Wednesday, July 19, 2017

Apabila Bank nak bagi duit secara percuma kepada kita..alangkah seronoknya!   

Assalamualaikum..salam sejahtera kepada semua rakan-rakan pengunjung blog cubitsanasini. Penulis harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kita masih lagi dalam musim perayaan Aidilfitri 1438 H (2017) dan telah masuk ke fasa penghujung bulan Syawal. Dan kita masih juga berterusan mangadakan rumah terbuka dan mengisi jemputan rumah terbuka sahabat handai, saudara-mara dan jiran tetangga. Begitulah adat perayaan kita di Malaysia, meriah dengan manusia yang berhati mulia memberikan jamuan makan kepada kenalan-kenalan mereka. :)

Tetapi pada posting kali ini penulis ingin menekankan hal lain yang berkaitan dengan Bank tempatan yang turut berhati mulia untuk memberikan kita semua sejumlah wang dengan percuma. Hebatkan? ;) Selalunya bank yang minta duit dengan kita tiap-tiap bulan untuk installment rumah, kereta, pinjaman, isurans dsb. Jangan pelik bila bank nak bagi duit percuma kat kita. Bukan sikit-sikit jumlahnya tau, besar. Tak percaya sila tengok emel di bawah ini:



Emel tersebut datangnya daripada, kononnya sebuah bank tempatan iaitu AmBank Malaysia Berhad. Nama pengirim emel tersebut ialah Ahmad, Norhayati, Sharifah, Hazlina dengan masing-masing mendakwa mengirim wang berjumlah RM 9,450, RM 16,820, RM 22,572 kepada akaun anda. Tetapi wang tersebut tidak dapat diproses oleh kerana masalah teknikal iaitu security system maka akaun anda telah diblok. Panik!!

Wow akaun AmBank penulis kena blok! Sedih...   

Ingat penulis ada akaun AmBank ke?    Ini adalah suatu modus operandi mencuri wang secara digital dengan menggunakan maklumat username dan password akaun AmBank Online anda. Sekiranya betul anda mempunyai akaun AmBank dan melakukan transaksi secara online, pastikan anda tidak klik atau copy link yang diberikan oleh pengirim emel tersebut. Sekiranya anda masukkan juga username dan password akaun anda pada link yang diberikan, maka dengan pantasnya wang dalam akaun anda akan disedut oleh sindiket ini dan dipindahkan kepada akaun mereka. 

Kalau anda masih tidak percaya dengan apa yang penulis katakan ini, lihat sahaja nama sebenar pengirim emel tersebut di bawah ini: Apa nama emelnya?

AmOnline wu.hu@vanderbilt.edu
AmOnline lisa.m.grunwald@vumc.org
AmBank(M) Berhad meredith.holt@vanderbilt.edu
AmBank(M) Berhad marta.zavaleta@vanderbilt.edu
AmOnline kelli.findle@vanderbilt.edu
AmOnline deborah.a.hartness@vanderbilt.edu
wu.hu@vanderbilt.edu dan sebagainya. Sahlah bahawa emel ini adalah scammer yang bertujuan untuk mencuri duit anda secara online jika anda masukkan juga username dan password apabila klik atau copy paste link yang tersebut. Sedangkan AmBank sendiri telah mengeluarkan kenyataan pada laman web online mereka berkenaan hal ini.



Sebenarnya bukan AmBank Berhad sahaja yang menjadi target scammer digital ini malahan bank-bank tempatan lain juga ada terkena tempiasnya. Modus operandi pun sama seperti apa yang dituliskan pada perenggan atas ini. Jadinya, kepada para pengguna bank secara online di luar sana, pastikan anda jangan panik apabila menerima emel seperti yang dicatatkan pada perenggan di atas ini. Panik hanya akan membuatkan anda jadi tidak menentu dan membolehkan anda membuat keputusan melulu malah tidak rasional sehingga boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti kecurian wang atas talian. Bank tidak sekali-kali meminta anda untuk memberikan username dan password secara terbuka untuk digunakan pada laman web mereka bagi menjalankan transaksi secara online. Ingat jangan jerumuskan diri anda ke arah panik apabila melalui situasi seperti ini. Jadilah pengguna bijak, jadilah pengguna yang rasional.


p/s: ada baiknya semua bank tempatan ini duduk berbincang sama-sama untuk bikin iklan dalam media elektronik seperti radio, tv, media sosial, dan juga media cetak bagi tujuan hebahan ramai berkenaan hal scamming ini. Hebahkan sehingga ke akar umbi, sehingga adik, abang, kakak, ayah, ibu, nenek, datuk, jiran kita semua tahu akan hal ini. Kalau iklan dalam website Bank tersebut sahaja mungkin tidak mencukupi, ianya perlu berterusan dan boleh diingati. Ishh..come onlah, bank banyak buat untung der, bukan sikit2..boleh jer bikin iklan. Apa, nak bikin iklan?? Cuba tanya dengan tuan tanah blog ini macam mana nak buat iklan untuk hebahan ramai. Kami memang Multimedia expert dalam audio & video editing. ;) :) ^_^ Tak percaya? Selaklah laman blog penulis ini, kita producer tau! ;) huhu...


Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger


Share:

0 comments:

Post a Comment