Tuesday, September 12, 2017

Bila Sudah Korupsi Maka Jangan Gigit Jari...Teruskan Eksplorasi



Assalamualaikum..Salam sejahtera diucapkan kepada para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Sebuah blog yang menceritakan tentang aktiviti tuan tanah blog bersama famili berkaitan travel jauh-dekat, makan sedap juga enak, smartphone pantas-selow, juga pengalaman kerja yang ingin dikongsikan bersama anda semua. Saya suka menggelarkan diri sebagai penulis ketika menaip sesuatu artikel dalam blog saya ini. Jadinya untuk entri kali ini penulis ingin berkongsi mengenai pengalaman baru-baru ini terjadi ketika melakukan kerja-kerja editing dengan Final Cut Pro X.

Seperti yang anda lihat pada imej di atas, telah muncul warning iaitu "Library Corruption Detected. We detected a possible corruption in library <syarahanumum>. Would you like to proceed with trying to open this library."

Warning di atas terjadi ketika penulis tengah buat editing video syarahan umum dan tanpa ada notis pemberitahuan tiba-tiba sahaja mac pro jadi beku atau 'freeze' dalam kata lainnya pula ialah 'hang'. Mouse tak bergerak dalam skrin, keyboard pun tak berfungsi. Jadi penulis pun cabut wayar mouse dan keyboard ini, lepas tu sambung semula pada monitor mac dengan harapan boleh berfungsilah semula kedua-dua hardware ini. Malangnya tidak bergerak langsung! Dahlah tengah buat editing, kalau tiba-tiba file tu hilang..aduhai..file video itu pula ialah dari memory card  kamera Panasonic P2. Ianya perlu diimport terlebih dahulu dan melalui proses background rendering. Dan semua file telah selamat dirender kepada Apple Prores. Kalau hilang file ni habislah..kena import lagi sekali! Aduhh!!!... saiz file ialah 70GB. Huiii...

Setelah kedua-dua device itu tidak berfungsi penulis terpaksa juga force shut down butang mac pro. Ok..dah shut down. Fuhh..masa untuk ON semula apple ni. Hampeh..tak muncul pun logo apple ketika booting. Tanda-tanda stress telah muncul. Dengan rasa cuak dan gelisah penulis pun buatlah beberapa perkara lain yang difikir logik untuk hidupkan kembali mac ini. Cabut kabel hdmi pada blackmagic, cabut kabel network dan juga cabut kabel display. Pasti akan hidup kembali fikir penulis setelah mencabut dan pasang semula. Tiba-tiba ofis mate yang juga buddies sarapan n lunch datang. "Eh..bro boleh tak kau tekan ON button mac ni. Tak hiduplah mac aku dari tadi. Apasal ntah, tiba-tiba jer hang." Penulis masih di belakang meja pc buat apa yang patut. Dia pun tekan butang ON..ada bunyi sound apple, aku pasti ada harapan baik ni. "Ada keluar logo apple tak?" tanya penulis. Ada..katanya lagi. YES! Selamat!! Huhu...

YES! berjaya juga login pada Desktop...selesai sudah..lalu penulis pun klik pada icon Final Cut Pro X untuk pastikan segala gerak kerja yang telah dilakukan tadi dalam keadaan selamat dan baik. Fuhh...peluh jantan pun boleh menitis walau dalam bilik berhawa dingin. Dah tak laju sangat dah degupan jantungku ini. Tiba-tiba aje keluar warning kat atas tu! Whattttttt!! DAH KORUP FILE AKU EDIT TADI!!. Mangkuk bin ajaib betul! Hampeh dan segala bagai perkataan yang kurang memuaskan boleh dihamburkan ketika ini.



Demn!! Apa nak buat ni? Ahh..lantaklah, baik pergi sarapan dulu. Eh..bro kau nak keluar sarapkan..jomlah.   

BERSAMBUNG SELEPAS INI...

SABAR YER SEMUA... ;) 

Hehehe...ok jom kita sambung semula. Lama-lama sangat peram idea boleh basi dibuatnya nanti. Jadi macam mana penulis dapat selamatkan file yang telah korup tadi? Besar filenya 70GB lebih! kalau internet kat rumah penulis berkapasiti 70GB/bulan, maka akan jadi tauke downloadlah jawabnya. Hehehe..

Ingat tak dalam perenggan atas tadi penulis ada nyatakan bahawa file asal adalah dari camera Panasonic P2 dalam format MXF. Bila import ke dalam FCP X file tersebut akan diconvert kepada format Apple Prores. Dan oleh kerana file tersebut telah berjaya diconvert maka ianya duduk dalam Library yang telah dicreate sebelum editing dilakukan. Penting untuk kita create library bagi projek-projek berlainan, kalau tidak, pasti akan bercampur aduk kesemua file dalam satu library tetapi berlainan event dan projek. 

Baik..perkara pertama penulis lakukan ialah dengan cari Final Cut Pro Backups folder yang boleh diakses melalui finder dalam folder Movies. Yer..adapun backup dibuat. Alhamdulillah..selamat satu perkara. Yang kedua ialah untuk buka fail backup ini supaya boleh diedit dalam timeline FCP X. Dapat pun buka..phewww..tapi tak tau macam mana, file yang telah diconvert menjadi Prores tadi berstatus MEDIA OFFLINE. Masaklah nak oiii kalau kena convert lagi sekali!! Jadi pada fikiran penulis perkara logik yang boleh dibuat untuk atasi masalah ini ialah dengan Relink Files dalam Library yang korup itu iaitu <syarahanumum> dan dimuntahkan semula dalam backup file ini. Tak perlu pun duplicate original media ke dalam folder lain, makin berat jadinya hard disk anda, melainkan kurang konfiden. Maka dengan konfidennya 3 file berstatus MEDIA OFFLINE itu penulis Relink balik file tersebut daripada Library <syarahanumum> dan berjaya juga akhirnya. Penulis dah rasa konfiden bahawa kita tidak akan dapat lagi Relink Files dalam Library tersebut. Sebabnya ialah walaupun konsep Library itu umpama folder yang menyimpan pelbagai media di dalamnya, kita hanya boleh akses ke dalam folder Library dengan Right Click nama Library tersebut dan Show Package Contents. Lalu dipaparkan semua file yang telah diconvert dalam folder ini. Mujarab sungguh!

Ini semua berpunca daripada komputer hang sebentar tadi sehingga menyebabkan Library Corruption pada FCP X. Masha Allah, masih ada lagi ruang-ruang untuk bernafas lega apabila hasil kerja telah dapat diselamatkan semula. Alhamdulillah..dah publish dah pun video syarahan umum itu.

Semoga berjumpa lagi dalam artikel lain pula selepas ini. Wassalam...

P/S: Syarahan Umum tu pula daripada Mantan Menteri Pendidikan Nasional Indonesia, Pak Nuh. Sangat bagus syarahannya... ;)


Jeffri Rahman

Producer | Cinematographer | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment