Thursday, August 24, 2017

Operasi BERSIH 3.0 (KASI SAPU BERSIH INI LOKASI!)

Pada 24 Ogos 2017 UTM telah menjalankan program gotong-royong perdana sekitar kampus. Program ini yang telah dilakukan beberapa kali sebelum ini mendapat sambutan positif dari kalangan staf UTM sendiri. Dan ianya dijalankan di setiap jabatan bagi memastikan kawasan luar pejabat kita kekal bersih dan persekitaran yang sihat untuk semua. Alhamdulillah..penulis sempat meluangkan masa untuk program kali ini, maklumlah yang lepas tak dapat nak join sebab ada shooting. Jadi bila kita tiada apa-apa shooting sekitar kampus, baik kita join aktiviti menyihatkan badan ini, dapat juga keluar peloh! Tawww!!!

Walaupun di bangunan tempat kerja penulis ini telah ada petugas yang menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar, tetapi tanggungjawab kita sebagai staf yang menghuni dalam bangunan ini adalah untuk turut menjaga kebersihan di kawasan luar pejabat. Maka dari situ baru kita dapat tahu bahawa kebersihan ini tanggungjawab bersama. Bukan sahaja di bahu petugas kebersihan sahaja. Kadang-kadang kita pun ada buang sampah sana-sini. Jadi eloklah pungut kembali secara berjemaah komuniti. Lagi ramai tulang empat kerat membanting tulang, lagi cepat aktiviti gotong royong ini dapat dihabiskan. Syabas! Terbukti kerja secara berpasukan lebih bawa manfaat dari buat sorang-sorang.

Dalam bangunan ini sahaja ditempatkan beberapa jabatan seperti SPS, RMC, SRAD, AMD, UTMLead dan MYLINE. Masing-masing ada zon sendiri untuk lakukan aktiviti ini. Dan bukan staf bawahan sahaja yang buat kerja-kerja dianggap enteng ini, malah peringkat pengurusan juga sama-sama berganding bahu menjayakan program ini. Alhamdulillah..kalau kita tengok Bos-bos buat kerja, boleh kata sama penatnya dengan kita. Ini yang TERBAIK!! Penulis juga merasakan bahawa adalah elok jikalau program ini diteruskan bagi mengekalkan kebersihan kawasan sekitar pejabat. Peralatan pula mencukupi, yang tidak disediakan biasanya sarung tangan, kenalah bawa sendiri. Maklumlah, mana tahu tiba-tiba tengah cabut rumput kering tercabut pula pokok semalu. Adusss!!!...

Ada 6 orang Bos dalam gambar di atas dan ada antaranya berlainan department.


Baru jer selesai membanting tulang. Nampak tu ada pongkes, penyapu cakar ayam, etc..seronok eh..


Budak baju biru cair yang tengah-tengah tu kejap nampak muka kejap tak nampak muka..ada-ada aje efek yang kau nak buat eh?  


Rajin abam Gaffar bantu ringankan tulang bersama-sama yang lain. Syahdu dibuatnya..  


Geng2 dari MYLINE pun turut sama menabur bakti berjasa pada nusa! Cayalah!!..steady!!


Alhamdulillah..ada juga jamuan buat kami selepas operasi BERSIH 3.0  


Masing-masing dah lapar ketika ini, termasuklah penulis! Huhu dan huhu..


Satu perkara lain yang agak mengecewakan pada pandangan penulis ialah tragedi anak pokok kurma yang telah dicabut dan entah ke mana perginya. Kasihan..seingat penulis, ada seorang staf dari UTMLead yang bersungguh-sungguh menanam kurma tersebut dengan membawa harapan agar berbuahlah hasil kurma itu tadi. Walaupun masih anak pokok tapi telah mengakar ke bumi dan perlahan-lahan membesar walau tengok dari jauh macam tiada apa-apa perubahan dari segi saiz. Mudah-mudahan boleh kita tanam pokok lain pula selepas ini.

Baiklah..apa yang penulis harapkan di sini ialah moga diberikan lagi kesihatan yang baik di masa hadapan untuk jalankan operasi gotong-royong pada waktu yang lain pula selepas ini. Seronok keluar peluh. Duduk dalam ofis berhawa dingin sambil buat editing memanglah tak keluar peluh, hanya menambahkan lagi sakit di otot-otot tertentu yang penting untuk buat kerja production pada masa akan datang. Kipidap kipidap kipidap guys!!!

Wassalam...
Jeffri Rahman

Cinematographer | Producer | Voice Over

Share:

0 comments:

Post a Comment