Showing posts with label makan-makan johor. Show all posts
Showing posts with label makan-makan johor. Show all posts

Sunday, May 14, 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog CubitSanaSini dot com. Terima kasih kerana masih setia berkunjung ke laman blog ini. Baik pada Oktober 2022 yang lalu penulis dan keluarga mengisi masa lapang dengan menelusuri Sungai Melayu menaiki bot yang disewa di jeti bersebelahan Restoran Pantai. 

Sebenarnya penulis diajak oleh keluarga kakak dari Kuala Lumpur untuk makan-makan di Restoran Seafood dan bertanyakan di mana asam pedas yang sedap di Johor Bahru. Terdetik di minda ketika itu Sungai Melayu adalah pilihan terbaik oleh sebab bukan hanya makan-makan sahaja, malah boleh juga menaiki bot menelusuri Sungai Melayu dan menikmati pemandangan indah di sekitarnya. Dan kakak bersetuju! Alhamdulillah.

Penulis pun sendiri pernah makan di sana dan membuat penggambaran short film untuk ofis pada tahun 2017 yang lalu. 


Short Film Impiran bagi Pembukaan Program NALI 2017

Kami sampai di Sungai Melayu sewaktu makanan dahpun sampai dan keluarga kakak dah mula nak makan. Aduhai..terlewat sikit kami waktu tu. Maklumlah..nak siapkan tiga orang anak2 comel ni ambil masa sedikit. Huhu..isteri saya pun makan taklah banyak sangat sebab nak bagi anak2 makan terlebih dahulu walaupun mereka ni nak main aje sepanjang masa.

Kemudian abang ipar cari person in charge jaga bot. Selesai deal..kami dapat menyewa dua buah bot berasingan. Cuaca pada ketika itu agak renyai jugalah tapi tak lama, Alhamdulillah. Dua orang anak saudara penulis hadir tapi yang sorang lagi tak dapat datang sebab baru aje mendirikan rumah tangga. Takpe..kita faham..masih lagi honeymoon time.  

Antara momen yang kami sempat snap. ;)

Penulis sendiri akui walaupun dah lama menetap di Johor, baru kali ini berpeluang menaiki bot menelusuri Sungai Melayu, Gelang Patah. Sebelum ini tak terfikir pula nak melakukan aktiviti sedemikian. Baik, di sepanjang perairan ini kita dapat menyaksikan ekosistem yang masih terpelihara. Terdapat rumah kupang iaitu platform bagi nelayan di sini bela kupang. Mungkin untuk dijual ke restoran berdekatan atau orang ramai yang ingin mendapatkannya. Mana tahukan? Bila sebut aje pasal kupang penulis teringat sewaktu zaman masih kecil dahulu, di mana arwah mak selalu beli kupang di tepi pantai lido. Dah takde lagi dah tempat ni, hanya pembangunan yang menyesakkan mata. Tetapi..biasanya arwah mak akan rebus terlebih dahulu kupang tersebut dan penulis akan sibukkan diri tolong arwah mak kopek kulit dan keluarkan isi kupang. Penulis paling suka kalau arwah mak goreng kupang dan saya akan pilih kupang yang saiz kecil dan ngap terus masuk dalam mulut. Sedap oooo... 

Waktu nak turun bot untuk naik platform ni kami rasa gayat juga tau 



Baik, jika ada kelapangan nanti, penulis akan cuba update entri terbaru berkaitan Pendaftar Multimedia - Tadbir Urus Teknikal. Youtuber BBNU tapi banyak experience cuma baru start berjinak-jinak dalam Youtube ni. Haha..ok? Insha Allah..bertemu lagi pada masa akan datang. Wassalam.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

Share:

Sunday, June 16, 2019

Salam sejahtera buat semua para pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot.my. Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi dalam posting terkini penulis buat tatapan uolls semua. :) Kita masih lagi dalam bulan Syawal 1440 H jadi penulis ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada uolls semua jika penulisan tuan tanah secara tidak sengaja pernah mengusik jiwa anda. :( Oh syahdunya. Tak sempat nak tulis posting untuk ucap Selamat Hari Raya jer untuk korang semua. Maaf yer Gais. Tapi kali ini penulis ingin berkongsi sikitlah pengalaman makan tengahari di sebuah restoran di Paradigm Mall iaitu Village Grocer.

Wow..kita makan kat Village Grocer kay! ;) Terlebih dahulu penulis nak ucapkan terima kasih daun keladi buat ofis mate yang belanja lunch kali ini. Ceritanya ialah member kita ni dahlah tak sarapan, jadinya dia pun ajaklah geng-geng lain di ofis yang sudi untuk keluar lunch dengan dia. So kita pun setuju jerlah sebab tak pernah lagi makan di tempat yang nak dituju ni. Maklumlah tekak orang kampong nak cari nasi jer kalau makan. Hehehe..jadinya kita keluar ofis pada hari itu lebih awal sikit berbanding biasa. Punyalah berdebar nak makan apalah kita ni ek? Janganlah bawak tempat makan yang mahal-mahal sudah, kopak nanti dompet! ;) haha..yelah sebab waktu ni penulis tak tahu lagi member nak belanjakan.

Yang bestnya ialah En Gaffar sendiri yang drive kita orang ke sana. Haa Kelas kaww..bila dah sampai dan parking so carilah Village Grocer sampailah tersesat-sesat tingkat 1 dan 2. Memang banyak menapaklah jawabnya. Takpe, sekali-sekala bukannya selalu sampai ke Paradigm Mall ni. Huhu.

Bila sampai jer di situ, laa..ingatkan restoran rupanya Supermarket. Tempat makannya pula  bersebelahan sahaja. Oo..begitu konsepnya. Maklumlah dah berapa kali abam penulis stress kat sini kita tak biashe makan kat tempat macam ni, setakat makan kat gerai tepi jalan makan nasi dan goreng pisang tu jer la port kita makan. Hehe..Erm..lalu En Gaffar pun memesan makan ayam whole chicken, seekor kaww! Ishh..habis ke? Ala..4 orang kan komfem habis punyalah. Gitew. Kemudian order side dish nasi goreng dan potato apa ntah! Hahaha..nampak tak tahap pelupa camne? Bila main course ingat yang side-side ni lupa dah! Hehe..

Dari kamera En Halizan. Jarang2 dia wefie, sejak berkenan dengan OPPO barulah dia wefie. Hehe..

Dari kamera En Gaffar. Ada AI memang tak payah edit ek? ;)

 Inilah dia nasi goreng. Side dish jer jadinya. Hehe..tapi bila makan dengan ayam 
sepinggan sama jer macam makan nasi dan ayam cuma kuantitinya tidaklah penuh sepinggan jika kau makan 4 orang kay!

Itu dia ayam whole chicken dipotong dua. En Gaffar kata itu hari dia pergi makan sini
dah siap potong kecik2. Kali ni tak potong pulak. Kita ok jer sebab ada pisau sekali tu,
dramalah sikit nak memotong ayam tu. ;)

En Gaffar juga pesan kalau nak minum beli jer air dalam Village Grocer ni memandangkan harga air kopi di restoran ini agak mahal so sementara menunggu ayam siap digolek kita pun masuklah ke dalam dulu tengok apa yang patut. Wow..agak amazing jugalah penulis melihat barangan grocery dalam ni kebanyakannya diimport. Penulis memang suka pergi ke section yang ada banyak potato chips tu. Ahahaha..macam-macam jenama dan perasa ada yer. Harganya pula mahal dan mungkin berbaloi kot dengan rasanya. Kalau beli Lays kat Aeon pun dah cecah RM10 inikan pulak jenama yang tak pernah dengar hingga mencapai ke harga RM28!! Huii..makan potato chips harga RM28? Nak sorok mana weh? ;)

 Lagi imej ayam close up oleh OPPO

Lupa pulak apa ke nama side dish ni?

Sukses! Kan kan kan??

Sekali lagi penulis merakamkan ucapan terima kasih buat En Gaffar kerana belanja kita orang makan di Village Grocer. Kalau tak dibawa ke sini memang tak tahu pun wujud tempat ni kat JB. Maklumlah penulis biasa shopping kat Aeon jer. Huhu..tapi overall memang sedaplah rasa ayam tu, ada rasa herba sikit sebab En Gaffar order yang herbs. Nampak tak kopi Arabus kat atas meja tu? Haa..ada jugak kopi tu kat sini. Di Aeon Dato' Onn pun ada juga tau kopi Arabus tu. Tak payah penat-penat drive pergi ke 7E kat Thailand sana nak beli Arabus. Cuma Sirap Hales jer takde lagi kat Supermarket di sini. Huh..bila nak masuk Malaysia ni sirap Hales? Kalau tak penulis terpaksa order dengan En Gaffar jika beliau jalan-jalan cari makan di Thai sana. ;) Baiklah kita bertemu lagi di lain posting kay! Umwaahh..luv u olls!

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

Share:

Thursday, January 4, 2018

Assalamualaikum..selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan masih berterusan melangkah ke hadapan dalam memulakan tahun 2018 ini. Baik, untuk mulakan entri terbaru 2018, penulis ingin mengajak semua pembaca kepada suatu fenomena biasa di negara kita Malaysia apabila tiba musim Durian. Yer..kebanyakan daripada kita merupakan hantu durian dan ada sebahagiannya langsung tak makan durian. Apa keslah korang ni! Ishh...   Kebetulan pada tahun penghujung 2017 sememangnya dinantikan oleh kita bagi penggemar buah durian. Dan penulis juga tidak ketinggalan meraikan pesta buah durian ini yang semakin dikenali ramai sebagai KENDURIAN. Maksudnya ialah kenduri durian. Haha..amek ko kelas! Ingat kenduri-kendara makan nasi beriani dan nasi minyak aje, inilah dia pesta yang tak hengat punya makan! Mana cukup makan 2-3 ulas jer kan, mesti nak makan sebijik dua durian baru puas, berjaga-jagalah kau dengan tahap gula dalam darah tu ya! Hehehe...



Alhamdulillah..puji dan syukur ke hadratNya. Durian FEST kali ini amat beruntung rasanya sebab pihak Bos berbesar hati untuk belanja kami semua staf UTMLead, UTM. Amat peka sekali pihak Bos  dengan suasana musim durian. SYABAS penulis ucapkan! Mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki mereka. Amin Ya Rabb. Sebelum kami dapat merasai keenakan durian ini, kami telah melihat dengan mata kepala kami sendiri di mana ada sebuah jabatan berhampiran dengan pejabat kami menganjurkan pesta makan durian untuk pejabat mereka. Wah..terliur rasanya. Jadi tidak lama selepas itu telah timbul cakap-cakap untuk mengadakan program sama seperti jabatan tersebut. Dan akhirnya berita ini telah sampai ke pihak pengurusan UTMLead. Maka pada 28 Disember 2017, setelah selesai sahaja senamrobik perdana UTM, salah seorang dari staf kami yang gigih dan bersemangat jitu telah ditugaskan untuk mencari durian. Dengan membawa van jabatan, memandulah dia ke Kampung Sawah, Pekan Nanas dengan harapan dapatlah nanti membawa longgokan durian yang enak-enak untuk dimakan bersama-sama. Berkat usaha yang padu akhirnya beliau telah membawa pulang buah durian yang begitu banyak jumlahnya yang cukup untuk dimakan oleh kami sepejabat berjumlah sekitar 30 orang. Yelahkan..ingat kopek sebiji durian tu boleh makan sorang ke? Mahu naik gula dalam darah kau! thehehe..opss! ada orang boleh makan lebih dari sebijik kau! hahaha... 



Antara longgokan durian yang perlahan-lahan makan akhirnya habis juga. hehehe..penulis duduk kat meja ni jer, tak perlu susah-susah cari meja lain. Dah berlambak dah ni. Tak payah nak berebut-rebut.

Penulis sempat mengambil seulas durian untuk jamah terlebih dahulu walaupun program belum mula secara rasmi. Yelahkan, nak ambil uniform anak di tadika, kemudian baru boleh sambung makan. Baik jamah dulu orang tua-tua kata, nanti kempunan.

 Molek ni, jom kopek dulu. Kata abang ni sambil diperhatikan adik baju biru di hadapannya...

Yer dik, abam pun setuju memang sedap yang ni, jomlah kita kopek sama2. Tak sabar dah ni. uhuk uhuk uhuk...  eh, ayah dia kat belakang tu yang baju lengan pendek. thehehe..sorry Bos!



Brader pakai topi merah ni geng panjat bukit & outdoor tracking. Selain bertubuh sado dan mantap dia juga rajin menolong orang lain. Wheeee......


Itu dia VC UTM pun turut hadir memeriahkan suasana. Amboi kau Amri,
siap berpayung bagai mengalahkan escort Datok. Kelasss!!  


Sepakat membawa berkat. Sama-sama kita menikmati durian Kampung Sawah. 



Bukan sahaja durian, malahan Cik Ram Rambut Rambutan pun turut menyerikan lagi majlis santai-santai KENDURIAN 2017


Lebih meriah lagi di majlis KENDURIAN ini adalah apabila salah seorang staf kita yang turut membawa pulut dan santan untuk dimakan dengan durian. Fuhh..memang masuklah dengan durian tu. Tak tau nak cakap apa dah. Dah malas nak fikir gula dalam darah ke, diabetes naik ke, yang penting dapatlah makan durian ni setahun sekali. Maklum sajalah..harga durian kini mencanak-canak harganya sampai tak masuk akal pun ada. Maosang king lagilah mahal..harapkan tebal aje, tapi berapa ulas ajelah ada dalam sebijik durian tu. Tapi kena ingat..kalau betul Maosang king yang sedap dan enak, bayar berapa ratus pun jadi berbaloi rasanya. Penulis ingat lagi dalam pertengahan tahun 2017 ini pergi ke rumah kakak di KL, abang ipar bawak durian dalam tupperware transparent tu. Ishh..kesiannya durian kena masuk tupperware, fresh pula tu. Tapi bila penulis makan...aduh bak hang!! MAOSANG KING GRED apa pun penulis tak tahu. Sedap bangat!! Huhu dan huhu..entah berapa ulas makan pun tak ingat! KELASSSS!!! Kalau timbang sebijik pun yang buat berat tu kulit, isi dalamnya yang nak makan. Hehehe..


Antara sebahagian staf UTMLead yang kacak dan comel lote memeriahkan KENDURIAN 2017 di belakang ofis jer. Tak payah jauh-jauh pun, tempat ini kita yang punya!  




Inilah dia kakak yang bawa pulut dan santan untuk dimakan dengan durian. Terima kasih kami ucapkan. Semoga dimurahkan rezeki yer Kak Balqis.  

Datuk VC, Datuk Pengarah UTMLead, Pengarah CALPD, masing-masing berbual ceria semeja. 



Antara staf UTMLead yang hadir memeriahkan program KENDURIAN 2017. Rugi woi tak turun ke mari. Oi oi oi...


Apa-apa pun penulis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengurusan UTMLead yang sudi untuk belanja kami semua staf yang memang kepingin nak makan durian. Walaupun durian kampung jer, tapi sedap sebab ramai-ramai dapat makan termasuklah VC UTM. Itulah namanya sepakat membawa berkat. Mudah-mudahan ada lagi surprise dan kejutan untuk kami staf biasa-biasa jer ni di masa akan datang. Atau lebih baik sekali ialah pada tahun baru ini 2018. Manalah tahukan Bos nak sponsor trip family day ke? Huhu...kita buat kerja dengan baik, tingkatkan produktiviti, nanti bos belanja kita lagi eh. Insha Allah....


Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger

Share:

Saturday, October 21, 2017

Beli karipap frozen pun penulis order online tau!

Assalamualaikum...apa khabar semua para pengunjung laman blog cubitsanasini.blogspot.my? Penulis harapkan anda semua dalam keadaan sihat walafiat, masih bertenaga untuk meneruskan perjuangan dalam bidang kerjaya, keluarga, masyarakat dan juga sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Kali ini penulis kembali lagi dengan entri terbaru iaitu beli lagi karipap daging jumbo dengan peniaga yang sama.

Rasanya dan masuk 3-4 kali repeat order karipap ini dari peniaga yang sama. Kalau mula-mula dulu waktu nak order karipap siap masuk dan belek-belek lagi page mereka di FB. Kali ini tak perlu lagi dah sebab peniaga akan sebar whatsapp kepada para customer lama berkenaan open order terbaru. Tiap-tiap bulan peniaga akan send whatsapp untuk ambil order. Maklumlah..jauh benar karipap ni datang dari Muar. Kelas ngko jah! Ko hado? Haha..jangan terkejut tau kalau penulis nak makan karipap yang sedap pastinya import khas dari Muar. Bukan calang-calang karipap ni!

Betapalah engkau buat sementara waktu dalam esbok ini sebelum dinyahbeku, digoreng dan dimakan oleh aku dan juga tetamu yang hadir ke rumah. Eh..bukan semua penulis punya. Mak mertua punya order pun ada juga tu. Lupa pulak..  



Nak tau kenapa penulis masih lagi repeat order karipap ini untuk kesekian kalinya? Meh sini kita beritahu sebab-sebabnya:

  • Karipap pusing daging jumbo ini bersaiz besar dan sesuai dengan harganya iaitu RM 9 untuk 10 keping sepeket
  • Rasanya sedap dan intinya padat, bukan karipap angin!
  • Memang kulitnya tebal, intinya juga penuh. 
  • Karipap ni kena order sebulan sekali, jadi kalau terlepas order memang dirindui rasanya. Cewah...
  • Karipap ini telah menerima pujian baik dari mak mertua, rakan-rakan sepejabat penulis dan mereka yang telah merasainya
  • Baru sebentar tadi penulis keluar dengan member lama sekolah dalam urusan wiring rumah baru, penulis sempat bercerita kesedapan karipap ini, terus rakan penulis nak order ;) 
Jadinya, entri kali ini mungkin nampaknya mudah dan santai maklum sajalah cerita pasal karipap. Maka untuk shopping barang dapur bulan ini dah tak perlulah masukkan frozen food seperti nugget, french fries, ayamas crispy sebab dah dapat karipap yang diimpikan. Kalau korang nak order juga, silalah tinggalkan komen di bawah beserta emel, nanti penulis compose emel pada korang yer.

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over

Share:

Saturday, January 21, 2017

Assalamualaikum..hai korang semua pengunjung, apa khabar? Penulis harap korang dalam keadaan sihat hendaknya. Kali ni penulis nak cerita sikit pasal karipap pusing daging yang telah direpeat order kali kedua! I repeat, kali kedua. :) Awat best sangat ke karipap pusing daging tu sampai kena repeat order lagi? Aha..apa kata selak dulu entri yang telah penulis tuliskan dahulu di sini ataupun pada link ini: http://cubitsanasini.blogspot.my/2016/11/karipap-pusing-daging-jumbo.html 

Apa nak buat, dah penulis rasa nak blogkan pasal hal ini. bolehlahkan kita share sama-sama sesuatu yang menarik dan sedap untuk dimakan. Untuk pengetahuan semua ini adalah batch pertama tahun 2017 yang dipesan dari facebook terus ke whatsapp. Haa..kat facebook tu biasanya orang nak tengok macam mana rupa bentuk karipap tu, review dan juga ambil pesanan direct dari fb. Tapi oleh kerana penulis dah pernah order last time, makanya penulis terus jer whatsapp setelah dapat tahu open order 2017 telahpun dibuka. Jumpa pun kat port biasa iaitu di Petronas UTM Skudai, cuma runner kali ni orang yang lain pula. Yang penting rasa dan rupa bentuk karipap tu still the same dan sedap. Runner tak kisahlah siapa-siapa pun. ;)

Mula-mula nak order 2 bungkus jer, tapi memandangkan open order hanya sebulan sekali jadi, terus beli 4 bungkus, 3 bungkus karipap daging dan 1 bungkus karipap telor. (belum pernah rasa lagi karipap telor yang ini)

Erm..lama sungguh dikau tak ku goreng dalam kuali. Hehehe..

Penulis mendoakan agar pemilik perniagaan ini berterusan menjaga kualiti karipap dan terus sukses dalam bisnes ini. Sementara penulis dah ada idea penulisan untuk tahun 2017 ini, tapi masih tercari-cari masa sesuai untuk bangunkan idea penulisan tersebut. Penulisan apa? Penulisan skrip dik nun..mudah-mudahan dapatlah idea bernas untuk skrip akan datang ini! Huhu...oklah, jumpa lagi pada masa akan datang yer. Insha Allah..

p/s: Untuk buat tempahan karipap pusing daging jumbo seperti gambar di atas sila rujuk posting blog saya sebelum ini http://cubitsanasini.blogspot.my/2016/11/karipap-pusing-daging-jumbo.html

Jeffri Rahman
Producer
Editor | Cinematographer | Voice over

Share:

Thursday, November 10, 2016

Cerita pasal beli karipap pusing daging dari FB

Assalamualaikum...apa khabar semua para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my? Penulis harap u olls semua dalam keadaan sihat walafiat. Untuk posting kali ini penulis cuba untuk lari sedikit dari topik kebiasaan kerja, cuti, audio & video, di mana kali ini nak kongsi sikit cerita pasal beli karipap pusing daging jumbo yang sedap dan manthop! Terbaek yow!!



Saiznya yang besar, isinya pula padat, manakan tidak penulis order 5 bungkus! ;)

Begini ceritanya...kebetulan dah lama penulis tak makan karipap pusing dan teringinlah pula nak makan, tapi tak tahu nak cari atau beli kat mana. Bertanya juga pada si isteri, katanya nanti dia tanyakan dalam group whatsapp/fb dia. Erm..penulis fikir takpalah, cuba cari dulu dalam fb atau instagram mana tahu kot2 ada. Dalam media sosial online memang ada yang berniaga karipap pusing ni tapi biasalahkan..kita bukannya dapat merasa waktu tu juga, kena beli dulu baru tau rasa sedap atau tak. Lagi satu, kalau ada testimoni dari customer yang pernah beli memang kadang-kadang kita tak teragak-agak untuk membeli. Itu yang menariknya!

Oleh kerana teringin sangat nak makan karipap pusing daging, maka penulis pun orderlah dari seorang peniaga dari FB. Selak punya selak foto kat FB dia, erm..macam menarik! Sekali tengok harga RM 9 = 10 pcs. Boleh tahan juga harga tu. Jadi penulis buat keputusan untuk beli 3 bungkus karipap pusing daging dan 2 bungkus karipap sardin. Harga karipap sardin ialah RM 8 sebungkus. Dan yang best sekali ialah karipap2 tersebut datangnya dari Muar dan akan delivery pada setiap bulan ke serata JB. Kena cas RM 6 delivery service. Itupun jumpa kat Petronas Jalan Skudai-Pontian.

Testimoni yang sangat bagus dari customer. Delivery pula sebulan
sekali dari Muar. Huhu..sedih..kena beli banyak sikit kalau nak tunggu
sampai bulan depan. Tapi peti sejuk kat rumah bukan boleh simpan
banyak2 pun..uwaaa!! :( :(

Yang menariknya mengenai karipap pusing daging ni ialah, saiznya yang besar, kulit pun tebal sebagaimana inti di dalamnya juga tebal dan berisi. Pusaran pada surface karipap tersebut amatlah molek. Begitu juga dengan kelim karipap yang kemas dan teratur. Agak sukar untuk mencari dan  mendapatkan karipap saiz jumbo ini dengan rasanya yang sedap dan lazat. Ternyata tidak rugi penulis keluar duit sebanyak RM49.00 untuk beli 5 peket karipap daripada peniaga tersebut. Rujuk foto di atas.

Nampak tu, molekkan bentuk karipap pusing daging ni? Kan..kan..


Nak dipendekkan cerita, penulis pun menggoreng empat keping karipap bagi mencuba rasa sedap atau tak seperti mana dalam testimoni fb milik peniaga tersebut. Mula-mula penulis keluarkan dulu karipap ni dari fridge bagi nyahbeku untuk sementara waktu. Buatlah sikit kerja-kerja rumah yang berkaitan, cuci pinggan, susun pinggan dalam rak, buang sampah dulu dan sewaktu dengannya. Dekat sejam lebih kemudian barulah menggoreng. Dengan api yang kecil, hasilnya amat molek dan masak dengan keseluruhannya sekata dan tidaklah hangus. Alhamdulillah..pesan mak penulis begitu, api biar kecil supaya masak dengan molek. ;) Tak payah tergopoh-gapah nak memasak ni. Nanti tak jadi, rugi aje duitkan? Huhu..dan huhu.. :)
Asalnya empat keping, tapi dah makan satu. Erm..dah tak sabar dah! ;)

 Plastik yang cover karipap ni pun tebal dan berkualiti. Tahanlah lama sikit masuk fridge nanti. (Sebelah kiri karipap pusing daging, sebelah kanan karipap sardin)

Wah..dah siap goreng 2 keping terus amek gambo. Gebu sungguh mika berdua!

Eh..dah ada kesan gigitan pula ke? Erm..erm..janganlah salahkan penulis, dah lapar dah ni. ;)

Aha..tengok tu pusaran pada surface karipap tu. Molekkan? Rangup tau!

Jadi..apa yang boleh penulis rumuskan di sini berkaitan karipap yang dibeli ini ialah, rasanya sedap, intinya padat, di luar pula kulitnya rangup, sekali menggigit pasti nak teruskan gigit lagi sampai habis. Tak rugi membelinya. Cuma..anda perlu order terlebih dahulu dengan peniaga tersebut kerana delivery akan dilakukan sebulan sekali di sekitar Johor Bahru. Kerana yang menghantarnya datang dari Muar. Cubalah cari user fb tersebut di facebooknya jika ingin membuat pesanan. Kalau dah search dalam fb tak jumpa juga, bolehlah pm tepi penulis pada ruang komen di bawah ini.

Majulah karipap pusing untuk negara!! ;) 

Wasaslam..

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over

Share: