Tuesday, July 21, 2015

Batu-Batu Resort (Private Island)

Kemungkinan besar ramai di antara rakyat Johor sendiri tidak tahu akan kewujudan pulau-pulau  menarik yang terdapat di negeri ini. Saya sendiri akui kalau tidak kerana menggoogle maklumat berkaitan tentang gugusan pulau-pulau kecil di Johor ini, sudah tentu saya tidak akan ketahui pulau besar, pulau tengah, pulau hujung, pulau rawa, pulau gual, pulau mensirip, pulau harimau, pulau sibu, pulau tinggi, pulau aur, pulau dayang dan pulau pemanggil. Walaupun terdapat beberapa pulau yang saya sebutkan tadi tidak berpenghuni, akan tetapi setiap gugusan pulau ini mempunyai tarikan tersendiri. Dan ada juga beberapa pulau yang telah ada resort operator yang menjalankan bisnes rumah peranginan disertakan dengan aktiviti-aktiviti menarik antaranya scuba diving, snorkeling dan sewaktu dengannya. Apa yang saya cuba lakukan di sini adalah memberikan seberapa banyak maklumat yang boleh berkaitan pulau berkenaan yang mungkin dicopy paste dari beberapa laman web lain untuk tujuan perkongsian bersama. Rakyat Johor seharusnya berbangga dengan adanya gugusan kepulauan ini, sekurang-kurangnya ambil tahu apa yang terdapat di negeri sendiri sebenarnya mungkin sama indah malah lebih cantik dari pulau-pulau peranginan yang popular seperti di sabah misalnya. Jadi, untuk memulakan entri terhangat ini, apa kata kita belayar ke pulau tengah dahulu :-)



Cuba tengok betul-betul google maps ni. Pulau Tengah terletak di antara dua buah pulau yang lain iaitu Pulau Besar dan Pulau Hujong. Sebab itulah dinamakan Pulau Tengah. Haa..senangkan nak faham?

Sumber dari Wikipedia
Pulau Tengah merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Ia terletak kira-kira sembilan batu nautika dari pantai Mersing di perairan Laut China Selatan di pantai timur Johor, Malaysia. Ia memakan masa setengah jam bagi tempoh perjalanan menggunakan bot dari bandar Mersing.

Ia terletak berhampiran dengan Pulau Besar, Pulau Tengah terletak kira-kira 16 km di luar pantai Pulau Besar dan tempoh perjalannya ialah 45 minit dengan menaiki bot. Ketika era 70-an, pulau ini menjadi terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal 80-an.
Pulau ini adalah lokasi pertama untuk penggambaran rancangan Expedition Robinson.

Pada tahun 1985, Pulau Tengah merupakan salah satu pulau yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia sebagai taman laut kerana ia merupakan habitat bagi ikan yang jarang ditemui dan terumbu batu karang.

Selain itu, Pulau Tengah adalah sebuah tempat untuk menyaksikan penyu belimbing gergasi mendarat ke pantai untuk bertelur sepanjang bulan Julai pada setiap tahun. Ia merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai resort di sebuah pulau. Resort atau chalet yang selesa boleh didapati untuk tempahan.

Mari kenali
Sebelum saya menulis dengan panjang lebar mengenai Pulau Tengah, apa kata lihat dulu pemandangan indah di sini. Mungkin anda akan tertanya-tanya cantik betul tempat ni. Erm..tengoklah dulu yer. :)






Europeans, Singaporeans. But where are Malaysians? Come and visit to Johor people. ;)

Mungkin ada betul dan ada tak betulnya juga apa yang ingin saya katakan ini. Tapi mohon maaf dululah kalau tersilap! ;)

Kebanyakan warga Johor tidak mengetahui akan kemunculan pulau ini yang terletak dalam daerah Mersing. Sedangkan di sana adanya Mersing Tourism Information Centre (METIC) yang membolehkan anda mendapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang pakej-pakej pulau peranginan yang ditawarkan. Dan di sini bukan sahaja menempatkan kaunter-kaunter resort pulau di Mersing sahaja, malahan pulau yang popular dari dahulu sampailah sekarang iaitu Pulau Tioman. Jadi nampaklah persaingan sihat di situ.

Kemungkinan besar ramai warga Johor lebih mengetahui Pulau Besar dan Pulau  Rawa tetapi tidak pula pulau-pulau yang lain. Kenapa ini berlaku? Adakah kurangnya maklumat diketahui? Adakah kerana tidak pernah google maklumat tersebut? Adakah setiap kali ingin bercuti ke pulau peranginan selalunya akan menyebut nama pulau langkawi, tioman, sabah, krabi?(mungkin sebab ada value added point iaitu shopping!) Kenapa tidak cuba mencari maklumat percutian di pulau-pulau yang terdapat dalam daerah mersing? Mungkin dah tahu  mengenai pulau besar..tapi tak cuba untuk tambah lagi effort untuk ketahui lebih sedikit tentang destinasi percutian dalam negeri Johor? Aha..adakah itu sebabnya? Okay..saya sendiri tidak boleh bagi satu jawapan yang tepat tentang perkara ini. Masing-masing ada pilihan tersendiri. Namun saya ingin cuba memberikan sedikit sebanyak input kepada yang singgah ke laman blog saya ini.

Batu-Batu Resort (Private Island)
Di sini terdapat sebuah resort peranginan yang dikenali sebagai Batu-Batu Resort. Merupakan pulau persendirian yang berlatarbelakang pepohon nyiur, singakapan berbatu-batan dan pantai tropika berpasir putih. Pulau ini yang mengadap ke laut china selatan adalah tidak berpenghuni, namun Batu-batu Resort adalah satu-satunya operator yang menjalankan perniagaan pusat peranginan di sini. Disebabkan itu jugalah resort ini memainkan peranan penting dalam proses pelihara & pulihara terhadap hidupan laut berserta flora dan fauna yang banyak terdapat di sini. Kaya dengan alam semulajadi seperti terumbu karang, tumbuhan hijau, pantai yang berpasir putih bersih, adalah sebahagian daripada keunikan yang terdapat di pulau ini. Difahamkan juga Batu-Batu Resort menjalankan dokumentasi dan merekod hidupan yang terdapat di sini antaranya hidupan marin, kepelbagaian spesis burung dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar pulau ini.

Pada pendapat penulis blog, resort tersebut menjalankan peranan yang besar dalam aktiviti pelihara & pulihara terhadap kepelbagaian hidupan yang terdapat di sana. Dengan melakukan proses merekod dan dokumentasi  yang sewajarnya, mereka dapat membentuk database (pangkalan data) yang lengkap dan seterusnya dapat menyumbang kepada masyarakat tentang betapa pentingnya untuk kita semua menjaga hidupan yang terdapat di sesebuah pulau. Mengenali spesis tumbuhan dan hidupan marin yang mungkin kita tak pernah ketahui adalah satu bentuk ilmu yang perlu kita terapkan dalam diri supaya suatu hari nanti apabila anak cucu kita bertanya mengenai hal yang sedemikian, maka kita tidak teragak-agak untuk menjawab dengan baik, apatah lagi dalam negeri sendiri!

Perkara lain yang penulis blog ingin ketengahkan di sini ialah dasar minat yang mendalam oleh pengusaha resort ini terhadap Pulau Tengah. Difahamkan sewaktu zaman muda remaja, beliau sangat suka menunggang basikal dan merentas hutan dengan tujuan mengeksplorasi pantai yang masih belum ditemui dalam aktiviti pengakap. Terus jatuh cinta dengan keindahan pulau ini sekitar tahun 1993, kemudian beliau dengan keluarga meneruskan aktiviti bercuti di sini pada tahun-tahun mendatang sehinggalah mencetuskan idea untuk membangunkan Batu-Batu Resort pada tahun 2009. Dan hasilnya sekarang adalah, sebuah pulau yang tersergam indah dengan resort begitu cantik pemandangannya, diimbangi dengan flora dan fauna beserta hidupan marin, resort eksklusif ini menawarkan percutian yang indah dan menggamit memori. Lari daripada kesibukan bandar, di sinilah tempatnya merehatkan minda.

Tapi bagaimana nak ke sini?
Choi...bagus soalan tu! Oleh kerana penulis adalah Johorean (JDT) :-) hahaha!  Amek kau sebijik, gedebuk! Ehem..oklah, khas untuk anda dari JB. Dengan menaiki kenderaan sendiri sebagai contoh, anda perlu melalui Jalan Tebrau atau Jalan Pandan sehingga melalui jalan Kota Tinggi dan seterusnya ke Mersing. Tapi kalau korang tersilap jalan dan masuk ke Kota Tinggi, ha ha..adalah baiknya singgah makan di Nasi Ayam Baser terlebih dahulu kalau dah sesat tu! Ok, kalau uolls dari Singapore, uolls pun akan melalui jalan yang sama juga lepas checkpoint imegresen tu yer. Biasalah jem sikit2, dah lepas checkpoint barulah legakan..dan jangan lupa singgah kat Restoran Baser Nasi Ayam di Kota Tinggi tu. Sodap la! Korang cuma kena pilih antara dua laluan samada melalui Jalan Pandan ataupun Jalan Kulai-Kota Tinggi. (dua-dua jalan ini boleh sampai ke Mersing kalau nak singgah ke Restoran Baser Nasi Ayam terlebih dahulu) Tapi kalau mengikuti jalan Kulai-Kota Tinggi tu agak jauh der..eloklah lalu jalan pandan tu.


Aha..dah ada map ni, buatlah pilihan nak jalan jauh atau dekat


Ada baiknya kalau korang dari Kuala Lumpur exit ke Ayer Hitam, sambung ke jalan Kluang

Kalau korang dari Kuala Lumpur pula adalah lebih elok rasanya Exit Highway ke Ayer Hitam dan sambung ke jalan Kluang. Dari sini korang akan melalui Jalan Kluang, memasuki Felda Nitar dan tiba ke destinasi lebih kurang 4 jam lebih. Itu belum lagi masuk timing korang stop kat R&R untuk solat, makan, dsb. Jalan di highway sudah pasti lancar, begitu juga Jalan Kluang (trafik light banyak tapi sepatutnya lancar) tetapi apabila sudah memasuki kawasan Felda Nitar, jalan agak bengkang-bengkok. Berhati-hatilah memandu. Ohh..terlupa pula, kalau yang dari Kuala Lumpur tu memang korang tak melalui jalan Kota Tinggi oleh kerana jaraknya jauh dan memakan masa agak panjang untuk memandu ke sini. Tak mengapa kalau tak sempat singgah makan di Restoran Baser Nasi Ayam sewaktu memandu ke Mersing, barangkali waktu pulang mungkin boleh singgah ke Kota Tinggi. ;) EH lupa pulak..jangan lupa juga untuk makan kat belangkas mahkota ataupun di Teluk Sengat. Terbaik!

Berapa pula kadar RM untuk menginap di sini?
Penulis merasakan bahawa ini adalah suatu perkara yang agak menarik untuk dibincangkan. Apa kata anda semua layari laman web Batu-Batu Resort terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut tentang hal ini. Sebelum kita menjunam kepada rumusan atau konklusi adalah baik untuk mengambil kira faktor persekitaran yang telah diusahakan oleh resort ini bagi memperkayakan sumber alam yang sememangnya banyak terdapat di pulau ini. Oleh kerana Batu-Batu Resort adalah satu-satunya operator pusat peranginan di sini, maka anda perlu ketahui peranan besar yang diambil oleh pihak resort dalam aktiviti kajian flora dan fauna serta hidupan marin yang terdapat di sekitarnya adalah kerana hasil usaha berterusan yang dijalankan bagi melengkapkan dokumentasi kepelbagaian spesis di sana. Apalah namanya pulau kalau tidak ketahui apa yang ada di sekelilingnya!

Disebabkan itu juga, pihak Batu-Batu Resort memulangkan semula hasil dari sewaan peralatan scuba diving, snorkeling kepada projek alam sekitar yang terdapat di pulau tersebut. Begitulah hasil usaha terbaik yang dilakukan oleh pihak resort dalam memastikan flora dan fauna sentiasa terpelihara. Dan usaha ini seharusnya dilakukan oleh resort operator yang menjalankan operasi rumah peranginan di pulau-pulau yang terdapat di dalam negara kita. Bukan sahaja mengaut keuntungan malahan kembalikan pula kepada alam sekitar bagi tujuan kemampanan yang berpanjangan! Inilah yang boleh dijadikan contoh terbaik buat semua resort operator di luar sana. Contohilah usaha yang dimainkan oleh Batu-Batu Resort ini.






Black Naped Tern
 
Gambar di atas merujuk kepada penyu spesis Green Turtle yang terdapat di Pulau Tengah ketika musim bertelur. Salah satu usaha yang dijalankan oleh Batu-batu Resort adalah dengan membangunkan BRISC (Batu-Batu Reef and Island Study Centre). Tujuannya adalah menjalankan kajian terhadap alam flora dan fauna beserta marin yang terdapat di sekeliling pulau berkenaan. Dan untuk itu pihak resort mengeluarkan sejumlah dana bagi menjalankan kajian botanikal secara menyeluruh oleh Ahli Botanikal Dr. Bruno Senterre  bersama-sama dengan FRIM. Sila rujuk link A walk around with Naturalist bagi mengetahui serba-sedikit tentang spesis beburung yang terdapat di sana.

Okay..saya rasa eloklah saya henti seketika bagi mengumpul banyak lagi bahan untuk tatapan anda. Mari kita sambung pula episod kedua Pulau Tengah, Mersing, Johor. Apa yang menarik di situ? - Part 2. Betul ni..klik link tersebut pergi ke Part 2.. ;)

Share:

4 comments:

  1. kalau nak naik bas ke jeti mcmna ye

    ReplyDelete
  2. Salam...Cik/Puan Zahirah Hamzah, terima kasih kerana singgah ke laman blog saya ini. Maaf sekiranya saya kurang faham soalan akak tu. Tapi beginilah, sekiranya akak dari JB/KL ingin ke Mersing, akak boleh naik bas dengan melihat jadual online di sini http://www.busonlineticket.com/bus/sns-international-express

    Kalau dah sampai ke stesen bas Mersing, boleh berjalan kaki ke jeti lebih kurang 12 minit. Nak naik teksi pun boleh jugak maklumlah..bawak beg pakaian dsb.

    ReplyDelete
  3. brpa harga boat n cmna nk contact boat yg murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan/puan yang bertanya. Untuk ke Batu-batu Resort, pihak resort sendiri akan masukkan dalam charge penginapan tuan/puan di resort tersebut. Untuk tahun 2016, pihak resort mengenakan bayaran sebanyak RM140 + return (Jeti Mersing - Batu-Batu - Jeti Mersing) untuk dewasa. Sementara untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas RM95. Sila rujuk laman web Resort berkenaan di sini: http://batubatu.com.my/learn/the-resort/

      Delete