Showing posts with label penerbit rancangan. Show all posts
Showing posts with label penerbit rancangan. Show all posts

Sunday, July 15, 2018



Untuk pelanggan sedia ada Unifi dan Streamyx, mereka boleh semak speed upgrade di laman web rasmi TM bermula pada 18 Julai 2018. Kedua-dua produk TM ini mendapat anjakan besar dari kerajaan Pakatan Harapan sekarang di bawah program Broadband Improvement Plan (BIP) oleh Telekom Malaysia. Walaubagaimanapun para pelanggan harus memberikan persetujuan kepada TM terlebih dahulu sebelum boleh menaiktaraf speed internet di premis masing-masing. Bagaimana caranya? Anda boleh semak laman web TM bermula pada tarikh yang diberikan tadi ya. Kalau tahun lepas (2017) ada yang terima SMS, emel, panggilan telefon dari TM bagi melaksanakan BIP tanpa ada sebarang caj tambahan.

Apa-apa pun keadaan sekarang, sama-sama kita tunggu tarikh 18 Julai 2018 untuk mendapatkan kepastian yang lebih jitu mengenainya. #siapa_taknak_internet_laju_tanpa_perlu_tambah_kos#

Bagi penulis, ini satu langkah besar yang dilakukan oleh TM melalui pentadbiran baru kerajaan Pakatan Harapan di bawah janji mereka dalam Buku Harapan yang boleh dimuat turun di google. Kementerian yang bertanggungjawab melaui Menterinya telah membuka akses meluas kepada anak muda Malaysia dengan janjinya untuk menurunkan kos internet jalur lebar ke paras separuh daripada sekarang dan pada masa yang sama mempertingatkan kelajuan dua kali ganda.


Dan dalam erti kata lain apabila kelajuan internet telah bertambah laju tanpa sebarang kos tambahan, cubalah manfaatkan apa yang telah kerajaan dan TM (dan juga telco lain) berikan ini untuk buat sesuatu yang berfaedah seperti menambahkan lagi jumlah pendapatan isi rumah sebagai contoh. Bukannya membuang masa dengan media sosial tanpa ada sebarang inisiatif untuk memajukan diri. Ayuh kita sama-sama menyahut cabaran ini bagi menambahbaik kualiti kehidupan kita dengan mencari peluang perniagaan dengan skills yang telah ada pada diri kita. Yang penting halal ya kawan-kawan.

Wassalam.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
Share:

Sunday, January 7, 2018

Assalamualaikum..salam sedunia global dan sejagat penulis ucapkan pada semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Apa khabar korang semua? Diharapkan masih dalam keadaan sihat walafiat dan berterusan menghirup udara segar di kala ini. Untuk entri terbaru, penulis ingin berkongsi video demo voice over suara sendiri yang dirakam, edit, mixing oleh penulis. Masih ingat lagi dalam entri terdahulu berkenaan dengan apa skills penulis? Kalau tak ingat tak mengapa, penulis sharekan link di sini: Apa Skills Penulis?

Baiklah, di sini penulis ingin berkongsi beberapa demo rakaman voice over suara sendiri bagi tujuan pengkomersialan. Maksudnya penulis bersedia untuk menawarkan servis berkaitan voice over. Di bawah ini penulis sediakan demo voice over dalam bentuk video yang diedit menggunakan Adobe Spark.

Jika suara penulis ini matching dengan keperluan/kehendak anda, sila hubungi penulis bagi proses yang seterusnya. Ya..kita menggunakan suara sendiri, edit sendiri, mix sendiri untuk marketkan suara kita ke tahap yang seterusnya. 

Penulis menggunakan Audio Interface Focusrite, External Mic Pre bagi tujuan rakaman berserta DAW Adobe Audition untuk editing & mixing. Silalah melihat dan mendengar video voice over di bawah ini. Penulis sedia untuk menawarkan servis voice over. ;)

Cetus Idea Penulisan Skrip (Triggering Scriptwriting ideas)


Financial Commercial Script (Mortgages)


Retirement Community (Real Estate Commercial)


Online Travel Websites (Travel Industry Commercial)


New Homes (Real Estate Commercial)



Hubungi penulis untuk maklumat lebih lanjut berkenaan servis voice over ini.

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice Over


Share:

Wednesday, November 15, 2017



Assalamualaikum..Salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Apa khabar semua? Penulis harapkan anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat dan bertenaga dalam menjalani kehidupan sebagai pekerja di syarikat/jabatan/bekerja sendiri malah sebagai ketua keluarga yang menerajui nakhoda pelayaran kapal arah manakah hendak dituju kala ini. Kalau tidak ke mana-mana apalah salahnya menyinggah-nyinggah di blog penulis ketika ini sambil-sambil tangan mencuri sekeping dua cikedis yang dibeli tu. Haha..sekali-sakala makan takpe cikedis tu jangan selalu yer!

Baiklah..kali ini penulis kembali lagi dengan entri terbaru seperti tajuk di atas iaitu misi pembikinan short film untuk ditayangkan di Majlis Royal Gala Dinner pada 11 November 2017 yang lalu bertempat di Dewan Residensi UTM KL. Untuk berita penuh sila lawati pautan yang disediakan ini: https://news.utm.my/malay/2017/11/utm-royal-gala-dinner-2017-kumpul-rm2-5-juta/

Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah projek pembikinan ini disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan dan telah selamat ditayangkan di lokasi tersebut. Penulis merasa bertuah kerana pada mulanya ada member dari jabatan lain offer untuk tulis skrip buat short film. Tak dapat bayang apa pun. Bila dah bincang dengan bos di jabatan sana barulah dapat gambaran sebenar dan rupanya mereka sudah ada skrip tapi masih perlukan kekuatan jalan cerita sebelum boleh terus ke langkah seterusnya. Jadi penulis pun tidak berlengah masa dan terus menulis. Pada awalnya skrip penulis ada dialog serupa dengan drama (dah biasa menuls beginilah jadinya  ingat penulisan skrip drama aje. Penulis dah standby idea sebagai penulis drama/filem)

Jabatan A kata payah nanti para pelakon nak hafal skrip dalam masa yang agak singkat. Jadinya penulis pun terpaksa koyak kertas tersebut dan tulis idea yang lain. Kali ini penulis ketengahkan suara latar dalam penceritaan sebagai guide kepada audien. Kalau semua skrip berdialog entah berapa kali take kena shoot. Mungkin bukan masanya untuk lakukan idea tersebut. Tak apa..mudah-mudahan ada juga peluang untuk buat semula idea tu nanti. Setelah dapat kelulusan skrip dari Jabatan A, penulis terpaksa berdepan dengan isu internal ofis pula berkenaan hal ini. Ish..lupakan hal tu, tak serius. Ofis penulis pula di luar pintu gerbang UTM manakala setiap kali nak present idea mesti pergi ke Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI). Inipun cabaran juga sebab payah sikit nak parking dalam kawasan ni. Boleh dapat parking tapi jauh sangat..lepas tu naik bukit sikit, berpeluh ketiak baru sampai.    nasib baik bawak perfume jenama sukan sebelum mula meeting. Auwwwww.....

Shooting berjalan dengan lancar walau ada 1 hari tu penulis tak dapat sertai sekali kerana bonda penulis jalani pembedahan minor di Hospital Shah Alam. Alhamdulillah..kedua-dua pembedahan minor dan major selamat dijalankan pada hari berbeza. Biasanya begitu..dah lepas operate minor, bagi balik rumah sekejap..kemudian selang seminggu dua operate major pula. Penulis bersama isteri dan anak berkesempatan untuk menjengah sebelum operation minor dijalankan. Mak asyik tanya soalan kau balik kampung eh jep tengok-tengokkan rumah kat kampong tu, kunci pada si polan. Apa yang penulis mampu jawab hanyalah..Yelah mak. Pesan Abg Jaffar, kau cakap jer OK jep. Sekurang-kurangnya lega hati mak. Gitu. Boleh? Kakak-kakak dan abang sentiasa menemani mak di Hospital maklum sajalah mereka pun menetap di Shah Alam, maka tinggal penulis yang masih setia menetap di Johor. Family kandung pun menetap di KL.    Memang cari rezeki di sana mika semuanya ya..Alhamdulillah..walau jarang bersua, tetap bertanya khabar dari jauh.






Ok, kita balik semula ke tajuk asal. Aha..tu dia, gambar-gambar BTS sewaktu produksi dijalankan. Dari pejabat bendahari kewangan pelajar, pejabat NC, KTHO, balai cerap, SUB, cafe meranti, pejabat TNCP, BCSI, ini semua adalah lokasi shooting bagi menjayakan perfileman ini. Walau penulis tiada on set pada satu hari itu, storyboard jadi guide bagi production crew jalankan rakaman. Shooting pula mcp jadi kalau tak pakai clapperboard masak la nak oi..camne nak cue waktu editing nanti. Meraba-rabalah jawabnya. Hehe..

Namun ada juga scene yang tak pakai clapper board, terpaksa cakap kuat sikit "Scene 3 Shot 5, Take 2, ACTION! Tak nak buat lagi dah macam tu. Kalau 1 jam punya drama, abisla nak, mana nak conti balik shot yang cantik. Bukan semua yang last shot tu confirm cantik, kadang-kadang ada shot lain yang juga cantik. Walaupun menggunakan DSLR tetapi kualitinya acceptable  dan perlu color grading bagi tujuan mengubah color asal dan enhancekan lagi color tersebut. Tidaklah sampai serius gunakan Da Vinci Resolve. Penulis hanya gunakan plugin Lut Utility untuk buat color grading.

Apabuila telah siap 1st draft penulis pun cloudkan dalam google drive kepada para JK Endowmen AIDP Group 6. Mereka kata OK, dapat feel sewaktu menonton shorties tersebut lebih-lebih lagi part di mana salah seorang pelakon hanya makan nasi berlaukkan kuah. Mereka dapat rasa kesusahan tersebut. Kerana itulah selling point shorties ini. Nak dapatkan dana yang besar dari ahli-ahli korporat dalam negara kita ini supaya menyumbang kepada Menara Endowmen UTM. Baiklah, setelah 1st draft selesai tiba pula masanya shorties itu ditayangkan kepada NC UTM. Komen yang penulis dapat dari NC UTM melalui pegawai yang membawa shorties itu ke dalam meeting ialah, seperti biasa...durasi terlalu lama iaitu 6 minit setengah. Dan ubah sequence yang akhir kepada yang tengah, dan yang tengah beralih ke sequence akhir. Penulis hanya jalankan tugas walaupun merungut dalam hati karya telah diolah oleh orang atasan.

Kebiasaannya begitu, apabila orang atasan tonton sesuatu karya baik short film ataupun montaj sudah pasti ada komen untuk tambahbaik mengikut persepsi mereka. Dari 6 minit setengah jadilah 5 minit. Itupun sebenarnya mereka hendakkan 4 minit sahaja. Sewaktu kerja-kerja pemotongan visual supaya durasi jadi 5 minit penulis terpaksa memangkas beberapa shot yang penting bagaimana para pelakon dalam shot tersebut berkumpul dari seorang kepada kumpulan pelajar seramai 6 orang. Shot ini amatlah penting oleh kerana rakan-rakan mereka cuba comfortkan watak Hakeem yang sedang bersedih kerana akhirnya hutang yurang pengajian dan konvo telah diselesaikan oleh pihak Universiti melalui Endowmen. Keakraban antara kaum yang ingin ditonjolkan dalam scene ini. Jadinya, bila telah dipotong shot-shot sebegini maka conti storyline kelihatan tidak bersambung. Cubalah korang tonton sendiri filem tersebut di atas ini yer. Pasti korang akan faham apa yang saya maksudkan ini.



Teringat pula pesan seorang rakan seperjuangan yang merupakan pensyarah tetapi ada minat yang hampir kurang sama, katanya begini: "kau buat hasil karya seni untuk utm atau untuk diri sendiri?" Penulis jawab untuk diri sendiri. Maklum sajalah kalau kita mahukan kebebasan berkarya dalam hasil karya seni, eloklah dibuat untuk tontonan umum di luar sana bukannya di tempat kerja sendiri. Agak limitasi kerana ada cantasan seperti yang penulis katakan sebentar tadi. Maka sudah tentu tidak dapat kepuasan yang dicari.

Eh..mood rasa dah macam tak best pula bila tiba di hujung penulisan. Sepatutnya kena cakap let's move on to new project ke, apa-apa motivation ke untuk terus berkarya. Haa...sudah pastilah. Penulis pun bukan setakat ada seketul dua projek. Ada lagi..cuma belum atas kertas jer. Ok..

Wassalam..


Jeffri Rahman

Producer | Cinematographer | Voice over


Share:

Thursday, August 31, 2017

Sekarang ini sudah tiba masanya JIWA MERDEKA, setelah 60 tahun capai kemerdekaan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my, Diharapkan anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat dan tidak terlalu stress menjalani kehidupan sebagai insan yang menjalankan pelbagai tanggungjawab ketika ini. Ada yang bergelar pekerja, petugas, ibu & bapa, anak, tauke, CEO, kuli dsb. Kerana sabar itu separuh daripada iman...Dah hari kebangsaan pun tuan2 dan puan2..yang ke 60 tahun pula tu!

Jadi bersempena dengan Ogos bulan merdeka, penulis dan production team telah mengambil peluang ini untuk jalankan rakaman video pendek 5 minit berkenaan 'Erti Merdeka'. Dan untuk mengisi konten 'Erti Merdeka' ini penulis telah bertemu dengan seorang pensyarah dari Fakulti Pengurusan, UTM yang juga merupakan pakar sejarah negeri Johor iaitu PM. Dr. Kassim Thukiman. Kami berbincang dari pelbagai angle untuk shooting video ini. Tetapi penulis telah bina struktur video terlebih dahulu supaya ada permulaan, klimaks dan pengakhiran serta duration 5 minit. 

Waktu production pula, shooting lebih kurang 10 minit. Krew yang bertugas ketika itu pun sempat menghayati erti merdeka kerana masing-masing beri tumpuan pada tugas dan butir bicara pensyarah tersebut. Tak perlulah nak cover2 sangat, penulis pun tahu korang memang menghayati apa yang pensyarah itu bicarakan depan kamera.   Ok, kami menggunakan dua buah kamera Panasonic P2 untuk tight shot angle kiri dan kanan beserta 5DMKIII sebagai centre mastercam. Color yang terhasil dari dua jenama dan fungsi memang jauh beza, tapi itu yang penulis mahukan. 

Jadi tibanya waktu post penulis pun memangkas dan memotong clip pada timeline mengikut masa yang telah ditentukan tetapi masih dalam struktur yang dicadangkan. Inilah yang menariknya bila kita bekerjasama dengan academician. Mereka serba profesional dalam tugas mereka. Konten yang keluar dari bibit bicara beliau amat terkesan dan padu kerana fakta yang dilontar bukanlah bualan kosong seperti ahlil politikus jika anda semua faham apakah maksud penulis.  


Baiklah, mari kita sama-sama saksikan video 'Erti Merdeka' ini dengan harapan agar kita juga dapat menanam semangat jiwa merdeka setelah mencapai kemerdekaan sejak 60 tahun dahulu. Sepatutnya angka enam puluh itu telah mematangkan kita sebagai warganegara Malaysia, telahpun ada tertanam jiwa merdeka dalam diri kita semua. Bukan lagi membicarakan perkara remeh-temeh yang akan membuatkan kita terkebelakang sedang ketika ini negara pesat membangun. Kita bersatu di bawah jalur gemilang yang sama, bukan perpecahan yang kita mahukan!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Salam Hari Kebangsaan ke 60 tahun

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger


Share:

Thursday, August 24, 2017

Operasi BERSIH 3.0 (KASI SAPU BERSIH INI LOKASI!)

Pada 24 Ogos 2017 UTM telah menjalankan program gotong-royong perdana sekitar kampus. Program ini yang telah dilakukan beberapa kali sebelum ini mendapat sambutan positif dari kalangan staf UTM sendiri. Dan ianya dijalankan di setiap jabatan bagi memastikan kawasan luar pejabat kita kekal bersih dan persekitaran yang sihat untuk semua. Alhamdulillah..penulis sempat meluangkan masa untuk program kali ini, maklumlah yang lepas tak dapat nak join sebab ada shooting. Jadi bila kita tiada apa-apa shooting sekitar kampus, baik kita join aktiviti menyihatkan badan ini, dapat juga keluar peloh! Tawww!!!

Walaupun di bangunan tempat kerja penulis ini telah ada petugas yang menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar, tetapi tanggungjawab kita sebagai staf yang menghuni dalam bangunan ini adalah untuk turut menjaga kebersihan di kawasan luar pejabat. Maka dari situ baru kita dapat tahu bahawa kebersihan ini tanggungjawab bersama. Bukan sahaja di bahu petugas kebersihan sahaja. Kadang-kadang kita pun ada buang sampah sana-sini. Jadi eloklah pungut kembali secara berjemaah komuniti. Lagi ramai tulang empat kerat membanting tulang, lagi cepat aktiviti gotong royong ini dapat dihabiskan. Syabas! Terbukti kerja secara berpasukan lebih bawa manfaat dari buat sorang-sorang.

Dalam bangunan ini sahaja ditempatkan beberapa jabatan seperti SPS, RMC, SRAD, AMD, UTMLead dan MYLINE. Masing-masing ada zon sendiri untuk lakukan aktiviti ini. Dan bukan staf bawahan sahaja yang buat kerja-kerja dianggap enteng ini, malah peringkat pengurusan juga sama-sama berganding bahu menjayakan program ini. Alhamdulillah..kalau kita tengok Bos-bos buat kerja, boleh kata sama penatnya dengan kita. Ini yang TERBAIK!! Penulis juga merasakan bahawa adalah elok jikalau program ini diteruskan bagi mengekalkan kebersihan kawasan sekitar pejabat. Peralatan pula mencukupi, yang tidak disediakan biasanya sarung tangan, kenalah bawa sendiri. Maklumlah, mana tahu tiba-tiba tengah cabut rumput kering tercabut pula pokok semalu. Adusss!!!...

Ada 6 orang Bos dalam gambar di atas dan ada antaranya berlainan department.


Baru jer selesai membanting tulang. Nampak tu ada pongkes, penyapu cakar ayam, etc..seronok eh..


Budak baju biru cair yang tengah-tengah tu kejap nampak muka kejap tak nampak muka..ada-ada aje efek yang kau nak buat eh?  


Rajin abam Gaffar bantu ringankan tulang bersama-sama yang lain. Syahdu dibuatnya..  


Geng2 dari MYLINE pun turut sama menabur bakti berjasa pada nusa! Cayalah!!..steady!!


Alhamdulillah..ada juga jamuan buat kami selepas operasi BERSIH 3.0  


Masing-masing dah lapar ketika ini, termasuklah penulis! Huhu dan huhu..


Satu perkara lain yang agak mengecewakan pada pandangan penulis ialah tragedi anak pokok kurma yang telah dicabut dan entah ke mana perginya. Kasihan..seingat penulis, ada seorang staf dari UTMLead yang bersungguh-sungguh menanam kurma tersebut dengan membawa harapan agar berbuahlah hasil kurma itu tadi. Walaupun masih anak pokok tapi telah mengakar ke bumi dan perlahan-lahan membesar walau tengok dari jauh macam tiada apa-apa perubahan dari segi saiz. Mudah-mudahan boleh kita tanam pokok lain pula selepas ini.

Baiklah..apa yang penulis harapkan di sini ialah moga diberikan lagi kesihatan yang baik di masa hadapan untuk jalankan operasi gotong-royong pada waktu yang lain pula selepas ini. Seronok keluar peluh. Duduk dalam ofis berhawa dingin sambil buat editing memanglah tak keluar peluh, hanya menambahkan lagi sakit di otot-otot tertentu yang penting untuk buat kerja production pada masa akan datang. Kipidap kipidap kipidap guys!!!

Wassalam...
Jeffri Rahman

Cinematographer | Producer | Voice Over

Share:

Monday, June 5, 2017

Pada tahun lepas, Intel telah melancarkan CPU pertama dengan kuasa kuda 10 core pada kumpulan sasar bertaraf consumer. Terbukti bahawa Intel bergerak jauh ke hadapan dalam dunia perkomputeran berskala 'megatasking'. Dengan harganya yang juga terbukti mahal iaitu sekitar $1,700 USD, CPU tersebut berjaya memuaskan hati pengguna seluruh dunia  yang amat perlu untuk melaksanakan pelbagai arahan kerja dalam satu masa. Kini Intel kembali lagi untuk memuaskan hati dan nafsu computing anda dengan mengumumkan barisan CPU dalam siri Core X-series dengan diterajui oleh CPU 18 core pertama keluaran Intel iaitu i9-7980XE.


Chip ini yang berharga pada $1,999 USD bukanlah pemprosesan biasa yang boleh dilihat dalam desktop harian pengguna biasa seperti saya dan mungkin juga anda. ;) Malahan ianya dilihat sebagai satu statement dari Intel kepada AMD bahawa dengan kemunculan chip ini, Intel telah mengenepikan processor AMD Threadripper 16 core yang dikatakan pemprosesan paling power pada tahun 2017 ini. Dan ini menunjukkan Intel sentiasa memenuhi permintaan pengguna seluruh dunia yang senantiasa mendahagakan teknologi lebih advanced dari apa yang mereka ada sekarang ini. Bukan sekadar main game  dengan resolusi 4K sahaja, malahan anda boleh broadcast melalui Twitch ketika main game secara online dengan gamers seluruh dunia. Itulah antara kelebihan chip i9 18 core ini. Yang betul-betul berminat sahaja dapat merasai sendiri kelebihannya.




Seperti yang penulis katakan di perenggan atas tadi, chip ini bukanlah satu-satunya processor yang terdapat dalam Core X-series, malahan terdapat pelbagai varian core berlainan seperti 10-, 12-, 14- dan 16-core. Dan jika i9 18 core kedengaran sangat mahal harganya, jangan risau anda boleh dapat harga yang agak baik dengan kuasa kuda 10 core iaitu model i9-7900X pada harga sekitar $999 USD. Bagi penulis, masih mahal lagi harga tu, macam nak beli sebiji macbook pro pulak dah. ^_^

Kesemua chip i9 base clocking ialah pada kelajuan 3.3GHz sehingga boleh mencecah kepada kelajuan dual core 4.3GHz dengan Tubo Boost 2.0 dan juga sehingga 4.5GHz dengan Turbo Boost 3.0. Antara siri processor lain yang lengkap dalam family X-series ialah quad-core i5-7640X dan juga model i7 dengan 4-, 6-, dan juga 8- core.

Mungkin kita kata 18 core agak keterlaluan dalam teknologi consumer computing masa kini, tetapi Intel mengatakan bahawa semuanya didorong oleh permintaan tinggi tahun lepas pada chip 10 core mereka. Kalau tiada permintaan, manakan ada penawaran betul tak?

Tetapi persoalan yang boleh kita ajukan kepada Intel ialah, adakah dengan menambah core dengan jumlah yang besar dalam sekeping CPU tidak akan menimbulkan isu heating dengan cepat?  Ya..memang ada isu! Disebabkan hal itu Intel telah membangunkan produk lain bagi mengatasi isu heating tersebut dan ianya dijual secara berasingan. Produk tersebut ialah Liquid Cooling TS13X dengan cecair berasaskan proplyene glycol. Ya..Intel tidak menggalakkan penggunaan coolant berasaskan air-cooler tetapi kita yang kena beli darinya. Cantik sungguh permainan tersebut. Dah macam beli komputer mac pro, monitor dan tetikus dijual berasingan. Perkhabaran positif yang lain pula adalah liquid cooling keluaran Intel ini boleh digunakan pada semua chip bersiri i9 termasuklah chip i7 sekali.




Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laptop berasaskan chip intel lebih menarik perhatian pengguna berbanding desktop CPU. Ini adalah kerana sebahagian punca peralihan ini adalah datangnya daripada laptop mudahalih dengan fungsi 2 dalam 1 (laptop + tablet). Jadi apa yang dilakukan oleh industri player bagi menyokong pertumbuhan pasaran baru ini adalah dengan memfokus kepada jumlah pemprosesan yang efisyen dalam pembangunan produk mudahalih 2 dalam 1 ataupun convertible. Bagi mereka yang sememangnya tidak pernah puas dengan gaming rig yang ada sekarang ini, Intel Core i9 X-series berkemungkinan besar adalah jawapan bagi anda untuk melangkah setapak lagi ke hadapan dalam dunia perkomputeran yang semakin maju dan berkembang pesat ketika ini.

Penulis merasakan bahawa, usaha yang dijalankan Intel terhadap market laptop bersaiz ultraportable dan juga 2 in 1 adalah untuk menumbuhkan pasaran chip mereka yang lain iaitu Core i3, i5 m3, m5, atom, celeron dan pentium processor. Sementara ada juga convertible dengan chip i7, namun selera pengguna adalah kepada harga yang munasabah di samping prestasi yang optimum untuk keperluan kerja-kerja computing yang lebih bersifat efisyen dan mudah dibawa ke mana sahaja seperti sebuah tablet tapi mempunyai performance seperti sebuah laptop. Industri player tidak akan menolak untuk menambah masuk produk-produk sebegini dalam business model mereka, kerana kajian pasaran telah menunjukkan bahawa sentiasa ada feedback positif dari pengguna seluruh dunia terhadap permintaan komputer 2 dalam 1 sekarang ini.




P/S: Kalau orang-orang biasa tengok 2 in 1 ni mungkin boleh jakun 5 minit pertama, tapi hakikatnya adalah, ia juga merupakan komputer touchscreen cuma lebih fleksibel seperti tablet. Gitewww..


Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger


Share:

Thursday, November 17, 2016

Kini Semua Orang Boleh Jadi Selebriti...tak percaya ke?

Assalamualaikum..apa khabar semua para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap u olls semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kali ini penulis ingin lari sikit daripada topik kebiasaan dalam blog ini. Kerana dari pemerhatian penulis terhadap penggunaan media sosial dengan kerap, penulis dapati ada perkara yang menarik boleh dikongsikan bersama u olls semua. Yer..itulah dia faktor WOW orang yang biasa-biasa bukan selebriti, tetapi mampu jadi popular seperti selebriti terkenal tanahair. Dalam masa yang singkat dah boleh jadi famous ngetop! Kenapa agaknya? Macam mana dia boleh dapat faktor WOW seperti selebriti sedangkan evolusi cara manusia berkomunikasi mengambil masa yang begitu lama untuk membangun dan berkembang maju sehingga menjadi kompleks dan semakin moden seperti sekarang ini. Apakah rahasia di sebalik semuanya ini.

Sejarah Media Sosial: Dulu dan Sekarang
Kewujudan media sosial telah lama berakar umbi dalam kehidupan manusia secara umumnya. Walaupun laman atau apps yang popular seperti facebook kedengaran seolah-olah trend baharu, ia adalah kesan secara langsung perkembangan media sosial sejak berabad lamanya.

Media Sosial Sebelum Tahun 1900
Kaedah terawal komunikasi pada jarak yang jauh adalah mengutuskan surat secara serahan tangan dari seorang ke seorang yang lain. Bentuk perkhidmatan pos terawal ini telah bermula sekitar 550 B.C. yang lalu dan sistem penghantaran ini akan berkembang lebih meluas lagi dan diselaras pada masa-masa akan datang.

Ericsson Telegraf: Sumber dari Wikimedia

Pada tahun 1792 pula, telegraf telah dicipta dan ini membolehkan pesanan dihantar melangkaui jarak yang jauh dan lebih cepat berbanding menunggang kuda dan penunggang yang membawa pesanan tersebut. Walaupun pesanan telegraf adalah pendek, ia merupakan suatu revolusi dalam penyampaian maklumat dan berita.
 
Tube Post: Sumber dari Smithsonian National Postal Museum 

Satu lagi keadah komunikasi yang pernah dibangunkan pada tahun 1865 dahulu ialah pneumatic post atau tube post. Ia merupakan cara atau kaedah lain untuk menghantar surat dengan cepat kepada penerima. Kaedah tube post ini menggunakan tiub bertekanan udara bawah tanah  untuk membawa kapsul dari satu tempat ke tempat yang lain.



Pneumatic Mail: Sumber dari Dailymail.co.uk

Terdapat dua penemuan penting bersejarah pada akhir dekad 1800 iaitu telefon (1890) dan radio
(1891). Kedua dua peralatan tersebut masih digunakan lagi hinggalah sekarang dan ianya semakin canggih hari demi hari selaras dengan perubahan teknologi yang semakin pesat. Talian telefon dan isyarat radio membolehkan manusia berkomunikasi serentak merentas benua, sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini.


Media Sosial Abad ke 20
Teknologi mula berubah dengan begitu pesat pada abad ke 20 setelah superkomputer pertama dicipta pada tahun 1940 di mana saintis dan jurutera mula membangunkan kaedah bagaimana komputer boleh dirangkaikan antara satu sama lain sehingga kemudiannya lahirlah internet.

Antara nama besar terawal dalam rangaian internet ialah CompuServe yang dibangunkan pada tahun 1960an. Emel juga dibangunkan pada tahun tersebut. Pada tahun 70an pula telah menampakkan peningkatan dalam rangkaian komputer lalu pada tahun 1979, UseNet membolehkan pengguna untuk berkomunikasi melalui berita secara maya. Manakala pada tahun 80an penggunaan komputer di rumah semakin menjadi kebiasaan dan media sosial jadi semakin kompleks. Internet relay chats atau IRC mula digunakan kali pertama pada tahun 1988 dan berterusan popular hinggalah tahun 90an.

Laman media sosial pertama dikenali ialah Six Degrees yang dibangunkan pada tahun 1997 dengan membolehkan pengguna untuk memuat naik profail dan berkawan dengan pengguna lain. Dan pada tahun 1999, laman blogging pertama iaitu Blogger menjadi popular lalu membuatkannya jadi semakin sensasi sehinggalah ke hari ini.


Blog pertama di internet: Sumber daripada Guff.com


Emel pertama dihantar di internet: Sumber daripada Guff.com

Video pertama di Youtube. Sekarang dah jadi billionaire! Sumber daripada: Guff.com



Sixdegrees merupakan media sosial online pertama dunia: Sumber dari Guff.com

Media Sosial Pada Hari Ini

Penggunaan media sosial semakin popular di kalangan masyarakat selepas penemuan blog suatu ketika dahulu. Antara laman sesawang yang mula terkenal pada awal tahun 2000 adalah seperti LinkedIn dan MySpace berserta Photobucket dan Flickr yang memberi kemudahan foto sharing secara online. Kemudian pada tahun 2005, Youtube pula membawa perubahan besar dalam dunia internet melalui cara manusia berkomunikasi dengan berkongsi video secara online  antara satu sama lain tidak kira di mana jua anda berada.

Terkait dengan hal itu, muncullah pula Facebook dan Twitter pada tahun 2006 kepada seluruh pengguna di pelosok dunia dan berterusan popularitinya hinggalah ke saat ini. Antara laman sesawang lain yang turut tumbuh bak cendawan rentetan daripada kemunculan kedua-dua media sosial tersebut adalah seperti Tumblr, Spotify, Foursquare dan Pinterest. Setiap laman sesawang tersebut ada fungsi spesifik kepada pengguna sasaran mereka.

Akhirnya, pada hari ini terdapat pelbagai laman media sosial yang boleh dirangkaikan secara silang platform bagi memudahkan pengguna untuk membuat posting terbaru tanpa perlu mengupdate status pada setiap platform yang tersebut, lantas dapat memaksimumkan jumlah pengguna di serata dunia. Kita sendiri tidak ada jawapan tepat apakah masa depan media sosial pada dekad atau abad akan datang. Akan tetapi  amat jelas sekali kewujudan media sosial ini akan berterusan selagi manusia masih hidup di muka bumi ini.

Pengaruh media sosial dalam kehidupan seharian

Jadi, setelah anda fahami bahawa evolusi komunikasi mengambil masa yang begitu lama untuk membangun dan berkembang maju seperti apa yang ada sekarang ini. Tanpa adanya masalah  berkenaan cara untuk mengirim pesanan kepada individu yang lain di satu lokasi yang lain suatu ketika dahulu, tidak mungkin teknologi yang kita ada sekarang ini wujud bagi memudahkan komunikasi jarak jauh jadi dekat antara satu sama lain. Tidak mungkin akan ada pengguna media sosial dari kalangan orang-orang biasa tapi mampu untuk kelihatan luar biasa dengan adanya media sosial. Segalanya nampak dipermudahkan. 

Tetapi setelah adanya bentuk media sosial yang pelbagai sekarang ini dengan berjuta pengguna di serata dunia, bagaimana kita mampu mengawal mereka dari mengeluarkan atau muatnaik status yang bersifat kotor, jijik, boleh membawa kepada perpecahan kaum dan sebagainya. Ianya memberikan gambaran bahawa siapa yang dapat banyak "Like" dia akan viral dalam media sosial dengan sekelip mata. Berbeza dengan zaman dahulu.

Di zaman serba moden dan canggih ini, nampaknya hampir kebanyakkan manusia mempunyai smartphone untuk tujuan komunikasi yang pelbagai. Tidak kira di mana anda berjalan di pelusuk dunia ini, sudah pasti akan terjumpa manusia dengan gajetnya yang terdiri dari pelbagai jenama barangan elektronik. Dengan menggunakan gajet itulah mereka menggunakan apps seperti instagram, facebook, dsb. untuk berkongsi cerita di mana saja mereka berada waima di dalam tandas sekalipun! Aneh sungguh manusia zaman sekarang. Walhal tandas adalah tempat untuk melepaskan najis kecil dan besar maka di situlah tempatnya juga untuk 'berselfie' depan cermin besar dalam tandas tersebut.






Abad ke 21 menjanjikan perkara tebaik dalam kehidupan iaitu selfie dalam toilet: Sumber dari Strongmindbraveheart.com

Sumber imej dari: Cyberhaktivist


Masalah kesihatan akibat penggunaan smartphone dengan kerap: Sumber dari: Thewindowsclub.com

Lebih menyedihkan lagi ialah apabila adanya sekumpulan manusia keluar untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam, masing-masing akan mengeluarkan smartphone dari poket atau beg tangan mereka dan kemudian senyaplah beberapa ketika tempat duduk mereka itu ibarat dalam dewan peperiksaan. Apabila yang ambil pesan makanan itu sampai di meja mereka barulah hidup semula suasana seperti manusia biasa. Kemudian senyap kembali. Lalu kemudiannya apabila makanan telah sampai pula ke meja makan, perkara pertama yang dilakukan adalah untuk mengambil foto makanan tersebut, selfie atau wefie bersama teman-teman, lalu dikongsikan cerita tersebut di serata dunia. Kalau dapat banyak 'Like' lagilah galak berkongsi cerita kemudiannya! Dan perkara ini boleh berlaku bukan sahaja di kalangan orang-orang kenamaan public seperti artis atau menteri, bahkan orang-orang biasa kini telah menjadi lebih popular dari mereka. Hanya dengan update status yang bukan-bukan, berkongsi cerita dari sumber yang tidak tahu sahihnya maklumat tersebut, nah..dia sekarang jadi popular kerana kedunguannya sendiri. Dialah sensation ketika itu.


Something, somewhere went terribly wrong: Sumber dari sinz.org


Apakah sebenarnya tools yang digunapakai dalam era komunikasi digital ini sebenarnya suatu bahan yang memperbodohkan diri sendiri atau membijakpandaikan individu tersebut? Walaupun pada hakikatnya terdapat pelbagai jawapan yang positif dan negatif, tetapi yang pasti dengan evolusi komunikasi dari kaedah kuno dahulu hinggalah ke arah pemodenan sekarang ini, perkara penting yang dapat kita ambil pelajaran ialah, betapa mudahnya untuk berkomunikasi dengan lebih cepat dan dipermudahkan merentas benua tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menggunakannya. Dengannya, manusia mendefinasikan kepelbagaian penggunaan peralatan komunikasi tersebut jadi lebih bermakna dalam diri mereka. Tidak akan ada manusia dari golongan biasa-biasa yang boleh jadi popular lebih dari artis tanpa evolusi komunikasi. Tidak akan ada jutawan-jutawan industri komunikasi seperti adanya sekarang ini. Tidak akan ada tinggi di pencakar langit menara telekomunikasi megah berdiri membelah langit dan halilintar. Kini semua orang boleh jadi selebriti terkenal dengan definasi mereka tersendiri dengan pengertian apa yang mereka fahami tentang apa itu evolusi komunikasi?


Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over


Share:

Thursday, October 27, 2016

FX unit Lexicon PCM91, PCM 81, DBX2031, Aphex Channel Master, Focusrite Scarlett 18i20, Neumann TLM 193


This is only a vocal sample okay! I am not a singer. But I do recording & mixing. Thank you. :)

Assalamualaikum..apa khabar semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap you alls semua dalam keadaan yang baik dan sihat. Kali ini penulis ingin berkongsi info berkenaan rakaman suara dengan menggunakan FX unit seperti yang tertera pada tajuk dan perenggan di atas. Rasanya dah lama penulis tak berkongsi info berkaitan audio recording. Kerana kebanyakkan cerita yang penulis kongsikan adalah berkisar cuti family day, sibuk buat kerja itu ini, bakat dan kenaikan pangkat dan pelbagai lagilah. Kesibukan di kala ini adalah editing voice over Guru-guru Bahasa Inggeris dari MYLINE, UTM. Mereka punya tajuk voice over didatangkan dengan pelbagai set 5, 6, 7, 8, 9, 10. Setiap satu set ada macam-macam tajuk. Rakaman voice over mereka adalah untuk support MUET di kalangan pelajar UTM. Penulis amat sanjungi usaha murni mereka ini. Jarang sekali penulis menolak untuk buat recording session bersama mereka. Apatah lagi suatu ketika dahulu pejabat kami dan pejabat mereka di bawah bumbung yang sama. Apabila mereka semakin berkembang maju, maka mereka pun pindah ke pejabat sendiri. Tak jauh pun, tingkat bawah jer. thehehe..;)

Oleh kerana penulis telahpun merakam vokal ini di suatu ketika dahulu sewaktu awal pindah ke bilik rakaman audio, rasanya sudah tiba masa untuk berkongsi tentang kelebihan FX unit tersebut walaupun suara penulis tidaklah sesedap mana pun. Hanya sekadar melepas batuk di tangga. ;) Signal chain di antara hardware tersebut begini.

Oh ya..sebelum terlupa, rakaman suara tersebut menggunakan DAW jenama Adobe Audition CC.  Sementara efek menggunakan outboard gear seperti yang tertera pada tajuk dan juga perenggan di bawah ini. Selain dari Audition CC, penulis juga gemar menggunakan Logic Pro X.

Sambungan Kabel antara audio interface dan FX unit
Mic sambung kepada input Aphex Channel Preamp dengan kabel XLR. Output preamp disambung kepada audio interface iaitu Scarlett18i20 pada input 1 menggunakan kabel TRS. Kemudian terdapat Send and Return port pada belakang Aphex preamp. Cucuk kabel TRS pada Send dan hantar ke input port DBX 2031 EQ. Sambungkan TRS kabel di Return port pada Aphex preamp dan hantar ke output port DBX EQ. Kedua-dua unit ini akan beroperasi antara satu sama lain dan anda hanya perlu ubahsuai tahap bunyi yang dirasakan sedap dan ada umpph!



Aphex Channel Master dan DBX 2031 EQ. Dalam rack mounted.

Untuk PCM 91, penulis guna kabel RCA audio untuk buat sambungan antara Scarlett 18i20 dan PCM 91. Walaupun tak berapa quality, tapi penulis mahu test terlebih dahulu kerana signal yang dihantar adalah stereo. Pada unit PCM 81 pula penulis gunakan kabel TRS untuk buat sambungan antara Scarlett 18i20 dan PCM 81. Yang ini memang confirm signal lebih berkualiti berbanding RCA tadi. Apabila kesemua kabel-kabel tersebut telah dipasang, masih ada satu lagi step yang perlu dilakukan dalam sistem komputer anda, iaitu routing signal yang betul untuk dihantar kepada DAW (Digital Audio Workstation) bagi membolehkan ketiga-tiga FX unit tersebut dapat digunakan sewaktu rakaman. Oleh kerana penulis menggunakan audio interface jenama Focusrite Scarlett 18i20, ianya didatangkan bersama Mixcontrol software bagi kendalikan tugas ini. Kalau step yang ini gagal, maka tak akan keluar bunyi FX tersebut ketika rakaman. Bunyi agak keras tapi itulah caranya. Manakan tidak, untuk dengar semula audio dari Scarlett 18i20 dengan menggunakan headphone, anda masih perlu buat routing signal yang betul dalam Mix control. Kalau tak, langsung tak keluar bunyi kat headphone! Waktu awal pembelian scarlett 18i20 ni sampai ofis jadi jakun yer. Install dulu Mix control dan Logic Pro X, lepas tu buat connection tapi tak berjaya. Mesej yang dipaparkan oleh scarlett 18i20 di monitor Mac penulis ini agak menyedihkan. Walaupun dah pasang kabel usb dari scarlett18i20 kepada Mac, tapi led USB ACTIVE tak menyala. Panggil semula member yang jadi supplier tengok-tengokkan keadaan. Penyelesaiannya mudah jer. Offkan dulu Scarlett18i20 dan buatlah sambungan kabel antara interface dan Mac, kemudian tekan semula button on pada Scarlett18i20. Eh..menyala pulak led USB ACTIVE tu..*&*(^*(&(& betul! (thehehe) kome dahsyat arr! terbaek!!


Legendary Lexicon Reverb PCM91 dalam mounted rack. Tapi sayang, PCM81 dahpun rosak, nampak tu error message 'E7' bukan kord gitar E7 tu ye!

Apabila kita telah setting laluan signal dengan betul pada Mixcontrol barulah boleh mula rakaman dengan Logic Pro X. Sedap pun bunyinya..dah memang taraf profesional punya equipment cuma tak cukup channel, ada 8 aje. Hahahaha!!

Dapatkan setting Reverb dari PCM 91 dan FX processor dari PCM 81
Sebenarnya perkara ini terlalu subjektif untuk diberikan jawapan atau statement secara tepat. Kerana masing-masing punyai citarasa pendengaran berbeza bagi setiap manusia. Ada yang suka bunyinya begini, ada yang suka bunyinya begitu. Terpulang. Tidak ada jawapan yang tepat. Asalkan vokal yang terhasil tidak terlalu duduk ke belakang atau tenggelam dalam mixing.

Sebagai contoh unit PCM 91 sendiri mempunyai 450 FX Reverb yang berkualiti tinggi. Antaranya ialah halls, rooms, plates yang mempunyai sub menu sangat banyak di dalamnya. Jadi bagaimana kita ingin tahu yang mana satu bunyi yang sesuai dan sedap dengan vokal kita? Besar soalan tu, tapi jawapan saya ialah apabila kita dah latih telinga untuk mendengar bunyi dengan baik dan punyai pengalaman teknikal yang mencukupi dalam rakaman audio, maka tidak mustahil kita hanya perlu putar knob tersebut tanpa ada rasa stress untuk produce sound yang baik. Contohnya efek Plates: Vocal: Bright Vox. Reverb yang terhasil pada vokal sangat jelas dan nyaring. Lagi satu ialah Plates: Custom: MonoOrStereo. Reverb yang terhasil juga amat jelas dan merebak tapi perlu dicontrol Mix agar tidak terlalu Wet. Maksudnya dengan amaun wet sekitar 15-30% sudah mencukupi untuk dapatkan Reverb vokal yang baik.

PCM 81 pula merupakan Multi Effect Processor yang mempunyai 300 preset FX yang berkualiti tinggi. Ini bermaksud apabila unit ini digandingkan dengan PCM 91, sound yang terhasil memberikan impak sonic dan clarity yang sangat jelas dan bertenaga dalam memacu vokal anda lebih berkarakter dan mempunyai color tersendiri. Penulis sangat menyukai kedua-dua unit ini dalam penggunaan rakaman vokal. Kalau tidakpun, PCM81 ini boleh dijadikan unit untuk hasilkan sound design yang baik dalam pembikinan filem.

Tapi alangkah malang sekali..PCM 81 dahpun rosak baru-baru ini. :( :( :( mungkin sebab dah lama tak digunakan sampai rosak jadinya. Padahal PCM 81 tu adalah Multi FX Processor yang sangat mahal harganya. Ah..nak bagitahu Bos la boleh tak repair. Itulah hardware yang memproses vokal jadi lebih sedap dan bertenaga. Tanpanya, kena buat waktu post dalam Logic Pro X. Itu pun belum tentu dapat yang accurate macam PCM 81. Demn!!

Sebenarnya penulis memang teringin sangat nak buat rakaman muzik di studio audio ni. Oleh kerana di UTM ni ada jawatan pemuzik di Unit Kebudayaan, penulis amat galakkan mereka untuk datang ke mari untuk jalankan rakaman. Mereka ada drum set dengan mic yang cukup. Keyboard dan bermacam instrumen lagi. Penulis selalu berangan kalau dapat buat rakaman di studio ini, lagu-lagu pilihan adalah dari mereka sendiri dan penulis hanya mahukan skills yang ada ini digunapakai oleh pihak yang inginkan perkhidmatan ini dalam UTM. Skills yang dah ada ini sangat perlu untuk dikembangkan sebelum ianya menjadi lapok dan tidak relevan lagi pada masa akan datang. I have the skills and I have the passion..please, I want to use my creativity and talent to soar even higher in the sky! Arghhh!!!

Ok..stop dulu. sebelum penulis mengarok..thehehe...dengarkan yer vokal sample tu!

Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Blogger | Cinematographer

Share:

Sunday, October 2, 2016

Kemungkinan besar ada sekumpulan manusia yang mempunyai bakat dan kreativiti yang amat baik dalam penghasilan kerja berkaitan produksi multimedia. Mereka ini jenis yang tidak berkira untuk mengeluarkan idea bagi menjayakan sesuatu projek jadi realiti. Apa yang terbaik dalam fikiran dicurahkannya ke dalam kertas putih bersaiz A4 dalam MS word yang ditaip secara digital dan kemudian dicetak bagi tujuan semakan semula. Baris demi baris disemaknya skrip hasil pemikiran kreatif dirinya. Kemudian difikirkan pula watak-watak yang boleh dijadikan pelakon tanpa perlu menggilap bakat tersebut dengan terperinci oleh kerana mereka adalah orang awam ataupun kebanyakkan. Dengan sejumlah wang kecil dapatlah barisan pelakon tersebut menikmati hasil titik peloh mereka yang berhari-hari melakonkan watak yang diciptakan oleh penulis itu tadi dengan begitu baik sekali. Lalu, pengarahan yang dilakukan dengan jayanya oleh penulis itu sememangnya memuaskan hati si penulis. Dia ingin berkarya lagi tanpa ada rasa jemu kerana dia fikir ideanya endless!! tidak berpenghujung!! Dia mahu sentiasa teroka dan teroka peluang yang boleh bagi mengembangkan sayapnya lebih lebar dengan niat boleh terbang lebih jauh dan jauh ke sana!

Akan tetapi..niatnya itu barangkali terbantut! Kenapa begitu? Lebih sepuluh tahun dia sudah menabur bakti. Dia ada bakat, kreativiti, tech-savy dengan gadget audio dan videonya. Suara lembu barangkali boleh diterjemah semacam penyanyi nombor 1 negara. Suara sengau barangkali boleh ditune semacam Anuar Zain. Angle mana dari viewfinder kamera dia nampak cantik, dia lebih percaya angle dari matanya sendiri dalam sinematografi. Begitulah gambaran yang dapat divisualkan mengenai dirinya. Tetapi amat sukar yang satu ini. Dia mahu merasa apa ada pada  angka selepas itu, angka lebih tinggi dari angka yang disandangnya sekarang. Kerana dia tahu apa kebolehan dan kemampuan dirinya. Mahu bikin filem masuk panggung pun boleh tapi ada-ada saja kekangannya. Yang lain-lain pun berlumba menukilkan surat dengan harapan mahu terbang lebih jauh. Dia pun tidak ketinggalan. Dengan pengalaman, dia bawa bakat dan kreativitinya ke dalam kertas putih tersebut. Berhati-hati dia menaip sambil mengingat kembali sumbangan yang telah ditumpahkan ke dalam organisasi dia kerja. Konon-kononnya semacam kerta kerja mahu beli Singapura. Kemudian dihantarnya surat memohon untuk naik pangkat. Berbulan dinantikan jawapan oleh pihak management tetapi tidak ada satupun jawapan kepadanya. Ah..sudah, apakah dia bermimpi sahaja atau mengharap setinggi gunung setaman kasih, setandan daun pisang? Sedangkan Bos kecik terdahulu yang benar-benar menyuruh kesemua staf di bawah seliaannya berbuat begitu. Diikut sahaja. 

Tapi..anehnya tiba-tiba sudah ada pembikinan kertas kerja kenaikan pangkat bagi beberapa orang rakan staf yang lain diberikan perhatian. Sudah sampai ke peringkat management katanya..tapi oleh kerana tiada bajet bagi tahun hadapan, maka terpaksa simpan hasrat itu barangkali. Waduh...kenapa jadi begini? Sedang sudah ada calon kenaikan pangkat rupa-rupanya, jadi apa guna si dia dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh menukil surat memohonan naik pangkat tapi yang dipandang mata oleh Bos besar sikit hanya segolongan dua? Apakah barangkali sijil atau Diploma, atau Degree yang si dia ada itu tidak memenuhi kehendak organisasi dia kerja? Atau tidak setanding dengan segolongan dua itu punya sijil barangkali? Jadi apa gunanya dinamakan kenaikan pangkat kalau tidak mahu dinaikkan pangkat staf-staf seperti si dia dan rakan-rakan yang lain hanya kerna sudah ada calon yang lebih sesuai? Aduh..maaflah, kiranya si dia itu yang punya bakat dan kreativiti masih tidak cukup lagi kriteria yang mahu diambil kira. Maaflah kiranya kedatangan ke organisasi itu hanyalah mawar memutik seketika layu akhirnya nanti. Maaflah juga akan kehadiran ke sana ibarat persinggahan sementara. Si dia mungkin sudah ngerti, bukan ini yang dia mahukan..kalau di pihak post production company barangkali dia dipandang dengan baik akan bakat dan kreativiti. Dia diperah dengan cukup-cukup bagi menghasilkan kreaitiviti yang lebih baik dari satu projek ke satu projek yang lain. 

Dia hanya bermimpi di siang hari

Nukilan penulis
Producer | Cinematographer | Voice over

Share:

Thursday, September 29, 2016

Hasil usaha gigih video production team UTMLead


Practical Student - Abdullah Harith Mohamad Ibrahim
Lighting - Creative Multimedia Crew
2nd Unit Camera - Supandi Bunangin, Halizan Hashim
Drone Operator - Mohd Gaffar Said
Audioman - Mohd Gaffar Said
Designer - Zul Azri A. Rahman
Voice Over - Mohamad Nizam Ahmad
Assistant Director - Mohamad Nizam Ahmad
Film Score Composer - JARI
Script, Direction, Editor - Jeffri Abdul Rahman@Idris



A short film written, directed, and edited by me. This short film was premiered at the Dewan Sultan Iskandar, UTM for the launching of International University Carnival on Elearning (IUCEL 2016) on 20th September 2016 and officiated by the Johor State EXCO Council YB Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday.

I have been tasked to write a script of a short film related to elearning. In my mind, a great way to mix technology and learning in one place is to project a local background scenario that has a unique village feature. And for that we chose Kampung Sungai Melayu, Johor as our shooting location. The great thing about shooting in these location was, the contrast background between a village near the river and a fast develop high rise residential apartment not too far from the village. This is certainly the kind of place suited for our filming production with a primary school near the river which would make video shooting here much more interesting. 

I was  truly blessed with the music score that were composed by JARI, one of Malaysia's Composer, Arranger, Orchestra Conductor with his style of arrangement for the background music of this short film, IMPIRAN. Thank you Abang Jari, beloved brother! :)

Synopsis
IMPIRAN (IMPIAN DAN HARAPAN) Aiman aspires to be a Naval Architect when he grows up. His father is also supportive of his long kept dream and because of that his father has built a replica of a boat especially for him. When it was time to test the replica at a nearby river, Aiman left the house while his father was asleep. Was the test successful, and his dream could finally come true?

Jeffri Rahman
Producer | Blogger | Cinematographer | Voice over

Share: