Sebab apa ya? Hmm..bacalah dulu ek.
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Apa kabar buat semua pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot dot com. Akhirnya setelah bertahun tak update, kita bangkitkan semula blog ini supaya sentiasa hidup dengan penulisan terkini daripada penulis sendiri. Maaf banyak-banyak sebab tak update, bukan apa...kita dah dijanjikan dengan bonus penulisan blog di laman web lagi satu, tapi akhirnya telah ditarik balik markah blog tersebut bagi tujuan appraisal. Oleh kerana tak nak rasa down sangat, maka penulis pun kembali semula ke sini dengan semangat daya juang yang tinggi. Konon! hehehe...takpalah nak buat macam manakan...kita masih lagi ada di sini untuk menyuntik semangat dalam diri bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang pekerja di studio dan juga ketua keluarga di rumah sendiri. In Sha Allah..
Kali ini penulis akan bagi beberapa sebab kenapa dah lama tak update kisah terkini dalam blog cubitsanasini. Mula-mula memanglah rasa down sebab selama ni penulis selalu update latest posting dekat blog people.utm.my kerana ada markah bonus untuk boost sikitlah markah LNPT tahunan. Tapi semenjak ianya ditarik balik mulai tahun ini, maka penulis pun rasa terkilan jugalah. Tapi takpa..blog yang ku cintai ini masih lagi ada di sampingku.
1) Sebab tengah bersemangat menulis di laman web people.utm.my
Ya, salah satu sebab utama penulis tidak berkampung lagi di sini adalah kerana bagi mengejar markah bonus LNPT yang tak seberapa pun tapi boleh jugalah untuk topup 0.5 - 1 markah. Dengar pun macam tak logikkan? Buat apa nak kejar markah sikit semata-mata nak boost markah? Manusia..selagi boleh cari markah lebih untuk topup LNPT selagi itu akan diusahakan. Jika nak cari markah dalam bidang sukan, memang confirm takkan terjadi punya. Sebab kita sendiri tak aktif bersukan. Hanya pada zaman sekolah sahaja aktif bersukan. Hahaha..
2) Bila dah bersemangat menulis di people.utm.my, akhirnya...
Tiba-tiba aja pengurusan organisasi tarik balik markah bonus menulis blog di laman people.utm.my. Aku dah bersemangat waja untuk sentiasa update, akhirnya ditarik balik. Eh..suka-suka kau aje nak buat keputusan begitu. Ah..lantaklah, yang penting buatlah kerja dengan baik dan ikhlas. Semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya. Aamiin...
3) Patah balik semula ke sinilahkan
Of course..mesti patah balik sini semula. Kalau tak, jari-jemari ini terus gelisah kerana tidak dapat menaip apa yang terbuku untuk diluahkan tau. Boleh gigil jawabnya. kita harap u olls sudilah untuk terus berkampung di sini ya. Walaupun sekarang dah ada medsos, tapi penulis masih lagi menggunakan blog untuk bercerita sana sini berkenaan aktiviti kerja. Ya..kita pun ada acc medsos tapi nantilah kita kongsikan ya..sebab sekarang ni dah dapat material untuk buat konten, cuma belum gerak untuk develop pulak! Uhh!! Doakanlah penulis lebih rajin ya.
0 comments:
Post a Comment