Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my, Diharapkan anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat dan tidak terlalu stress menjalani kehidupan sebagai insan yang menjalankan pelbagai tanggungjawab ketika ini. Ada yang bergelar pekerja, petugas, ibu & bapa, anak, tauke, CEO, kuli dsb. Kerana sabar itu separuh daripada iman...Dah hari kebangsaan pun tuan2 dan puan2..yang ke 60 tahun pula tu!
Jadi bersempena dengan Ogos bulan merdeka, penulis dan production team telah mengambil peluang ini untuk jalankan rakaman video pendek 5 minit berkenaan 'Erti Merdeka'. Dan untuk mengisi konten 'Erti Merdeka' ini penulis telah bertemu dengan seorang pensyarah dari Fakulti Pengurusan, UTM yang juga merupakan pakar sejarah negeri Johor iaitu PM. Dr. Kassim Thukiman. Kami berbincang dari pelbagai angle untuk shooting video ini. Tetapi penulis telah bina struktur video terlebih dahulu supaya ada permulaan, klimaks dan pengakhiran serta duration 5 minit.
Waktu production pula, shooting lebih kurang 10 minit. Krew yang bertugas ketika itu pun sempat menghayati erti merdeka kerana masing-masing beri tumpuan pada tugas dan butir bicara pensyarah tersebut. Tak perlulah nak cover2 sangat, penulis pun tahu korang memang menghayati apa yang pensyarah itu bicarakan depan kamera. Ok, kami menggunakan dua buah kamera Panasonic P2 untuk tight shot angle kiri dan kanan beserta 5DMKIII sebagai centre mastercam. Color yang terhasil dari dua jenama dan fungsi memang jauh beza, tapi itu yang penulis mahukan.
Jadi tibanya waktu post penulis pun memangkas dan memotong clip pada timeline mengikut masa yang telah ditentukan tetapi masih dalam struktur yang dicadangkan. Inilah yang menariknya bila kita bekerjasama dengan academician. Mereka serba profesional dalam tugas mereka. Konten yang keluar dari bibit bicara beliau amat terkesan dan padu kerana fakta yang dilontar bukanlah bualan kosong seperti ahlil politikus jika anda semua faham apakah maksud penulis.
Baiklah, mari kita sama-sama saksikan video 'Erti Merdeka' ini dengan harapan agar kita juga dapat menanam semangat jiwa merdeka setelah mencapai kemerdekaan sejak 60 tahun dahulu. Sepatutnya angka enam puluh itu telah mematangkan kita sebagai warganegara Malaysia, telahpun ada tertanam jiwa merdeka dalam diri kita semua. Bukan lagi membicarakan perkara remeh-temeh yang akan membuatkan kita terkebelakang sedang ketika ini negara pesat membangun. Kita bersatu di bawah jalur gemilang yang sama, bukan perpecahan yang kita mahukan!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Salam Hari Kebangsaan ke 60 tahun
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger
0 comments:
Post a Comment