Group Outdoor Adventure Yang Sempoi Bikin Video Klip Sendiri!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan-rakan di luar sana. Penulis harapkan anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat dan tidak terlalu stress dengan kerja-kerja di pejabat. Cool down kay! Kita sama-sama mengharungi waktu pejabat dari pagi sampai ke petang walaup dalam sektor berbeza akan tetapi apa yang hendak dihasilkan ialah output kepada syarikat/jabatan supaya ianya terus kekal berkualiti dan memuaskan stakeholders dalam syarikat/jabatan.
Jadi untuk entri kali ini penulis kembali dengan kerja editing terbaru iaitu video klip outdoor adventure dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka Zetho Adventures. Haa..kali ni penulis berkesempatan untuk editing video klip lagu. Sebelum ini maintain dengan editing video pendidikan sahaja. Memang teringin sangat nak explore hal-hal sedemikian rupa..maklumlah skill dah ada tapi selalu stuck pada pemikiran video berteraskan pendidikan. Sudah tentulah kita mahu cuba sesuatu yang baru dan refresh otak dan minda supaya ianya sentiasa berhubung antara satu sama lain! Penulis sendiri sentiasa memberontak dalam diri bilalah dapat buat lagi kerja-kerja kreatif seperti ini. Bilalah lagi dapat lakukan kerja-kerja kreatif yang berterusan seperti ini..al-maklum sahajalah, apabila kita ada skill tapi bila mana kita tidak menggunakannya, maka ianya akan hilang begitu sahaja. Suatu pembaziran..Masha Allah...moga dijauhkan.
Kita kembali ke pangkal jalan yer kawan-kawan..
Salah seorang ofis mate penulis agak aktif dengan aktiviti outdoor hiking dan juga permotoran. Maklumlah..masih bujang lagi, panjang langkah mika ya! Untuk aktiviti hiking terbaru ini, beliau membawa DSLR, mikrofon, mic stand dengan tujuan untuk lakukan rakaman dalam suasana hutan. Pasti mencabar! Kemudian beliau juga melakukan rakaman di dalam studio bersama ahli kumpulan outdoor dan menyanyikan lagu yang popular masa kini iaitu Despacito tetapi lirik bertemakan outdoor adventure. Lirik pun beliau yang tulis sendiri. Kreatif budak muda ni! Dan beliau jugalah yang melakukan kedua-dua rakaman bagi lokasi yang disebutkan tadi. Beliau minta bantuan penulis untuk buat editing dalam masa yang agak singat tetapi dapat juga disiapkan. Alhamdulillah..
Dan iya..penulis mahukan lagi kerja-kerja editing sebegini. Mai sapa nak bagi editing video klip..penulis bagi price baik punya, pm tepi kay! Dialu-alukan samada DSLR, Red, Blackmagic, Arri..kita takde memori reader untuk kamera besar2 tu..tapi mampu untuk buat editing video klip jika diberikan peluang. Kita dan Mac Pro berserta Audio Interface juga audio gear yang lain-lain.
Sewaktu shooting di lokasi, beliau setkan resolution DSLR pada 720p dengan 50 fps. Itulah frame rate paling tinggi pada DSLR beliau. Dan editing pun pada 720p. Maklumlah...walaupun guna DSLR tapi kualitinya tetap ada jika kena cara kreativiti sewaktu shooting di lokasi. Cuma yang magicnya ialah mereka shooting video klip terlebih dahulu kemudian baru rakam vokal!! Apa maksudnya tu geng?
Maksudnya..mereka shooting video klip dengan lagu tanpa vokal yang sepatutnya dirakam terlebih dahulu. Jadinya..terdapat beberapa bahagian dalam video, syncing mulut dengan vokal tidak berapa tepat dalam beberapa milisaat. Terima ajelah..kita pun dapat end produk memang begitu. Tapi jika anda semua nak buat video klip pastikan dah rakam vokal dalam lagu barulah boleh shooting video klip. Nak buat slow motion pun boleh. Tapi selalunya akan rakam dengan kamera dengan frame rate yang tinggi sekitar 120fps dan speed lagu akan dipercepatkan, kemudian dalam editing barulah diperlahankan speed untuk matching dengan mulut waktu shooting. Maksudnya..sebelum rakam video klip, lagu tersebut akan dicepatkan speed sekitar 200-250%. Kalau lagu-lagu kategori balada dipercepatkan taklah kucar-kacir waktu shooting. Practice boleh jadi perfect!
Baiklah..setakat ini sahaja penulisan pertama buat bulan Ogos, bulan kemerdekaan. Akan datang penulis masukkan pula teaser video kemerdekaan 2017, sebuah video pendek dari kami.
Wassalam..
Jeffri Rahman
Multimedia Producer
Producer | Cinematographer | Voice over

Mr. Jeffri, a voice over is an audio product made by voice recording and not a job position.!!
ReplyDeleteAha..betul tu, we have no post for voice over artist and thats true. it is a good practise to have read the script before recording to feel the script and once its done we may proceed to recording session. practise makes perfect. like the above video. ;) thanks you for kind comment.
Delete