Showing posts with label family time. Show all posts
Showing posts with label family time. Show all posts

Wednesday, November 28, 2018

Menginap di Nexus Business Suite Hotel, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam Malaysia baru diucapkan buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap korang semua sihat sentiasa hendaknya. Kali ini tuan tanah blog kembali lagi dengan entri terbaru seperti di atas. Maklum sajalah, keluarga penulis kebanyakannya menetap di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Dan jika mahu berjumpa dengan mereka semua sudah pasti penulis perlu ke sana. Ada beberapa adik beradik yang menetap di Shah Alam dan seorang lagi di Kuala Lumpur. Sementara ada pula yang menetap di Rawang, Selangor. Haa..begitulah keadaannya. Kalau salah seorang sibuk ada urusan penting, maka penulis akan pergi ke rumah adik-beradik yang lain pula. Jadi kami suami isteri telah berbincang untuk menginap di hotel dekat Shah Alam oleh kerana ramai kakak-kakak dan abang penulis menetap di sini. Dan kali ini puan isteri mencadangkan menginap di Nexus Business Suite Hotel. Ok, kita setuju jer. Huhu..

Jadi kami mengambil keputusan pada awal awal September 2018 pergi ke K.L. Lamanya tak pi sini, kami bertolak dari rumah sebelum tengahari jumaat dan sampai ke destinasi lebih kurang jam 6 petang. Sewaktu dalam perjalanan adalah pulak jem sekejap-sekejap bila dah nak dekat Exit 214 hi-way tu. Rupa-rupanya ada kemalangan di exit simpang tersebut. Berhati-hati sewaktu memandu yer kawan-kawan. Dan pemanduan seterusnya berjalan lancar sehinggalah penulis mengambil keputusan untuk singgah di R&R Dengkil akibat tangki yang dah penuh. Jangan melimpah sudah.  
Lega rasanya. Tiba-tiba nampak pulak gerai satay kajang kat R&R Dengkil ni. Dahlah siang lagi ni, takkan nak makan satay. Isteri dan anak-anak dalam kereta nanti lambatlah pula sampai ke destinasi kalau tak tahan sangat pelahap nak makan satay ni. Huh..lupakan saja. Jangan ikut nafsu!

Maka petang itu sampailah juga kami ke destinasi yang dituju. Hotel ini terletak di kawasan perindustrian Shah Alam. Belakang hotel pula ialah stesen minyak Petronas. No wonder amat mudah untuk melihat para pekerja kilang di kawasan ini. Jadi setelah meletakkan beg ke dalam bilik dan berehat untuk beberapa ketika, perut dah mula berkeroncong minta diisi. Nak cari kedai makan terdekat yang OK di kawasan berdekatan macam tak biasa pula. Disebabkan penulis pernah menetap di seksyen 7, maka ke situlah tempat yang kami tuju. Sekadar tapau makan malam untuk dibawa pulang ke hotel. Yer agak jauh sikit tapi tak mengapalah.  Lagi pun dah lama tak ke mari, memang confirmlah lupa-lupa ingat jalan mana, waze juga yang bagi tunjuk jalan.


Rupa interior Nexus Business Suites, Shah Alam. Luas dan memuaskan.


Just nice and simple. Kalau musim cuti mungkin ramai menginap sini kot?


Adik memang tidor sekatil dengan kakak. Di rumah pun begitu, apatah lagi di hotel. Masing-masing angkat tangan.

Penulis singgah di Restoran Bisik-bisik (masakan johor). Pasal tak beli menu berkaitan Johor, jadi tak bolehlah nak komen apa-apa ek. Haha..sekadar tapau goreng-goreng jer dik senang sikit nak makan. Dah kenyang makan kat bilik, kita onkan sekejap lappy, memang tak boleh pergi dah! Sekejap jer lepas tu dah tersengguk-sengguk dah. Okay, itulah isyarat kena tidor juga, tak boleh nak tahan-tahan lagi dah mata ni. Maklumlah..dari siang tadi drive kenalah rehat dulu yer dak?

Ok, keesokan pagi sebelum gerak ke destinasi seterusnya, penulis beli sarapan di stesen minyak Petronas di sebelah belakang hotel. Wow..banyak betul sarapan kat sini. Dari kuih-muih, roti, mee, nasi goreng, macam-macam ada kat sini dengan harga yang bajet. Terbaek! Tak payah pergi jauh-jauh dan yang penting menjimatkan serta kenyang juga pagi tu. Alhamdulillah. Hotel hanya tempat untuk berehat sahaja sebab aktiviti kami adalah untuk melawat mak di rumah kakak dekat KL. Lama betul tak jumpa mak. Korang kena selalu jumpa mak tau!

Sekali lagi perkhidmatan waze sangatlah diperlukan apabila menuju ke KL. Kali ni guna waze tak sesat dah macam dulu-dulu mungkin sebab pengguna dah bijak tengok map kot. Hahaha..bab ni tak mau komen! Yang penting sampai juga ke destinasi kami. Sebab dah lama sangat tak jumpa mak, haa..time nilah peluk dengan mak hati turut sebak. Iye..penulis tak bohong tau. Sebab tu kita kata kena selalu jumpa mak walau berjauhan sekalipun. Anak-anak saudara penulis yang semakin meningkat dewasa, makin jadi pemalu pula diorang ni. Macam tak percaya jer. Dulu-dulu waktu korang masih kecik bila sampai jer kat kampong Serkat, korang memang menghiburkan hati Tok Yam dan arwah Tok Bah. Lari-lari keliling rumah, pinjam motor sedara pusing keliling kampong, penulis selaku Pak Su yang suka tangkap gambar korang dengan DSLR, sentiasa memberikan posing yang baik depan lens. Oh..syahdulah pulak. Mintak tisu sehelai.  

Some memories are unforgettable, remaining ever vivid and heartwarming

Joseph B. Wirthlin

Untuk hari ini kami lepak di rumah kakak penulis yang no 1. Yang lain-lain ada urusan kerja. Takpa kita faham. Lagipun mak dekat rumah kakak no 1. Terima kasih buat Kak Lon kerana melayan kami dengan baik sambil masak-masak buat kami sekeluarga. Kakak yang no 1 ni Pensyarah, jadi waktu penulis dari kecik lagi memang selalu jugalah kena pet-pot pet-pot dengan beliau ni. Kerja sekolah kita pun dia beleknya tiap-tiap helaian kertas. Siap tanya lagi, mana yang tiru, mana buat sendiri? Err..korang agak penulis nak share jawapan ini ke? Eheheh..  

Apa yang penting ialah dapat pertemukan Mak dengan cucu terbarunya, iaitu anak kami yang kedua. Sebab kakak-kakak yang lain pun belum pernah lagi berjumpa dengan ahli keluarga kami yang terbaru ni. Walaupun berjumpa hanya sementara penulis sentiasa mendoakan kesihatan Mak di KL. Sebelum ini Mak menetap di Kampong Serkat, Johor. Memang mudahlah kami nak jumpa Mak. Kadang-kadang sampaikan tiap-tiap minggu nak ke sana. Disebabkan Mak tinggal seorang diri, jadi Kakak penulis mengambilnya dan bawa ke KL untuk memantau kesihatan Mak yang semakin meningkat usia. Penulis dah cuba pujuk Mak untuk tinggal dengan kami. Tapi waktu tu Mak cakap lebih selesa tinggal seorang diri dan ada pembantu. Sebab dekat kampong katanya boleh hirup udara segar, makan buah durian, pulasan, lebih-lebih lagi sedara-mara ramai kat sini. Tapi semenjak mak dalam diam-diam ada penyakit kanser, maka kakak no 1 pun bawa mak ke KL dan menetap bersamanya. Ada faham? Kalau kita berbual dengan Mak, seolah-olah macam tak ada apa-apa penyakit dari mata fizikal kita. Begitulah sikap positif Mak, orang kampong memang kuat dan kental mentalnya.


Mak dah tak larat nak dukung cucu lama-lama, sakit tangannya. Anak penulis yang no 1 agak beruntung orangnya kerana dapat penjagaan dari Tok Yam sejak lahir sampailah usianya 2 bulan. Siap tidor berkepit bawak ketiak Neneknya.    Itulah cucu last yang Mak jaga sekitar tahun 2014 yang lalu. Waktu tu masih ada maid, jadinya maid yang banyak membantu Mak jaga anak kami. Alhamdulillah.. Syukur diucapkan buatmu Ya Allah, tuhan sekalian alam. Maha indah ciptaanmu dan aturan-aturanmu terhadap sekalian umat dan alam.

Yang seronoknya dah tentulah anak kami no 1 tu sebab dapat jumpa sepupunya. Walaupun lama tak bersua tapi bila berjumpa jer, macam-macam mainan dia bawak keluar dari bilik. Amboi..sepah sana-sini mainan kat karpet tu. Risau pula penulis dibuatnya. Tapi, penulis amat berterima kasih buat kakak yang bersusah payah membuat persiapan kerana kehadiran kami. Tengahari itu kami dijamu makanan yang sedap-sedap belaka hasil air tangan kakak. Dulu waktu Kak Lon menetap di Shah Alam dan bertugas sebagai guru sekolah, penulis pernah tinggal beberapa hari di rumah kakak oleh kerana cuti sekolah. Kita budak sekolah lagi time tu, tahu makan, main game, tidor jer. Eheheh..dan bila Kak Lon masak menu nasi goreng yang dianggap simple, bagi penulis wow..sedapnya air tangan Kak Lon! Padahal nasi goreng jer. Tapi disebabkan ada aksesori yang banyak dalam nasi goreng tu, 2 pinggan jugalah penulis makan. Walaupun Kak Lon dan kakak-kakak yang lain agak garang sikit waktu zaman muda mereka, tapi hati seorang adik ni tetap sayang kakak-kakaknya semua. Bukan ke famili macam tu? Tak semua masa perfect kay!

Jauh betul penulisan ni tersasar dari tajuk asal. Takpa eh, kita recall sekejap memori bolehkan? Jadinya, penulis agak terkejut jugalah kerana Kak Lon dah siap belikan anak-anak kami pemakaian baru untuk mereka. Sebab itulah gambar di bawah ini masing-masing pakai dress. Mulanya si Alisha ni pakai baju lain, tapi bila kami dah sampai, terus Kak Lon bawa turun bag pakaian dari tingkat atas ke tingkat bawah. Apa lagi, Elina pun waktu tu tengah pakai dress, maka anak kami pun pakailah juga. Dah macam adik-beradik korang ni eh. What a surprise!

Alhamdulillah..dapat jumpa dengan mak dalam masa yang singkat pun sudah cukup untuk mengubat rindu di hati ini. Jikalau dimurahkan lagi rezeki, pastinya kami akan ke sana lagi, In Sha Allah. Plan kami hari itu setelah balik he hotel hanyalah singgap tapau makanan di restoran dan tidak ke mana lagi dah kalau dah masuk bilik. Letih. Keesokannya kami check out nak balik ke JB. Sebelum balik tu kami dah berjanji nak jumpa pula famili kandung penulis di Rawang. Dah, jangan buat-buat terkejut. Mungkin ada segelintir pembaca blog ini yang dah tahu bahawa penulis ni sebenarnya anak angkat. Tapi tak jauh pun hubungan mak angkat dengan mak kandung sendiri.  

Aduh..ingatkan dari Shah Alam ke Rawang tu dekat, jauh juga rupanya. Dekat-dekat dengan Bandar Tasik Puteri tu, tapi ke depan sedikit. Kalau tengok maps dari Shah Alam ke Rawang kena menegak naik ke atas.   Alamak..tersilap planlah. Patutnya singgah sini dulu. Korang faham tak situasi penulis sekarang ni? Maksudnya, penulis naik ke Rawang dulu, lepas tu turun balik ke JB. Ouch! Ala..janganlah marah. Kita ni jarang drive jauh sampai ke Utara tu. Tapi dalam hati memang teringin nak ke sana, mungkin lain kalilah kot.

Kitta bertemu lagi dalam entri terbaru akan datang ya. In Sha Allah.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
Need a voice over service? Sure, feel free to contact me!


Share:

Sunday, May 27, 2018

Cuci botol susu dengan air panas? Eh boleh ke? Jom ikuti cara penjagaan botol susu dengan Sterilizer

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot dot my. Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan masih terus bernafas menghirup udara di mana jua anda berada sekarang ini. Penulis kembali lagi dengan entri terbaru seperti tajuk di atas. Ya..itulah dia tajuk buat orang yang pertama kali beli Steriliser untuk botol susu anak-anak. Kalau sebelum ini penulis tak perlukan pun Steriliser ni bagi tujuan pembersihan botol susu anak, tapi memandangkan bertambah seorang lagi cahaya mata kami, maka kita pun ambillah keputusan untuk membelinya. Orang kata alah membeli menang memakai. Gitulah kisahnya bedah oiii..

Jadi punca kepada pembelian barang ini adalah LAZADA. Penulis menyalahkan LAZADA 100% tentang hal ini. Semua salah LAZADA! LAZADA yang suruh kita beli bila melihat harganya yang kian meruntuh lalu kita tekan butang ADD TO CART sampailah selesai delivery. Kalau ada parti LAZADA sudah pasti penulis akan memangkahnya dahulu! Hehehe..maklumlahkan zaman sekarang ni smartphone pun beli online kat LAZADA atau mana-mana sumber lain yang boleh dipercayai. Dah kurang dah membeli di kedai, kalau adapun mungkin  pekerja asing bangla atau vietnam yang membelinya. Relax, peace, gurau jer no...  


Pantang tengok harga murah sket, mesti gatal tangan nak beli!

Baiklah kalau sebelum ini penulis membersihkan botol susu dengan cara membasuh terlebih dahulu ruang dalam botol dan puting dengan berus, kemudian curah air panas + sejuk ke dalam besen sederhana besar ikut pada berapa banyak botol susu yang dibasuh. Kalau nak rebus memang tak muat periuk yang ada kat rumah ni. jadi cara yang mudah ialah masukkan semua botol susu dalam besen. Memang mudah dan masih lagi dipraktis sehingga kini jika malas nak menggunakan Steriliser. Huhu dan hehe..janganlah marah kita. hehe..

Jadi bila dah beli Steriliser ni cara membasuh masih sama cuma botol-botol susu tersebut akan dimasukkan ke dalam Steriliser untuk beberapa minit sambil wap air yang terhasil dari bahagian bawah memenuhi keseluruhan ruang dalam Steriliser. Huh..simple jer rupanya proses Sterile ni, ingatkan complicated sangat. Hehe..curah jer 100ml air kat tapak dan tekan butang ON, erm..gitu jer haa. Tak susah mana pun. Ok yang ini penulis suka sebab tak payah nak buang air seperti mana proses rebus atau menggunakan besen itu tadi. Tapi berhati-hati jangan korang letak tangan kat Steriliser ni waktu tengah hangat, panas wehh..sebab tu ada lubang udara pada penutup bahagian atas bagi wap-wap tersebut keluar dari dalam. Lagi satu, jangan letak tangan kat lubang tu sewaktu Steriliser sedang hangat. Panas kay! Bijak..korang memang pembaca yang bijak. Syabas penulis ucapkan buat korang semua.

Taip panjang lebar tapi jenama apa lupa nak bagitahu ek? Ahahaha...gitulah kalau dah berleter pasal content terlebih dahulu sampai intro pun boleh lupa. Maaflah yer kawan-kawan semua. Baik, penulis sebenarnya telah meriki-riki di laman web LAZADA berkenaan Steriliser yang nak dibeli. Riki punya rki yang berhampiran dengan bajet ketika itu jumpalah seperti ini:



Huh..banyak betul pilihan, tapi tengok bajetlah!


Hurm..yang mana satu nak beli ni!


Macam dah jumpa jer yang mana berkenan!

Banyak betul perkataan FREE kat situ. Terpengaruh dengan FREE itu ini tak bermakna penulis buat pilihan sedemikian! Apa yang penulis mahukan adalah nilai tambah yang berbaloi dengan bajet. Maksudnya bukan setakat beli Steriliser tapi mungkin ada benda lain yang bawa manfaat dalam pembelian tersebut. Perlu untuk kita ambil tahu jenama botol susu apa anak kita pakai. Kalau Avent tu kita tahulah leher botol tu lebar berbanding botol susu biasa. Jadi kita perlu ambil kira faktor ini. Yelahkan mana tahu nak buat pembelian lepastu baru sedar Steriliser tu tak muat untuk menampung botol susu anak-anak kita. Tak ke menyesal nanti? Haaa...kan, kita dah bagitahu dah ni! Jangan kata abam tak payung taw!

Penulis merasakan Steriliser yang hampir dengan bajet ketika itu ialah jenama Autumnz. Ada nilai tambah yang besar untuk produk ini. Dengan harga RM159.88 kita akan dapat Steriliser + Home Warmer Combo dan dapat free pencuci Steriliser dan berus basuh botol. Mantap. Terus kita order yang ini dan selang 2-3 hari kemudian sampailah barang-barang tersebut dengan selamatnya. Maklum jelah..awal-awal lagi kita dah bagitahu kat Lazada, rumah kita ni sangat dekat dengan Gdex, jalan kaki jer boleh sampai. Jadi parcel yang dihantar adalah dari kurier Gdex. Terbaek! Itu yang kita mahukan! Whoop whoop hooray!   

Sampai jua dikau akhirnya

Oh ya kompeni yang menjual produk ini di Lazada ialah OneBabyWorld. Walaupun penulis ada melihat review pengguna dari google yang agak negatif dari kompeni ini tapi digagahkan juga untuk cuba membelinya. Sebab review pembeli di platform Lazada amat baik berbanding di google dengan search secara rambang. Alhamdulillah..apa-apa pun service dari OneBabyWord, Lazada dan Gdex amat baik dan penulis berpuas hati.

Itulah dia bottle warmer yang disertakan sekali dengan pembelian sterilizer


Inilah dia Sterilizer yang bentuknya macam water dispenser. 

Bila dipasang jadilah macam ni. Neat & Tidy. Love IT! 

Mula-mula susun dulu botol-botol susu dalam ni

 1st time operation. Dah nak keluar wap tuh!

Kemudian bila dah nak complete operation, berwap terus dalam sterilizer ni!

Baiklah, penulis amat berpuas hati setakat ini dengan Sterilizer jenama Autumnz. Harganya yang berpatutan dan operasi yang mudah membuatkannya tarikan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari-cari Sterilizer. Perlu diingatkan juga, jika dah selalu menggunakannya jangan lupa pula untuk membersihkannya. Di perenggan atas penulis dah bagitahu pembelian ini disertai dengan pencuci sterilizer berupa descaler. Macam garam jugaklah bentuknya. Disyorkan setiap 2 minggu sekali descale Sterilizer anda supaya tidak muncul mikroorganisma seni yang melekat pada dinding-dinding sterilizer anda. Dan jangan lupa untuk lap dengan kain kering pada persekitaran plastik penutup dan divider sterilizer tersebut setelah menggunakannya. Jagalah dengan baik nescaya panjang lagi tempoh perkhidmatannya nanti. Cewah...ayat orang kerja kerajaan! Amek Kau! Haaaa....Kelass!!

Semoga berjumpa di entri terbaru akan datang! In Sha Allah...

Jeffri Rahman

Producer | Cinematographer | Blogger

Share:

Thursday, May 24, 2018

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Diharapkan anda semua masih berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1439 H. Agak lewat sikit bagi ucapankan? Mohon maaf yer kawan-kawan sekalian.

Baik, entri kali ini penulis nak share bersama uolls berkaitan aircon kat rumah ni yang bermasalah. Aircon ini jenama Daikin Inverter, 1.0hp. Dah lapan tahun menggunakan aircon ini baru sekarang mengadapi masalah teknikal. Begini ceritanya, kadang-kadang ada masanya penulis akan onkan aircon ini pada waktu malam di bilik tidur utama. Dan seringkali penulis akan aktifkan timer OFF pada jam tertentu, contohnya kami masuk tidur pukul 11:00pm dan setkan timer OFF pada remote pukul 3:00pm. Beroperasi macam biasa dan belum jumpa lagi masalah ini. Sehinggalah satu malam tu tiba-tiba terasa panas pula walau dah onkan aircon. Belek-belek pada remote takda pula penulis aktifkan timer, hairan, macam mana boleh OFF sendiri ni? Rosak ke? Padahal masih mantap lagi. Tiba-tiba...aircon tersebut on dengan sendirinya. Eh..tak tekan apa-apa pun pada remote ni, biar betul takkanlah ada...   OMG!! Mintak dijauhkanlah dari perkara-perkara macam tu!  

Jadi itulah dia situasi di bilik tidur utama rumah kami sejak beberapa minggu yang lalu. Dan remote aircon tu pula dah lama rosak, nasib baiklah ada lagi satu remote jenama yang sama tapi bukan inverter. Ahh..janji boleh on dan offkan aircon betul tak? Tapi sejak dah rosak ni buang karen aje onkan aircon inverter ni. Memang confirm off sendiri. Huhu..jadi oleh kerana kami telah dikurniakan cahaya mata kedua maka penulis fikir elok panggil servis technician tangani masalah ini. Maka google jadi sasaran penulis untuk mencari maklumat berkaitan servis aircon di sekitar senai. Banyak rupanya, dari sebesar-besar company kepada sekecil-kecil company pun ada. Elok juga dapatkan kontraktor Melayu.

Developer untuk taman perumahan ini ialah KCC dan yang menariknya waktu penulis beli rumah di sini sekitar tahun 2010, pelbagai barangan free dan offer yang diberikan kepada pembeli. Antara yang kita dapat percuma ialah aircon jenama York 1.0hp, water heater jenama Joven (w/o pump), tangga lipat, sistem alarm, auto-gate jenis lipat, plaster siling complete, table top ready dan macam-macam lagilah. Harga belian pada ketika itu ialah RM 152 XXX. Keluasan rumah ialah 24 x 70. Haha..korang percaya tak dengan keluasan begitu harganya amatlah memuaskan. Penulis dah riki-riki taman perumahan lain sebelum kami buat keputusan untuk beli rumah ini. Kami dah riki ke Taman Impian Emas, Taman Nusantara, Kempas, tapi akhirnya sangat meminati projek KCC ini. Lebih-lebih lagi penulis telah diberi galakan yang baik oleh seorang staf di tempat kerja, iaitu Haji Jamil yang menetap di Taman Bahagia pada ketika itu. Dan projek perumahan kami bersebelahan dengan Taman Bahagia, rumah Haji Jamil pada ketika itu. Ya..setelah puas melihat dengan mata kepala sendiri perumahan ini, masuk ke dalam melalui pintu belakang rumah, belek-belek kualiti hasil kerja, ditambah pula dengan cakap-cakap Haji Jamil, "semua kelengkapan ada, auto-gate, table top, siling tinggi 13 kaki, dapat free itu ini, apa nak lagi?" Uish..terus terbuka minda penulis tak boleh jadi ni, mesti beli rumah ni. Beliau memang seorang yang suka bagi nasihat pada anak-anak muda untuk memliki rumah sendiri daripada perhabis duit dengan personal loan dsb. Alhamdulillah..terima kasih Tuan Haji atas nasihat tersebut.

Baik, kita berbalik pada topik asal. Jadinya penulis mengambil keputusan untuk memanggil Haiqal Brothers untuk servis aircon dan troubleshoot teknikal problem. Bila mana penulis beritahu teknikal problem dihadapi mereka pun panjat ke outdoor unit dan buat pemeriksaan. Ok, last servis tahun lepas itupun tak bawak turun compressor ke bawah. Jadi penulis pun bersetuju untuk servis terlebih dahulu dengan upah RM 180. Amek kau...berhabuk betul compressor tu. Huh..pasal tu kot tak sejuk. Dah settle cuci outdoor dan indoor unit, mereka pasang balik bagi mencari Error Code yang bermasalah dengan menggunakan remote aircon non inverter. Tiada masalah teknikal yang dihadapi melalui test Error Code ini. Tapi indoor unit masih lagi on/off seperti biasa. Jadi sekali lagi mereka buka balik indoor unit dan keluarkan pcb board di dalamnya. Untuk pengetahuan semua aircon inverter mempunyai 2 pcb board di bahagian indoor  dan outdoor unit. Kalau non inverter cuma ada satu sahaja iaitu di bahagian outdoor unit. Jadinya untuk urusan hari tersebut cuma servis aircon dan troubleshoot indoor unit. Tidak ada repair yang dilakukan. Servis aircon Haiqal Brothers amat berbaloi.

Sekali dia rosak, menggigil lututku...

Baik, setelah berbincang dengan isteri akan keadaan aircon yang masih bermasalah, maka kami berdua bercadang untuk panggil kontraktor asal pemasangan aircon dari tahun 2010 dahulu, iaitu Hong Lim Aircon. Kita buat temujanji dengan mereka untuk troubleshoot dan telah kenalpasti masalahnya iaitu pcb board indoor unit dah rosak. Maka mereka mengesyorkan supaya tukar pcb board yang baru dengan kos RM450. Huii..boleh tahan. Upah untuk tengok-tengokkan apa masalah aircon berjumlah RM50. Jika didapati ada masalah yang berlaku dan perlu ganti barang yang baru, maka upah RM50 tersebut ditolak kemudiannya. Dan satu lagi penulis beli remote yang baru daripada Hong Lim airon service ni. Sebab seperti yang ditulis dalam perenggan atas, remote untuk inverter ni dah rosak jadi kenalah beli baru. Kosnya berjumlah RM100. Jadi kiraannya begini; ganti PCB board baru RM450 + beli remote inverter baru RM100 = RM550. Tolak RM50 upah sebab ganti barang baru. Jadi semua sekali berjumlah RM500. Kalau masuk upah servis dari Haiqal Brothers Rm 180, maka jumlah besarnya ialah RM500 + 180 = RM680. Itulah dia sejumlah wang yang terpaksa dibelanjakan bagi membaikpulih sebiji aircon inverter yang mempunyai masalah indoor pcb board. Tarik nafas dalam-dalam...rasanya kalau tambah lagi RM100 dah boleh beli aircon baru kat Lazada ni.  

Alhamdulillah..selesai sudah masalah ini. Aircon pun dah berfungsi dengan baik. Jadi kita pun running aircon ni dari tengahari sampailah ke petang, Kasi sejuk dan test power setelah servis dan baikpulih.


Kau yang rosak hatiku yang tak tenteram. Hailah indoor PCB board.


Sebelah kiri kotak PCB board, sebelah kanan kotak remote aircon


Harga kasih sayang repair aircon inverter

Baiklah, semoga apa yang dilalui kali ini menjadi suatu titipan buat anda semua bahawa menggunakan aircon inverter ini amat jimat penggunaannya jika digunakan dengan betul, jika tidak boleh melambung tinggi bil letrik. Apa yang kami lalui adalah suatu pengalaman pertama kali apabila aircon rosak. Dalam benak fikiran dah terfikir baik beli aircon baru sahaja daripada repair. Tak mengapalah..lagipun aircon inverter ni masih tahan lama dan berfungsi dengan baik setelah tukar spare part yang rosak tu, Mudah-mudahan bila dah servis dan baikpulih ni akan tahan lebih lama perkhidmatan aircon ini. Penulis percaya jenama Daikin amat baik sekali di dunia! 


Jeffri Rahman
producer | Cinematographer | Blogger


Share:

Monday, May 7, 2018

Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat, mampu untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pekerja di mana-mana organisasi pun. Mudah-mudahan segala urusan anda dipermudahkan. Amin.

Ok, begitu lama penulis tak update entri terbaru dalam blog ini. Jadi untuk merapatkan kembali gap yang sedia ada, penulis gigihkan kembali untuk blogging dengan tajuk terbaru seperti yang di atas. Aha..itulah dia contraction. Selama tujuh jam contraction dalam bilik persalinan betul-betul membuatkan penulis rasa insaf akan kesabaran dan kecekalan seorang isteri melahirkan anak kedua kami.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya isteri penulis telah selamat bersalin puteri kedua seberat 2.6kg pada 1 April jam 2:35am di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. Kisah bermula apabila pagi 31 Mac 2018 isteri penulis mengatakan mengalami 'water leaking' dan ketika itu penulis masih lagi mamai-mamai baru bangun tidur. Melihatkan keadaan sedemikian, kami bersiap-siap beg pakaian untuk ke Hospital. Alisha kami hantar ke rumah pengasuh buat sementara waktu kerana neneknya akan ambil Alisha untuk bawa ke Hospital sejurus selepas itu. Setelah sampai ke HSI penulis menurunkan isteri di ruang Emergency bersalin dan kemudian cari parking kereta. Alhamdulillah, sabtu pagi itu masih ada banyak lagi petak parking. Nak letak kereta lama-lama di Emergency sambil memimpin tangan si isteri ke dalam wad bersalin kena sound pula dengan auntie guard yang bertugas di situ. Ish..takpalah dah tugas diakan.

Setelah isteri mendaftar dan membuat check-up di Bilik Saringan, didapati baru 2cm bukaan laluan bersalin . Untuk betul-betul bersalin bukaan laluan ialah 10cm. Maka si isteri pun dihantar ke Wad Bersalin 4A (Antenatal) menunggu sampailah ke waktu Maghrib. Di Wad ini ditempatkan ibu-ibu yang menanti masa untuk bersalin. Sewaktu menunggu tu adalah beberapa kali isteri mengalami contraction dan suami pula dengan rela hati menyerahkan tangan kirinya untuk dicengkam oleh isteri. 

Tinggal bekas sehingga kini. Itulah dia cengkaman kasih sayang isteri ketika bersalin.

Oh, nyamannya.    Bertabahlah..sedangkan yang nak bersalin tu lagi sakit rasanya jika nak dibandingkan yang kena cengkam ni. Hehe. Ucapan terima kasih penulis kepada keluarga belah isteri kerana turut ziarah kami berdua di sini. Yang paling meruntuhkan jiwa penulis ialah ketika mak mertua nak pulang semula ke rumah dan menyuakan tangan ke arah anaknya untuk bersalaman lalu sekuntum ciuman hinggap ke dahi tersebut. oh syahdunya ketika itu. Tidak ada perkataan malah ayah untuk dinyatakan. Sebak! Itulah kasih sayang seorang Ibu kepada anak. Walaupun ahli keluarga penulis rata-ratanya menetap di Kuala Lumpur, aura kasih sayang itu tetap ada. Doaku untuk mereka semua di sana agar sentiasa dalam perlindungan dan Rahmatmu Ya Allah.

Penulis mendirikan solat Zuhur dan Asar di surau luar pintu Wad 4A, tak jauh pun dari wad tersebut. Dekat sini nanti adalah yang sudi untuk menjadi Imam. Alhamdulillah. Disediakan kain pelikat untuk kita memakainya. Walaupun seluar pendek melepasi paras lutut, eloklah jika disalin dengan kain pelikat, lebih selesa begitu. Kemudian setelah Maghrib lebih kurang jam 7:45pm isteri penulis dihantar pula ke bilik bersalin. Di sinilah contraction kerap berlaku. Di sinilah juga ujian yang bakal dilalui baik si suami ataupun isteri. Penulis dibenarkan masuk kerana bawa sekali salinan sijil nikah bagi menemani isteri sepanjang tempoh bersalin. Walaupun mengambil masa lebih kurang tujuh jam untuk deliver si comel Ariana Safiya, amat besar sekali ertinya buat kami berdua. Kesabaran dan ketabahan dilalui dipanjatkan kesyukuran kami ke hadrat Allah S.W.T.

Terima kasih buat Doktor dan Jururawat bertugas pada ketika itu. Jangkaan waktu bersalin ialah pada pukul 3:30am ikut pengiraan Doktor. Tetapi si comel kami keluar pada pukul 2:35am. Alhamdulillah. Sekalung penghargaan buat HSI, Doktor dan tak lupa juga Jururawat terlatih yang deliver anak kami. Sempat lagi Nurse bertanya haa..nampak tak apa yang dah nak keluar tu? Waktu itu penulis sedang memberi rangsangan positif pada isteri. Bila lihat dibawah, Subhanallah..dah nampak kepalanya. Maka si isteri pun push lagi hinggalah selesai. Anak dilekapkan ke badan Ibu sambil Nurse menerangkan waktu bersalin jam berapa, jantina anak, etc di atas helaian kertas dan Isteri pun menurunkan tandatangannya. Kemudian si comel dibawa oleh Nurse yang lain. Waktu ini penulis lihat si comel sedang dibersihkan oleh Nurse tersebut. Kemudian beliau letakkan kembali dalam baby crib Hospital. Waktu inilah penulis mengambil peluang untuk azan dan iqamat di kedua belah telinga anak kami.

Syukur ke hadrat Illahi. Barulah tahu rasa penat di Hospital macam mana. Inikan pula isteri yang mengandungkan anak. Alahai...

Nak dipendekkan cerita agak ramai juga ibu-ibu yang bersalin pada tengah malam itu. Manakan tidak, kesemua mereka ditolak dengan stretcher ke wad yang lain pula. Semacam berpesta Nurse yang menolak stretcher tersebut. Isteri dan anak kami dibawa ke wad 4C (Low-risk Postnatal). Ingatkan dah boleh balik pagi tu, rupanya buat ujian darah si comel terlebih dahulu. Postpone balik rumah. Esok baru boleh balik. Tak mengapalah, asalkan selamat kedua-duanya. Tapi penulis masih ingat lagi, puan isteri kata takpe abang balik rumah dulu rehat dan bersihkan badan, nanti datang lagi kat sini eh. Alhamdulillah. On way balik ke rumah mata mengantuk sangat, ada masanya terhuyung-hayang tangan yang memegang stereng. Subhanallah...Uri pula telah dibungkus dengan baik siap dengan sarung tangan getah. Penulis bercadang nak tanam uri pada keesokan harinya. Jadi letaklah dulu dalam icebox. Mengantuk...

Baiklah, nanti penulis sambung lagi eh entri ini.

Wassalam...

Jeffri Rahman

Producer . Cinematographer . Editor


Share: