Monday, November 2, 2015

Belajar cara repair audio rosak dalam Adobe Audition CC (Audio Restoration)

Dari perspektif seorang Multimedia Producer yang bekerja dalam industri

Nantikan kemunculan pos terbaru akan datang..
(klik pada button play untuk mendengar intro podcasting terkini) ;)



Assalamualaikum W.B.T.

Bertemu lagi dalam entri terbaru dalam blog cubitsanasini.blogspot.com. Untuk entri kali ini saya cuba membawa anda ke alam kerja saya sebagai Multimedia Producer. Yer..dalam entri sebelum ini iaitu, Multimedia Producer, kerja apa tu? saya telahpun menceritakan definisi bidang tugas tersebut dan fasa-fasa produksi yang berkaitan dengannya. Kali ini saya cuba mengambil salah satu daripada cabang Multimedia yang dipertanggungjawabkan iaitu Audio (sound). Kerja-kerja sound yang dimaksudkan ialah 'voice over'.

Setiap kali menerima tugasan production video, terselit di bahagian skrip selalunya akan tercatat, Voice Over. Nah..di situlah tugas saya selain dari penglibatan awal hinggalah kerja akhir pos produksi. Namun bukanlah suara saya yang dirakam dalam projek ini kerana telah ada voice actor yang akan menyumbangkan suara untuk setiap subjek/topik. Tugas saya adalah merakam suara mereka untuk dimasukkan ke dalam timeline video supaya animasi atau video yang dimainkan itu matching dengan voice over. Selalunya content expert subjek tersebut yang akan menyumbangkan suara.




Voice Over 5. Kadang-kadang teksnya panjang lebar, animasinya ciput jer..huhu..

Perkakasan yang digunakan

Dalam studio kami ini telahpun dilengkapi dengan peralatan untuk rakaman voice-over. Antara peralatan yang seringkali digunakan ialah:

i) Mikrofon - (Large Diaphragm Cardioid Condenser)
ii) USB Mikrofon - (Large Diaphragm side-address Condenser)
iii) Mic Pre Amp - (Ultragain)
iv) USB Audio Interface - (8 Channel)
v) Genelec Audio Monitor (kena pindah studio video tak lama lagi)
vi) Aphex Channel - Mic Preamp & Input Processor (new toy) ^_^
vii) Audio Technica - (Large Diaphragm Cardioid Condenser - new toy) ^_^
viii) Yamaha HS8 - (Gantikan dengan Genelec yang dah pindah ke studio video - new toy) ^_^
p/s: nanti saya tulis satu lagi topik berkaitan dengan cara menggunakan barang2 audio yang baru sampai ni dan integrate dengan Lexicon dan DBX EQ.

Sound yang anda dengar di perenggan atas tadi adalah suara saya dengan menggunakan USB Mikrofon. Walaupun mungkin kurang kejelasan tapi telah ditokok-tambah dengan efek sewaktu proses editing. Disebabkan USB mikrofon ada di atas meja maka tak perlulah saya berdiri untuk rakam dengan mikrofon lagi satu tu. Huhu..sudah tentulah mikrofon lagi satu tu sound yang terhasil lebih menarik dan detail bunyinya. Akan tetapi cubalah dengar terlebih dahulu ketiga-tiga Voice Over Demo yang saya tampalkan di sini melalui laman soundcloud.com







Okay, sound untuk voice over yang terhasil dari ketiga-tiga fail audio itu tadi adalah dirakam dengan  menggunakan USB Mikrofon jenama Audio Technica. Saya menggunakan mic ini untuk back-up sekiranya perlu bawa ke mana-mana khasnya on-field shooting. Walaupun sound yang terhasil tidaklah secerah bunyi dari mic Neumann yang sering digunakan untuk voice over, tetapi masih boleh digunakan dan saya kategorikannya khusus untuk tujuan podcasting atau kerja-kerja audio yang tidak begitu serius. Untuk tujuan treatment lebih baik terhadap fail audio tersebut, saya masukkan efek bagi mendapatkan bunyi yang diinginkan. Di sinilah saya akan menceritakan kepada anda bagaimana saya edit audio dengan menggunakan Adobe Audition CC.

Teruskan membaca Part 2 Audio Editing dengan Adobe Edition CC

Wassalam...
Jeffri Rahman
Multimedia Producer
Share:

0 comments:

Post a Comment