Perjalanan Balik Kampung Raya: Tradisi, Jem, dan Dugaan
Balik kampung pada musim raya sudah menjadi satu tradisi yang tidak boleh dielakkan dalam budaya kita. Walaupun setiap tahun kita tahu pasti akan ada kesesakan lalu lintas, namun semangat untuk berkumpul bersama keluarga di kampung membuatkan segala kesulitan itu terasa berbaloi. Tahun ini, perjalanan balik kampung kami agak mencabar, namun penuh dengan kenangan yang tak terlupakan.
Kami bertolak dari Senai di hari raya kedua pada pukul 9 pagi. Tapi jika diikut janji dengan adik-beradik sebelah isteri sepatutnya gerak sesudah subuh. Akan tetapi disebabkan agak sukar kejut anak-anak bangun tidur, mandi, pakai baju raya, semua tu ambil masa. Begitulah permulaan cerita. Biasanya, perjalanan pulang ke kampung di Parit Sri Muar tidaklah begitu panjang, namun tahun ini, jalan raya yang penuh dengan kenderaan menjadikan perjalanan terasa seperti marathon! Kami sampai di Muar sekitar pukul 12 tengah hari, dan meskipun begitu, perjalanan yang lancar pada awalnya tidak bertahan lama.
Sebaik saja kami sampai di Tol Yong Peng Utara, seperti yang dijangka, jem sudah mula kelihatan sebaik sahaja melepasi bayaran tol. Apa boleh buat, orang Johor yang bekerja di bandaraya semua balik kampong mereka. Memang sukar nak elak jem kerana semua pemandu kenderaan menghala ke tujuan yang sama, iaitu ke Parit Yaani, Parit Sulong dan ke Muar. Penulis rasa begitu jugalah kot mereka yang berada di negeri yang lain. kan? Sementara itu, anak-anak yang berada di belakang kereta tidak dapat menahan rasa bosan dan mula membising. Pada mulanya, saya cuba untuk tetap tenang dan mengikut jalan yang lebih selesa meskipun Waze memberi cadangan yang berlainan. Tetapi isteri lebih cekap menggunakan Waze, cuma penulis sahaja yang tak nak ikut nasihat.
Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..
Memang ambil masa nak melepasi traffic light selepas tol. Dan keadaan berlarutan hinggalah sampai ke traffic light Parit Yaani. Kemudian perjalanan agak lancar sehinggalah sampai di Kilang Munchy's. Tetapi berlaku lagi sekali jem apabila menghala ke Parit Sulong lagi sikit nak sampai jambatan. Okay..di sini memang tak boleh nak buat apa, pekan tu kecil kemudian banyak kenderaan keluar masuk dari kampong. Wife saya kata jika ikut Waze kita boleh potong Kampong Parit Lutok. Laa..sebelah kanan aje simpang kampong ni, apa lagi kita pun bagilah signal dan masuk jalan kampong. Huhu...best wei lalu jalan kampong walaupun satu lorong aje. Apa nak pening kepala..semua orang kampong ada di rumah masing-masing layan keluarga sendiri jadi memang tak jumpa satu langsung kenderaan dar arah bertentangan. Tahu-tahu aje di sebelah kanan saya ialah sungai Simpang Kiri. Laa..selalunya nampak sungai ni waktu menyeberang jambatan aje, kali ni dapat lalu tepi sungai, surprise!!
Ingatkan boleh lepas jambatan bila lalu kampong ni, rupanya tak jauh jer dari jambatan. Maksudnya penulis melalui shortcut yang jaraknya pendek. Yelah kita mana tahu kawasan ni. Huhu...
Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..
Namun, pengalaman unik terjadi ketika kami melalui jalan kampung di sekitar Parit Yusof. Kami melihat semangat tradisi Baraan yang masih lagi hidup segar di kalangan anak-anak muda kampung. Geng-geng motor yang mengarak dengan penuh semangat menyambut raya, menambah keceriaan suasana meskipun kami terperangkap dalam jem. Inilah yang membuatkan perjalanan kembali ke kampung terasa lebih berwarna, dengan pemandangan yang membawa nostalgia dan kepuasan bagi kami yang jarang dapat melihat suasana kampung yang begitu meriah.Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..


Namun, perjalanan pulang ke Senai tidaklah semudah yang dijangkakan. Setelah keluar dari kampung, kami kembali melalui Parit Yusof dan Bukit Mor untuk mengisi minyak di Petronas Parit Sulong. Jem semakin teruk apabila kami menghampiri lampu isyarat Parit Yaani. Walaupun begitu, kami tetap teruskan perjalanan sambil cuba untuk bersabar dengan keadaan.
Puncak cabaran muncul apabila anak kedua saya yang berusia 7 tahun tiba-tiba muntah dalam kereta! Bau busuk yang menyebar di dalam kereta membuatkan kami terkejut. Seingat saya pada ketika itu kami baru jer melepasi Simpang Renggam. Jadi, terpaksalah turunkan sikit tingkap walaupun hujan renyai bagi mengurangkan sedikit bau muntah.
Walaupun banyak kali terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, dan menghadapi cabaran seperti itu, saya tetap bersyukur kerana akhirnya kami sampai di rumah dengan selamat. Kemudian setelah isteri dan anak-anak berserta barang-barang dikeluarkan dari perut kereta, saya pun memulakan operasi mencuci seat, sental, lap berkali-kali dengan menggunakan sabun. Nasib baik leather seat. Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa perjalanan balik kampung bukan sekadar mengenai destinasi, tetapi tentang perjalanan itu sendiri. Kadang-kadang, kita perlu bersabar dan menerima segala dugaan yang datang.
Tahun depan, saya merancang untuk bertolak lebih awal, mungkin 2-3 hari sebelum raya. Dengan cara ini, mungkin dapat mengelakkan kesesakan dan menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tanpa tekanan perjalanan yang panjang. In Sha Allah.
Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar
0 comments:
Post a Comment