Monday, September 18, 2017

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my yang masih sudi untuk terus berkunjung ke laman blog penulis ini. Terima kasih diucapkan atas sokongan yang berterusan dari pihak tuan-puan pembaca budiman sekalian. Tanpa anda..siapalah sahaya ini, hanya mengukir keringat di tembok sepi, lama-lama roboh juga. Oleh itu mari kita perkuatkan bahagian yang mana-mana hendak bocor ataupun lompong dengan melaksanakan Team Building!!

Yeah...itu dia tajuk kita pada entri kali ini, Team Building UTMLead 2017 yang sulung diadakan pada tahun ini. Dah lama dah penulis tunggu untuk melakukan aktiviti merapatkan jurang yang jauh-jauh bagi dekat, asyik duduk dalam gua studio aje...sekali-sekala kena keluar dari comfort zone dan redah bukit hutan, turun naik curam, makan minum masak berdendang, bagai bulan dengan bintang yang saling takkan terpisah antara satu sama lain. Maklumlah..peluang begini bukan selalu datang bergolek ayuh kita sama-sama berkolek sampan senada seirama.

Program ini dijalankan pada 17 September 2017 dari pagi sampailah ke petang. Lokasinya pula diadakan di Hutan Rekreasi UTM bersama Fasilitator berpengalaman orang-orang cendekiawan dari Fakulti Bio Medical Engineering, UTM. Alhamdulillah..kalau dah namanya Pensyarah bertaraf Doktor mahupun Profesor kita sudah dapat membayangkan tutur kata bijaksana yang dimuntahkan oleh mereka kepada semua peserta. Apatah lagi ketua Fasilitator Team Building ini bukan calang-calang orangnya, Dekan FBME tuan-tuan dan puan-puan! Ini yang boleh dikatakan RARE menurut kaca mata penulis yang empat ini kerana Dekan Fakulti turut join sekali melalui halangan dan rintangan sewaktu jungle trekking. Wow! Dan Wow juga buat Pengarah Kanan kami yang turut serta dalam ekspidisi ini. Walaupun berusia veteran tapi masih punya tenaga kuat dan handal!      

Sebelum kita terjun lebih dalam mengenai topik pada kali ini apa kata kita fahamkan dahulu bacaan pantun di bawah ini. Silakan membaca...

Buah Salak di dalam kantung
Kulitnya keras isinya kelat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Dah nama pun Team Buildingkan..maka dapatlah t-shirt free untuk sarong kat dada yang sadow ini dengan kaler biru sinar menyatu, sungguh indah dipandang kalbu. Pehh..terbaek! Hampir sebijik material t-shirt yang penulis ada pada ketika ini, tetapi berlainan company printing. Jika diimbas sekali pandang memang nampak macam sama..kualiti pun sama! Maka sebelum jam 0800 ramailah akan pekerja-pekerja bertaraf PPP yang mengetip waktu dalam sistem SMIS pada pagi itu. Masing-masing singgah ke pejabat am untuk collect t-shirt dari Kak Ana dan memakainya sebelum drive ke Hutan Rekreasi. Ayuh..sama-sama kita semarakkan jalinan muhibbah sesama kita! Dengan penuh bergaya penulis pun memandu kenderaan beroda empat ke lokasi tersebut. Huh..sampai pun. Tapi apahal takda satu batang hidung pun yang nampak kat sini? Hanya hutan belantara sahaja...ahh..sudah, takkan sesat kot? betullah signboard menunjukkan 'Hutan Rekreasi UTM' tapi di mana mereka semua? Ishh..dengan tidak semena-mena datanglah sebiji saga putih merapati kereta penulis dan batang tubuhnya keluar dari perut kereta seraya berkata, 'Eh betul ke tempat ni Abang Jep?' Dengan konfiden kita menjawab..'inilah Hutan Rekreasi'. Hurmm..dia masuk semula ke dalam kereta mambaca emel barangkali dalam telefon pintar beliau bagi memastikan lokasi sebenar. Penulis pula keluar dari perot kereta dan memanggil si lanun johor ini, 'eh..aku rasa bukan kat sinilah acad, kat Hutan Rekreasi yang ada rumah kampung tu kot?' Maklumlah..boleh sesat ke mari sebab sebelum ni pernah buat aktiviti Treasure Hunt Merdeka di kawasan ini juga. Jadi kami pun beredar dan meneruskan perjalanan yang tak berapa jauh mana dan sampailah ke kawasan dituju. Laa..dah ramai sampai rupanya, nak cari parking pun kebanyakannya dah bersusun kemas dengan pelbagai gaya undur mahupun ke depan. Baiklah..tak payah pening-pening kepala dengan parking, boleh aje parking di tepi.

Dah lepas jer mendaftar terus ambil sarapan. Walaupun setakat sandwich dan karipap, dapatlah juga bekalkan tenaga untuk aktiviti indoor pemula acara. Nasib baik starting program dengan mudah, kalau terus ke jungle trekking, mahu pengsan di tengah jalan! Jadinya setiaf staf diberikan dengan kain berwarna biru, merah, hijau dan kuning bagi menentukan kumpulan mereka. Dan setiap kumpulan berjumlah di antara 5-6 orang kesemuanya, tolak campur dengan yang tidak hadir. Mungkin mereka ada urusan lain yang lebih penting sepatutnya didahulukan. Penulis dalam kumpulan kuning bersama-sama dengan rakan staf dari berlainan department. Waktu inilah dapat bertemu dan bertanya khabar seterusnya berjungle trekking di dalam hutan.

Untuk aktiviti indoor pemula acara, peserta diberikan tugas secara spontan dengan melihat imej berbeza pada white screen dan menjawabnya di atas kertas soalan objektif. Aktiviti ini lebih kepada mengenal personaliti individu berpandukan imej yang dilihat dan dirasakan sesuai dengan karakter mereka. Kemudian diteruskan dengan lego games sebagai perumpamaan kepada karakter peribadi masing-masing dan setiap staf diminta present model lego yang mereka bangunkan itu kepada semua staf dan fasi-fasi yang sado dan bergaya. Waktu nilah nak tengok kreativiti masing-masing develop model lego berasaskan karakter peribadi. Ada yang simple, ada yang kompleks malah ada juga yang bergaya. Kay..penulis tahulah mereka ini memang berikan fokus kepada assignment. Good job! Teringat zaman main lego kecik-kecik dulu, bricksnya besar dan memang mudah untuk dipasang tapi bila dah 20 tahun lebih tinggalkan permainan ini dan main semula, banyak betul perbezaannya, sekecil-kecil bricks yang pelbagai boleh dicantum dan dipasang mengikut citarasa masing-masing.


Ok, apa kata kita bersambung di Part 2 pula ya. Kejap lagi nak sambung recording pula. Kepada yang telah membaca dengan begitu khusyuk, harap maaf yer kawan-kawan...sabar..sat lagi saya sambung menulis. Terima kasih... ;)

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment