Friday, September 22, 2017

Kepada yang telah tertinggal keretapi, silakan baca dua episod sebelumnya:


Assalamualaikum..jadi kita bertemu lagi dalam entri ketiga Team Building UTMLead 2017. Baiklah, setelah semua ahli kumpulan bekerjasama melaksanakan aktiviti memasak, memancing, cari ranting kayu dan yang sewaktu dengannya, tibalah pula masanya untuk mendirikan tempat berlindung (shelter) dari dahan-dahan kayu yang banyak terdapat di kawasan ini. Apa yang kita baca dari arahan dalam kertas hijau itu rupanya ialah untuk buat shelter tapi kita buat tempat letak makanan pula. Hihihi..dah betullah tu cuma kita buat yang lain terlebih dahulu. Maklumlah sibuk memancing dan memasak.


Oleh itu, dengan masa yang berbaki lebih kurang 15-20 minit kaum-kaum lelaki pun amat sibuk mencari dahan dan daun-daun yang besar untuk dijadikan bumbunglah konon-kononnya. Ada yang masuk kawasan kumpulan lain dahtu kena sound dengan ahli kumpulan tersebut     memang havoclah persekitaran itu. Tapi yang kurang best ialah tempat kumpulan kami memasak dilimpahi dengan pekat sinaran mentari sehingga berat kepala penulis dibuatnya bila dah sampai ke rumah. Maknanya..penulis patut pakai topi kalau dah tau nak buat aktiviti lasak begini. Sakit kepala kita..macam migrain dibuatnya.



Alhamdulillah siap juga shelter yang dibina. Maka tibalah pula masa fasi-fasi mengadili aktiviti yang telah dibuat oleh kita semua, masakan, shelter, tempat letak makanan, sempat jugalah penulis merasa kentang kicap masakan Kak Balqis. Ermm...hehe. Sodap!! Selain dari tu ada ikan caru bakar dan sambal kicap serta omelett egg. Pun sodap!! Apa yang tak dijangka oleh kami semua ialah ada beberapa ahli kumpulan lain yang turut sama ingin merasa air tangan Kak Balqis. Maklumlah..sentuhan mak-mak gitu. Jadinya, pengadilan dilakukan dari kumpulan kepada kumpulan yang lain sehinggalah kita mengemas apa yang patut dan ikan dipancing dilepaskan semula ke dalam air. Jangan ada tinggal sampah-sarap yer kawan-kawan! Penat staf PHB nak kemas untuk korang! hehehe..




Ok..ingatkan bila nak turun ke bawah semula takdelah nak kena panjat dan turun batu air terjun, rupanya ada juga tapi tak begitu banyak seperti sebelumnya. Tiba-tiba sewaktu tangan kanan penulis memegang sepohon pokok yang tidak lebar mana pemeluknya, kedepap! Patah dua pokok ni! Kalau angkat pokok ni dengan kedua-dua belah tangan boleh penulis alihkan ke tepi bagi memudahkan pengguna yang lain untuk melaluinya. tetapi fasi-fasi yang lain kata tak perlu angkat, biarkan sahaja. 

Amek kau! Dah macam badang dibuatnya ketika ini! thehehe..nak buat macam mana mungkin pokok itu dah menunggu masa yang lama untuk rebah ke bumi. Kawan-kawan memandang dari jauh ingatkan ada perkara serius yang berlaku. Saje jer nak tunjuk sikit power badang malaya ini. Jangan jeles kay!   




Bila dah sampai jer kat bawah terus pergi ke khemah menempatkan makanan. Cayalah ada air oren sejuk. Dua teguk kau! Kemudian kami semua menjamu hidangan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur disertai dengan makanan yang kami bawa dari atas bukit tadi. Nyaman sekali.. ;) Masing-masing merasa makanan ahli kumpulan yang lain. 



Ada asam pedas tau group yang satu lagi masak tu! huhu! kelasss...waktu inilah nak rehat seketika sebelum sambung aktiviti seterusnya. Kebanyakan kaum lelaki membawa kain pelekat untuk bersolat dan ada juga bawa seluar trek spare. Maklumlah dah terkena kesan tanah merah. kasut jangan ceritalah...Solat zuhur pula diimamkan oleh Dekan FBME sendiri disertai dengan tazkirah 3 minit setelah usai solat berjemaah. Alhamdulillah..walaupun ringkas tetapi padat dengan nasihat yang boleh diikuti oleh semua. Prof. mengingatkan kita tentang betapa pentingnya bersolat jemaah bersama-sama staf dalam satu jabatan. Ini kerana walaupun kita ini bertugas dalam satu jabatan tetapi ada masanya kita tak jumpa bos besar, ada masanya kita jumpa tapi bukannya selalu. Jadi..cara terbaik ialah dengan mendirikan solat berjemaah bersama-sama staf satu jabatan dan setelah selesai solat waktu itulah yang terbaik untuk berbincang menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukan semua jabatan begini yer kawan-kawan. Tetapi jika dapat dilaksanakan..pasti indah outcomenya. :)



Maka setelah usai solat dan berehat seketika tibalah pula masanya untuk sambung aktiviti seterusnya. Buat yang outdoor dahulu sebelum dapat melaksanakan indoor aktiviti. Masing-masing macam dah penat dan malas aje nak teruskan. Iyelah..sebab program ini satu hari sahaja maka padat dengan aktiviti luar dan dalam yang nak diselitkan. Kita pun berarak ke kawasan lapang berpasir yang berdekatan dengan surau dan khemah makan. Nampaknya kita kena main game cedok air dengan tali rafia yang diikat pada botol air berukuran 1.5 liter dan kemudian tuangkan air ke dalam bekas yang disediakan tidak berapa jauh dari tempat kita cedok air tersebut. Dan dalam bekas yang kita isi air ini ada bola ping-pong, kita kena penuhkan air dalam bekas ini sehingga bola ping-pong tersebut jatuh barulah dikira tamat game ini. Nampak macam susahkan? Setiap ahli kumpulan pegang tali sendiri. Cara bagaimana nak cedok air ke dalam botol, kenalah berpakat cari jalan selesaikan masalah ini. Yer...kita mula dengan agak perlahan kerana belum jumpa lagi rentak yang sesuai dengan kerjasama kita. Sehinggalah salah seorang dari ahli kumpulan kita mencadangkan idea bernas dan masing-masing ikut idea beliau. Menjadi yer kawan-kawan! Botol air telah dipotong sedikit pada bahagian tengah dan telah ada beberapa bahagian bocor yang amat jelas ketika mengangkat botol tersebut. Fasi kata itulah cabarannya..masing-masing kena bekerjasama bagi habiskan aktiviti ini. Yes...kita dapat juga tamatkan walaupun tempat ketiga! Happy wajah masing-masing ketika ini.

Kemudian setelah kepenatan dengan akitiviti outdoor tibalah pula masanya indoor aktiviti. Best sikit...dapat duduk atas kerusi dengan kipas di siling, nyaman rasanya..phewww!! Program diteruskan dengan aktiviti telefon karat, model lego (watak peribadi individu lain yang kita kena assess dari awal program dijalankan) serta penilaian terhadap diri sendiri berdasarkan soalan-soalan dalam kertas yang kita semua kena jawab. Okay, penulis akui buat kesilapan waktu aktiviti telefon karat. Mesej yang disampaikan oleh individu sebelumnya kepada penulis amat baik tetapi malangnya penulis tidak dapat menyampaikan dengan baik mesej tersebut kepada individu seterusnya. Mesejnya mestilah tepat oleh kerana individu terakhir yang menerima mesej tersebut akan lukis di atas kertas mahjong dan persembahkan kepada khalayak ramai. Waktu nilah gelak beramai-ramai. Ada yang lukis umpama kanak-kanak tadika, ada yang memang pandai melukis, ada yang melukis biasa-biasa aje. Ahh..lantaklah, memang berkarat telefon aku! hihihi...memang seronok aktiviti begini. Menguji kecerdasan minda bagi menvisualkan setiap butir perkataan jadi bentuk lukisan. Haprak! Hahahaha!! Penulis buat jokes jer kay! ;)

Apa-apa pun penulis mengharapkan agar Team Building ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan lokasi lain pula barangkali. Lokasi Hutan Rekseasi UTM ni memang best walau 1st time jejak kaki ke mari. Manalah tahu ada rezeki  lebih, boleh naik gunung pula lepas ni kan? Jumpa lagi yer kawan-kawan pada tajuk terbaru akan datang!

Wassalam...


Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger


Share:

0 comments:

Post a Comment