Showing posts with label universiti teknologi malaysia. Show all posts
Showing posts with label universiti teknologi malaysia. Show all posts

Friday, September 22, 2017

Kepada yang telah tertinggal keretapi, silakan baca dua episod sebelumnya:


Assalamualaikum..jadi kita bertemu lagi dalam entri ketiga Team Building UTMLead 2017. Baiklah, setelah semua ahli kumpulan bekerjasama melaksanakan aktiviti memasak, memancing, cari ranting kayu dan yang sewaktu dengannya, tibalah pula masanya untuk mendirikan tempat berlindung (shelter) dari dahan-dahan kayu yang banyak terdapat di kawasan ini. Apa yang kita baca dari arahan dalam kertas hijau itu rupanya ialah untuk buat shelter tapi kita buat tempat letak makanan pula. Hihihi..dah betullah tu cuma kita buat yang lain terlebih dahulu. Maklumlah sibuk memancing dan memasak.


Oleh itu, dengan masa yang berbaki lebih kurang 15-20 minit kaum-kaum lelaki pun amat sibuk mencari dahan dan daun-daun yang besar untuk dijadikan bumbunglah konon-kononnya. Ada yang masuk kawasan kumpulan lain dahtu kena sound dengan ahli kumpulan tersebut     memang havoclah persekitaran itu. Tapi yang kurang best ialah tempat kumpulan kami memasak dilimpahi dengan pekat sinaran mentari sehingga berat kepala penulis dibuatnya bila dah sampai ke rumah. Maknanya..penulis patut pakai topi kalau dah tau nak buat aktiviti lasak begini. Sakit kepala kita..macam migrain dibuatnya.



Alhamdulillah siap juga shelter yang dibina. Maka tibalah pula masa fasi-fasi mengadili aktiviti yang telah dibuat oleh kita semua, masakan, shelter, tempat letak makanan, sempat jugalah penulis merasa kentang kicap masakan Kak Balqis. Ermm...hehe. Sodap!! Selain dari tu ada ikan caru bakar dan sambal kicap serta omelett egg. Pun sodap!! Apa yang tak dijangka oleh kami semua ialah ada beberapa ahli kumpulan lain yang turut sama ingin merasa air tangan Kak Balqis. Maklumlah..sentuhan mak-mak gitu. Jadinya, pengadilan dilakukan dari kumpulan kepada kumpulan yang lain sehinggalah kita mengemas apa yang patut dan ikan dipancing dilepaskan semula ke dalam air. Jangan ada tinggal sampah-sarap yer kawan-kawan! Penat staf PHB nak kemas untuk korang! hehehe..




Ok..ingatkan bila nak turun ke bawah semula takdelah nak kena panjat dan turun batu air terjun, rupanya ada juga tapi tak begitu banyak seperti sebelumnya. Tiba-tiba sewaktu tangan kanan penulis memegang sepohon pokok yang tidak lebar mana pemeluknya, kedepap! Patah dua pokok ni! Kalau angkat pokok ni dengan kedua-dua belah tangan boleh penulis alihkan ke tepi bagi memudahkan pengguna yang lain untuk melaluinya. tetapi fasi-fasi yang lain kata tak perlu angkat, biarkan sahaja. 

Amek kau! Dah macam badang dibuatnya ketika ini! thehehe..nak buat macam mana mungkin pokok itu dah menunggu masa yang lama untuk rebah ke bumi. Kawan-kawan memandang dari jauh ingatkan ada perkara serius yang berlaku. Saje jer nak tunjuk sikit power badang malaya ini. Jangan jeles kay!   




Bila dah sampai jer kat bawah terus pergi ke khemah menempatkan makanan. Cayalah ada air oren sejuk. Dua teguk kau! Kemudian kami semua menjamu hidangan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur disertai dengan makanan yang kami bawa dari atas bukit tadi. Nyaman sekali.. ;) Masing-masing merasa makanan ahli kumpulan yang lain. 



Ada asam pedas tau group yang satu lagi masak tu! huhu! kelasss...waktu inilah nak rehat seketika sebelum sambung aktiviti seterusnya. Kebanyakan kaum lelaki membawa kain pelekat untuk bersolat dan ada juga bawa seluar trek spare. Maklumlah dah terkena kesan tanah merah. kasut jangan ceritalah...Solat zuhur pula diimamkan oleh Dekan FBME sendiri disertai dengan tazkirah 3 minit setelah usai solat berjemaah. Alhamdulillah..walaupun ringkas tetapi padat dengan nasihat yang boleh diikuti oleh semua. Prof. mengingatkan kita tentang betapa pentingnya bersolat jemaah bersama-sama staf dalam satu jabatan. Ini kerana walaupun kita ini bertugas dalam satu jabatan tetapi ada masanya kita tak jumpa bos besar, ada masanya kita jumpa tapi bukannya selalu. Jadi..cara terbaik ialah dengan mendirikan solat berjemaah bersama-sama staf satu jabatan dan setelah selesai solat waktu itulah yang terbaik untuk berbincang menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukan semua jabatan begini yer kawan-kawan. Tetapi jika dapat dilaksanakan..pasti indah outcomenya. :)



Maka setelah usai solat dan berehat seketika tibalah pula masanya untuk sambung aktiviti seterusnya. Buat yang outdoor dahulu sebelum dapat melaksanakan indoor aktiviti. Masing-masing macam dah penat dan malas aje nak teruskan. Iyelah..sebab program ini satu hari sahaja maka padat dengan aktiviti luar dan dalam yang nak diselitkan. Kita pun berarak ke kawasan lapang berpasir yang berdekatan dengan surau dan khemah makan. Nampaknya kita kena main game cedok air dengan tali rafia yang diikat pada botol air berukuran 1.5 liter dan kemudian tuangkan air ke dalam bekas yang disediakan tidak berapa jauh dari tempat kita cedok air tersebut. Dan dalam bekas yang kita isi air ini ada bola ping-pong, kita kena penuhkan air dalam bekas ini sehingga bola ping-pong tersebut jatuh barulah dikira tamat game ini. Nampak macam susahkan? Setiap ahli kumpulan pegang tali sendiri. Cara bagaimana nak cedok air ke dalam botol, kenalah berpakat cari jalan selesaikan masalah ini. Yer...kita mula dengan agak perlahan kerana belum jumpa lagi rentak yang sesuai dengan kerjasama kita. Sehinggalah salah seorang dari ahli kumpulan kita mencadangkan idea bernas dan masing-masing ikut idea beliau. Menjadi yer kawan-kawan! Botol air telah dipotong sedikit pada bahagian tengah dan telah ada beberapa bahagian bocor yang amat jelas ketika mengangkat botol tersebut. Fasi kata itulah cabarannya..masing-masing kena bekerjasama bagi habiskan aktiviti ini. Yes...kita dapat juga tamatkan walaupun tempat ketiga! Happy wajah masing-masing ketika ini.

Kemudian setelah kepenatan dengan akitiviti outdoor tibalah pula masanya indoor aktiviti. Best sikit...dapat duduk atas kerusi dengan kipas di siling, nyaman rasanya..phewww!! Program diteruskan dengan aktiviti telefon karat, model lego (watak peribadi individu lain yang kita kena assess dari awal program dijalankan) serta penilaian terhadap diri sendiri berdasarkan soalan-soalan dalam kertas yang kita semua kena jawab. Okay, penulis akui buat kesilapan waktu aktiviti telefon karat. Mesej yang disampaikan oleh individu sebelumnya kepada penulis amat baik tetapi malangnya penulis tidak dapat menyampaikan dengan baik mesej tersebut kepada individu seterusnya. Mesejnya mestilah tepat oleh kerana individu terakhir yang menerima mesej tersebut akan lukis di atas kertas mahjong dan persembahkan kepada khalayak ramai. Waktu nilah gelak beramai-ramai. Ada yang lukis umpama kanak-kanak tadika, ada yang memang pandai melukis, ada yang melukis biasa-biasa aje. Ahh..lantaklah, memang berkarat telefon aku! hihihi...memang seronok aktiviti begini. Menguji kecerdasan minda bagi menvisualkan setiap butir perkataan jadi bentuk lukisan. Haprak! Hahahaha!! Penulis buat jokes jer kay! ;)

Apa-apa pun penulis mengharapkan agar Team Building ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan lokasi lain pula barangkali. Lokasi Hutan Rekseasi UTM ni memang best walau 1st time jejak kaki ke mari. Manalah tahu ada rezeki  lebih, boleh naik gunung pula lepas ni kan? Jumpa lagi yer kawan-kawan pada tajuk terbaru akan datang!

Wassalam...


Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger


Share:

Tuesday, September 19, 2017

Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan buat semua rakan-rakan pengunjung blog yang terus setia menanti akan episod kedua dalam entri penulisan Team Building UTMLead 2017. Dalam keseronokan mencantum bricks lego bagi mewakili karakter diri sendiri, penulis memerhatikan hampir kesemua staf UTMLead memang mempunyai bakat tersendiri dalam membangunkan model lego ilham tuan punya badan. Tak kiralah dari peringkat bawahan hinggalah atasan, masing-masing mempunyai cara dalam menyampaikan visual identiti mereka. 

Selesai saja pembentangan model lego setiap individu, maka tibalah pula masanya untuk memanaskan badan sebelum berjalan ke dalam hutan. Apa-apa pun mesti start dengan senaman regangan terlebih dahulu, tak pasal-pasal nanti ada yang cram bila nak mendaki, bergayut, menurun dan bermacam lagi gaya di dalam hutan belantara yang penuh pancaroba itu. Cewah..bahasa orang dolu-dolu..pancharoba! Amek kau! thehehe...jadinya senaman yang dibuat itu nampaknya mudah tetapi ia disertai dengan langkah-langkah berupa instrctions yang mesti diikuti bagi menampakkan pergerakan sekata untuk semua kumpulan. Standard la kan..bagi arahan on the spot untuk senaman ni kadang-kadang ada menjadi ada yang tak menjadi. Tapi jika diingat kembali begini caranya...

1, 2, Tambah, Tolak.
(1= kiri, 2 = kanan, Tambah = ke depan, Tolak = ke belakang)
Macam senang pergerakan ke kiri, kanan, lompat ke depan, lompat ke belakang. Tapi ada juga step yang penulis lupa! Maklumlah, dah 3.6 series. Hihi..   

Dan yang membuatkan kita menjadi kelam kabut ialah apabila arahan itu bercampur-campur dalam satu masa. Ingat atau tak ingat..berterabur juga formasi kita. Tapi...yang paling menariknya ialah apabila fasi menyatakan setakat ini kumpulan yang hampir tepat ikut formasi ialah ialah kumpulan...jeng jeng jeng...kumpulan kuning!! TERBAEKLAH! Lompat macam si katak lompat pun boleh dapat pujian dari fasi. Kita memang class!!   
(note to self: aku kena kurangkan berat badan untuk melonjak sana-sini)


Maka tibalah masanya kita semua berjalan kaki memijak tanah, berdendang suara lagu tak dengar, berjalan kita kaedah jemaah, bernada peluh berutus sabar. Itulah secara keseluruhan yang dapat digambarkan oleh penulis dalam melalui aktiviti lasak ini. Kita sama-sama menempuh dugaan dan cabaran dalam mengharungi jalan susah dan senang. Kasut tak payah tengoklah dah sah-sah lopak tanah merah. Lepas tu turun pula ke bawah laluan air terjun dengan singkapan berbatu-batan. Salah memijak batu boleh tergolek dibuatnya, malas nak pijak batu meranduk air basahlah kasutnya kita. Tetapi semua yang kita lalui ini ada yang sudi menghulur bantuan di kala memerlukan. Inilah dikatakan jalinan muafakat. Dah penat dengan melalui laluan air terjun maka sampailah kita di kawasan lapang untuk melakukan aktiviti seterusnya pula.

Yer..ada 4 plastic drawer storage bagi 4 kumpulan kesemuanya. Alhamdulillah..rupa-rupanya geng-geng fasi seawal 0630am telah bergerak redah ke dalam hutan bagi meletakkan drawer tersebut. Dan dalam drawer ada barang-barang masakan yer kawan-kawan. Siap ada tali rafia, tali tangsi pancing, bawang merah, kentang, cili giling, beras, potato peeler, pisau, pinggan mangkuk dan seekor ikan caru dibungkus dalam keratan akhbar. Ok..dah tahu dah apa yang kena buat. MARI MEMASAK. Tetapi sebelum itu ada arahan seterusnya untuk dirikan tempat berlindung dan juga tempat letak makanan. (bila makanan dah siap masak kena letak atas tempat ini) Dan arahan lain pula ialah kena memancing di kawasan sekitar untuk dapatkan spesis keli. Huh..yang banyak kita dapat ialah dari spesis haruan dan cichlids atau seluang barangkali. Entahlah..dah lama tak main-main dengan ikan lanskap dalam akuarium. Hampir terlupa kesemuanya...

Oleh itu, rakan-rakan lain yang sememangnya aktif dalam kegiatan memancing telah bersedia mencari dahan kayu panjang untuk dijadikan joran. Penulis memilih untuk cangkul lubang mencari cacing buat umpan bagi kawan-kawan lain. Tak susah mana pun, dapat jer cacing, pegang dengan dua jari dan masukkan pula dalam bekas plastik transparent. Senang bukan? Walaupun kita tak pernah main parit atau sungai di kampong waktu kecik-kecik dahulu, tetapi disebabkan aktiviti ini berkumpulan maka hilanglah rasa geli-geleman terhadap makhluk bergelar cacing ini. Steady aje kita mencangkul cari cacing. Kemudian aktiviti diteruskan dengan salah seorang ahli kumpulan mengorek lubang untuk buat unggun api bagi tujuan memasak. Daun-daun kering, ranting-ranting kayu yang nipis sememangnya begitu banyak di kawasan ini. Tengok tu foto di atas, abang ni memang seorang Photographer yang berdedikasi dengan tugas beliau. Walaupun semakin dimamah usia dan hendak berpencen tetapi masih lagi kuat daya tenaga untuk turut serta memeriahkan acara. Penulis doakan agar abang Supandi dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan rezeki melimpah hendaknya. Amin Ya Rabb.




Kakak Balqis memang pandai memancing dengan joran buatan sendiri. Masak pun sedap. Erm...dah lapar dah ni. Ada juga ofis mate perempuan yang menunjukkan minat dengan memancing. Dah dapat seekor, terus nak sambung mancing lagi. Kemudian penulis mengeluarkan bahan-bahan yang ada dalam drawer untuk membantu apa yang patut. Hurmm..boleh juga potong kulit kentang ni dengan potato peeler sementara kakak kita ni tengah potong bawang. Potato peeler ni pula jenis yang boleh memotong sekali. Ishh..agak bahaya juga jika tersalah potong, boleh luka dibuatnya. Seeloknya potato peeler itu dari jenis yang memotong kulit sahaja bukan yang boleh memotong seperti pisau. Ada satu lagi jenis potato peeler yang dibekalkan tapi penulis tak guna yang itu pula. Kemudian penulis teruskan aktiviti mencari-cari daun kering dan juga reranting kayu yang nipis bagi menyemarakkan api yang kian malap. Maklumlah nak masak kentang kicap. Kalau tak besar apinya, jadi half-cook pula nanti. Sekali-sekala tolong kacau kentang tengah goreng, kipaskan api dengan pinggan plastik, serta mencari dahan ranting beserta daunnya untuk dijadikan bumbung konon-kononnya pada shelter yang kita dirikan sama-sama itu. thehehe..



Ini bermakna kita betul-betul tengah bincang macam mana nak siapkan tugasan diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Masa yang ada mari kita memancing!    




Walau bukan anak kelahiran kampong tapi masih tahu juga macam mana nak cari umpan cacing. Korek dan korek. Bos kita orang kata cari dahan atau pokok yang dah mati, kat situ confirm ada cacing. Seronok woo..aktiviti ni, waktu zaman kecik-kecik dulu habiskan kertas buku sekolah dan lipat buat paper plane. Tak pernah rasa memancing. Itu yang seronoknya bila balik kampong. Pasti akan bertemu dengan abang long yang sememangnya ligat dengan pelbagai aktiviti sebegini. Maklumlah..dahulu abang long tinggal dengan arwah nenek. ;) sempat juga panjat pokok rambutan belakang rumah kampong. Pehh..manis sehh pengalaman tu.    Kemudian penulis juga ingat setiap kali hari raya pastinya kita akan main mercun lebah. Sumbunya bila dah terbakar sampai kontot barulah dicampakkan ke udara dan berterbanganlah ia ke merata dalam jarak yang dekat. Hehehe...mesti berani. Tapi tu dahulu..waktu arwah atuk dan nenek masih hidup lagi. Sekarang ini macam dah tak berkampong rasanya. Adik-beradik semuanya di Kuala Lumpur, tinggal penulis yang masih setia di Johor.

Penulis masih belum dapat lagi skill memotong tanpa guna chopping board seperti kakak ini. Gaya emak-emak yang biasa kita lihat di rumah ataupun di kenduri-kendara.



Erm..cuba dengar bunyi gemersik kentang yang sedang digoreng tu? Asyikkan? Baiklah..penulis akan bersambung lagi selepas ini, Insha Allah..sekali lagi maaf dipohon jika tengah khusyuk membaca terpaksa stop seketika waktu. Maklumlah..saya menulis blog on the spot depan laptop. Takda nak karang-karang ayat terlebih dahulu kemudian copy paste. Kita dah biasa menulis spontan.

Jumpa lagi..

Wassalam...

Jefri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger

Share:

Monday, September 18, 2017

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my yang masih sudi untuk terus berkunjung ke laman blog penulis ini. Terima kasih diucapkan atas sokongan yang berterusan dari pihak tuan-puan pembaca budiman sekalian. Tanpa anda..siapalah sahaya ini, hanya mengukir keringat di tembok sepi, lama-lama roboh juga. Oleh itu mari kita perkuatkan bahagian yang mana-mana hendak bocor ataupun lompong dengan melaksanakan Team Building!!

Yeah...itu dia tajuk kita pada entri kali ini, Team Building UTMLead 2017 yang sulung diadakan pada tahun ini. Dah lama dah penulis tunggu untuk melakukan aktiviti merapatkan jurang yang jauh-jauh bagi dekat, asyik duduk dalam gua studio aje...sekali-sekala kena keluar dari comfort zone dan redah bukit hutan, turun naik curam, makan minum masak berdendang, bagai bulan dengan bintang yang saling takkan terpisah antara satu sama lain. Maklumlah..peluang begini bukan selalu datang bergolek ayuh kita sama-sama berkolek sampan senada seirama.

Program ini dijalankan pada 17 September 2017 dari pagi sampailah ke petang. Lokasinya pula diadakan di Hutan Rekreasi UTM bersama Fasilitator berpengalaman orang-orang cendekiawan dari Fakulti Bio Medical Engineering, UTM. Alhamdulillah..kalau dah namanya Pensyarah bertaraf Doktor mahupun Profesor kita sudah dapat membayangkan tutur kata bijaksana yang dimuntahkan oleh mereka kepada semua peserta. Apatah lagi ketua Fasilitator Team Building ini bukan calang-calang orangnya, Dekan FBME tuan-tuan dan puan-puan! Ini yang boleh dikatakan RARE menurut kaca mata penulis yang empat ini kerana Dekan Fakulti turut join sekali melalui halangan dan rintangan sewaktu jungle trekking. Wow! Dan Wow juga buat Pengarah Kanan kami yang turut serta dalam ekspidisi ini. Walaupun berusia veteran tapi masih punya tenaga kuat dan handal!      

Sebelum kita terjun lebih dalam mengenai topik pada kali ini apa kata kita fahamkan dahulu bacaan pantun di bawah ini. Silakan membaca...

Buah Salak di dalam kantung
Kulitnya keras isinya kelat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Dah nama pun Team Buildingkan..maka dapatlah t-shirt free untuk sarong kat dada yang sadow ini dengan kaler biru sinar menyatu, sungguh indah dipandang kalbu. Pehh..terbaek! Hampir sebijik material t-shirt yang penulis ada pada ketika ini, tetapi berlainan company printing. Jika diimbas sekali pandang memang nampak macam sama..kualiti pun sama! Maka sebelum jam 0800 ramailah akan pekerja-pekerja bertaraf PPP yang mengetip waktu dalam sistem SMIS pada pagi itu. Masing-masing singgah ke pejabat am untuk collect t-shirt dari Kak Ana dan memakainya sebelum drive ke Hutan Rekreasi. Ayuh..sama-sama kita semarakkan jalinan muhibbah sesama kita! Dengan penuh bergaya penulis pun memandu kenderaan beroda empat ke lokasi tersebut. Huh..sampai pun. Tapi apahal takda satu batang hidung pun yang nampak kat sini? Hanya hutan belantara sahaja...ahh..sudah, takkan sesat kot? betullah signboard menunjukkan 'Hutan Rekreasi UTM' tapi di mana mereka semua? Ishh..dengan tidak semena-mena datanglah sebiji saga putih merapati kereta penulis dan batang tubuhnya keluar dari perut kereta seraya berkata, 'Eh betul ke tempat ni Abang Jep?' Dengan konfiden kita menjawab..'inilah Hutan Rekreasi'. Hurmm..dia masuk semula ke dalam kereta mambaca emel barangkali dalam telefon pintar beliau bagi memastikan lokasi sebenar. Penulis pula keluar dari perot kereta dan memanggil si lanun johor ini, 'eh..aku rasa bukan kat sinilah acad, kat Hutan Rekreasi yang ada rumah kampung tu kot?' Maklumlah..boleh sesat ke mari sebab sebelum ni pernah buat aktiviti Treasure Hunt Merdeka di kawasan ini juga. Jadi kami pun beredar dan meneruskan perjalanan yang tak berapa jauh mana dan sampailah ke kawasan dituju. Laa..dah ramai sampai rupanya, nak cari parking pun kebanyakannya dah bersusun kemas dengan pelbagai gaya undur mahupun ke depan. Baiklah..tak payah pening-pening kepala dengan parking, boleh aje parking di tepi.

Dah lepas jer mendaftar terus ambil sarapan. Walaupun setakat sandwich dan karipap, dapatlah juga bekalkan tenaga untuk aktiviti indoor pemula acara. Nasib baik starting program dengan mudah, kalau terus ke jungle trekking, mahu pengsan di tengah jalan! Jadinya setiaf staf diberikan dengan kain berwarna biru, merah, hijau dan kuning bagi menentukan kumpulan mereka. Dan setiap kumpulan berjumlah di antara 5-6 orang kesemuanya, tolak campur dengan yang tidak hadir. Mungkin mereka ada urusan lain yang lebih penting sepatutnya didahulukan. Penulis dalam kumpulan kuning bersama-sama dengan rakan staf dari berlainan department. Waktu inilah dapat bertemu dan bertanya khabar seterusnya berjungle trekking di dalam hutan.

Untuk aktiviti indoor pemula acara, peserta diberikan tugas secara spontan dengan melihat imej berbeza pada white screen dan menjawabnya di atas kertas soalan objektif. Aktiviti ini lebih kepada mengenal personaliti individu berpandukan imej yang dilihat dan dirasakan sesuai dengan karakter mereka. Kemudian diteruskan dengan lego games sebagai perumpamaan kepada karakter peribadi masing-masing dan setiap staf diminta present model lego yang mereka bangunkan itu kepada semua staf dan fasi-fasi yang sado dan bergaya. Waktu nilah nak tengok kreativiti masing-masing develop model lego berasaskan karakter peribadi. Ada yang simple, ada yang kompleks malah ada juga yang bergaya. Kay..penulis tahulah mereka ini memang berikan fokus kepada assignment. Good job! Teringat zaman main lego kecik-kecik dulu, bricksnya besar dan memang mudah untuk dipasang tapi bila dah 20 tahun lebih tinggalkan permainan ini dan main semula, banyak betul perbezaannya, sekecil-kecil bricks yang pelbagai boleh dicantum dan dipasang mengikut citarasa masing-masing.


Ok, apa kata kita bersambung di Part 2 pula ya. Kejap lagi nak sambung recording pula. Kepada yang telah membaca dengan begitu khusyuk, harap maaf yer kawan-kawan...sabar..sat lagi saya sambung menulis. Terima kasih... ;)

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger

Share:

Thursday, August 31, 2017

Sekarang ini sudah tiba masanya JIWA MERDEKA, setelah 60 tahun capai kemerdekaan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my, Diharapkan anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat dan tidak terlalu stress menjalani kehidupan sebagai insan yang menjalankan pelbagai tanggungjawab ketika ini. Ada yang bergelar pekerja, petugas, ibu & bapa, anak, tauke, CEO, kuli dsb. Kerana sabar itu separuh daripada iman...Dah hari kebangsaan pun tuan2 dan puan2..yang ke 60 tahun pula tu!

Jadi bersempena dengan Ogos bulan merdeka, penulis dan production team telah mengambil peluang ini untuk jalankan rakaman video pendek 5 minit berkenaan 'Erti Merdeka'. Dan untuk mengisi konten 'Erti Merdeka' ini penulis telah bertemu dengan seorang pensyarah dari Fakulti Pengurusan, UTM yang juga merupakan pakar sejarah negeri Johor iaitu PM. Dr. Kassim Thukiman. Kami berbincang dari pelbagai angle untuk shooting video ini. Tetapi penulis telah bina struktur video terlebih dahulu supaya ada permulaan, klimaks dan pengakhiran serta duration 5 minit. 

Waktu production pula, shooting lebih kurang 10 minit. Krew yang bertugas ketika itu pun sempat menghayati erti merdeka kerana masing-masing beri tumpuan pada tugas dan butir bicara pensyarah tersebut. Tak perlulah nak cover2 sangat, penulis pun tahu korang memang menghayati apa yang pensyarah itu bicarakan depan kamera.   Ok, kami menggunakan dua buah kamera Panasonic P2 untuk tight shot angle kiri dan kanan beserta 5DMKIII sebagai centre mastercam. Color yang terhasil dari dua jenama dan fungsi memang jauh beza, tapi itu yang penulis mahukan. 

Jadi tibanya waktu post penulis pun memangkas dan memotong clip pada timeline mengikut masa yang telah ditentukan tetapi masih dalam struktur yang dicadangkan. Inilah yang menariknya bila kita bekerjasama dengan academician. Mereka serba profesional dalam tugas mereka. Konten yang keluar dari bibit bicara beliau amat terkesan dan padu kerana fakta yang dilontar bukanlah bualan kosong seperti ahlil politikus jika anda semua faham apakah maksud penulis.  


Baiklah, mari kita sama-sama saksikan video 'Erti Merdeka' ini dengan harapan agar kita juga dapat menanam semangat jiwa merdeka setelah mencapai kemerdekaan sejak 60 tahun dahulu. Sepatutnya angka enam puluh itu telah mematangkan kita sebagai warganegara Malaysia, telahpun ada tertanam jiwa merdeka dalam diri kita semua. Bukan lagi membicarakan perkara remeh-temeh yang akan membuatkan kita terkebelakang sedang ketika ini negara pesat membangun. Kita bersatu di bawah jalur gemilang yang sama, bukan perpecahan yang kita mahukan!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Salam Hari Kebangsaan ke 60 tahun

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger


Share:

Monday, April 25, 2016

Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif

Bersama Pensyarah UTM dan juga Penulis buku Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif, Dr. Kassim Thukiman.

Assalamualaikum..apa khabar semua para pengunjung laman web cubitsanasini.blogspot.my. Maaflah kalau dah lama tak update entri terbaru dalam laman blog saya ini. Walhal cukup bayak bahan untuk dikongsikan bersama dalam blog ini. Tapi apakan daya kerja-kerja di ofis multimedia ini kerap datang dan pergi dengan begitu kerap. Ada satu masa akan outstation luar kawasan, masa yang lain pula dengan kerja-kerja post production. Tapi yang paling saya minat dalam kerja saya untuk dijadikan fokus secara detail ialah video editing dan rakaman audio samada rakaman voice over atau muzik. Sangat seronok dan tidak stress. Yang lain-lain seperti animasi mungkin akan menambahkan beban! Semakin meningkat usia ini, nak buat multitask pun dah agak tumpul, sebabnya ialah expertise saya adalah seperti apa yang saya sebutkan tadi..tambah sikit, on location shooting. Maksud on location shooting ni ialah bukannya shooting Pensyarah tengah mengajar dalam kelas, tengah bagi talk dalam kursus atau bengkel. Bukan! Kerana shooting sedemikian hanya gunakan sebijik atau 3 bijik kamera yang dikawal oleh switcher ataupun hanya master camera sahaja. Ianya lebih kepada beauty shot yang mahukan kepada movement camera, penggunaan crane dan yang lain. Nak dapatkan visual kreatif dalam shooting video bukan setakat berdasarkan skrip/storyboard semata-mata tapi pada masa yang sama melihat keadaan sekeliling bagaimana nak adapt dengan situation dan jadikannya nampak lebih menarik.

Ok..aku dah semakin ke laut dengan penulisan aku sekarang ini! Yahhh...mari kembali ke darat! :p

Mari kita hayati dahulu teaser video Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif

Sebenarnya team multimedia production CTL, UTM amat berbesar hati kerana dapat menjalankan temubual dengan seorang Pensyarah, Pengkaji Sejarah Johor dan juga Penulis buku Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif iaitu Dr. Kassim Thukiman. Rakaman tersebut telah dijalankan pada tahun 2012 dahulu tapi tak muncul pulak dalam blog aku ini. Entah kenapa boleh terlupa..oh mungkin waktu mula-mula menulis blog ini dahulu aku sangatlah sakan tentang pulau tioman dan sekitarnya. Sampaikan hasil kerja ini pun boleh lupa nak share! Ciss..tapi tak mengapa. Kali ini share! 

Kami menjalankan rakaman ini di PSZ, UTM. Sebelum rakaman dijalankan, kami dapatkan terlebih dahulu butiran diri Dr. Kassim dan hasil karya beliau yang lain. Di samping itu setelah membaca kandungan buku Sejarah Johor tersebut, kami juga harus dapatkan footage bersesuaian dengan hasil temuramah yang dijalankan. Makanya, team kami pun dapatkan kebenaran bertulis dari Pengurus untuk jalankan rakaman footage sekitar bandaraya Johor Bahru. Alhamdulilah..memang best kerjasama ni! Tapi nak diceritakan semula bagaimana boleh dapat idea untuk temuramah Dr. Kassim, saya terlebih dahulu ambil peluang untuk kerja part-time di kedai buku UTM yang terletak di Senai Airport iaitu UTMFaces. Jadinya, hari sabtu atau ahad akan kerja di situ dari pagi sampai petang/tengahari. Dalam UTMFaces saya dikelilingi oleh produk-produk UTM terutamanya hasil karya Pensyarah UTM. (tapi aku kerja part time di situ hanya sementara). Belek punya belek buku-buku tersebut akhirnya membuahkan idea..ting! Light Bulb! Aha..dapat idea dah! Bukankah bagus kalau dapat temuramah para penulis buku tersebut supaya dapat buat marketing dengan cara yang baik supaya dapat tambahkan hasil jualan buku? Begitulah cara kita nak buat marketing! Bukan tunggu siapa nak beli walaupun diketahui buku-buku tersebut adalah dalam kategori akademik dan kumpulan sasarannya juga adalah staf akademik! Bagi saya tidak! Jikalau kena cara bagaimana nak promote buku dengan membuat temuramah penulis buku ataupun intro video marketing yang boleh jual, saya pasti akan datang para pembeli kepada pihak yang menjualnya. Interview penulis tersebut tidaklah perlu lama, cukuplah 5-10 minit untuk memperkenalkan buku tersebut dan mengapa perlu beli!

Dan satu lagi, mungkin bagi aku kalau tidak dapat keluarkan idea bagai nak meletup kepala ni! Maknanya...aku ada idea untuk disampaikan tapi disebabkan projek video sebegini amat jarang dapat dilakukan, maka boleh jadi beku dan hilang begitu sahaja! Arghh...please! If you want to use my strength and idea, pleaseee and pleaseee use me!! Aku tak nak idea terbuang begitu sahaja! ;)



Tetapi untuk video temuramah ini bukanlah video promosi yang aku nukilkan di perenggan atas tadi. Ianya berkaitan keseluruhan buku tersebut dan ditemuramah lebih kurang 44 minit durasi video. Agak panjangkan? Kalau nak promo harus pendek durasinya.

Baiklah..nikmati video ini dari kami Multimedia Production Team, CTL, UTM. Kenali negeri anda negeri Johor!

Wassalalam..
Jeffri Abdul Rahman@Idris
Multimedia Producer | V.O. Recording and Mixing | Cinematographer


Share: