Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua laman pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.com. Apa kabar u olls semua? Diharapkan u olls semua sihat dan baik hendaknya. Kali ini admin nak cerita pasal pergi makan asam pedas ikan sembilang di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah. Erm...masih teringat lagi akan kesedapan, kepekatan kuah asam pedas ikan sembilang tersebut sampailah ke hari ini. Fuhh..perutku ini diusap rapi setelah kekenyangan melantak 2 pinggan nasi dan lauk-pauk yang terhidang atas meja. hehehe..
Ok ceritanya begini. pada 21 Disember 2015 yang lalu, kebetulan hari tersebut admin jalankan tugas shooting di Puteri Harbour untuk projek video BLOSSOMS untuk yang kesekian kalinya. Topik yang dibawa kali ini adalah Sink or Float. Shooting kali ini adalah daripada scene lakonan bagi continuity beberapa segmen lain yang telah dirakamkan lebih awal dan mengikut jadual perfileman. Stand Upper dah shoot, eksperimen, V.O. dan akhir sekali ialah lakonan. Lakonan terpaksa dilakukan pada musim cuti sekolah oleh kerana talent merupakan beberapa orang pelajar sekolah menengah. Jadi kenalah tunggu masa depa semua cuti. Kay?
Dan yang menariknya shooting pada kali ini ialah production team menguji lari gajet baru seperti shoulder rig, zoom H6 dan drone DJI Phantom 3. Jadi secara rasminya video topik Sink or Float ini merupakan video pertama merasmikan ketiga-tiga gajet tersebut. :-) mana tak happy kalau dapat merasmikannya..haha, tapi admin dengan peranan sedia ada sebagai videographer, coreograph lakonan cerita. Untuk drone dah ada pilot, audio pun orang yang sama. Haii..ingatkan shoulder rig tu ringan angkut dslr, rupanya berat juga! Huh..sakit badan admin malam tu. Adehh...
Dari pagi shooting sampailah ke tengahari barulah selesai. Kemudian Manager kita orang berbaik hati beri duit belanja makan. Alhamdulilah..dari awal projek BLOSSOMS sampailah ke hari ini, Manager pasti akan belanja production team makan2 setelah keletihan menjalankan tugas. BEST!! Semoga Allah S.W.T. melipatkan gandakan rezeki mereka semua. ^_^
Dalam kenderaan tiba2 ada yang mengajak makan asam pedas di Kampung Sungai Melayu. Apa lagi..terus ajelah setuju! Apa tidaknya..memang faveret admin makan asam pedas tak kiralah ikan sembilang, ikan merah, ikan pari, dan macam2 lagi ikan yang sesuai dimasak asam pedas, memang admin SUKA asam pedas. Tetapi sebelum itu kami semua menuju ke Masjid Nusajaya untuk menunaikan Solat Zuhur. Ingatkan dah selesai solat nak terbangkan sekejap drone untuk aerial view Masjid, rupanya dah ada yang kelaparan terus ajak pi makan. Hahaha!! okay2..semua dah lapar sebenarnya.
Jauh juga perjalanan dari Masjid Nusajaya nak ke Kampung Sungai Melayu, kiri kanan kelapa sawit. Kereta pula tak banyak lalu di kawasan ini. Seram taklah sangat..rupanya jauh ke dalam itu aje..bila dah sampai..haaa..amek kau, tepi sungai menghadap pembangunan yang meningkat pesat di Danga Bay. Uishh..jauh beno bezanya dari sini dan di hadapan sana.
Di sini Kampung, Di sana Pembangunan, Di sini ada seri junjung, Di sana ada batu & batan. Yer..agak mendalam kiasan admin dalam pantun tersebut. Heh..
Ramai juga yer pengunjung datang makan di sini, terutamanya mereka2 yang Managerial position dari Iskandar Malaysia, Pegawai2 kerajaan, Universiti Swasta di sekitar ini dan juga pengunjung luar. Masing-masing mengalas perut dengan asam pedas. Teringat pula makan asam pedas di UTM, negro pun makan asam pedas tau!
Baru jer cecah punggung duduk di kerusi sambil melihat pemandangan di sekitar ini, tiba-tiba dah datang makcik amek order. Maka ofis mate kita orang pun order seperti yang berikut, asam pedas ikan sembilang seekor (800 gram), kailan ikan masin, kupang masak kunyit, telor dadar, 1 jag oren jus dan 1 jag air sejuk. 5 orang punya perut, okaylah tu. Order macam makan besar aje..tapi amat mengenyangkan. Hehe..
Sambil-sambil tunggu makanan sampai kita orang pun berbual entah apa2 terlupa sampai syok sangat tengok orang yang datang ke mari ada yang nak makan, nak naik bot, anak orang putih comel..hehe. Aha..boleh naik bot tau menyusuri sepanjang Sungai Melayu ni dengan harga berpatutan iaitu RM30 satu kepala kalau tak silap. Ofis mate yang lagi sorang amek no telefon makcik tu, maybe ada plan nak naik bot kot. Haha..best tu. Nak try ke? ;-)
Hati manyak senang tengok itu lauk banyak juga. Hehe..lauk dah sampai jer masing2 mulakan upacara perasmian makan. Oitt..doa makan korang mana? hahaha..
Erm..berselera bila tengokkan? Lagi sedap bila try makan di sini. Cubalah.. saya yang baru nak mula makan. Pehh..rasa lada hitamnya memang terangkat!
Mungkin laluan ini digunakan oleh tekong bot untuk bawa bot mencari rezeki di kawasan sekitar.
Masing-masing amek nombor telefon makcik tersebut untuk dapatkan khidmat naik bot menyusuri Sungai Melayu.
Jadinya u olls..kalau nak rasa makan asam pedas ikan sembilang di tepi sungai macam ini di Johor Bahru, jemputlah datang ke Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah, Nusajaya, Johor. Dah dekat dengan Kota Iskandar, Puteri Harbour, Medini Mall, Pinewood Studio dan bermacam lagi. Kos untuk makan kami berlima ini berjumlah sekitar RM70. Okaylah kan..tak mahal sangat untuk 5 orang punya perut. Akhirnya, kami happy sebab dah kenyang. Dalam kenderaan masing2 berlagu syahdu..hehe..
Asam pedas kampung sungai melayu terbaik!
Update 1/6/2017
Penulis dapat tahu bahawa Restoran ini telah dilanda kebakaran pada 31/5/2017 kira-kira pukul 4:00pm. Punca kebakaran tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan dapat tahu apa puncanya nanti. Apa-apa pun penulis doakan agar semuanya dalam keadaan baik dan selamat. Amin Ya Rabb..
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger
0 comments:
Post a Comment