Showing posts with label apple logic pro. Show all posts
Showing posts with label apple logic pro. Show all posts

Saturday, November 26, 2016

Recording & Mixing

Assalamualaikum..apa khabar semua para pengunjung blog yang masih setia berdamping dengan blog penulis ketika ini. (: Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kali ini penulis ingin share cerita mengenai rakaman dan mixing yang pernah dilakukan sebelum ini di studio bersama kawan-kawan dari jabatan lain dalam UTM. Kehadiran mereka sangatlah dihargai oleh penulis ketika itu kerana memang teringin bangat nak buat recording & mixing. Maklumlah, dah ada audio interface, preamp, EQ, reverb dsb dalam studio ni, mengapa tak dicuba untuk buat rakaman muzik, ye tak? Mana tau satu hari nanti boleh pula jalankan rakaman lebih dari dua track. Kepingin penulis dibuatnya untuk buat lebih dan lebih lagi dalam recording & mixing. Dah biasa rakam voice over orang lain, suara sendiri, mesti nak buat kerja yang lagi advance! Tambahkan skill, mantapkan diri!!



Penulis memanggil dua orang kawan untuk jalankan recording session, seorang main cajoon, seorang lagi main acoustic electric guitar. Kedua-duanya memang music literate. Penulis dah pesan lebih awal dengan yang main cajoon tu supaya bawa kabel XLR lebih sebab dalam studio ni memang kekurangan kabel XLR, maklum sajalah kegunaannya belum ke tahap bikin hits!. Selain dari itu, beliau juga bawa 2 mic untuk cajoon. Satu di bahagian depan satu lagi di bahagian belakang. Sementara acoustic electric guitar menggunakan TRS kabel untuk disambung kepada Aphex Preamp. Bukan direct cucuk kabel ke Audio Interface yer kawan-kawan! Penulis sendiri dah banyak kali bagitahu bahawa sound yang terhasil dari Audio Interface tidak menjanjikan bunyi yang mantap. Maksudnya tiada color, warm, saturation, yang boleh membuatkan bunyi tersebut jadi lebih sedap ketika waktu recording. Perlu ada satu lagi unit yang memantapkan lagi sound dari Audio Interface tersebut iaitu external preamp. Mana-mana Sound Engineer pun boleh agree pasal hal ini. Mereka akan kata dapatkan mic yang bagus, preamp juga yang bagus.

DAW yang digunakan adalah Logic Pro X sementara FX unit (in the box) yang digunakan pula adalah bonus download free dari Focusrite punya website sebab penulis adalah pengguna Focusrite Scarlett 18i20. Kadang-kadang setiap bulan ada offer yang nak dibagi percuma, kita pun downloadlah. Untuk EQ penulis gunakan Surfer EQ dari Sound Radix sementara Reverb pula dari Eventide 2016 Stereo Room. Compressor masih stok plugin Logic Pro X. Powerful juga walaupun stok plugin kay!

Okay, dengarkanlah dulu sample recording tersebut dengan dua instrumen. Akan datang penulis akan cuba untuk buat lebih advanced kalau ada yang sudi nak buat recording session.

p/s: rasa macam nak panggil baskers buat recording dalam studio. huh!

Wassalam..
Jeffri Rahman
Cinematographer | Producer | Voice over
Share:

Thursday, October 27, 2016

FX unit Lexicon PCM91, PCM 81, DBX2031, Aphex Channel Master, Focusrite Scarlett 18i20, Neumann TLM 193


This is only a vocal sample okay! I am not a singer. But I do recording & mixing. Thank you. :)

Assalamualaikum..apa khabar semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap you alls semua dalam keadaan yang baik dan sihat. Kali ini penulis ingin berkongsi info berkenaan rakaman suara dengan menggunakan FX unit seperti yang tertera pada tajuk dan perenggan di atas. Rasanya dah lama penulis tak berkongsi info berkaitan audio recording. Kerana kebanyakkan cerita yang penulis kongsikan adalah berkisar cuti family day, sibuk buat kerja itu ini, bakat dan kenaikan pangkat dan pelbagai lagilah. Kesibukan di kala ini adalah editing voice over Guru-guru Bahasa Inggeris dari MYLINE, UTM. Mereka punya tajuk voice over didatangkan dengan pelbagai set 5, 6, 7, 8, 9, 10. Setiap satu set ada macam-macam tajuk. Rakaman voice over mereka adalah untuk support MUET di kalangan pelajar UTM. Penulis amat sanjungi usaha murni mereka ini. Jarang sekali penulis menolak untuk buat recording session bersama mereka. Apatah lagi suatu ketika dahulu pejabat kami dan pejabat mereka di bawah bumbung yang sama. Apabila mereka semakin berkembang maju, maka mereka pun pindah ke pejabat sendiri. Tak jauh pun, tingkat bawah jer. thehehe..;)

Oleh kerana penulis telahpun merakam vokal ini di suatu ketika dahulu sewaktu awal pindah ke bilik rakaman audio, rasanya sudah tiba masa untuk berkongsi tentang kelebihan FX unit tersebut walaupun suara penulis tidaklah sesedap mana pun. Hanya sekadar melepas batuk di tangga. ;) Signal chain di antara hardware tersebut begini.

Oh ya..sebelum terlupa, rakaman suara tersebut menggunakan DAW jenama Adobe Audition CC.  Sementara efek menggunakan outboard gear seperti yang tertera pada tajuk dan juga perenggan di bawah ini. Selain dari Audition CC, penulis juga gemar menggunakan Logic Pro X.

Sambungan Kabel antara audio interface dan FX unit
Mic sambung kepada input Aphex Channel Preamp dengan kabel XLR. Output preamp disambung kepada audio interface iaitu Scarlett18i20 pada input 1 menggunakan kabel TRS. Kemudian terdapat Send and Return port pada belakang Aphex preamp. Cucuk kabel TRS pada Send dan hantar ke input port DBX 2031 EQ. Sambungkan TRS kabel di Return port pada Aphex preamp dan hantar ke output port DBX EQ. Kedua-dua unit ini akan beroperasi antara satu sama lain dan anda hanya perlu ubahsuai tahap bunyi yang dirasakan sedap dan ada umpph!



Aphex Channel Master dan DBX 2031 EQ. Dalam rack mounted.

Untuk PCM 91, penulis guna kabel RCA audio untuk buat sambungan antara Scarlett 18i20 dan PCM 91. Walaupun tak berapa quality, tapi penulis mahu test terlebih dahulu kerana signal yang dihantar adalah stereo. Pada unit PCM 81 pula penulis gunakan kabel TRS untuk buat sambungan antara Scarlett 18i20 dan PCM 81. Yang ini memang confirm signal lebih berkualiti berbanding RCA tadi. Apabila kesemua kabel-kabel tersebut telah dipasang, masih ada satu lagi step yang perlu dilakukan dalam sistem komputer anda, iaitu routing signal yang betul untuk dihantar kepada DAW (Digital Audio Workstation) bagi membolehkan ketiga-tiga FX unit tersebut dapat digunakan sewaktu rakaman. Oleh kerana penulis menggunakan audio interface jenama Focusrite Scarlett 18i20, ianya didatangkan bersama Mixcontrol software bagi kendalikan tugas ini. Kalau step yang ini gagal, maka tak akan keluar bunyi FX tersebut ketika rakaman. Bunyi agak keras tapi itulah caranya. Manakan tidak, untuk dengar semula audio dari Scarlett 18i20 dengan menggunakan headphone, anda masih perlu buat routing signal yang betul dalam Mix control. Kalau tak, langsung tak keluar bunyi kat headphone! Waktu awal pembelian scarlett 18i20 ni sampai ofis jadi jakun yer. Install dulu Mix control dan Logic Pro X, lepas tu buat connection tapi tak berjaya. Mesej yang dipaparkan oleh scarlett 18i20 di monitor Mac penulis ini agak menyedihkan. Walaupun dah pasang kabel usb dari scarlett18i20 kepada Mac, tapi led USB ACTIVE tak menyala. Panggil semula member yang jadi supplier tengok-tengokkan keadaan. Penyelesaiannya mudah jer. Offkan dulu Scarlett18i20 dan buatlah sambungan kabel antara interface dan Mac, kemudian tekan semula button on pada Scarlett18i20. Eh..menyala pulak led USB ACTIVE tu..*&*(^*(&(& betul! (thehehe) kome dahsyat arr! terbaek!!


Legendary Lexicon Reverb PCM91 dalam mounted rack. Tapi sayang, PCM81 dahpun rosak, nampak tu error message 'E7' bukan kord gitar E7 tu ye!

Apabila kita telah setting laluan signal dengan betul pada Mixcontrol barulah boleh mula rakaman dengan Logic Pro X. Sedap pun bunyinya..dah memang taraf profesional punya equipment cuma tak cukup channel, ada 8 aje. Hahahaha!!

Dapatkan setting Reverb dari PCM 91 dan FX processor dari PCM 81
Sebenarnya perkara ini terlalu subjektif untuk diberikan jawapan atau statement secara tepat. Kerana masing-masing punyai citarasa pendengaran berbeza bagi setiap manusia. Ada yang suka bunyinya begini, ada yang suka bunyinya begitu. Terpulang. Tidak ada jawapan yang tepat. Asalkan vokal yang terhasil tidak terlalu duduk ke belakang atau tenggelam dalam mixing.

Sebagai contoh unit PCM 91 sendiri mempunyai 450 FX Reverb yang berkualiti tinggi. Antaranya ialah halls, rooms, plates yang mempunyai sub menu sangat banyak di dalamnya. Jadi bagaimana kita ingin tahu yang mana satu bunyi yang sesuai dan sedap dengan vokal kita? Besar soalan tu, tapi jawapan saya ialah apabila kita dah latih telinga untuk mendengar bunyi dengan baik dan punyai pengalaman teknikal yang mencukupi dalam rakaman audio, maka tidak mustahil kita hanya perlu putar knob tersebut tanpa ada rasa stress untuk produce sound yang baik. Contohnya efek Plates: Vocal: Bright Vox. Reverb yang terhasil pada vokal sangat jelas dan nyaring. Lagi satu ialah Plates: Custom: MonoOrStereo. Reverb yang terhasil juga amat jelas dan merebak tapi perlu dicontrol Mix agar tidak terlalu Wet. Maksudnya dengan amaun wet sekitar 15-30% sudah mencukupi untuk dapatkan Reverb vokal yang baik.

PCM 81 pula merupakan Multi Effect Processor yang mempunyai 300 preset FX yang berkualiti tinggi. Ini bermaksud apabila unit ini digandingkan dengan PCM 91, sound yang terhasil memberikan impak sonic dan clarity yang sangat jelas dan bertenaga dalam memacu vokal anda lebih berkarakter dan mempunyai color tersendiri. Penulis sangat menyukai kedua-dua unit ini dalam penggunaan rakaman vokal. Kalau tidakpun, PCM81 ini boleh dijadikan unit untuk hasilkan sound design yang baik dalam pembikinan filem.

Tapi alangkah malang sekali..PCM 81 dahpun rosak baru-baru ini. :( :( :( mungkin sebab dah lama tak digunakan sampai rosak jadinya. Padahal PCM 81 tu adalah Multi FX Processor yang sangat mahal harganya. Ah..nak bagitahu Bos la boleh tak repair. Itulah hardware yang memproses vokal jadi lebih sedap dan bertenaga. Tanpanya, kena buat waktu post dalam Logic Pro X. Itu pun belum tentu dapat yang accurate macam PCM 81. Demn!!

Sebenarnya penulis memang teringin sangat nak buat rakaman muzik di studio audio ni. Oleh kerana di UTM ni ada jawatan pemuzik di Unit Kebudayaan, penulis amat galakkan mereka untuk datang ke mari untuk jalankan rakaman. Mereka ada drum set dengan mic yang cukup. Keyboard dan bermacam instrumen lagi. Penulis selalu berangan kalau dapat buat rakaman di studio ini, lagu-lagu pilihan adalah dari mereka sendiri dan penulis hanya mahukan skills yang ada ini digunapakai oleh pihak yang inginkan perkhidmatan ini dalam UTM. Skills yang dah ada ini sangat perlu untuk dikembangkan sebelum ianya menjadi lapok dan tidak relevan lagi pada masa akan datang. I have the skills and I have the passion..please, I want to use my creativity and talent to soar even higher in the sky! Arghhh!!!

Ok..stop dulu. sebelum penulis mengarok..thehehe...dengarkan yer vokal sample tu!

Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Blogger | Cinematographer

Share:

Thursday, March 3, 2016

Belajar cara repair audio rosak dalam Adobe Audition CC (Audio Restoration)

Assalamualaikum..apa khabar ssemua para pengunjung blog yang budiman. Diharapkan anda sihat walafiat hendaknya. Telah ada beberapa artikel yang saya tuliskan di sini berkaitan dengan audio dan teknikal part tentang menggunakan preamp dan sambungan SEND & RETURN serta cara sambungan dan kemanakah harus dituju sambungan tersebut. Jadi, sekiranya anda masih lagi belum membaca artikel tersebut, silalah lawati di sini Audio Editing dengan Adobe Audition CC: Part 1 dan How to use Your Preamp SEND & RETURN connection.

Kali ini saya akan memfokus kepada editing audio dalam Adobe Audition dalam topik membaikpulih sound yang terhasil dari sekeping VCD lama bertajuk 'Keroncong Diraja Johor'. Rakaman video tersebut telah berjaya dirakam di Komplek Penyiaran Sultan Iskandar, Johor Bahru pada 10 April 2001 dengan pengacara program iaitu Dato' Jalaluddin Hassan dan Shima Ismail. Lagu-lagu keroncong yang dimainkan cukup merdu dan bertenaga serta barisan penyanyi dari dalam dan luar negara menyampaikan lagu keroncong dengan penghayatan baik sekali. Saya pun telah lupa di mana VCD tersebut saya simpan, tetapi saya sempat buat salinan softcopy bagi tujuan lihat dan dengar secara peribadi. Manakan tidak, ada beberapa orang kesayangan saya dalam barisan pemuzik tersebut! Salah seorangnya telahpun meninggal, iaitu Bapa saudara saya selaku pemimpin Orkestra Keroncong pada ketika itu dan juga Abang saudara saya, JARI. Kedua-dua mereka ini adalah ahli keluarga terdekat dalam hidup saya, walaupun saya bergelar anak angkat tapi tak pernah pun kasih sayang itu kurang, bagai menatang minyak yang penuh daripada mereka sekeluarga ;) Emo la pulak..ishhh....

Tahun 2001 dahulu, sekarang dah tahun 2016. Maknanya dah 15 tahun berlalu. Subhanallah..lama sudah.

Walaupun saya telah extract VCD tersebut menjadi bahan softcopy dan simpan ke dalam hard disk pada jangka waktu yang lama, namun jarang sekali saya mainkan dalam komputer. Sehinggalah penulisan artikel ini ditulis, barulah saya dapat mencurahkan idea dan teknik yang digunakan untuk mengembalikan sound yang terhasil menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Maklum sajalah..dalam blog saya ini, penulisan artikel yang paling ramai orang baca ialah berkaitan melancong ke pulau yang pernah saya dan isteri pergi suatu tika dahulu. Saya ingin ambil peluang yang ada ini untuk berkongsi pengalaman yang dilalui bagi artikel kali ini.

Jika dilihat dari grafik di atas, nama tajuk bagi file berkenaan ialah 'AVSEQ01.DAT'. Ini bererti file tersebut adalah data VCD yang boleh dimainkan dalam VCD player yang popular suatu ketika dahulu. Jika kita extract data VCD tersebut dari komputer, maka kita akan dapat nama dan format video tersebut seperti grafik di atas dalam bentuk softcopy. Saya mainkan semula file ini dalam software MPEG Streamclip. Keupayaan software ini untuk eksport file .dat kepada format video/audio yang lain memberikan kemudahan kepada kita untuk membuat kerja-kerja yang dilakukan ini. Saya eksport kepada file audio dalam format .AIFF bagi tujuan editing semula. (Restoration la kiranya) 

Setelah berjaya eksport kepada format .AIFF dengan sample rate = 44100 dan 16 bit per sample, kemudian saya buka file ini ke dalam software Adobe Audition. Fuhh..terkejut jugak tengok audio wave file ini!


Full scale : Zoom Out gambaran sebenar



Zoom In : dah tahu apa masalahnya?

Apa yang boleh anda simpulkan dengan melihat audio wave ini? Adakah ianya berirama keroncong ataupun death metal? Maaf..saya tidak menyinggung sesiapa pun dengan analogi berkenaan mahupun hasil kerja orang-orang terdahulu yang telah penat lelah menyiapkan mastering video dan audio ini. Saya cuma mahu berkongsi pendapat dan idea secara realistik bagaimana nak repair audio yang telah distort sungguh bunyinya ini. Sekali pandang bagi mereka yang bertugas dalam industri audio/video sudah tentu boleh memberikan analisis secara on the spot apakah masalah yang dihadapi terhadap wave file ini.

Teruskan membaca Part 3 Editing dengan Adobe Audition CC

Jeffri Rahman
Multimedia Producer
Cinematographer | Audio Recording, Mixing, Editing | Voice over Johor Bahru

Share:

Friday, February 5, 2016

Aphex Channel Preamp & DBX 2031 EQ

Foreword
Hello Everyone! and welcome to my blog. This is the first time I write in English Language on my blog. If you would notice some or many grammatical error on my writing, I am truly sorry for this. The reason I write in English is because I would like to share some of my experience in pro audio system and how I make the connection between the outboard gear I have and make them work together. Well, it does sounds big doesn't it? But in this case I'm using a mic preamp by Aphex and EQ by DBX. It may not sound so big, but hey I think maybe I could help you out to better understand this simple connection between them.

All right, in my studio I have a Focusrite Scarlett 18i20 which is the audio interface, Aphex Channel  Preamp, DBX 2031 Equalizer, PCM81 for Multi FX Processor, PCM91 for Reverb and whole bunch of outboard gear which I don't have to mention here. Seems the list keep going on and on but hey..Scarlett 18i20 only have 8 analog channel and how would you think I connect them all together? No..not enough analog connection could establish with all that said equipment. But since I'm mentioning How to use SEND & RETURN connection on your preamp, that means I'm going to show you guys how I make connection between my preamp to my DBX Equalizer using SEND & RETURN port on the rear panel of Aphex Channel.

Well, to help you better understand the big picture, I'm mostly use Scarlett 18i20 for voice over recording. The mic I use in the studio is a condenser mic, Neumann TLM 193 and Audio Technica AT4033/CL. Both of the mic cost different in price and spec. But maybe a lot of you guys would think what the heck for Neumann TLM 193 do in my studio for voice over recording anyway? It's not like I'm recording a record label artist anyway. Yes..I'm going into that direction now! I'm sorry guys, I'm not the guy from a Management level who can decide what brand of outboard piece you could buy. I'm just a supporting staff kind of guy who receive orders from them. Yeahh..not my own studio, but my Department where I work for the University. Heh..now you get the picture right? ;)

Okay here it is..I really don't like the sound produce by 18i20 if using a direct connection, plug in a mic to Scarlett 18i20. They sound so dull with no color and weak in signal although I have crank the gain up to 3pm. This sound were very sad..so I'm looking for an answer as to how to enhance the sound and having the good tone like the pros did it. And yes they did mention to bought another piece of equipment which is a preamp. Although I already have another preamp, Behringer Ultragain Mic 2200 which cost around a hundred buck, but you can get the crappy sound from it. WYSIWYG. But you know what although the crappiness of sound produced from the unit, but it had served well at helping me record a voice over through a year with Behringer (I'm using Digi 003 with Behringer Ultragain Mic 2200 back then). But plenty of tweak and adjusment in the post pro process to have the kind of tone that I want. So I write to my Boss, I would so much like to have another preamp to make my work sound Amazing in hope of producing much better result than before. So I did it! My Boss approved my permission! We bought other piece of equipment too like DJI Phantom 3, Dell Desktop Computers, Yamaha HS8, Audio Technica AT4033/CL and few other stuff. They cost a lot people! Yeeshh..but on my side, Audio Equipment System are the upgrades I need the most. Other than that, its coming from office mate of mine.

The Setup
Once I received the unit (Aphex Channel), I quickly make the mic connection from the Mic IN XLR port at rear panel of Aphex to Audio Technica AT4033/CL mic. This was done by using XLR cable. And send the signal back in to Scarlett 18i20 Input 1 using the Output XLR port at the rear panel of Aphex. Make few tweaks on the front panel of Aphex e.g. turning on the phantom 48V, turn on the Compressor button, adjust the release knob, turning on the BB/EQ/AX button and I heard a very good tone after tweaking some of the knobs there. This is a good starting point! Furthermore I'm using a brand new HS8 monitor. ;)

This is indeed a good starting point to pave the road to success ahead! So for a few days later I receive another voice over job as usual and this time I'm going to use Aphex Channel preamp with me. This is it! I mean this is the time I could polish a quality sound and tone enhancement with Aphex, I'm pretty glad I did it. So another day pass by, I was thinking of hooking up DBX EQ to my interface. And it worked too! FYI, DBX 2031, Reverberator, Multi FX processor and other outboard gear I didn't mention, were in the Audio Editing Room before I permanently sat in that room. Do you get the picture? No one touches the equipment there as it was like a strange room in there. So before I make decision to move into the Audio Editing Room, I was teamed up with other guys as well and we work together producing multimedia educational videos. It was fun and adventurous! You don't feel stress if you love your work or what you do! ;) And someone need to take care of the equipment there.

But I think something is quite wrong at some point. What I mean is, when you hooking up an EQ to your mixer/interface it is the best practice not to plug them in the analog channel of your interface. Why you wanna plug them in your analog channel anyway? So I read the manual once again and I found that at the rear panel on Aphex there was a connection called "EFFECTS" with SEND and RETURN port for TRS jack connection. What the heck SEND and RETURN mean anyway for a noob like me? And the manual gave me the answer;

So now I understand how this EFFECTS SEND and RETURN work. It says there to plug in either a Compressor or an EQ unit. So let's get them plugged in.


Focusrite Scarlett 18i20. Audio interface with 18 in and 20 out. You will have to bought another preamp as extension to to use all 18 input and 20 output. For example Focusrite Octopre MK II Dynamic. Plug them by using ADAT lightpipe (fiber optic cable).




APHEX Channel Preamp. A single channel preamp with lots of FX adjustment. You know what, I wish for another 4 channels of Mic Preamp. They really pump up your voices! Yeah..like the Solid State Logic Alpha VHD, Universal Audio4-710D or Avalon AD2022 dual mono pure Class A Preamp. They all sounded great! And of course additional 2 condenser mic in the future.



DBX 2031 rear panel. Pretty straight forward instruction.

So to summarize what I wrote here, this is a simple diagram of how I make the connection between Scarlett 18i20, Aphex Preamp and DBX EQ. They were pretty straightforward and not so technical.


After I make all the connection, its time to turn on these 3 unit and make some adjustment. For example I'm using input 3 on my audio interface. You don't have to turn on the phantom power 48V on Scarlett 18i20 because we do that on Aphex Channel Preamp.

- I set the gain on 18i20 almost at 12 noon
- I set the gain on Aphex Channel at 1pm
- I set the input level on DBX EQ almost at 12 noon (you have to tweak the 31 band EQ to suite your sounding need)
- This need practice to make your output sounded good.

You know why I said that? Because on the Aphex Channel itself has plenty of FX there. De-Esser, Gating, Big Bottom, EQ, Aural Exciter. It's a combination of FX to make your sound the way you want. I also use PCM91 Reverb with Scarlett 18i20 by hook them up using SPDIF cable.

So I do hope you guys out there get the picture with these simple connection between the 3 unit. Maybe you and I have different audio interface, preamp or EQ but the connection should be similar. If not consult your manual for more information.

Thanks..
Jeffri Rahman
Multimedia Producer | Cinematographer | Editor | Blogger

Share:

Monday, February 1, 2016

Assalamualaikum W.B.T.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua para pengunjung laman blog cubitsanasini.blogspot.my. Seperti mana anda semua ketahui bahawa blog saya ini bukan sahaja menghidangkan cerita berkaitan jalan-jalan cari makan, malah selain daripada itu sebahagian lagi kandungan blog ini adalah cerita dari sekitar kehidupan saya sebagai Multimedia Producer. Setelah sedekad menjawat jawatan sebagai Penerbit Rancangan di Universiti Selatan Tanahair, saya rasa dengan kepelbagaian pengalaman yang dilalui di situ, telah banyak perisian multimedia telah  digunakan bagi tujuan pembangunan produk multimedia pendidikan. Dari awal masuk kerja telah didedahkan dengan sekumpulan perisian Adobe untuk suntingan imej, authoring tool, screen recording dan banyak lagi perisian2 lain yang kebanyakannya belajar sendiri atau sama2 belajar dengan ofis mate. Banyak sharing session dikongsi bersama. Alhamdulilah..lebih kurang 2 tahun kemudian Studio Video dan Makmal Pembangunan Multimedia telahpun siap dibina dan di situlah banyak perkara baru yang dipelajari. Multi Camera Production, video editing, sound editing, directing, cinematography, buat kerja multitasking (sentiasa multitask) dan pelbagai lagi. Semua perkara di atas berkembang mengikut keperluan semasa selaras dengan pengalaman yang dilalui.

Akan tetapi...

Setelah sedekad melalui pelbagai pengalaman multimedia di atas, antara elemen multimedia yang paling saya minati dan sentiasa hendak pertingkat mutu kerja adalah elemen Audio.

Kenapa?

Sebabnya mudah aje..saya amat minati dengan bunyi dan karakternya: Apple Logic Pro, EQ, Compressor, Reverb, Aux/Bus, Signal Routing, etc. Apabila dirangkumkan semua, inilah yang saya dapat: Recording dan Mixing.

Apabila potensi lebih dari sekadar rakam voice over
Yer..kadang2 kita ambil masa lama untuk ketahui apa yang benar2 kita minat dan serius dalam sesebuah perkara. Kenapa? Seperti apa yang saya katakan di atas dan juga entri sebelum ini iaitu Bypass Preamp Digi 003 dan Audio Editing dengan Adobe Audition serta Penggunaan Apple Logic Pro dalam Mixing. Nah..bukankah saya telah nukilkan dari artikel yang lalu bahawa saya suka membesarkan jiwa dan berani ambil peluang untuk perkembangkan bakat dan potensi diri. Jadinya, kepelbagaian ilmu/disiplin berkaitan multimedia dan multitasking memang memenatkan dan sentiasa perlu refresh supaya tidak ketinggalan zaman. Apa yang saya lalui di sini dengan kepelbagaian rakaman voice over samada talent berbakat ataupun tidak telah mengajar saya satu perkara: iaitu kemampuan diri sentiasa lebih dari merakam voice over dan mahukan tugasan audio lebih kompleks dan mencabar. Walaupun kedengaran rakam voice over nampak mudah, tapi tak semudah itu untuk dapatkan hasil yang baik yang sentiasa diharapkan oleh saya sebagai Producer. Yer, memang betul rakam voice over gunakan satu mic, satu channel, dan editing serta mixing dilakukan waktu post nanti. Kadang2 guna 2 mic, it depends. Tapi anda rasa cukupkah sekadar rakam voice over dengan hanya seketul mixer/audio interface? Cukupkah sekadar 2 channel untuk rakam voice over? Bagaimana pula dengan jangka masa panjang akan datang? Lagi2 kalau bajet akan kena potong oleh pihak berwajib. Mahukah anda rakam voice over dari muda sampailah ke tua nanti? Bagi saya TIDAK! Saya punya potensi lebih besar dari itu dan saya mahukan penjurusan yang khusus dalam rakaman dan mixing. Itulah kelebihan saya yang dicari-cari selama ini. Apa yang saya boleh simpulkan tentang apa yang saya cuba sampaikan ini adalah seperti grafik yang berikut:

Sebahagian daripada jenama Audio System yang bertenggek antara satu sama lain dalam audio rack di studio. thehehe..bertenggek la oiii..

Semua yang saya listkan di atas adalah jenama Audio System yang sedang saya gunakan dalam penghasilan kerja. Kecuali Lexicon tu tak gunalah dalam voice over, Reveberator beb..thehehe..kalau untuk vokal nyanyian ya. Oh terlupa..dalam artikel akan datang saya akan masukkan sample vocal audio dengan menggunakan Aphex Preamp, DBX EQ dan Lexicon Reverb. Nanti anda akan dengar dengan sendiri kejelasan track vocal (solo) menggunakan hardware FX tersebut. Bukan mudah untuk dapatkan hasil seolah-olah penyanyi..thehehe..

Tapi kenapa saya simpulkan apa yang saya minati dengan jenama Audio System ya? Bukanlah satu perkara yang pelik pun sebab bekerja dengan peralatan audio. Itu maknanya saya serius dengan apa yang saya lakukan supaya terus berkembang dan maju pada masa hadapan. Walaupun tidak bekerja dengan mixing console yang besar gedabak tu tapi dengan Focusrite pun dah rasa macam wow..lagi best kalau dapat sambung lagi 8 channel preamp dengan menggunakan fiber optic (lightpipe) cable. Yer..mungkin semua orang ingat cable fiber optic tu dalam konteks sambungan internet semata-mata. TIDAK! Dalam industri audio digital, jika anda ada audio interface dengan 8 channel sebagai contoh, dan ingin tambah lagi 8 channel preamp untuk kegunaan rakaman band misalnya yang perlukan drum mic tracking lengkap, sudah tentunya 8 channel sahaja tidak mencukupi. Jika ingin tambah lagi preamp maka anda perlu pastikan audio interface anda mempunyai connection ADAT lightpipe untuk berkomunikasi antara dua unit. Barulah dapat 16 channel in total. Cable fiber optic pun bukan mahal sangat, RM 15 pun boleh dapat. ;-)


Beginilah connection fiber optic jika kita ingin expand unit untuk dapat lebih input. Sumber daripada laman web Fousrite.

Artikel akan datang saya akan bagi anda dengar sample vocal solo menggunakan outboard gear seperti Aphex, DBX, Lexicon. Sementara itu, teruskan berkunjung ke blog saya ini sebagai tanda sokongan anda terhadap laman blog cubitsanasini.blogspot.my. Bukan sekadar jalan2 cari makan, malah lebih daripada itu!

Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Audio & Video
Share:

Wednesday, January 13, 2016

Assalamualaikum W.B.T.

Kita bertemu lagi dalam entri terbaru blog cubitsanasini.blogspot.my. Entri kali ini adalah berkaitan dengan kerja dan minat mendalam saya terhadap bidang 'recording dan mixing'. Sebelum kita pergi lebih jauh tentang apa yang ingin saya nukilkan di sini, adalah baik untuk anda semua pengunjung mendengar terlebih dahulu apa yang saya maksudkan dengan mixing. Klik pada butang di bawah ini untuk mendengar mixing yang telah saya compose menggunakan perisian Apple Logic Pro X.

Saya hanya ambil sebahagian sahaja dari keseluruhan mixing lagu tersebut ;)


Apa yang menariknya tentang bidang yang saya ceburi ini?

Saya bukanlah expert dalam industri rakaman dan mixing namun dengan berbekalkan minat yang mendalam dan suasana kerja yang perlu multitask, maka saya ambil kesempatan yang ada untuk explore apa faedah yang saya boleh dapat dengan menceburi bidang ini? Ternyata ianya amat luas dan bukan setakat tekan butang record dalam perisian rakaman dan apabila selesai, maka habis di situ. Tidak..ianya tidak begitu! Bidang rakaman bunyi ini tersangatlah detail kerjanya. Apabila kita mendengar voice over ataupun lagu di corong radio mahupun komputer@smartphone korang, pernahkah suatu detik dalam laman pemikiran anda memikirkan bagaimana rakaman tersebut dijalankan dan sekompleks mana mixing dilakukan supaya dapat hasil yang berkualiti dan dikenali ramai? Ternyata saya sangat dahagakan ilmu berkaitan rakaman dan mixing yang semakin mendapat tempat di hati saya. Tetapi alangkah bersyukurnya saya kerana ditempatkan di sebuah pejabat@studio yang memberikan kebebasan untuk seseorang itu membesarkan jiwa mereka. Jangan biarkan peluang keemasan berlalu pergi tanpa anda mencuba terlebih dahulu apa kemampuan anda terhadap sesuatu perkara!

Perisian yang digunakan untuk rakaman Multitrack (Apple Logic Pro X)
Untuk rakaman Multitrack, buat masa ini saya sangat menyukai Apple Logic Pro X kerana penggunaannya yang mesra-pengguna dan mudah dipelajari. Dalam industri rakaman bunyi, perisian untuk rakaman dan mixing ini dikenali sebagai DAW, (Digital Audio Workstation). Walaubagaimanapun untuk rakaman voice over, saya akan menggunakan Adobe Audition sekiranya satu mic sahaja diperlukan untuk tujuan rakaman. Sementara background audio dan sound effect pula dimasukkan kemudian setelah selesai edit voice over. Biasanya saya akan terus menggunakan Adobe Audition untuk multitrack voice over.

Dalam hal lain pula, apa yang menariknya dalam Apple Logic Pro X ini adalah dari sudut configuration yang automatic akan beritahu kita apabila kita baru sahaja tekan butang ON pada audio interface, maka ianya akan auto-detect hardware (audio interface) tersebut. Sebelum saya berjinak-jinak dengan Logic Pro, saya menggunakan Pro Tools untuk buat rakaman. Dari situ banyak saya belajar tentang real-time effect, bypass preamp sedia ada Digi 003 kepada external preamp, dan pelbagai lagi. Mengimbau kembali kenangan artikel yang saya pernah tulis suatu ketika dahulu bertajuk Bypass Preamp Digi 003 to External Mic Preamp (Behringer Ultragain Mic Pro 2200), itu adalah momen terpenting dalam hidup saya apabila menambah lagi skill sedia ada kepada lebih baik dan bertambah ilmu di dada. Setelah beberapa tahun, saya mengambil keputusan untuk menggunakan Focusrite Scarlett sebagai audio interface dan Logic Pro X dalam rakaman. Memandangkan perisian Pro Tools 8 LE tidak dapat berfungsi pada Mac OS X version baru, maka saya anggap Digi 003 tersebut telah outdated dan tidak dapat bersaing dengan keperluan audio masa kini. Kerana pada masa yang sama, saya juga menjalankan kerja-kerja video editing dengan FCP X. Untuk menggunakan FCP X versi baharu sudah tentu OS X pun kena update yang baharu, maka Digi 003 semakin ketinggalan dek kerana ditelan arus pemodenan yang sukar untuk berhenti. Disebabkan itu, saya telahpun beralih arah kepada Logic Pro X. Selain daripada itu saya juga ada install Cubase LE 8 dan juga Ableton Live Lite.



Equipment/Outboard Gear yang digunakan dalam Rakaman
Dalam zaman serba digital ini, sudah tentu kebanyakan semua perkara dipermudahkan. Begitu juga dengan DAW yang mempunyai pelbagai tugas dan fungsi dalam menghasilkan sound/music yang berkualiti. Disebabkan era digital ini telah melahirkan ramai Producer/Composer yang berkemampuan menghasilkan lagu sendiri tanpa perlu menyewa studio, maka akan ada hardware/outboard gear yang kemungkinannya akan jadi kos lepas. Nah..sudah tentu kita tak mahu barang2 berharga tersebut dijual begitu sahaja dek kerana ketinggalan zaman dalam era digital ini. Selagi boleh digunapakai dan integrate dengan DAW, maka gunakanlah. Cari jalan penyelesaian dengan bertanya kepada pakcik Google sebagai contoh. Terdapat banyak forum dalam internet berkenaan pro audio mampu menyelesaikan masalah anda. Kerana dalam forum2 tersebut, terdapat ramai industry player yang sedia memberikan bantuan dan tips kepada anda. Jangan malu dan segan kalau Bahasa Inggeris anda tidak begitu mahir, tanyalah pakcik Google Translate ;)

Dalam studio ini terdapat audio rack cabinet yang serupa macam server rack tu. Di dalamnya pula ditempatkan outboard gear yang bertenggek-tenggek berdekatan di antara satu sama lain. Antara gear yang ada ialah Aphex Channel Preamp (baru beli), DBQ EQ, Lexicon PCM81 & PCM91 (Multi Effect Processor & Reveberator), Behringer Ultragain Preamp, Rane Headphone Console dan Yamaha DA converter. Kesemua gear tersebut pada suatu ketika dahulu langsung tidak bersentuh kerana tidak ada siapa yang mahu mengusiknya. Kesian..mahal barang tu. Malah sebelum saya masuk ke bilik Audio Editing ini saya duduk dalam bilik besar berkongsi dengan tiga orang staf. Salah seorang staf di situ perasan yang saya suka duduk dalam bilik ini dan mencuba explore gear yang ada. Dan disebabkan itu dia telah menyarankan saya agar duduk dalam bilik tersebut dengan syarat operate gear yang sedia ada sampai boleh dan beri output berkualiti. Syukur...saya diberi peluang untuk membesarkan jiwa. :)

 Dalam effect rack ni ada Aphex Preamp, DBX EQ, Lexicon
Reverberator, Headphone Console. Hanya perlu tahu laluan
setiap kabel ke mana arah sepatutnya dituju.

Kemudian, saya sertai beberapa forum pro-audio di internet dan bertanyakan pada pakar2 sound recording. Kerana di dalam forum tersebut terdapat industri player yang boleh memberikan bantuan dan tips kepada anda. Ada di antara mereka producer/songwriter/recording engineer yang bukan calang2 orangnya. Masing-masing ada kepakaran sendiri. Apa yang penting sekarang adalah untuk integrate outboard gear ke dalam DAW dan boleh proses audio yang sedang/telah dirakam.

Pada masa yang sama saya juga belajar dari youtube berkenaan hal ini dengan menaip seperti ini sebagai contoh: "how to integrate outboard gear into logic pro x". Begitu banyak tutorial yang diajar oleh pengguna dalam youtube tentang hal berkenaan dan anda tidak keseorangan! Maka barulah saya faham walaupun outboard gear yang ada dah agak lama dan sudah ada yang dah discontinued, tapi masih boleh integrate dalam DAW untuk menghasilkan bunyi yang berkualiti.

Adakah tutorial dengan Youtube boleh dipercayai?
Sekiranya anda bertanya seoalan ini kepada saya tentang kebolehpercayaan maklumat yang diberikan oleh pengguna lain dalam youtube, saya tidak boleh berikan jawapan tepat. Ianya sangat bergantung kepada anda bagaimana nak menilai ketepatan maklumat tersebut. Tetapi..sekiranya anda telah ada basic audio skills, mungkin anda dapat melihat the big picture bagaimana ingin sesuaikan maklumat yang disampaikan kepada cara penggunaannya kemudian nanti. Sebab kadang2 apa yang diajar oleh youtube tak sama dengan cara yang kita ingin apply dalam permasalahan yang dihadapi. tetapi sekiranya ada common situation pastinya dapat atasi masalah tersebut.

Pastikan anda telah mempunyai asas audio editing dan sound sebelum bulat-bulat terima maklumat dari youtube. Seperti yang saya katakan di perenggan atas tadi, saya telah belajar Pro Tools sendiri terlebih dahulu sebelum belajar DAW yang lain2.

Apa yang saya belajar dari youtube? 
Maklumat paling penting yang saya nak dapatkan dari youtube berkenaan Apple Logic Pro X ialah cara untuk setting Aux/Bus supaya signal tersebut boleh send dan return kembali kepada Aux/Bus tersebut untuk proses efek seperti Compressor, EQ, Exciter. Efek tersebut ada track mereka sendiri iaitu Aux/Bus track. Ini bermakna jika anda ada satu track untuk vokal dan kemudian ingin apply efek kepada track tersebut maka sudah pasti jalan terbaik ialah bukan menampal efek dalam track tersebut. Jalan yang terbaik ialah dengan menambah track yang dipanggil Aux/Bus. Track tersebut boleh mengandungi efek2 yang saya sebutkan tadi. Dan setiap satu Aux/Bus ada efek tersendiri. Contohnya..satu track untuk Compressor, satu lagi untuk EQ, satu untuk Exciter dan mungkin satu track lagi Reverb. Nah...apabila setiap efek ada track yang tersendiri, ini bermakna kita boleh kawal track efek tersebut secara individu. Bukankah lebih smart begitu? Dan itulah juga yang akan dilakukan jika anda ada mixing console yang besar dan andalah sound engineer yang mengawal fader knob berkenaan untuk mendapatkan ciri-ciri sound yang dimahukan. Nak dapatkan sound yang terbaik bukanlah suatu perkara seperti roket sains ataupun engineering, tapi semuanya bergantung kepada kreativiti anda mendengar. It's all about the ART!


Interface Logic Pro X ketika dalam mixing session. Kalau anda tiada outboard gear, jangan risau dalam Logic Pro X ini ada berlambak plugin efek untuk digunakan. Yang penting waktu mixing ialah jangan terlebih garam atau gula, ;) heee....nanti bunyi dah tak sedap janganlah komplen pula.

Kalau anda rasa dalam mixing ini sudah nampak berterabur dan pening kepala, itu adalah perkara biasa mixing berasaskan komputer. Kalau pakai mixing console yang fizikal depan mata anda, sudah tentu feel berbeza dengan menggunakan komputer.

Apakah jenis mixer/audio interface yang digunakan sewaktu rakaman?
Yer..kita telah jauh berjalan kaki, baru nak berpatah balik ke pangkal jalan..hehe, takpe nama tajuk entri kali ini pun berkenaan Apple Logic Pro kan? Tapi sudah tentu ada kait-mengait dengan peralatan lain untuk jalankan rakaman.

Untuk jalankan rakaman sudah tentu anda mesti ada mixer ataupun audio interface tak kiralah dari sekecil-kecil micport pro kepada mixer bersakala besar. Zaman sekarang ini telah mempunyai pelbagai jenama audio interface yang semakin mudah didapati. Tak kiralah apa jenama sekalipun, yang penting kita dapat lakukan rakaman dengan baik dan boleh berikan output terbaik. Nak dapatkan output terbaik memang banyak ciri-cirinya..tapi mari kita fokus terlebih dahulu kepada audio interface.

1) Berapa banyak I/O diperlukan
Kalau kita nak buat rakaman audio samada voice over ataupun rakaman lagu, perkara pertama kita kena tahu ialah berapa banyak channel yang diperlukan. Ianya sangat bergantung kepada keadaan bagaimana kita ingin menggunakan audio interface tersebut. Saya bagi contoh, sekiranya kita ingin membuat rakaman berbentuk voice over, barangkali kita hanya perlukan audio interface yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 channel input dan 2 channel output. Dan ada yang direct plug in kepada ipad dan bammm...dah boleh start recording dengan satu mic dan satu electric accoustic guitar. Dah boleh buat lagu..dah popular terus upgrade! :) ^_^ hehehe..apa yang saya maksudkan ialah cuba fahami dalam konteks apa kita hendak buat sebenarnya dengan audio interface tersebut? Kalau buat rakaman voice over maka tak perlulah banyak I/O yang diperlukan. Tapi kalau nak buat rakaman lagu dengan pelbagai instrumen, sudah pasti 2 channel tidak mencukupi.

2) Apa jenis connection untuk sambung dari audio interface kepada komputer?
Kita juga kena tahu connection jenis apa yang hendak kita gunakan untuk sambung audio interface tersebut kepada komputer kita. Kalau connection jenis USB, laptop/desktop dari cross platform samada windows/mac pasti boleh sambung kepada port USB sedia ada. Kalau connection jenis Firewire sudah tentu komputer/laptop berkenaan mesti ada port untuk Firewire. Untuk komputer jenis Mac, ada interface yang menggunakan thunderbolt connection. Yer..pasti harganya boleh tahan mahal sikit berbanding connection USB dan Firewire.

3) Headphone output
Apabila kita ingin mendengar apa yang sedang kita rakam di telinga sendiri, sudah pasti kita perlukan headphone untuk kejelasan dan kelancaran rakaman. Pastikan audio interface tersebut mempunyai sekurang-kurang satu atau dua headphone port. Situasinya begini..anda sedang rakam voice over suara talent/kawan anda sendiri, sudah pasti si dia pun perlu mendengar apa yang dia sedang bualkan menerusi voice over tersebut. Sebab kita akan dengar dengan jelas apabila mengggunakan headphone, samada apa yang kita tuturkan itu lancar atau tak lancar, sebutan perkataan atau ayat yang mungkin kurang jelas dapat detect lebih awal dan mungkin perlu ulang semula untuk kelancaran rakaman. Dalam rakaman kita cuba nak minimumkan kesilapan dari talent.

4) Penggunaan MIDI port
Selain daripada itu, kita tanya lagi diri kita samada perlukan atau tidak menggunakan Midi port dalam rakaman? Sekiranya perlu, instrumen jenis apa yang boleh plug in pada port midi tersebut? Salah satu contoh instrumen yang menggunakan Midi port ialah keyboard. Bukan keyboard taip-menaip ni weh..tapi keyboard yang musician gunakan untuk rakaman kay! Jadi sekiranya anda merakam lagu dengan instrumen keyboard, sudah pasti anda akan plug in cable midi dari keyboard ke audio interface. Zaman serba moden ini keyboard pun ada USB connection dan boleh plug in terus kepada komputer dah boleh rakam dah.

4) AD/DA Converter
Seeloknya AD/DA converter ni duduk di atas sekali nombor 1 tapi saya cuba jelaskan secara ringkas apa fungsinya converter ni dalam audio interface ataupun device AD/DA yang terjual di pasaran. Katakan korang ada gitar letrik dan amp beserta FX processor. Yer, memang korang handal main gitar sampaikan satu hari korang terasa, eh best jugak eh kalau aku record sambil main gitar ni. Boleh juga dengar playback atau tracking lagi instrumen lain pada masa akan datang. Boleh jadi sebuah lagu! Dah dapat beli audio interface jenama pilihan dengan bajet yang ciput, so kita pun recordlahkan. Dan korang pun adalah sikit knowledge pasal DAW dan cara nak record. Goreng punya goreng sampai hangus! Sukses! thehehe.. ;) gurau jer bro! Jadinya..korang cuma tahu record dan dengar hasil akhir, proses macam mana komputer tu convert signal korang masih belum faham. Sound yang terhasil dari gitar letrik korang tu adalah signal analog yang kemudiannya dihantar kepada komputer PC/MAC melalui audio interface yang akan mengubah signal analog tersebut kepada signal digital dalam bentuk arahan komputer 0 dan 1. Korang takkan nampak aliran signal ni. Tapi korang berjaya rakam bunyi gitar tersebut dan dengar balik dengan monitoring speaker (analog). So, simple jer kan? Nampak simple..tapi bunyi yang terhasil tu korang puas hati tak? Standard laa..harga ciput macam tu la sound terhasil. Nak yang sound lebih best kenalah invest pada audio interface yang mempunyai AD/DA converter yang bagus, barulah puas hati. Betul tak? Memang betul..tapi semua ni terpulang kepada skill korang yang merakam, mixing, mastering sikit2..sampai sound jadi lebih umpph! Kadang2 audio interface murah pun boleh hasilkan bunyi yang baik. Cumanya..bila ada rezeki lebih nanti barulah boleh fikir nak beli audio interface yang lebih baik sebab AD/DA converter di dalam board tersebut dah terbukti hasilkan sound yang bagus. Satu contoh AI dengan AD/DA converter yang bagus: Universal Audio. Tapi ada jer jenama lain yang turut hebat, saya bagi satu contoh, sebab harganya mahal der!

ataupun..mungkin boleh beli AD/DA converter. What? Kan dah ada audio interface, buat apa nak beli AD/DA lagi? Oppss..sorry, bila korang beli audio interface tu maksudnya AD/DA dah ada dalam board AI tu. Tapi bila korang rasa nak sesuatu berlainan boleh jer selak kat laman web Sweetwater untuk ketahui apa tu device AD/DA dan bezanya dengan audio interface. (klik pada link bezanya untuk ketahui lebih lanjut) Samada korang perlu atau tak AD/DA device, baca dulu artikel tu..fahamkan, baru boleh buat keputusan kay!


Saya rasa buat masa ini saya sudah nukilkan secara minimum tentang apa yang saya ingin sampaikan melalui entri kali ini. Saya juga berharap agar apa yang saya tuliskan di sini memberi manfaat buat anda semua; bagi yang baru berjinak-jinak dalam sound editing, saya ucapkan selamat datang ke dunia eksplorasi dalam bidang audio. Lagi banyak anda belajar lagi banyak input yang anda dapat. Pastikan ilmu teori diaplikasikan sebaik mungkin untuk mendapatkan hasil yang baik. Kalau satu kaki telah langkah ke dalam sound editing, sudah pasti kaki sebelah lagi mahu langkah ke dalam produksi audio dengan lebih luas lagi. Mungkin anda bukan berasal dari background audio dan rakaman lagu, tapi tak bermakna anda tak boleh belajar bidang ini. Anda hanya perlukan minat yang mendalam dan cepat untuk tangkap ilmu yang berada di capaian intternet. Ingat..untuk merakam lagu tak semestinya perlukan mixer board sebesar dalam studio rakaman lagu. Artis zaman sekarang yang bijak mengggunakan teknologi akan bermula dengan setup yang kecil tapi impaknya besar. Itu yang kita mahukan. Jana kreativiti anda dengan setup yang minimum tapi mampu menggegarkan dunia!

Wassalam...

Jeffri Rahman
Multimedia Producer
Cinematographer | Video Editor | Audio Editing

Share:

Monday, November 2, 2015

Belajar cara repair audio rosak dalam Adobe Audition CC (Audio Restoration)

Dari perspektif seorang Multimedia Producer yang bekerja dalam industri

Nantikan kemunculan pos terbaru akan datang..
(klik pada button play untuk mendengar intro podcasting terkini) ;)



Assalamualaikum W.B.T.

Bertemu lagi dalam entri terbaru dalam blog cubitsanasini.blogspot.com. Untuk entri kali ini saya cuba membawa anda ke alam kerja saya sebagai Multimedia Producer. Yer..dalam entri sebelum ini iaitu, Multimedia Producer, kerja apa tu? saya telahpun menceritakan definisi bidang tugas tersebut dan fasa-fasa produksi yang berkaitan dengannya. Kali ini saya cuba mengambil salah satu daripada cabang Multimedia yang dipertanggungjawabkan iaitu Audio (sound). Kerja-kerja sound yang dimaksudkan ialah 'voice over'.

Setiap kali menerima tugasan production video, terselit di bahagian skrip selalunya akan tercatat, Voice Over. Nah..di situlah tugas saya selain dari penglibatan awal hinggalah kerja akhir pos produksi. Namun bukanlah suara saya yang dirakam dalam projek ini kerana telah ada voice actor yang akan menyumbangkan suara untuk setiap subjek/topik. Tugas saya adalah merakam suara mereka untuk dimasukkan ke dalam timeline video supaya animasi atau video yang dimainkan itu matching dengan voice over. Selalunya content expert subjek tersebut yang akan menyumbangkan suara.




Voice Over 5. Kadang-kadang teksnya panjang lebar, animasinya ciput jer..huhu..

Perkakasan yang digunakan

Dalam studio kami ini telahpun dilengkapi dengan peralatan untuk rakaman voice-over. Antara peralatan yang seringkali digunakan ialah:

i) Mikrofon - (Large Diaphragm Cardioid Condenser)
ii) USB Mikrofon - (Large Diaphragm side-address Condenser)
iii) Mic Pre Amp - (Ultragain)
iv) USB Audio Interface - (8 Channel)
v) Genelec Audio Monitor (kena pindah studio video tak lama lagi)
vi) Aphex Channel - Mic Preamp & Input Processor (new toy) ^_^
vii) Audio Technica - (Large Diaphragm Cardioid Condenser - new toy) ^_^
viii) Yamaha HS8 - (Gantikan dengan Genelec yang dah pindah ke studio video - new toy) ^_^
p/s: nanti saya tulis satu lagi topik berkaitan dengan cara menggunakan barang2 audio yang baru sampai ni dan integrate dengan Lexicon dan DBX EQ.

Sound yang anda dengar di perenggan atas tadi adalah suara saya dengan menggunakan USB Mikrofon. Walaupun mungkin kurang kejelasan tapi telah ditokok-tambah dengan efek sewaktu proses editing. Disebabkan USB mikrofon ada di atas meja maka tak perlulah saya berdiri untuk rakam dengan mikrofon lagi satu tu. Huhu..sudah tentulah mikrofon lagi satu tu sound yang terhasil lebih menarik dan detail bunyinya. Akan tetapi cubalah dengar terlebih dahulu ketiga-tiga Voice Over Demo yang saya tampalkan di sini melalui laman soundcloud.com







Okay, sound untuk voice over yang terhasil dari ketiga-tiga fail audio itu tadi adalah dirakam dengan  menggunakan USB Mikrofon jenama Audio Technica. Saya menggunakan mic ini untuk back-up sekiranya perlu bawa ke mana-mana khasnya on-field shooting. Walaupun sound yang terhasil tidaklah secerah bunyi dari mic Neumann yang sering digunakan untuk voice over, tetapi masih boleh digunakan dan saya kategorikannya khusus untuk tujuan podcasting atau kerja-kerja audio yang tidak begitu serius. Untuk tujuan treatment lebih baik terhadap fail audio tersebut, saya masukkan efek bagi mendapatkan bunyi yang diinginkan. Di sinilah saya akan menceritakan kepada anda bagaimana saya edit audio dengan menggunakan Adobe Audition CC.

Teruskan membaca Part 2 Audio Editing dengan Adobe Edition CC

Wassalam...
Jeffri Rahman
Multimedia Producer
Share: