Assalamualaikum..apa khabar semua rakan-rakan pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat dan tidak terlalu stress dengan kerja-kerja di pejabat ketika ini. Untuk entri terbaru, terdetik di hati penulis untuk berkongsi pandangan sebagai Multimedia Producer yang menjalankan kerja-kerja produksi multimedia berkenaan Massive Open Online Course ataupun MOOC. Apa itu MOOC? Sila klik link di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hal tersebut:
https://www.mohe.gov.my/pelajar/inisiatif/mooc
Ya..betul tu! Satu bentuk pembelajaran atas talian secara terbuka, dengan PERCUMA. Walaupun kita masih baru lagi dalam senario ini, kita telahpun mulakannya dengan langkah baik. Jumlah Universiti Awam (UA) yang mengikuti MOOC juga turut meningkat dari masa ke semasa dengan penambahan kursus-kursus baru atas atas talian bagi mengukuhkan lagi agenda Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Walaupun ianya adalah sebuah pelan pendidikan yang lengkap di atas kertas, akan tetapi bagi penulis masih ada ruang-ruang yang boleh diperbaiki dari sebuah topik kecil yang kita mahu fokuskan ini iaitu Projek Video MOOC: Dari Kaca Mata Multimedia Producer.
Sebelum itu tonton video di atas terlebih dahulu.
Kenapa perlu ada video di atas dengan tajuk sedemikian? Kalau anda semua nak tahu video yang anda tonton di atas sebentar tadi adalah introduction video untuk subjek Strategic Management. Subjek tersebut ditawarkan di Faculty of Management, UTM. Dan untuk menarik minat pelajar bagi subscribe dan seterusnya mengikuti subjek ini di atas talian melalui platform OpenLearning, setiap kursus perlulah ada video introduction yang tersendiri. Dan penulis telah bangunkan video ini dengan software After Effects, FCP X, Adobe Audition dan shooting dijalankan dalam studio. Skripnya juga diolah dengan baik oleh kerana pensyarah tersebut mempunyai pengalaman luas di dalam bidang Strategic Management. Walaupun begitu bukan subjek ini sahaja yang mempunyai skrip yang baik, malah ada beberapa lagi contoh subjek MOOC@UTM yang lain dengan skrip yang bagus.
Jadi apa yang ingin penulis sentuh berkenaan dengan video introduction MOOC ini adalah dari beberapa aspek teknikal yang dirasakan boleh diambil kira bagi tambahbaik keseluruhan produksi video. Walaupun ada beberapa Universiti Awam lain mempunyai video introduction MOOC bagi setiap kursus yang ditawarkan oleh UA tersebut, penulis juga sempat mengintai-intai video yang dihasilkan oleh pihak mereka. Dari pihak kami pun tidaklah semegah mana, cuma ada point-point penting yang telah penulis kenalpasti setelah melalui pengalaman shooting video introduction MOOC ini. Antaranya ialah:
- Skrip - penulisan skrip adalah datangnya daripada idea pensyarah yang mengajar subjek tersebut. Penulis selaku Producer bersama Multimedia Production Team merupakan pihak teknikal yang membangunkan video dari skrip yang ditulis oleh mereka. Kadangkala skrip yang diterima itu umpama teks panjang lebar yang sesuai untuk digunakan waktu P&P. Seeloknya skrip yang diterbitkan itu haruslah mempunyai elemen-elemen yang akan membuat audien berterusan nak tengok lagi video tu sampai habis. Bukannya tengok sekejap 20-30 saat dah rasa bosan! Bukan semua pensyarah begitu, lihat sahaja contoh video introduction subjek di atas ini, Strategic Management. Skripnya cukup menarik ditambah dengan pengalaman industri luar pensyarah ini sebelum bertugas di UTM. Dan kalau boleh waktu nak ending video, gunalah ayat yang berbeza untuk tarik minat students, jangan kita asyik ulang ayat yang sama. Walaupun setiap pensyarah mempunyai cara mereka tersendiri untuk visualkan penulisan skrip mereka, akan tetapi penulis sentiasa mahukan idea-idea baru daripada skrip yang diterima daripada mana-mana pensyarah yang berminat untuk bangunkan intoduction video MOOC. Tidak menjadi masalah sekiranya tidak ada idea atau kurang pengetahuan untuk bangunkan skrip, pihak kami boleh bantu semua tu. Cuma kadang-kadang mereka ada cara sendiri.
Sebelum ini penulis pernah bekerjasama dengan dua orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik untuk bangunkan skrip mereka. Dan kebetulan salah seorang pensyarah tersebut sangat meminati DSLR dan bird photography. Tajuk yang dibawa oleh mereka ialah Digital Electronics. Maka apa yang penulis nampak ialah, apa kata kita masukkan hobi pensyarah ini dalam skrip introduction video dan cuba kaitkan peranti elektronik dalam DSLR ini dengan subjek yang diajar oleh mereka berdua. Gabungan yang sangat menarik kerana hobi main kamera DSLR dan subjek tersebut amat dekat dengan hati mereka! Penulis sendiri pernah melihat beberapa contoh video introduction MOOC dari Universiti luar terutamanya dari MIT dalam platform EDX.org. Kita sendiri perakui bawaha M.I.T. adalah sebuah Universiti swasta terkenal dunia dengan barisan pensyarah yang mantap dalam bidang mereka. Akan tetapi situasinya sama sahaja, Profesor atau Doktor, mereka turut berikan komitmen dalam pembangunan video MOOC. Kita lihat sahaja bagaimana mereka menghasilkan skrip yang begitu baik dan bernas. Apa yang penulis cuba nak sampaikan ialah, kita tidak perlu terlalu mengikut struktur sewaktu menulis skrip mengenai subjek yang kita ajarkan itu. Jika kita terlalu ikut struktur subjek, maka terjadilah (dan berterusan hingga sekarang ini) kita dapat melihat dalam skrip yang mereka hasilkan itu menyenaraikan setiap topik pembelajaran jika students subscribe subjek tersebut. Iya..betul tu. Cara yang agak formal bagi pendapat penulis. Lalu jika kita menulis skrip dengan cara melihat 'eagle eye view' terhadap subjek kita sendiri, maka kita akan dapati bahawa pandangan dari langit oleh sang rajawali lebih besar dan luas berbanding dengan pemikiran yang agak kecil jika dibandingkan dengan outcome subjek tersebut.
Kalau kita tahu subjek yang diajar oleh kita itu boleh menghasilkan sesuatu produk yang sangat bernilai di luar sana, apa salahnya kita ambil outcome dari subjek tersebut untuk dijadikan skrip dan kita hanya perlu kembangkan idea bagaimana ianya boleh jadi menarik! Ingat..skrip kita itu umpama marketing tool untuk tarik students. Jika kita gagal menghasilkan skrip yang baik untuk dapatkan customer, maka sudah berjauhanlah kita dengan teknologi dalam pendidikan yang sering diperkatakan oleh kita selaku pendidik di alaf serba moden ini. Satu lagi contoh yang boleh penulis sampaikan di sini ialah, kita lihat sahaja bagaimana para peniaga online menggunakan media sosial sebagai tools untuk menarik pelanggan dalam perniagaan online mereka. Dan tools yang mereka gunakan itu ialah seperti FB ads berbayar untuk tarik lebih ramai pengguna facebook LIKE page mereka dan seterusnya membeli produk yang dijualnya itu. Kalau salah setting yang dimasukkan dalam FB ads, maka akan rugilah duit yang dilaburkan dengan tujuan untuk menjana customer yang ramai oleh kerana kesalahan kita mengisi maklumat yang sepatutnya tepat, dan akhirnya...bertaburanlah facebook mencari-cari customer yang kita rasa betul padahal kita telah salah setting iklan tersebut. Seperti itu juga kita menulis skrip. Kita selalu rasakan bahawa sudah cukuplah skrip yang dikarang ini untuk tontonan umum. Sudah cukuplah skrip yang terhasil ini, bukan sesiapa yang nak tengok video itu, students aje yang akan menyaksikannya, bukannya direktor Filem Hollywood! Kalau itu tanggapan anda, maka telah berlaku kesilapan dalam merealisasikan New Academia Learning Innovation di era digital ini.
Cara lain yang boleh dipraktiskan ialah dengan melihat contoh video advertising yang begitu banyak di tv mahupun youtube. Selalunya video ad di youtube ini akan play terlebih dahulu sebelum kita dapat lihat video yang kita mahu tengok. Apa kata kita lihat terlebih dahulu advert tersebut sebelum skip ad untuk tonton video seterusnya.p/s: di youtube kita boleh lihat banyak contoh video ad yang sering muncul sebelum kita dapat tonton video yang kita mahu - Lakonan - disebabkan skrip ditulis oleh pensyarah, maka mereka jugalah yang perlu berlakon depan kamera sebagai stand-upper bagi memperkenalkan subjek tersebut kepada dunia luar. Hal ini penulis akui, tak semua pandai berlakon depan kamera walaupun mereka ini lebih natural mengajar dalam dewan kuliah dengan jumlah students yang ramai. Bila kena berlakon depan kamera aje, tiba-tiba jadi kaku. Di hadapan students yang ramai mereka tidak begitu, malah lebih natural dan bertenaga. Situasi natural tersebut yang pihak production team inginkan sewaktu proses penggambaran dijalankan. Ataupun begini...cara terbaik untuk mengelakkan kaku depan kamera ialah rehearse/berlatih terlebih dahulu sebelum shooting dijalankan. Memang kita sediakan prompter untuk stand-upper tanpa perlu hafal skrip, tapi masih lagi agak keras depan kamera. Aha..boleh praktis lagi tu, don't worry. ;)p/s: seeloknya rehearse/berlatih terlebih dahulu 2-3 hari sebelum shooting dijalankan
- Rakaman Voice Over - Skrip, Lakonan dan juga voice over datangnya dari idea penulisan skrip oleh pensyarah yang mengajar subjek tersebut. Dan ada juga skrip yang tidak perlukan voice over. Tetapi dari pengalaman penulis dalam mengendalikan rakaman voice over di bilik rakaman ini, hampir kebanyakan pensyarah merupakan 1st timer dalam bidang rakaman suara. Penulis akui, mereka bukanlah voice over artist, kalau tidak sudah tentu penulis hanya berjumpa dengan beberapa orang talent sahaja untuk sesi rakaman. Dan oleh kerana itu, setiap kali rakaman suara dijalankan penulis akan berjumpa dan bertemu dengan pensyarah yang berlainan fakulti. Ada yang lancar dan ada yang kurang lancar sebutannya. Kalau nak cari suara yang komersil pun ada tapi siapa mahu bayar mereka? Bukanlah penulis maksudkan yang sebaliknya..tidak..yang penting adalah untuk buat rehearsal terlebih dahulu sebelum jalankan rakaman seperti mana dalam catatan point kedua di perenggan atas. Praktis membaca skrip dengan bacaan yang jelas dan terang dan jika ada penggayaan suara sewaktu rakaman, itu merupakan BONUS tambahan.
- Footage/Grafik tambahan dalam pos-produksi - perlu untuk kita ambil tahu video yang nak dibangunkan itu memerlukan footage atau grafik sewaktu editing atau tidak? Kalau tak cukup bahan-bahan seperti itu, mungkin video akan jadi bosan selama 2 minit yang berikutnya dengan mendengar bebelan pensyarah tersebut yang berkemungkinan kita tak akan lihat lagi video tersebut. Jadi macam mana nak suruh students subscribe kalau mereka sendiri bosan dengan introduction video?p/s: bincang dengan pensyarah tersebut bagaimana nak dapat footage/grafik tambahan yang dimahukan samada shoot product, retrace grafik dsb
- Background sound - ada antara pensyarah tak kisah dengan muzik apa yang nak dimasukkan dalam timeline asalkan bersesuaian, namun ada juga yang mahukan lagu-lagu tertentu yang bersesuaian dengan keperluan video tersebut. Terpulang, asalkan tidak melanggar copyright lagu.
Antara introduction video yang baik dengan skrip yang mudah difahami, tambah lagi yang menyampaikan video tersebut ialah Film Score Composer terkenal dunia, Hans Zimmer.
Antara introduction video terbaik dengan skrip yang mudah difahami, tambah lagi yang
menyampaikan video tersebut ialah Penulis Skrip, Screenwriter dan Director terkenal dunia,
David Mamet.
Penulis sendiri akui, untuk hasilkan video introduction yang baik perlu ada skrip yang kuat untuk menarik minat students subscribe sesebuah subjek. Umpama kita jual produk yang sama dengan pesaing di pasaran, apa yang membuatkan produk kita berbeza dari pesaing kita? Macam sales pitch video..tapi ada jalan cerita menarik yang buatkan penonton mahu lihat video tersebut dari awal sampai habis sehingga subscribe malah close deal . Satu perkara lagi ialah..penulis suka gunakan sekurang-kurangnya dua video kamera untuk shooting stand-upper di lokasi penggambaran. Apa yang penulis harapkan ialah mudah-mudahan dapat ditingkatkan lagi kualiti produksi video selepas ini berbanding sebelumnya. Insha Allah..pasti boleh!!
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over
0 comments:
Post a Comment