Wednesday, November 28, 2018

Menginap di Nexus Business Suite Hotel, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam Malaysia baru diucapkan buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap korang semua sihat sentiasa hendaknya. Kali ini tuan tanah blog kembali lagi dengan entri terbaru seperti di atas. Maklum sajalah, keluarga penulis kebanyakannya menetap di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Dan jika mahu berjumpa dengan mereka semua sudah pasti penulis perlu ke sana. Ada beberapa adik beradik yang menetap di Shah Alam dan seorang lagi di Kuala Lumpur. Sementara ada pula yang menetap di Rawang, Selangor. Haa..begitulah keadaannya. Kalau salah seorang sibuk ada urusan penting, maka penulis akan pergi ke rumah adik-beradik yang lain pula. Jadi kami suami isteri telah berbincang untuk menginap di hotel dekat Shah Alam oleh kerana ramai kakak-kakak dan abang penulis menetap di sini. Dan kali ini puan isteri mencadangkan menginap di Nexus Business Suite Hotel. Ok, kita setuju jer. Huhu..

Jadi kami mengambil keputusan pada awal awal September 2018 pergi ke K.L. Lamanya tak pi sini, kami bertolak dari rumah sebelum tengahari jumaat dan sampai ke destinasi lebih kurang jam 6 petang. Sewaktu dalam perjalanan adalah pulak jem sekejap-sekejap bila dah nak dekat Exit 214 hi-way tu. Rupa-rupanya ada kemalangan di exit simpang tersebut. Berhati-hati sewaktu memandu yer kawan-kawan. Dan pemanduan seterusnya berjalan lancar sehinggalah penulis mengambil keputusan untuk singgah di R&R Dengkil akibat tangki yang dah penuh. Jangan melimpah sudah.  
Lega rasanya. Tiba-tiba nampak pulak gerai satay kajang kat R&R Dengkil ni. Dahlah siang lagi ni, takkan nak makan satay. Isteri dan anak-anak dalam kereta nanti lambatlah pula sampai ke destinasi kalau tak tahan sangat pelahap nak makan satay ni. Huh..lupakan saja. Jangan ikut nafsu!

Maka petang itu sampailah juga kami ke destinasi yang dituju. Hotel ini terletak di kawasan perindustrian Shah Alam. Belakang hotel pula ialah stesen minyak Petronas. No wonder amat mudah untuk melihat para pekerja kilang di kawasan ini. Jadi setelah meletakkan beg ke dalam bilik dan berehat untuk beberapa ketika, perut dah mula berkeroncong minta diisi. Nak cari kedai makan terdekat yang OK di kawasan berdekatan macam tak biasa pula. Disebabkan penulis pernah menetap di seksyen 7, maka ke situlah tempat yang kami tuju. Sekadar tapau makan malam untuk dibawa pulang ke hotel. Yer agak jauh sikit tapi tak mengapalah.  Lagi pun dah lama tak ke mari, memang confirmlah lupa-lupa ingat jalan mana, waze juga yang bagi tunjuk jalan.


Rupa interior Nexus Business Suites, Shah Alam. Luas dan memuaskan.


Just nice and simple. Kalau musim cuti mungkin ramai menginap sini kot?


Adik memang tidor sekatil dengan kakak. Di rumah pun begitu, apatah lagi di hotel. Masing-masing angkat tangan.

Penulis singgah di Restoran Bisik-bisik (masakan johor). Pasal tak beli menu berkaitan Johor, jadi tak bolehlah nak komen apa-apa ek. Haha..sekadar tapau goreng-goreng jer dik senang sikit nak makan. Dah kenyang makan kat bilik, kita onkan sekejap lappy, memang tak boleh pergi dah! Sekejap jer lepas tu dah tersengguk-sengguk dah. Okay, itulah isyarat kena tidor juga, tak boleh nak tahan-tahan lagi dah mata ni. Maklumlah..dari siang tadi drive kenalah rehat dulu yer dak?

Ok, keesokan pagi sebelum gerak ke destinasi seterusnya, penulis beli sarapan di stesen minyak Petronas di sebelah belakang hotel. Wow..banyak betul sarapan kat sini. Dari kuih-muih, roti, mee, nasi goreng, macam-macam ada kat sini dengan harga yang bajet. Terbaek! Tak payah pergi jauh-jauh dan yang penting menjimatkan serta kenyang juga pagi tu. Alhamdulillah. Hotel hanya tempat untuk berehat sahaja sebab aktiviti kami adalah untuk melawat mak di rumah kakak dekat KL. Lama betul tak jumpa mak. Korang kena selalu jumpa mak tau!

Sekali lagi perkhidmatan waze sangatlah diperlukan apabila menuju ke KL. Kali ni guna waze tak sesat dah macam dulu-dulu mungkin sebab pengguna dah bijak tengok map kot. Hahaha..bab ni tak mau komen! Yang penting sampai juga ke destinasi kami. Sebab dah lama sangat tak jumpa mak, haa..time nilah peluk dengan mak hati turut sebak. Iye..penulis tak bohong tau. Sebab tu kita kata kena selalu jumpa mak walau berjauhan sekalipun. Anak-anak saudara penulis yang semakin meningkat dewasa, makin jadi pemalu pula diorang ni. Macam tak percaya jer. Dulu-dulu waktu korang masih kecik bila sampai jer kat kampong Serkat, korang memang menghiburkan hati Tok Yam dan arwah Tok Bah. Lari-lari keliling rumah, pinjam motor sedara pusing keliling kampong, penulis selaku Pak Su yang suka tangkap gambar korang dengan DSLR, sentiasa memberikan posing yang baik depan lens. Oh..syahdulah pulak. Mintak tisu sehelai.  

Some memories are unforgettable, remaining ever vivid and heartwarming

Joseph B. Wirthlin

Untuk hari ini kami lepak di rumah kakak penulis yang no 1. Yang lain-lain ada urusan kerja. Takpa kita faham. Lagipun mak dekat rumah kakak no 1. Terima kasih buat Kak Lon kerana melayan kami dengan baik sambil masak-masak buat kami sekeluarga. Kakak yang no 1 ni Pensyarah, jadi waktu penulis dari kecik lagi memang selalu jugalah kena pet-pot pet-pot dengan beliau ni. Kerja sekolah kita pun dia beleknya tiap-tiap helaian kertas. Siap tanya lagi, mana yang tiru, mana buat sendiri? Err..korang agak penulis nak share jawapan ini ke? Eheheh..  

Apa yang penting ialah dapat pertemukan Mak dengan cucu terbarunya, iaitu anak kami yang kedua. Sebab kakak-kakak yang lain pun belum pernah lagi berjumpa dengan ahli keluarga kami yang terbaru ni. Walaupun berjumpa hanya sementara penulis sentiasa mendoakan kesihatan Mak di KL. Sebelum ini Mak menetap di Kampong Serkat, Johor. Memang mudahlah kami nak jumpa Mak. Kadang-kadang sampaikan tiap-tiap minggu nak ke sana. Disebabkan Mak tinggal seorang diri, jadi Kakak penulis mengambilnya dan bawa ke KL untuk memantau kesihatan Mak yang semakin meningkat usia. Penulis dah cuba pujuk Mak untuk tinggal dengan kami. Tapi waktu tu Mak cakap lebih selesa tinggal seorang diri dan ada pembantu. Sebab dekat kampong katanya boleh hirup udara segar, makan buah durian, pulasan, lebih-lebih lagi sedara-mara ramai kat sini. Tapi semenjak mak dalam diam-diam ada penyakit kanser, maka kakak no 1 pun bawa mak ke KL dan menetap bersamanya. Ada faham? Kalau kita berbual dengan Mak, seolah-olah macam tak ada apa-apa penyakit dari mata fizikal kita. Begitulah sikap positif Mak, orang kampong memang kuat dan kental mentalnya.


Mak dah tak larat nak dukung cucu lama-lama, sakit tangannya. Anak penulis yang no 1 agak beruntung orangnya kerana dapat penjagaan dari Tok Yam sejak lahir sampailah usianya 2 bulan. Siap tidor berkepit bawak ketiak Neneknya.    Itulah cucu last yang Mak jaga sekitar tahun 2014 yang lalu. Waktu tu masih ada maid, jadinya maid yang banyak membantu Mak jaga anak kami. Alhamdulillah.. Syukur diucapkan buatmu Ya Allah, tuhan sekalian alam. Maha indah ciptaanmu dan aturan-aturanmu terhadap sekalian umat dan alam.

Yang seronoknya dah tentulah anak kami no 1 tu sebab dapat jumpa sepupunya. Walaupun lama tak bersua tapi bila berjumpa jer, macam-macam mainan dia bawak keluar dari bilik. Amboi..sepah sana-sini mainan kat karpet tu. Risau pula penulis dibuatnya. Tapi, penulis amat berterima kasih buat kakak yang bersusah payah membuat persiapan kerana kehadiran kami. Tengahari itu kami dijamu makanan yang sedap-sedap belaka hasil air tangan kakak. Dulu waktu Kak Lon menetap di Shah Alam dan bertugas sebagai guru sekolah, penulis pernah tinggal beberapa hari di rumah kakak oleh kerana cuti sekolah. Kita budak sekolah lagi time tu, tahu makan, main game, tidor jer. Eheheh..dan bila Kak Lon masak menu nasi goreng yang dianggap simple, bagi penulis wow..sedapnya air tangan Kak Lon! Padahal nasi goreng jer. Tapi disebabkan ada aksesori yang banyak dalam nasi goreng tu, 2 pinggan jugalah penulis makan. Walaupun Kak Lon dan kakak-kakak yang lain agak garang sikit waktu zaman muda mereka, tapi hati seorang adik ni tetap sayang kakak-kakaknya semua. Bukan ke famili macam tu? Tak semua masa perfect kay!

Jauh betul penulisan ni tersasar dari tajuk asal. Takpa eh, kita recall sekejap memori bolehkan? Jadinya, penulis agak terkejut jugalah kerana Kak Lon dah siap belikan anak-anak kami pemakaian baru untuk mereka. Sebab itulah gambar di bawah ini masing-masing pakai dress. Mulanya si Alisha ni pakai baju lain, tapi bila kami dah sampai, terus Kak Lon bawa turun bag pakaian dari tingkat atas ke tingkat bawah. Apa lagi, Elina pun waktu tu tengah pakai dress, maka anak kami pun pakailah juga. Dah macam adik-beradik korang ni eh. What a surprise!

Alhamdulillah..dapat jumpa dengan mak dalam masa yang singkat pun sudah cukup untuk mengubat rindu di hati ini. Jikalau dimurahkan lagi rezeki, pastinya kami akan ke sana lagi, In Sha Allah. Plan kami hari itu setelah balik he hotel hanyalah singgap tapau makanan di restoran dan tidak ke mana lagi dah kalau dah masuk bilik. Letih. Keesokannya kami check out nak balik ke JB. Sebelum balik tu kami dah berjanji nak jumpa pula famili kandung penulis di Rawang. Dah, jangan buat-buat terkejut. Mungkin ada segelintir pembaca blog ini yang dah tahu bahawa penulis ni sebenarnya anak angkat. Tapi tak jauh pun hubungan mak angkat dengan mak kandung sendiri.  

Aduh..ingatkan dari Shah Alam ke Rawang tu dekat, jauh juga rupanya. Dekat-dekat dengan Bandar Tasik Puteri tu, tapi ke depan sedikit. Kalau tengok maps dari Shah Alam ke Rawang kena menegak naik ke atas.   Alamak..tersilap planlah. Patutnya singgah sini dulu. Korang faham tak situasi penulis sekarang ni? Maksudnya, penulis naik ke Rawang dulu, lepas tu turun balik ke JB. Ouch! Ala..janganlah marah. Kita ni jarang drive jauh sampai ke Utara tu. Tapi dalam hati memang teringin nak ke sana, mungkin lain kalilah kot.

Kitta bertemu lagi dalam entri terbaru akan datang ya. In Sha Allah.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
Need a voice over service? Sure, feel free to contact me!


Share:

0 comments:

Post a Comment