perut sebelum sampai ke Dorsett. Dan pada malam tersebut nasib baiklah rakan penulis ni bawak pergi supermarket berdekatan untuk beli Poh Chai. Nak pergi farmasi dah tutup pula. Amek kau..3 kotak kecil penulis telan dalam masa 2 hari. Legalah juga..lagi 2 kotak tak makan sebab dah OK! :) Hari kedua pula rakan penulis bagi pil arang. Alhamdulillah..jasamu dikenang geng! Sejak dari Sekolah Menengah kita bersahabat!  itulah efek kalau makan macam-macam sampai tak ingat dunia. Tapikan..Alhamdulillah..tugas dapat disempurnakan dengan baik walau keadaan perut yang tidak berapa nak stabil ketika itu.
========================================================================== =========

Walaupun demikian tugasan tetap dijalankan dengan baik. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi, dapat juga mengharunginya. Begitulah ceritanya..nasib baik ada lif naik turun. Laju pulak tu lif di KPT. Tak sempat nak swipe to unlock smartphone, tiba-tiba jer dah kat atas atau bawah. Wooshh!!

Jadinya untuk makan tengahari kami turun ke tingkat bawah, ada cafe di situ. Meriah juga cafe di KPT ni dengan pelbagai jawatan manusia yang makan di situ. Harga pun reasonable, lauk pun pelbagai dan sedap juga rasanya. 

Syukur Alhamdulillah..

Ok, mari kita sambung baca Part 3 - Outstation ke Putrajaya - Kementerian Pendidikan Tinggi. Klik link tersebut ya untuk entri yang seterusnya.

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over acting
Share:

0 comments:

Post a Comment