Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Saturday, February 11, 2017

Salam..kita bertemu lagi di entri terbaru dalam episod jalan-jalan di Melaka a.k.a short vacation. Disebabkan birthday anak ayah pada 7 februari yang lepas, maka mak dan ayah bercadang nak bawa alisha jalan-jalan berbanding beli toy, makan-makan di luar rumah seperti tahun yang sudah. Kerana dengan cara ini kami dapati bonding time lebih erat dan rapat. Walaupun pertama kali bagi si comel menginap di hotel, tapi dia sedikitpun tidak rasa kekok malah boleh adapt situation dengan mudah. This is good news! Tapi itulah..kadangkala terjerit-jerit di bilik hotel! hehe..risau dibuatnya. 

Oklah untuk part 2 kali ini, penulis mulakan dengan bergerak dari rumah sekitar jam 1257 pm termasuk isi minyak terlebih dahulu di Shell gas station. Jangka tiba ke destinasi lebih kurang 2 jam lebih. Waze mencadangkan untuk exit highway dan masuk ke tol Jasin dan bersambung ke lebuh AMJ. Moleklah tu..bila dah sampai kat AMJ, dapatlah juga cuci mata dengan memandang hijau pepohon dan juga sawah padi yang terbentang luas di sebelah kiri jalan. Indah pemandangan walaupun hujan renyai ketika itu. ;) Ini laluan standard nak ke Melaka kalau kami dari Muar. Lebih santai..kami tiba di Hatten Hotel lebih kurang jam 1535pm. Laa..berdekatan aje dengan Dataran Pahlawan. Ish..dalam hotel tu pula ada Hatten Square. :) senanglah gitew! Setelah park kereta di tingkat 6 dengan jalan berpusing-pusing, kami terus check-in dan dapatkan kad beserta info untuk esok hari: breakfast percuma. Alhamdulillah..telahpun diberitahu dalam agoda.

Interior bilik tersebut amatlah selesa dengan 2 katil single berserta ruang tonton tv yang dipisahkan oleh dinding kaca.

Jadinya, dapatlah 2 biji tv, satu di ruang depan, satu lagi di ruang kamar tidur. Punyalah seronok alisha safiya lari sana sini konon2 macam rumah sendiri. ;) Sementara dalam bilik mandi pula seperti biasa kalau hotel bertaraf empat bintang pastinya ada bilik kaca khas untuk mandi pancuran air hujan dan juga ruang cuci muka seadanya. Setelah berehat satu jam lebih dalam bilik, kami bersiap2 untuk ke destinasi pertama pada hari itu di Oceanarium The Shore, Melaka. Huh..takdelah jauh mana, dekat jer. Kita datang lagi ke mari untuk kali kedua. Yeaayyy! Lebih seronok kali ni sebab alisha dah berusia tiga tahun dan petah bercakap. Berbanding dua tahun lepas tak banyak yang dia faham apa yang dilihat. Kali ini tot tet tot tet..tak menang mulut dibuatnya. Ada-ada sahaja gelagatnya.



Jumpa aje penyu kat dalam Oceanarium tu, dia dah tak sabar nak bagi makan kepada penyu2 tersebut. Dulu hanya tengok dan senyum aje, maknya yang dukung guna baby sling, sekarang ni riuh mulut dia. :) Setelah habiskan masa beberapa lama di situ, kami pergi pula ke The Toy Museum, level 1, bangunan yang sama. Oleh kerana kami beli kedua-dua tiket untuk masuk ke sini, maka tak perlulah jalan jauh hanya dalam bangunan ini sahaja dah macam2 aktiviti ada kat sini. Dan tidak ada pengunjung lain ketika itu hanyalah kami. Maklum sajalah..hari bekerjakan. Kalau dulu pergi ke sini waktu cuti CNY amat ramai pengunjung yang berlegar2 dalam Oceanarium. Kali ini amat lengang hanya kami sahaja pada petang hari itu. Buatlah macam rumah sendiri.. ;)

Dalam Toy Museum ni ditempatkan beribu-ribu patung mainan dari segenap nama kartun animasi yang pernah kita tonton waktu kecil sampailah kita dewasa. Sudah pasti anda semua membesar dengan Ultraman, Doreamon, Dragon Ball Z, Suria Perkasa Hitam, Transformers, Batman dsb, especially jika anda dalam kelompok gen x. Walaubagaimanapun penulis melihat anak sendiri tercegat duduk kat patung Ultraman tu. Dia tengok satu-persatu mainan dalam koleksi Ultraman tersebut. Dahsyat betul..sampai sekarang pun Ultraman masih lagi ditonton oleh anak-anak kecil. Maklum sajalah..sekarangkan Ultraman dah diserap masuk ke dalam kartun animasi popular iaitu Upin & Ipin. Patutlah dia suka.

Setelah penat melayan si kecil comel barulah kami keluar dari The Shore untuk kembali ke Hatten Hotel. Tapi perut dah lapar pula. :) jadinya kami singgah di Mcdonald's drive thru Dataran Pahlawan terlebih dahulu. Huh..lapar sungguh. Tak kisah nasi atau mee atau fast food, janji boleh makan. Dah masuk lorong drive thru boleh tak perasan pula kat mana tingkap/radio untuk pesan makanan. Terus jer ke tingkap ambil makanan. Alamak..takkan nak pusing semula masuk drive thru. Huhuhu..jadi kami parking jelah di waiting area bahagian tepi. Isteri penulis juga yang keluar belikan makanan. Alhamdulillah..terima kasih yer sayang. Abang jaga alisha dan kereta. :) 

Sekembali jer ke bilik hotel, penulis dah bersedia untuk menjamu prosperity beef yang sememangnya favorite ketika musim CNY. Sama-sama kami mamam makanan kami. Erm..dah kenyang biasanya m.a.l.a.s nak bergerak. Memang betul..plan nak jalan malam tu jadi plan tengok tv sambil golek2 atas katil. Hehe..nyamannn..

Jadi..untuk entri seterusnya diharap bersabar yer para pengunjung. Jumpa lagi selepas ini. Insha Allah...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over acting

Share:
Assalamualaikum..

Apa khabar semua para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my? Masih ternantikan entri dari penulis ketika ini? :) Harap bersabar..oleh kerana sekarang ini penulis sedang dalam proses menaip entri terbaru iaitu Jalan-jalan di Melaka untuk kali kedua dalam blog ini. Sebelum ini pada tahun 2015 penulis telahpun menaip entri berkaitan seperti ini, rujuk link tersebut di sini. Akan tetapi entri terbaru ini akan fokus pada cuti singkat selama 2 hari di Bandaraya Melaka Bersejarah. Kami beritga aje sebagai sebuah keluarga kecil yang comel. :) Alhamdulillah..plan kali ini walaupun jaraknya tak berapa jauh tapi sudah memadai bagi memenatkan tangan yang memandu dan kaki yang berjalan sana-sini sambil mengeluarkan titik peluh seketika waktu. Yelahkan..bukannya tak bawak baby stroller, tapi disebabkan semangat untuk dukung anak, maka tinggal sahaja stroller di dalam kereta. Ayah masih kuat lagi untuk dukung alisha tau! ;) Pada masa yang sama dapatlah juga membakar lemak2 tepu yang melekat pada dinding usus ni. hehehe..

Pada mulanya ingatkan nak ke Melaka waktu cuti CNY baru-baru ni. Sebab kami balik kampung di Muar oleh kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah isteri. Bagus juga cadangan tu, cuma penulis fikirkan sekiranya nak berjalan di Melaka waktu CNY, hurm..mungkin jalan akan jem dari Muar sampailah ke Melaka. Jadi kami pun lupakanlah seketika hasrat tersebut sementara famili adik ipar dan biras mengambil peluang tersebut untuk berjalan ke Melaka. Tak mengapalah..walaupun si kecil comel alisha menangis teresak-esak sebab tak dapat follow sepupu-sepapat yang lain, kami fikir elok tunda ke satu tarikh yang lain. Sabar yer anak ayah!



Kami buat keputusan untuk cuti sehari sebelum Thaipusam iaitu hari rabu, birthday Alisha Safiya yang ke 3 tahun. Jadi dapatlah free satu hari cuti dan dua hari lagi cuti jumaat-sabtu seperti biasa. Oleh kerana pagi hari rabu tersebut check-up alisha di klinik berdekatan, maka kami bertolak ke Melaka sebelum tengahari dan terus brunch di JR tulang Cafe, Senai. Alhamdulillah..untuk penginapan satu malam, kami dapat harga terbaik dari agoda dengan menginap di Hatten Hotel, Melaka. Amat jarang nak dapat harga sebegini untuk hotel bertaraf 4 bintang.

Dapatlah juga promotion yang baik dari agoda. ;) Kalau kena dengan harga dan tarikhnya, pasti kami akan gunakan lagi khidmat agoda untuk booking hotel lain pula secara online. Kelas! Isteri penulis sememangnya pandai mencari-cari penginapan dengan menggunakan apps seperti agoda secara dalam talian. Penulis pula tak kisah menginap di hotel 3 atau 4 bintang asalkan selesa. Maklum sajalah, kalau kami nak ke Melaka bukannya sampai nak bermalam pun, disebabkan kalau balik ke Muar biasanya akan jalan Ke Melaka sekali. Jadi untuk jalan-jalan kali ini kami anak-beranak akan menginap di Hotel. Yeayy!! Sudah tentulah seronok. :)

Jadi untuk perancangan ke Melaka kali ini, kami sekeluarga pergi ke The Shore Oceanarium, Toy Museum, Jalan-jalan sekitar bandaraya Melaka dan juga Safari Wonderland, A'Famosa Resort. Untuk ke entri seterusnya, Jalan-jalan di Melaka Sempena Birthday Alisha Safiya - Part 2. Klik link ini.

Wasalam..
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over acting

Share:

Tuesday, June 2, 2015

Assalamualaikum W.B.T.

Selamat berkunjung ke laman blog cubitsanasini, sebuah blog yang menghidangkan cerita berkenaan aktiviti tuan tanah blog ini. Kebetulan cuti Chinese New Year 2015 yang lepas telah diisi dengan aktiviti jalan-jalan di Melaka bersama isteri tercinta dan anak sulong kami yang telahpun mencecah usia setahun. Di samping itu turut bawa sekali adik ipar yang sama-sama memeriahkan aktiviti santai ini.

Hurm..sebenarnya dah lama tak update blog ni dengan cerita-cerita menarik pengalaman tuan tanah sendiri. Oleh kerana keutamaan pada tugasan di ofis kebelakangan ini, maka aktiviti tulis-menulis terpaksa dihentikan buat seketika. Sehinggakan..saya rasa seolah-oleh skill untuk menulis hampir terpadam dari jiwa. :p Owh plis..kalau skill menulis saya mati, itu bermakna saya telah berpindah kepada kerja-kerja lain yang menjurus ke arah memenatkan fizikal, bukannya mental. Belum sampai lagi tahap mental..maklumlah biasa2 jer saya ni. Cuba tengok foto kat bawah ni apa yang saya maksudkan dengan kerja-kerja memenatkan fizikal..


Inilah dia hari-hari biasa di tempat kerja. Dengan kamera, tripod, slider, lens...bla bla bla..kalau dapat bercuti memanglah seronok..tapi kalau jadual shooting free, itu maknanya editing sedang dijalankan di Multimedia Lab. So hargailah keluarga anda. ;) Kredit to Datuk Supandi dengan foto ini. Kelasss!!

Aha...so dah tahukan? Jadi tak perlulah taip panjang lebar, sebab nak fokus kepada percutian singkat di Melaka ni. Haha..boleh? Orait..

Sebenarnya plan nak bercuti telah diatur oleh kami suami isteri sebelum perayaan CNY lagi. Asalnya ialah nak ke Kedah, melihat gunung ganang dan muzium padi la gitu. Tapi oleh kerana berbalik kepada realiti dengan keadaan jalanraya yang akan sibuk ketika itu dan kepenatan sudah pasti hasilnya..maka terpaksa dibatalkan buat masa itu. Saya pun pernah bertanyakan member2 di opis yang pernah ke kedah dan tempat2 menarik yang harus dilawati. Siap dah google lagi..tapi..

Berbalik semula kepada realiti..nak drive jauh2 awak tak larat pula nanti kata puan isteri, disokong pula oleh mak mertua...ishhh..betul juga, saya ni pun bukan boleh menyabar kalau jem di highway. Hurm..maka dengan itu puan isteri telah menyarankan agar jalan2 ajelah yang dekat sahaja. Tak perlu jauh2. Jadi..baliklah ke kampong puan isteri di Muar. Alhamdulilah..sedap2 masakan mak mertua. :)

Jadi, program dimulakan dengan berehat dulu di rumah keluarga mertua setelah penat drive dua jam dari jb ke muar. thehehe..macam jauh sangat jer jb ke muar tu. ;) So, pada keesokan paginya barulah kami bergerak dari muar ke melaka dengan membawa harapan agar dapat naik duck tour, pergi ke rumah terbalik, the shore oceanarium, etc. But wait!! Itu bukanlah plan asal ke melaka!

Sebenarnya...

Puan isteri lebih berkenan nak pergi ke A Famosa Resort untuk melihat show Old West. Kerana sebelum ini kami pernah ke sana bersama keluarga saya dan juga saudara-mara dalam acara gathering keluarga la gitu. Seronok..


Pasal ni la puan isteri nak pegi lagi sekali ke A Famosa Resort. Sebab show untuk Old West ni memang best! Gambar ni saya petik ketika tahun 2011 yang lalu.


Bukan gajah aje yang buat street show, malah ratusan burung berwarna-warni dilepaskan dan kembali ke tempat acara. Wow..amazingkan! Gambar ni saya petik ketika tahun 2011 yang lalu.

Jadi oleh kerana kita perlu sentiasa kembali ke alam nyata berbanding alam angan2, terpaksa juga lupakan hasrat untuk melihat acara Old West ini disebabkan show akan bermula pukul 7pm dan tamat pada 12am. Haiii...terpaksalah dibatalkan lagi niat suci itu. Bukan apa..kami bawa anak kecil dan rasanya kurang sesuai pula kalau bawa berjalan dari petang sampai ke tengah malam..dah tu kena drive lagi lalu lebuhraya AMJ yang selalu orang fikir agak menyeramkan lalu di sana. Takpe its ok..mudah-mudahan ada masa lagi untuk kami berjalan-jalan dengan selesa akan datang.

So, the 1st stop that day bila dah sampai ke Banda Hilir, Melaka, kami pun singgah di rumah terbalik@Upside Down House Gallery. Tapi sebelum itu kami tiba di Menara Taming Sari terlebih dahulu untuk memulakan aktiviti yang puan isteri teringin sangat nak buat..iaitu Duck Tour. Sesampai sahaja di kaunter tiket, aiseh...sudah habis tiket ketika itu. Yang ada pukul 4pm nanti. Jam sudah pukul 2pm. Takkan nak berpanas di luar..disebabkan itu the 1stop that day ialah di Upside Down House Gallery. Berjalan semula kami menuju ke Upside Down House. Puan isteri mendukung anak dengan baby carrier, saya pula pegang payung. Fair n lovely kan? Hihihi...

Aha..tengok tu, bapak orang tengah action konon2 terbaliklah book shelves tu.

Eh..dah terbalik dah toilet ni..tapi maintain jer yang dalam gambar tu. Kelas!!

Setelah menghabiskan masa kira2 empat puluh minit di Upside Down House, kita orang pun berjalan kembali ke parking kereta yang terletak tidak jauh dari rumah terbalik. Ops..lupa nak bagi tahu! Waktu public holiday macam ni laluan agak sesak di Banda Hilir dan merupakan perkara biasa yer tuan2 dan puan2..rata2 kebanyakan pengunjung tidak mengenal warna kulit mengambil kesempatan ini untuk membawa keluarga berjalan-jalan di Melaka. Toleh ke kiri kanan dari dalam kereta memang sentiasa dipenuhi dengan rakyat jelata yang punyai agenda cuti tersendiri.

Jadi disebabkan tak dapat naik Duck Tour oleh kerana timing yang masih jauh beberapa jam lagi, puan isteri mencadangkan aktiviti seterusnya di The Shore Oceanarium. Sebenarnya nak ke akuarium ni pun tak plan! Kerana waktu kami nak beli tiket di kaunter Duck Tour berdekatan Menara Taming Sari, orang yang menjaga kaunter tersebut mencadangkan The Shore Oceanarium sebagai destinasi seterusnya. Ini oleh kerana seperti yang saya sebutkan di atas tadi, kami tak dapat naik duck tour sebab masa nak tunggu begitu lama..jadi kami pun bersetuju untuk beli tiket Oceanarium di situ tetapi lokasinya terletak di The Shore Shopping Gallery. Kat mana tu? Haaa...sebelah dengan Kampung Morten, kampung tradisional tu la..so, kenalah drive.

Emak Alisha pun ambil kesempatan untuk pegang tapak sulaiman

Alisha tengah kusyuk tengok ikan besar depan dia..huhu

Berlatarbelakang salah satu akuarium ikan air masin



 Inilah dia video yang sempat ambil sewaktu melawat di The Shore Oceanarium. Oii..besar betul ikan tu!
blub blub blub...

Tiket masuk ke The Shore Oceanarium

Selesai jer tengok ikan2 yang besar dan bagi makan pada penyu yang ada dalam The Shore Oceanarium tu, kami pun beredar dan meneruskan perjalanan mencari makan. Dah dekat maghrib singgah pula ke Tesco makan KFC. Walaupun aktiviti seharian cuti di kala ini tidak nampak memenatkan, tetapi terasa juga keletihan memandu dan yang penting berbaloi. :-) Mudah-mudahan ada rezeki lebih buat kami sekeluarga teringin juga nak ke utara kasi jauh sikit jalan supaya penat tu betul2 terasa. Apa taknya.. dah lama plan tapi tak sampai juga ke sana. Huhu..tapi sekarang ni baby Alisha dah boleh berjalan, mungkin senang sikit nak bawa berjalan masa2 akan datang. InshaAllah..

Tiba2 aku terfikir, kalau kat bandar Melaka ni ada drive-thru baby food, mesti memudahkan. Maksud aku ialah bukan setakat makanan untuk baby jer malahan kanak-kanak pun sama. Yelah..time cuti sekolah memang ramai warga tempatan mahupun luaran yang berkeliaran di kota Melaka tu siap bawak baby dan kanak2. Kan bagus kalau ada servis yang aku sebutkan tadi. Babies and kids drive-thru foods service. Erm..erm..idea bernas aku tu! Jadi takdelah kita sebagai parent ni perlu rasa risau nak cari makan anak sementara tengah enjoy jalan2 dengan family. Macam kids meal KFC tu..haha! contoh jer...lagi bagus kalau servis ni ada kat mana2 bukan di tempat intereseting places aje. ;)

Apa2 pun, thanks for dropping by! kita temu lagi di lain entry yer!
Wassalam...


Share: