Tuesday, September 19, 2017

Assalamualaikum dan Salam sejahtera diucapkan buat semua rakan-rakan pengunjung blog yang terus setia menanti akan episod kedua dalam entri penulisan Team Building UTMLead 2017. Dalam keseronokan mencantum bricks lego bagi mewakili karakter diri sendiri, penulis memerhatikan hampir kesemua staf UTMLead memang mempunyai bakat tersendiri dalam membangunkan model lego ilham tuan punya badan. Tak kiralah dari peringkat bawahan hinggalah atasan, masing-masing mempunyai cara dalam menyampaikan visual identiti mereka. 

Selesai saja pembentangan model lego setiap individu, maka tibalah pula masanya untuk memanaskan badan sebelum berjalan ke dalam hutan. Apa-apa pun mesti start dengan senaman regangan terlebih dahulu, tak pasal-pasal nanti ada yang cram bila nak mendaki, bergayut, menurun dan bermacam lagi gaya di dalam hutan belantara yang penuh pancaroba itu. Cewah..bahasa orang dolu-dolu..pancharoba! Amek kau! thehehe...jadinya senaman yang dibuat itu nampaknya mudah tetapi ia disertai dengan langkah-langkah berupa instrctions yang mesti diikuti bagi menampakkan pergerakan sekata untuk semua kumpulan. Standard la kan..bagi arahan on the spot untuk senaman ni kadang-kadang ada menjadi ada yang tak menjadi. Tapi jika diingat kembali begini caranya...

1, 2, Tambah, Tolak.
(1= kiri, 2 = kanan, Tambah = ke depan, Tolak = ke belakang)
Macam senang pergerakan ke kiri, kanan, lompat ke depan, lompat ke belakang. Tapi ada juga step yang penulis lupa! Maklumlah, dah 3.6 series. Hihi..   

Dan yang membuatkan kita menjadi kelam kabut ialah apabila arahan itu bercampur-campur dalam satu masa. Ingat atau tak ingat..berterabur juga formasi kita. Tapi...yang paling menariknya ialah apabila fasi menyatakan setakat ini kumpulan yang hampir tepat ikut formasi ialah ialah kumpulan...jeng jeng jeng...kumpulan kuning!! TERBAEKLAH! Lompat macam si katak lompat pun boleh dapat pujian dari fasi. Kita memang class!!   
(note to self: aku kena kurangkan berat badan untuk melonjak sana-sini)


Maka tibalah masanya kita semua berjalan kaki memijak tanah, berdendang suara lagu tak dengar, berjalan kita kaedah jemaah, bernada peluh berutus sabar. Itulah secara keseluruhan yang dapat digambarkan oleh penulis dalam melalui aktiviti lasak ini. Kita sama-sama menempuh dugaan dan cabaran dalam mengharungi jalan susah dan senang. Kasut tak payah tengoklah dah sah-sah lopak tanah merah. Lepas tu turun pula ke bawah laluan air terjun dengan singkapan berbatu-batan. Salah memijak batu boleh tergolek dibuatnya, malas nak pijak batu meranduk air basahlah kasutnya kita. Tetapi semua yang kita lalui ini ada yang sudi menghulur bantuan di kala memerlukan. Inilah dikatakan jalinan muafakat. Dah penat dengan melalui laluan air terjun maka sampailah kita di kawasan lapang untuk melakukan aktiviti seterusnya pula.

Yer..ada 4 plastic drawer storage bagi 4 kumpulan kesemuanya. Alhamdulillah..rupa-rupanya geng-geng fasi seawal 0630am telah bergerak redah ke dalam hutan bagi meletakkan drawer tersebut. Dan dalam drawer ada barang-barang masakan yer kawan-kawan. Siap ada tali rafia, tali tangsi pancing, bawang merah, kentang, cili giling, beras, potato peeler, pisau, pinggan mangkuk dan seekor ikan caru dibungkus dalam keratan akhbar. Ok..dah tahu dah apa yang kena buat. MARI MEMASAK. Tetapi sebelum itu ada arahan seterusnya untuk dirikan tempat berlindung dan juga tempat letak makanan. (bila makanan dah siap masak kena letak atas tempat ini) Dan arahan lain pula ialah kena memancing di kawasan sekitar untuk dapatkan spesis keli. Huh..yang banyak kita dapat ialah dari spesis haruan dan cichlids atau seluang barangkali. Entahlah..dah lama tak main-main dengan ikan lanskap dalam akuarium. Hampir terlupa kesemuanya...

Oleh itu, rakan-rakan lain yang sememangnya aktif dalam kegiatan memancing telah bersedia mencari dahan kayu panjang untuk dijadikan joran. Penulis memilih untuk cangkul lubang mencari cacing buat umpan bagi kawan-kawan lain. Tak susah mana pun, dapat jer cacing, pegang dengan dua jari dan masukkan pula dalam bekas plastik transparent. Senang bukan? Walaupun kita tak pernah main parit atau sungai di kampong waktu kecik-kecik dahulu, tetapi disebabkan aktiviti ini berkumpulan maka hilanglah rasa geli-geleman terhadap makhluk bergelar cacing ini. Steady aje kita mencangkul cari cacing. Kemudian aktiviti diteruskan dengan salah seorang ahli kumpulan mengorek lubang untuk buat unggun api bagi tujuan memasak. Daun-daun kering, ranting-ranting kayu yang nipis sememangnya begitu banyak di kawasan ini. Tengok tu foto di atas, abang ni memang seorang Photographer yang berdedikasi dengan tugas beliau. Walaupun semakin dimamah usia dan hendak berpencen tetapi masih lagi kuat daya tenaga untuk turut serta memeriahkan acara. Penulis doakan agar abang Supandi dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan rezeki melimpah hendaknya. Amin Ya Rabb.




Kakak Balqis memang pandai memancing dengan joran buatan sendiri. Masak pun sedap. Erm...dah lapar dah ni. Ada juga ofis mate perempuan yang menunjukkan minat dengan memancing. Dah dapat seekor, terus nak sambung mancing lagi. Kemudian penulis mengeluarkan bahan-bahan yang ada dalam drawer untuk membantu apa yang patut. Hurmm..boleh juga potong kulit kentang ni dengan potato peeler sementara kakak kita ni tengah potong bawang. Potato peeler ni pula jenis yang boleh memotong sekali. Ishh..agak bahaya juga jika tersalah potong, boleh luka dibuatnya. Seeloknya potato peeler itu dari jenis yang memotong kulit sahaja bukan yang boleh memotong seperti pisau. Ada satu lagi jenis potato peeler yang dibekalkan tapi penulis tak guna yang itu pula. Kemudian penulis teruskan aktiviti mencari-cari daun kering dan juga reranting kayu yang nipis bagi menyemarakkan api yang kian malap. Maklumlah nak masak kentang kicap. Kalau tak besar apinya, jadi half-cook pula nanti. Sekali-sekala tolong kacau kentang tengah goreng, kipaskan api dengan pinggan plastik, serta mencari dahan ranting beserta daunnya untuk dijadikan bumbung konon-kononnya pada shelter yang kita dirikan sama-sama itu. thehehe..



Ini bermakna kita betul-betul tengah bincang macam mana nak siapkan tugasan diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Masa yang ada mari kita memancing!    




Walau bukan anak kelahiran kampong tapi masih tahu juga macam mana nak cari umpan cacing. Korek dan korek. Bos kita orang kata cari dahan atau pokok yang dah mati, kat situ confirm ada cacing. Seronok woo..aktiviti ni, waktu zaman kecik-kecik dulu habiskan kertas buku sekolah dan lipat buat paper plane. Tak pernah rasa memancing. Itu yang seronoknya bila balik kampong. Pasti akan bertemu dengan abang long yang sememangnya ligat dengan pelbagai aktiviti sebegini. Maklumlah..dahulu abang long tinggal dengan arwah nenek. ;) sempat juga panjat pokok rambutan belakang rumah kampong. Pehh..manis sehh pengalaman tu.    Kemudian penulis juga ingat setiap kali hari raya pastinya kita akan main mercun lebah. Sumbunya bila dah terbakar sampai kontot barulah dicampakkan ke udara dan berterbanganlah ia ke merata dalam jarak yang dekat. Hehehe...mesti berani. Tapi tu dahulu..waktu arwah atuk dan nenek masih hidup lagi. Sekarang ini macam dah tak berkampong rasanya. Adik-beradik semuanya di Kuala Lumpur, tinggal penulis yang masih setia di Johor.

Penulis masih belum dapat lagi skill memotong tanpa guna chopping board seperti kakak ini. Gaya emak-emak yang biasa kita lihat di rumah ataupun di kenduri-kendara.



Erm..cuba dengar bunyi gemersik kentang yang sedang digoreng tu? Asyikkan? Baiklah..penulis akan bersambung lagi selepas ini, Insha Allah..sekali lagi maaf dipohon jika tengah khusyuk membaca terpaksa stop seketika waktu. Maklumlah..saya menulis blog on the spot depan laptop. Takda nak karang-karang ayat terlebih dahulu kemudian copy paste. Kita dah biasa menulis spontan.

Jumpa lagi..

Wassalam...

Jefri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment