Sunday, December 31, 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman blog ini. Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam entri terbaru dan kali ini pejabat penulis buat julung kalinya mengadakan Office Warming Day! Wow, apa yang menariknya sampaikan anak2 pun turut dibawa sekali? Haa..sebab itulah namanya Office Warming, kita nak meriahkan majlis ini yang sememangnya baru pertama kali diadakan setelah 18 tahun saya berkhidmat di pejabat UTM CDex. Tersangatlah rare GAIS!! 

Majlis ini berlangsung pada 28 Disember 2023, hari Khamis sewaktu ofis hour sampailah tamat waktu kerja. Aktiviti utama dimulakan di Dewan UTM CDex dengan semua staf dan ahli keluarga mereka berkumpul untuk bacaan doa, ucapan dari Pengarah, instructions untuk aktiviti, ambil saguhati, hadiah, anugerah staf terbaik bulanan berserta ruang kerja staf terbaik (EKSA). Yelahkan..nak nampak majlis tu padat, jadi sumbatlah semua event tu dalam satu majlis..barulah nampak meriah sikitkan?  Biasalahkan..ini juga boleh dikatakan strategi bagi menambahkan lagi perisa dan perasa yang menceriakan suasana.


Pada mulanya penulis agak gusar juga nak bawa anak-anak yang telah dihantar ke Taska terlebih dahulu. Sebab 28 Disember tu masih lagi hari cuti sekolah.  Risau sebab tak boleh handle ketiga-tiga Princess, isteri saya kata. Takpe..kita cuba dululah.  Tetapi..apabila melihatkan ramai ofis mate yang bawa anak-anak mereka ke pejabat, maka penulis pun ambil keputusan untuk ambil mereka di Taska. Maklumlah, ada macam-macam game yang dianjurkan. Pastinya diorang happy kat sini, begitulah yang saya fikirkan. 

Kebetulan, UTM dengan Taman Mutiara Rini taklah jauh mana, jadi sewaktu saya sampai di Taska baru jer selesai aktiviti Susu Farm Fresh yang datang ke situ untuk menghiburkan anak-anak sambil minum susu. Alhamdulillah..teruslah riang dan ceria apabila ayahnya kata "jom ikut ayah pergi ofis, ada macam-macam aktiviti tau untuk kanak2..tapi sampai tengahari aje, lepastu ayah hantar semula ke Taska kay". Haa..tak payah kita buka pintu kereta, mereka sendiri buka dan terus masuk dalam perut kereta. 


Sewaktu kami sampai, semua staf sedang mengikuti tentatif aktiviti, tetapi penulis bawa anak-anak ke belakang Dewan untuk main gelongsor angin (inflatable indoor playground) Cantik..takde orang, memang puaslah budak-budak tiga orang tu main sampai mandi peluh dibuatnya!

Agak lama juga ya mereka ni bermain gelongsor. Anak yang no 2 tu memang cepat berpeluh! Kalau bawa main-main di taman permainan pun begitu juga. Kadang-kadang mungkin setakat main tiup buih-buih tu, tapi bila dah habis sambung pula dekat playground. Mak dan Ayah terkejar-kejar diorang ni sambil teriak nama masing-masing. Begitulah kami bakar lemak yang tak seberapa sangat pun. 

Kemudian anak yang no 1 nak main VR pula, kami pun pergi ke dewan untuk cari PIC, ok..nampaknya PIC baru jer melayan kanak-kanak yang lain main VR tadi dan baru jer nak duduk di Dewan. Tapi disebabkan beliau sporting, maka kami pun naik ke tingkat atas untuk experience VR. Memang asalnya anak no 2 tu request minta beli untuk main-main dekat rumah. Uishh...harganya dahlah mahal. Nasib baiklah PIC tu bawa VR card board, murah dan selamatlah jika dibandingkan nak bawa Oculus 2, nanti apa-apa jadi, bapaknya yang susah. Alahai....hehehe...

Ingatkan dah sekali experience VR turun ke Dewan semula, rupanya anak no 2 nak pakai lagi VR card board tu, barangkali tak puas rasanya. Sebab 1st time kot merasa VR..seronok anak-anak ayah waktu ni. Alhamdulillah..agak terkawal juga di sini.


Kemudian bawaklah mereka ni turun ke bawah untuk makan-makan pula, maklumlah dah penat main, lapar katanya. Tapi yang makan cuma no 1 aje, yang lain2 cuma tengok dan menunggu masa kakaknya makan. Sahlah diorang ni nak main lagi. Huhu..lepas lunch aturcara diteruskan dengan online games Kahoot di Makmal Komputer UTM CDex. Amboi..terkezut bapaknya tengok soalan agak susah juga ya walaupun berkaitan dengan pejabat dan kerja..saya rasa elok jika soalan berkaitan dengan apa yang kanak-kanak suka berbanding soalan yang bertanyakan apa itu UTM CDex, lighting dsb. Sebab itu yang menjawab soalan ialah mak bapak, anak2 cuma klik aje mouse. Hahaha...tengok ajelah foto kat atas tu, En. Gaffar bagi jawapan siap2 kepada anak2 kita. 

Aktiviti seterusnya pula ialah upacara penyampaian hadiah dan saguhati kepada semua anak-anak yang telah mencukupkan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pejabat kami. Waktu ini separuh daripada belon yang tersusun di tepi stage dewan dah pun dipecahkan oleh kanak-kanak riang ceria dan gembira. Walaupun kelihatan agak tidak terkawal dengan diorang ni, tapi yang penting Pengarah kami happy dan terhibur bersama-sama dengan anak-anak kami yang datang untuk menceriakan majlis. Apakan tidak, gelongsor angin itu ditaja oleh beliau. Terima kasih banyak Prof! Semoga dimurahkan lagi rezeki dan dipermudahkan urusan. Aamiin.

Selesai majlis, anak-anak request nak ke belakang dewan untuk main gelongsor angin lagi, jadi kita layankan aje. Kali ini mereka bermain sama dengan anak-anak ofis mate yang lain. Kelihatannya mereka agak terkawal dan tidak mencetuskan hal-hal yang boleh membuatkan ayahnya menjegilkan mata ketika itu. Alhamdulillah. 



Sebenarnya ofis Multimedia ni baru aje siap renovation. Pecahkan dinding untuk besarkan lagi ruang dan gantikan karpet kepada vinyl, cat baru dan ada lagi projek doodle yang belum dimulakan lagi ni. In Sha Allah..akan datang ni dah boleh start agaknya. Jadi kita akhiri entri kita pada kali ini dengan ucapan terima kasih dan semoga anda semua dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan Aamiin.


Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar

Share:

0 comments:

Post a Comment