Showing posts with label android. Show all posts
Showing posts with label android. Show all posts

Friday, April 24, 2020

Macam mana nak akses Menu ketika menonton online TV?   

Rasa menyesal beli Android TV sebab tak boleh setting Brighness/Backlight ketika menonton online TV? Mulanya penulis pun fikir macam tu juga, tapi..

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot dot my. Lama sungguh tak update blog ini sebelum PKP dilancarkan lagi masih tiada isi kandungan terbaharu disiarkan buat anda semua. Maaf geng, saya mesti imbangkan masa antara kerja (Work From Home) dan keluarga pada ketika ini.

Tetapi apa yang tak bestnya berlaku ketika PKP sedang berlangsung ini ialah Smart TV di rumah pula rosak! Diulang rosak! Haishh..rosak mcm mana eh? Gambar TV tu berkembar atau blur, Memang sakit mata tengok TV dalam keadaan macam tu. Lebih-lebih lagi anak-anak penulis yang selalu duduk depan TV tak kisah gambar tu blur ke, berkembar ke, diorang duduk atau berdiri jer depan TV. Ish..dah kena marah dengan ayah. Huhu.

Jadi saya dan isteri pun berbincang samada nak hantar repair TV Samsung ni atau beli baru. Hampir terlupa pula waktu PKP ni kedai repair TV tutup! Jadi kami pun buat keputusan untuk beli TV baru di Lazada. Selak punya selak macam-macam jenama ada, langsung tak filter harga. Agagaga.. Tapi kami cuba cari harga yang berbaloi dengan features yang ditawarkan bukan sekadar jenama sahaja. Al-maklumlah jika brand Samsung confirm harganya riban-riban walau brand yang satu lagi tu features dan saiznya lebih kurang sama jer dengan Samsung tetapi jauh lebih murah. Itu yang membuatkan kami nak beli jenama tersebut.

Haa..pernah dengar jenama ni? Apa, tak pernah? Hahaha..tak mengapa sebab jenama ini ialah buatan negara China dan tengah TOP sekarang ni di negara mereka. Kami explore di Lazada ni cari yang 4K itu aje. Sebab zaman sekarang FHD (1920 x 1080) dah biasa sangat. Jadi explore punya explore jumpa seller ni di Lazada.


Haa..tengok tu harga dia memang value for money utk size 55 inci siap free wall bracket dan payung lagi. Memang pandai isteri penulis ni explore harga TV di app Lazada dengan harga yang bernilai dan berbaloi membelinya. Kami pun explore lagi dengan follow seller ni punya shop. Ok, cun. Seller ni dari Batu Pahat memang kami prefer sebab kami pun menetap di JB. Kurier pula disempurnakan oleh SkyNet dan mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk sampai ke rumah ketika PKP ini. Oklah tu taklah lama sangat, kami pun ada di rumah menunggu delivery. Maklumlah #stayathome. Kan..  


Walaupun TV dah sampai pada ketika itu tetapi kami ambil masa 2-3 hari barulah keluarkan TV ini dari kotak disebabkan isteri bekerja ketika PKP. Nak buat sorang-sorang risau pulak sebab anak-anak tengah nakal belaka time ni. Hehe..kakak umur 6 tahun, adik dia 2 tahun, lagi sorang bongsu usia 6 bulan. Haa..ketiga-tiga budak comel ni penulis jaga kat rumah ketika isteri bekerja waktu PKP ni.    memang tak bolehlah keluarkan TV dulukan?

Bila isteri tidak ke pejabat lagi ketika PKP ini, penulis pun ambil kesempatan untuk memasang TV bersama-sama beliau. Hurm..memang tak boleh buat sorang-sorang. Agak renyah. Buat masa ni TV Skyworth ni dipasang tapaknya dahulu sebab plan asal nak install wall bracket. Tapi TV Samsung lama ni masih melekat pada bracketnya maka TV samsung di belakang dan Skyworth di depan.   Bukan gila kuasa nak letak dua TV serentak. Nasib baiklah ada kabinet TV. Penulis takde impact drill kat rumah dan kalau adapun bukan tahu gunakannya, kata isterilah.  



Waktu first time ON TV Skyworth ni punyalah ambil masa dekat seminit lebih loading. Itupun keluar logo android jer. Ok baru faham sebab TV ni OS Android. Sama juga jika korang 1st time atau restart semula smartphone Android mesti ambil masa sikitkan?

Lepas tu ikutlah arahan yang diberikan pada skrin seperti setup internet wifi/wired, google account, language dan sebagainya.

Tetapi satu masalah dihadapi apabila menonton online tv seperti Youtube, Netflix adalah, anda tidak boleh akses Menu pada remote control anda. Ia tidak akan berfungsi seperti mana pada live tv. Katakan anda mahu adjust picture setting ketika menonton Youtube akibat terlalu cerah cahaya TV, anda pun menekan button Menu pada remote tapi takde apa-apa berlaku pada TV. Kenapa? Sebab Menu tersebut hanya berfungsi pada Live TV sahaja. Waktu pertama kali pasang TV ini kami menghadapi masalah sedemikian rupa. Memang terang sangat-sangat bila tonton Youtube, Netflix. Sakit mata ni, berair. Jadi untuk adjust backlight/brightness ikutilah panduan saya berikan ini. Contohnya di rumah saya gunakan Unifi TV pada input HDMI 1. Jadi anda perlu tekan button Source dan pilih HDMI 1. Kemudian bila dah dalam persekitaran Unifi TV, tekan button Menu->Video dan turunkan nilai backlight/brightness pada nilai 5 backlight dan 5 brightness. Memang gelap bila menonton Unifi TV! Setelah itu tekan semula Home button atau Youtube atau Netflix pada remote dan lihat sendiri perubahan backlight/brightness. Pasti dah berkurangkan kecerahan TV kan? Haa..gitulah kaedahnya. Tak susah pun.

Zaman informasi digital sekarang ni menonton berita pun kita tengok di Youtube. Nak tengok live TV macam takda rancangan menarik. Lainlah jika anda ada pakej Astro yang ada rancangan menarik perhatian seperti Gegar Vaganza dan lain-lain. Dan menonton Gegar Vaganza pun dah boleh tengok secara online di Youtube! Kelajuan internet di rumah kita sekarang ni dah bertaraf high-speed menggunakan fiber Unifi. Jika tidak menggunakan Unifi ada yang gunakan Maxis Home Fibre, tapi sama jer. Jika korang pasang Maxis Home Fiber sekalipun teknikal TM pun akan ada sekali sewaktu installation. Hehehe..

Jadinya itulah tadi kisah penulis dan android TV. Ya memang bagus android TV ni sebab dah macam smartphone kemudahannya. Ada Google Play Store yang korang boleh download apps pada TV tersebut untuk main game. Beli ajelah bluetooth gamepad. Layan game sampai boring. Hehe..kita bertemu lagi lain kali ya. In Sha Allah.

Wassalam

p/s: 28 Dec 2020: TV kami rosak bahagian panel, jadi kami telahpun call Skyworth JB dan mereka dah angkut TV kami untuk diperbaiki. Kemudian selang beberapa hari Skyworth JB call bagi kami pilihan samada nak teruskan repair TV ini atau offer model lagi baru dengan saiz yang sama. Penulis kata OKAY! Tapi lambat pulak rasanya model baru tu nak sampai, maklumlah bulan Nov 2020 baru dilancarkan..itupun secara online. Cepat sikit sampai..tak sabar nak layan MOVIE!!! 

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
http://people.utm.my/jeffri-ar

Share:

Wednesday, August 1, 2018

Cara nak tukar nombor telefon lama kepada no telefon baru di Google Account
Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung laman blog tuan tanah cubitsanasini dot blogpsot dot my. Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam entri terbaru dengan tajuk yang tak kurang pentingnya bila kita berhadapan dengan situasi ini. Yelahkan, pada ketika ini apabila GST ditetapkan pada kadar sifar peratus, sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli gajet-gajet elektronik secara online mahupun di kedai yang menjualnya. Lebih-lebih lagi smartphone. Ada sahaja keluaran baharu yang sering muncul di kala ini. Performance sesebuah smartphone yang dijual di pasaran biasanya terbahagi kepada 3 kategori iaitu, Low, Mid, High range. Setiap orang ada jenama favorite yang masih setia dengan satu jenama sahaja. Ada pula yang bertukar dari jenama buah-buahan kepada jenama laptop/pc. Kenapa mereka bertukar? Itu kenalah tanya tuan punya badan. Kadang-kadang kita tak perlu susah pun cari orang semacam ini. Ada di antaranya kawan-kawan kita yang setia dengan jenama buah-buahan, tetapi dengan tiba-tiba beralih arah kepada android pula kali ini. Pergilah tanya mereka kenapa ya.   Tuan tanah tidak ada smartphone jenama buah-buahan sampailah sekarang. Kerana masih lagi setia dengan android sejak Samsung mengeluarkan Galaxy i9003. Tetapi jenama dah berubahlah oleh kerana banyak pilihan lain yang lebih affordable dan tak kurang hebat seperti pesaing android yang lain antaranya ialah Samsung dan Huawei.

Tapi apakan daya kalau smartphone High Range korang berharga 3-4 ribu ringgit, korang masih tak reti nak buat basic setting pada Google accounts? Wei,,campak jerlah smartphone korang tu ke luar tingkap.   kasar tak bahasa penulis? Haa..minta maaflah, saje jer nak riuhkan suasana dalam blog ni. Hehehe..baik kita ikuti kisah ini di bawah:

Azmi menggunakan smartphone jenama Samsung dengan nombor telefon yang telah digunapakai sejak 3 tahun yang lalu. Sayang betul dia dengan nombor tu! Kemudian dia berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan buah hati cintanya sejak di bangku sekolah lagi. Lalu si bakal isteri menyuarakan pendapatnya:

Gegurl: ayang-ayang, apa kata kita tukar telco yang lain? Dah lama kita pakai telco M ni tapi takda apa-apa benefitlah untuk kita. Dahlah data plan dia mahal cuma 5Gb jer. Tapi cuba ayang tengok brochure telco U ni, dia punya Giler RM 50 data dan voice UNLIMITED tau!

Boboi: Eh, betul ke ayang? Jangan main-main, I memang hangin betullah dengan telco M ni, dah jadi loyal customer agak lama dah tapi satu haprak tak dapat apa-apa dari diorang. Ishh..kalau betul, jom kita port-out dan tukar telco U Giler ni!


Tengah marah pasal telco M

Gegurl: Haa..Kan I dah cakap, apa lagi jom kita tukar! Nombor telefon pun kita tukar tau biarlah dekat-dekat dengan ayang, barulah kita nampak macam pasangan yang macam kat pesbuk tu kan..Hai. kita dah kawan selama seminggu sebab hari ini hari sabtu!

Buweekkk...amek ko iklan kejap!    

Boboi: Hehehe..cepatlah, I tak sabar dah ni, meh I pimpin tangan u.

Gegurl: Eh, mana boleh, kita belum diSAHkan lagi tau!

Boboi garuk-garuk kepala sambil sengih

Boboi: Ala..itu harikan kitaa...

Gegurl: Dah jangan nak mengada!

Hehehe..penulisan di atas tidak ada apa-apa maksud lain hanyalah situasi yang dibayangkan oleh penulis untuk bacaan korang agar tak stress sangat membaca.

Ok, apabila Azmi dan pasangannya telah port-out dari telco M kepada telco U yang baru, mereka menggunakan nombor baru sempena pengantin baru Choi!. Setel satu masalah! Kemudian setelah selesai majlis perkahwinan, isteri si Azmi pun memasukkan sim kad baru telco U ke dalam smartphone jenama popular di dunia dengan teknologi AI ciptaan company tersebut. Maklumlah, hantaran perkahwinan dari suami tercinta. Dasatttt...tapi setelah banyak kali mencuba untuk SIGN IN kepada Google account, seringkali itu juga si isteri gagal untuk daftar ke Google. Kerana Google akan menghantar verification code kepada no telefon lama anda untuk pengesahan seterusnya. Jadi kesnya sekarang ini ialah Azmi dan isteri telah port-out dari telco M dan naik kapal baru iaitu telco U. Dan Google menghantar verification kepada nombor lama. Siapalah agaknya insan yang akan dapat verification tersebut jika no lama itu masih aktif? Mesti dia pelik! Eh apsal ada nombor pelik2 ni kat SMS aku? Nak kata aku main nombor ekor tak pulak. Tapi ada nama Google ni!   Dah itu aje backup yang ada jika berlaku kecemasan. Panic! si isteri tak tahu nak buat macam mana. Fikirnya, elok sahaja create akaun baru, lebih mudah begitu!

Tanyakan si suami, haprak dia tak tahu pasal teknologi smartphone. Tahu main pesbuk, whatsapp, wechat, main mobile legend dsb. Si Azmi pun tanyakan kawan-kawan lain kat ofis macam mana. Tapi dia terlupa, company dia kerja tu kebanyakkannya pengguna smartphone jenama buah-buahan. Maintain standard tinggi, perghh! Dia pun dulu pengguna jenama buah-buahan tersebut tapi dia dah bosan dengan jenama tu, katanya takdelah best mana pun. Skrin kecik jer taklah besar macam jenama si Hawau tu, siap AI lagi. Kelassssss...!!! Akhirnya terpaksalah dia mencari penyelesaian sendiri dengan bertanyakan pakcik Google. Nasib baiklah jumpa, kalau tidak, humban aje ke sungai smartphone tu!. Dia pun dapatlah settekan masalah tersebut, lalu dia pun berkongsi dengan kawan-kawan yang lain menggunakan android macam mana nak atasi masalah yang demikian.

Jom kita ikuti macam mana caranya.

PERINGATAN!Sebelum itu perlu penulis tegaskan di sini bahawa penulis menggunakan pc untuk akses ke google account bagi membuat perubahan personal info. Kerana menggunakan pc lebih banyak menu boleh diakses dengan mudah.

 Step 1: Kita taip www.google.com di browser. Kemudian taip 'sign in google' pada search box

Step 2: Kemudian kita klik pada link Sign in yang penulis highlightkan dalam kotak merah di atas 

Step 3: Pilih akaun mana yang kita nak edit. Macam penulis ni ada pelbagai akaun. Personal, ofis, kerja. 

Step 4: Masukkanlah password. Takkan tuan tanah nak bagi password sendiri ye dak?

Step 5: Dah masuk dlm google account akan nampak maklumat seperti ini. 

Step 6: Klik pada link Your personal info

Step 7: Inilah dia maklumat peribadi account google yang perlu kita ubah. 

Step 8: Ok, klik pada link Phone number tu untuk ubah no telefon baru

Step 9: Kita nak edit no telefon lama tu dengan no telefon yang baru

Step 10: Sebelum boleh kita edit no telefon lama tu, kita kena sign-in lagi sekali - security purpose!

Step 11: Kita akan dibawa ke maklumat yang sama tapi kali ini dah boleh edit no telefon tu

Step 12: Klik pada butang pensil tu untuk edit no telefon lama kepada no telefon yang baru

Step 13: Ok, kat sini korang dah boleh masukkan no telefon yang baru setelah klik UPDATE NUMBER

Step 14: Ok, taiplah no telefon yang baru tu. Takkan tuan tanah nak dedahkan no sendiri. PRIVACY oo!!

Step 15: Dah settle. Tadaaa...

Ok, bila dah settle tukar no telefon yang baru ni, korang dah boleh sign-in google account pada android smartphone korang tu eh. Masukkan password dan korang tidak akan diganggu lagi dengan bayangan no lama yang dah tak wujud atau dah berpindahmilik kepada orang lain. So, dah boleh install apps dengan Google PlayStore. Selamat!

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
Share:

Wednesday, December 6, 2017

SNAPDRAGON 835 jadi taruhan Windows PC keluaran QUALCOMM

Ada masanya setiap gajet melaksanakan sesuatu  FUNGSI dan TUGAS yang berbeza. Kemungkinan smartphone korang berprestasi tinggi dan mampu untuk bertahan 3 hari duduk dalam poket akan tetapi hanya mampu untuk melakukan beberapa fungsi dan tugas sahaja. Manakala komputer korang yang sememangnya boleh melaksanakan tugas dan fungi yang berat pula tidak muat nak dibawa masuk ke dalam beg dan sewaktu dengannya. Kenapa begitu? kerana semuanya ada fungsi dan tujuan tersendiri. Tetapi sekarang semuanya telah berubah. Anda boleh menonton movie online, main games pun online berserta buat kerja yang serius pada beberapa device seperti smartphone, laptop, tablet dan yang lebih best ialah boleh digunakan di mana sahaja anda berada. Setiap device mampu melakukan segala-galanya.

Disebabkan itu player dalam industri teknologi faham akan arah tujuan semasa. Kita ambil contoh Samsung DeX yang bermampuan untuk menjadikan smartphone Samsung korang seakan-akan desktop PC. Kemudian Apple iPad pula memecahkan tembok antara komputer dan smartphone. Terkesan daripada itu Google pula melancarkan Pixelbook sama seperti iPad, laptop hanya pada nama sahaja.


Sumber imej: http://www.samsung.com/global/galaxy/apps/samsung-dex/images/apps_dex_feature06_pc_v1.jpg

Dan sekarang ini company terbesar dalam pembuatan chip silicon smartphone, Qualcomm cuba untuk melangkah lebih jauh lagi. Mereka membuat pengumuman terbuka terhadap hasil projek bersama Microsoft bagi membangunkan PC seperti komputer Windows akan tetapi performance sama seperti  high-end smartphone. Antara features menarik pada PC ini ialah boot dengan pantas, adanya connection LTE dan mampu bertahan sehingga 20 jam penggunaan. Yang paling BEST ialah mereka menggunakan Chip Snapdragon 835 yang mana kita semua tahu kebanyakan smartphone yang high end pada tahun 2017 menggunapakai chip ini. Qualcomm dan Microsoft pernah menggembar-gemburkan berita mengenai "PC generasi baru" sebelum ini melalui jalinan perkongsian dan akhirnya telah menjadi realiti. Terbaek! Sila cek poket korang!  

Sumber imej: https://cnet4.cbsistatic.com/img/3fj3j0D9PFIx4CnjHqaGuQmUXFc=/830x467/2013/01/03/cbcbb47a-67c2-11e3-a665-14feb5ca9861/HP_Envy_x2_11t-g---_with_2gb_433mhz_LPDDR2_SDRAM_64gb_solid_state_drive_35540592_02.jpg

Everything Machines
ASUS dan HP antara company pertama bina peranti Snapdragon menggunakan sistem operasi Windows 10 S. Sementara HP Envy X2 berupa tablet dengan berat 1.5 pound (tak sampai sekilo pun) mampu bertahan selama 20 jam sekali caj dan lebih nipis dari iPhone korang yer. Kalau kita lihat Asus NovaGo pula ianya kelihatan seperti sebuah laptop dengan keyboard berserta trackpad dengan skrin berukuran 13.3 inci. Kedua-dua peranti ini (HP Envy X2 dan NovaGo) menggunakan sistem operasi Windows. Jangan jeles sekiranya kedua-dua peranti ini lebih menarik dari Windows machine korang.




Sumber imej: http://www.unbox.ph/wp-content/uploads/2016/11/Unbox-276-Qualcomm-Feat.jpg

Oleh kerana chip Snapdragon 835 sangat kecil saiznya dan amat sesuai untuk smartphone yang ultra nipis pada zaman moden sekarang ini, ianya sangat mudah untuk dimuatkan ke dalam PC yang juga ultra nipis. Apahal la company semua nak buat nipis2 ni! Aku duduk penyek jugak PC ni!   OK..iklan jer tu. Jangkaan Qualcomm dalam pelan jangka panjang ialah, peranti tersebut mungkin akan berubah kepada bentuk lain dan beroperasi dalam platform lain pula. Sebagai contoh kita boleh lihat Google Chromebook. Oleh kerana asas (foundation) kepada teknologi tersebut adalah sama, company pembuat PC mula melabur dalam pembuatan smartphone. begitu juga dengan AMD dan Qualcomm bekerjasama untuk membangunkan PC berkelajuan tinggi yang dilengkapi dengan teknologi selular. Disebabkan itu peranti ini amat pantas diserap ke dalam market arus perdana. Woosh! market tengah baik memanglah ada yang beli.




Sumber imej: https://zdnet2.cbsistatic.com/hub/i/r/2017/05/31/8ecac833-de1e-4b57-b304-9530067f6b53/resize/770xauto/7422e2f56f5ff897d7b8b9330bef3597/always-connected-pc.jpg

Sebelum ni Microsoft pernah cuba bangunkan PC sebegini (Always Connected PC) dengan platform mereka tetapi tidak memberangsangkan atau senang cerita tak bagus. Tak semua apps boleh digunapakai mengikut kehendak pengguna. Nasib baiklah Qualcomm belajar dari peristiwa ni. Kalau korang beli device  jenis "Always Connected PC" ni, apa yang korang dapat ialah Windows 10 complete siap dengan teknikal support. Tapi janganlah korang bandingkan jenis PC ni dengan laptop Intel korang tu, memang tak samalah. Tapi dengan chip 835 ni sudah memadai untuk melakukan tugas-tugas biasa. Ya itulah dia FUNGSI dan TUGAS Always Connected PC, dicipta untuk tahan lebih lama dan mudahalih. Senang untuk dibawa ke mana-mana hatta dalam tandas sekalipun.

Qualcomm juga berkata tentang potensi market untuk PC berkeupayaan LTE 5G pada masa akan datang. Kalau korang nak tahu company Qualcomm ni memang heavily promote 5G. Korang tunggu jelah masanya nanti yer. Just siapkan duit and walaaa...


Artikel ini telah diterjemah dari laman web berikut dan telah ditambah rempah ratus yang secukupnya bagi tujuan lite reading. : https://www.wired.com/story/qualcomm-building-pcs-out-of-smartphone-parts/ 

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over


Share:

Tuesday, May 23, 2017

Mari kenali jenama processor dalam smartphone anda!

Pengenalan
Bila kita bercakap mengenai smartphone baik dari pelbagai brand atau jenama sekalipun, perkara pertama yang selalu kita akan mahu ketahui ialah laju ke smartphone ni, power ke smartphone ni, tak jadi lembab ke bila dah macam-macam apps kau install dalam smartphone ni? Dah jadi kebiasaan. Kita bukan bercakap mengenai perkara teknikal yang ada dalam smartphone itu tetapi kemampuan secara zahir dengan apa yang kita rasai dan lalui apabila menggunakan smartphone tersebut. Ok..itu pun dah kira satu step untuk kita hampirkan diri bagi memahami lebih lanjut mengenai features sesebuah smartphone. Kerana apa? Kalau kita sendiri yang beli smartphone di kedai peralatan telekomunikasi, kita sendiri akan dapat feel bila memegang dan testing device tersebut secara fizikal. Akan tetapi bila kita beli secara atas talian atau online, macam mana kita nak tahu ianya betul-betul power dan pantas seperti kehendak kita? Oh..kita baca spec terlebih dahulu, dari atas sampai ke bawah page website tersebut kita scroll cuba fahamkan apa kelebihannya. Yang kita nak tahu power ke tak smartphone ni? Harga dah ribu-ribu, takkan tak power yer dak? Dan satu lagi kita akan lihat video review di Youtube berkenaan smartphone tersebut.

Aha.. maknanya, kita juga tak boleh ambil mudah sesuatu perkara berkenaan smartphone ini. Maka kita perlulah memahami beberapa terma teknikal sebelum menjunam buat satu konklusi berkenaan smartphone tersebut. Dari segi apa? Baik..kali ini penulis akan cuba membawa anda semua untuk mengenali 'the heart of a smartphone' yang membuatkannya beroperasi mengikut spec yang berbeza-beza dari setiap sudut performance. Itulah dia CPU atau Processor. 

Sebuah Permulaan
Seperti juga sebuah komputer laptop atau desktop, ianya dipacu oleh Central Processing Unit yang bertindak sebagai otak kepada keseluruhan pengoperasian sistem komputer tersebut. Tanpanya tak mungkin komputer dapat beroperasi bagi menjalankan kepelbagaian arahan mengikut kehendak pengguna yang menggunakannya. Begitu juga dengan otak manusia yang bertindak sebagai CPU bagi keseluruhan pengoperasian sistem tubuh badan kita. Tanpanya, tak mungkin manusia akan boleh melakukan pelbagai aktiviti harian.

!!! INFO !!!
Perlu untuk kita ketahui, walaupun penulis mengatakan bahawa CPU itu umpama otak akan tetapi ianya dipacu oleh tahap kelajuan berbeza mengikut spesifikasi tertentu.

Dan hari demi hari processor bagi smartphone semakin mantap dari segi performance, better power consumption, pengecasan bateri dengan pantas, tahap penggunaan yang lebih lama, kemampuan merakam video UHD 4K dan pelbagai lagi. Itu belum lagi cerita mengenai saiz fizikal sekeping processor. Ketahuilah bahawa sekarang ini saiz sekeping mobile processor yang maju adalah lebih kurang sama besar saiznya dengan duit syiling 10 sen atau 20 sen. Kemudian kita dikenalkan pula oleh terma seperti 'cores' dalam processor. Pada mulanya bermula dengan Single core, kemudian datang pula Dual core, dan sekarang ini kita dah ada Quad core, Hexa core dan juga Octa core. Apakah sebenarnya terma teknikal 'cores' ini dalam sekeping CPU smartphone anda? Nanti penulis akan tulis mengenainya..dalam entri yang lain ya! ;)



Bahagian kiri, Snapdragon 820, sementara di sebelahnya ialah Snapdragon 835. Duit 10 sen pun tak kecil macam ni.

Jadi, mari kita kenali beberapa brand yang terkenal dalam pembikinan processor sesebuah smartphone.

1. Qualcomm Snapdragon

Sumber imej dari http://atechjourney.com/list-of-smart-phone-and-tablet-mobile-processors.html/

Qualcomm Technologies ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang sangat aktif bergiat dalam pembangunan teknologi berkaitan semikonduktor bagi rekabentuk peranti smartphone, tracking devices, telefon satelit, Virtual Reality, wireless charging, komunikasi dsb. Pada peringkat awal kemunculan Qualcomm Technologies dalam industri telekomunikasi ialah apabila mereka memperkenalkan teknologi CDMA di pasaran global. Sejak dari itu syarikat ini terus dikenali ramai dan melangkah maju ke hadapan dengan membangunkan mobile processor Snapdragon dan juga modem LTE. Snapdragon dikatakan popular dengan dakwaan yang mengatakan bahawa mereka adalah syarikat pertama yang mengeluarkan mobile processor berkelajuan 1 GHz di mana kebanyakan smartphone lain dalam pasaran pada ketika itu hanya berkelajuan 512 MHz. Dan bermula dari tahun 2005, Snapdragon telah mengeluarkan pelbagai siri processor iaitu S1, S2, S3, S4, S200, S400, S600 dan S800. Dan pada tahun berakhir 2016, syarikat ini telah memutuskan untuk membangunkan chip pada siri S800. Ianya bermula dengan S800, S801, S805, S808, S810, S820 dan terkini ialah S821.

Kemudian Qualcomm mengumumkan chip terbaru iaitu S835 yang akan berada di pasaran sekitar suku pertama 2017. Saiz chip S835 adalah kecil sedikit saiznya berbanding dengan S821 iaitu berukuran 14 nanometer. S835 pula berukuran 10 nanometer, walaupun agak kecil berbanding S821 tetapi chip ini didatangkan dengan kelebihan seperti performance yang menjangkau 27 peratus lebih laju, penggunaan power kurang dari 40 peratus dan telah dikecilkan saiz fizikal sebanyak 30 peratus. Selain dari itu chip ini juga  dilengkapi dengan teknologi Quick Charge 4.0 untuk mengecas bateri lebih cepat sekitar 5 hingga 10 minit dan mampu untuk bertahan pada 1 hari penggunaan oleh pengguna. Antara smartphone yang menggunakan chip Snapdragon 821 ialah seperti Google Pixel, Google Pixel XL, Asus Zenfone, OnePlus 3T, Xiaomi Mi 5s, Xiaomi Mi 5s Plus, LeEco Le Pro3. Haa..pernah ke dengar jenama LeEco tu? Kalau tak cubalah klik link jenama smartphone tu eh.

Kelebihan dan Kekurangan processor Qualcomm Snapdragon

Chip processor ini sangat popular di kalangan pengusaha smartphone dan juga tablet kecuali Apple. Kerana kelebihan Snapdragon ini adalah dari segi performance yang begitu baik apabila melaksanakan arahan multitasking dan sangat sesuai untuk mereka yang minat main game dengan smartphone. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Adreno grafik yang terbina dalam chip ini. Dipendekkan cerita, chip Snapdragon memang agak mahal berbanding processor yang lain.

2. Apple Mobile Processor

Sumber imej dari http://atechjourney.com/list-of-smart-phone-and-tablet-mobile-processors.html/

Perlu untuk kita tahu bahawa Apple tidak menghasilkan sebarang microprocessor. Mereka hanya jalinkan kontrak dengan manufacturer seperti Samsung dan TSMC untuk bangunkan processor yang mengikut design dan performance dan bersesuaian dengan kehendak mereka. Cuba kita lihat chip A9 sebagai contoh, processor berukuran 14nm tersebut dibangunkan oleh Samsung sementara versi satu lagi berukuran 16nm dibangunkan oleh TSMC. Kita baca lagi pelbagai versi chip processor untuk apple ini di bawah:

Apple A series merupakan processor yang digunapakai dalam iPhone, iPad Touch dan Apple TV. Antara beberapa processor dalam siri ini adalah seperti A4, A5, A6, A7, A8, A8X, A9, A9X dan A10. Yang terkini ialah A11 untuk dimuatkan dalam iPhone 8.

Apple A10 Fusion adalah processor yang dimuatmasuk ke dalam iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus. Chip ini berukuran 16 nanometer dengan pacuan kuasa kuda Quad Core (empat core) berkemampuan pada kadar kelajuan 2.4GHz. Turut serta on board pada chip ini adalah GPU dengan enam kuasa kuda (Hexa core) dan menurut Apple, A10 adalah 2x ganda lebih pantas dari sudut perfomance serta peningkatan sebanyak 50% pada pemprosesan unit grafik. (GPU) Seperti biasa chip ini dibangunkan oleh TSMC.

Kemudian, Apple S series adalah processor yang direkabentuk bagi kegunaan Apple Watch. Antara beberapa processor dalam kategori ini adalah seperti Apple S1, Apple S1P dan Apple S2. Produk yang diberi nafas dengan Apple S2 ialah Apple Watch Series 2. Pengeluar bagi processor ini ialah Samsung di bawah kontrak perjanjian dengan Apple.

Selain daripada itu, Apple W Series merupakan processor yang digunapakai dalam wireless audio connectivity. Ianya dimuatmasuk ke dalam produk Apple iaitu AirPods dan juga wireless headphone.

Apple T series merupakan chip yang direkabentuk dan digunapakai pada sensor TouchID dalam Macbook Pro terbaru. Sehingga kini versi yang dikeluarkan ialah Apple T1.

3. Intel Atom and Core M processors

Sumber imej dari http://atechjourney.com/list-of-smart-phone-and-tablet-mobile-processors.html/

Hampir semua orang mengetahui bahawa Intel adalah syarikat Amerika yang sinonim dengan pembuatan microprocessor untuk PC. Namun Intel Atom adalah jenama bagi kegunaan smartphone dan juga tablet yang mana ianya merujuk kepada chip yang direka khas dengan low power consumption pada kadar kos yang rendah dan dikeluarkan dalam 2 versi iaitu 32 bit dan 64 bit.  Walaupun architecture CPU Intel berasaskan sistem X86 dan lebih berkuasa berbanding ARM, tetapi kelemahan ketara pada chip ini ialah memakan lebih kuasa berbanding chip dalam ARM. Akan tetapi kebanyakan processor Intel masa kini telah banyak peningkatan pada aspek power consumption sekitar 5 watt di mana ianya bersesuaian pada semua peranti mobile. Kalau dahulunya processor Atom ini hanya menyokong sistem Windows, tetapi ianya telah berubah masa kini kerana telah banyak menyokong sistem operasi utama.

Processor Atom masa kini ialah Atom X5 dan X7. Kedua-dua chip ini berteraskan 64 bit dengan kuasa kuda Quad core (empat core) pada ukuran 14nm beserta kelajuan sehingga 1.6 GHz dan boleh scaled up sehingga berkelajuan 2.4 GHz. Selain dari itu Intel juga mengeluarkan microprocessor Intel Core M dengan voltage berkuasa rendah untuk digunakan pada notebook saiz ultra nipis, peranti mobile dan juga peranti 2 dalam 1 yang boleh bertindak sebagai laptop dan juga tablet. Kelebihan processor ini ialah pada penggunaan power consumption yang rendah iaitu sekitar 4.5 watt atau kurang daripada itu lantas memanjangkan jangka hayat bateri untuk tahan lebih lama berbanding biasa. Kedua-dua chip ini adalah dual core dengan kelajuan antara 1.5 GHz yang boleh scaled up sehingga 3.2 GHz. Chip ini juga menawarkan peningkatan performance pada CPU dan graphic sehingga 40% berbanding versi yang sebelumnya.

Processor Atom disokong oleh semua pengeluar produk berkaitan ICT telekomunikasi. Yang terkini digunakan oleh syarikat yang membangunkan tablet seperti Micsrosoft Surface, Asus, Dell, Lenovo, HP. Manakala pada tahun 2016 pula Asus Zenfone merupakan satu-satunya jenama smartphone yang menggunakan processor Atom. Kenapa? Kalau ada masa nanti penulis ceritakan yer. Antara lain dalam platform ini ialah Apple Macbook 12 inci dan HP Chromebook juga turut menggunakan Core M Processor pada produk mereka.

4. Nvidia Tegra

Sumber imej dari http://atechjourney.com/list-of-smart-phone-and-tablet-mobile-processors.html/

Mereka yang memang ICT Tech-Savy tidak perlu diperkenalkan lagi apakah hebatnya Nvidia dalam dunia komputer. Ya..Nvidia merupakan sebuah kompeni di Amerika yang specialize dalam pembangunan unit pemprosesan grafik, video games dan juga peranti mobile. Mereka menggunakan branding Tegra untuk membangunkan chip bagi smartphone, tablet dan juga peranti mobile.

Processor ini dibangunkan dalam teras 64 bit dan dientegrasikan pada kerangka ARM. Antara beberapa processor Tegra yang telah dikeluarkan seperti Tegra 3, Tegra 4, Tegra 4i, Tegra K1 dan Tegra X1. Pada tahun berakhir 2016, Tegra X1 merupakan chip paling termaju dalam pasaran. Ia dipacu oleh empat kuasa kuda quad core dengan 256 GPU cores berkemampuan pada resolusi video bersaiz 4K. Chip ini berukuran 20 nanometer dan pada masa kini ianya digunakan pada Nvidia SHIELD Android TV.  

Antara processor jenama Tegra yang digunakan dalam smartphone dan tablet ialah Tegra 4, Tegra 4i dan Tegra K1. Berikut ialah senarai detail:
  • Tegra 4 - Asus Transformer PAD, HP Slatebook, Toshiba Excite, Xiamo Mi3, XOLO Play Tegra Note
  • Tegra 4i - Blackphone
  • Tegra K1 - Nvidia Shield Tablet, Google Nexus 9, Acer Chromebook 13 dan 14 inci, Navi Big Tab
Dikatakan bahawa Nvidia telah mengumumkan chip terbaru iaitu Tegra P1 dan Nvidia Xavier bagi keluaran tahun 2017. Kedua-dua chip ini dikuasakan dengan Hexa core dan Octa core pada platform berukuran 16 nanometer.

Kelebihan dan Kekurangan Nvidia Tegra

Kalau dalam mobile gaming Nvidia Tegra consider the best! Sebab apa? Kerana processing graphic  mereka adalah antara yang terbaik di kalangan mobile processor. Akan tetapi kelemahan ketara pada chip ini adalah mempunyai rekod yang kurang baik terhadap janaan haba dan prestasi bateri.  Diharapkan model lain yang sedang dalam proses pembangunan akan dapat mengatasi masalah yang disebutkan sebentar tadi. Harganya pun agak mahal berbanding processor lain.

5. MediaTek


Sumber imej dari http://atechjourney.com/list-of-smart-phone-and-tablet-mobile-processors.html/

Kompeni MediaTek ialah sebuah syarikat semikonduktor dari Taiwan yang membekalkan chip untuk peranti mobile, HDTV dan pelbagai peralatan elektronik. Processor keluaran MediaTek dibina pada teras 64 bit dalam kerangka ARM. Untuk pengetahuan anda, chip terkini MediaTek menyokong sehingga kelajuan 3 GHz dan didatangkan dengan pelbagai variasi cores seperti Dual Core (2 core), Quad Core (4 core), Hexa Core (6 core) dan Deca Core (10 core). Antara processor terkini MediaTek ialah Helio X20 dan Helio X25 yang dimuatmasuk ke dalam smartphone. Chip ini sangat popular di kalangan pengeluar smartphone dari China iaitu Xiaomi, Meizu, LeEco Le, Yu dsb. Antara tablet yang turut menggunakan chip MediaTek ialah Acer, Asus, Lenovo, Amazon Fire HD dan QMobile.

Chip terbaru dari MediaTek bagi keluaran tahun 2017 ialah Helio X30 dan Helio X27. Kedua-dua processor ini berukuran 10nm dan 20nm dan dikuasakan dengan 10 kuasa kuda (deca core). Sebagai contoh Helio X30 berkuasa kuda 10 core (deca core) dalam sekeping CPU. Tetapi pada chip tersebut terbahagi kepada 3 cluster yang unik iaitu:
  • Featuring a unique 10-core design over three clusters: dual-core ARM Cortex-A73 up to 2.5GHz, quad-core ARM Cortex-A53 up to 2.2GHz and quad-core ARM Cortex-A35 up to 1.9GHz.
  • MediaTek Helio X30 meningkatkan prestasi sehingga 35% dan menjimatkan kuasa sehingga 50% bebanding MediaTek Helio X20.
Jadi, anda semua nampak tak macam mana kompeni MediaTek ini menghasilkan sekeping chip deca core dengan gabungan dari kerangka ARM? Sangat hebat pada ketika ini. Nak dapatkan pengiraan 10 core daripada 3 cluster itu begini caranya: Dual core = 2, Quad core = 4. Jadi ada 2 Quad core dalam chip ini, maka Dual core (2) + Quad core (4) + Quad core (4) = 10 core (Deca core). Mudah bukan? Baik anda fikir macam mana nak jadi jutawan smartphone dari sekarang. :) 

p/s: sama juga dengan chip octa core. Kita pun boleh panggil dengan nama lain iaitu dual quad core. ;)

Kelebihan dan Kekurangan Chip MediaTek

Processor terkini dari MediaTek didatangkan dengan begitu banyak cores dimasukkan ke dalam sekeping chip. Apabila digabungkan dengan bilangan RAM yang mencukupi, kita boleh expect smartphone tersebut boleh handle multitasking dengan mudah beserta pemprosesan power yang baik. Lagi satu, GPU PowerVR MediaTek adalah lebih baik berbanding processor yang lain. Jika nak dibandingkan perbezaan heat production antara MediaTek dan Qualcomm, MediaTek hasilkan heat dengan jumlah rendah berbanding counterpart mereka. Jadinya..kalau nak cuba sesuatu yang berlainan daripada biasa, cubalah pakai smartphone yang dilengkapi dengan chip Helio X30. Mungkin harganya murah sedikit berbanding smartphone lain yang menggunakan chip Snapdragon tapi performance mungkin juga akan sama. Sekarang ini smartphone yang dilengkapi dengan Helio X30 ialah Vernee Apollo 2, Meizu Pro 7, dan Doogee Mix.

6. HiSilicon



Sumber imej dari http://atechjourney.com/list-of-smart-phone-and-tablet-mobile-processors.html/

Syarikat dari China ini mengkhusus kepada kepakaran teknologi semikonduktor dan Huawei adalah pemilik bagi HiSilicon yang merupakan syarikat litar bersepadu domestik terbesar di negara China.  Pun begitu, kompeni ini juga membuat chip berdasarkan kerangka ARM. Antara processor yang dikeluarkan oleh HiSilicon adalah seperti K3V1, K3V2, K3V2E, Kirin 620, Kirin 650, Kirin 910, Kirin 920, Kirin 930, Kirin 950 dan Kirin 960. Sementara smartphone yang diberi nafas dengan Kirin 950 adalah seperti Honor 8, Huawei mate 8, Huawei MediaPad M3. Manakala smartphone yang dimuatmasuk dengan Kirin 960 pula adalah seperti Huawei Mate 9, Huawei Mate 9 Pro, Huawei Honor V9, Huawei P10, Huawei P10 Plus, Huawei Honor 8 Pro, Huawei Honor 9. Chip 960 ini dibina atas teras 64 bit pada kerangka ARM dan berukuran 16nm pada teknologi FinFet. Kelajuan chip 960 dengan kuasa kuda Octa core boleh mencecah sehingga  2.4 GHz. GPU pada Kirin 960 adalah dari teknologi ARM dan dikatakan 180% lebih laju berbanding pesaingnya. CPU ini juga memastikan bahawa keadaan bateri smartphone bertahan lebih lama dan juga peningkatan performance pada speed upload dan download dengan LTE. Dikatakan juga bahawa chip ini lebih powerful berbanding Apple A10 Fusion atau Snapdragon 820 dan 821.

7. Samsung Exynos



Sumber imej dari http://atechjourney.com/list-of-smart-phone-and-tablet-mobile-processors.html/

Exynos ialah brand dari Samsung Electronics yang membangunkan processor berasaskan kerangka ARM. Antara beberapa chip dalam siri ini ialah Exynos 7 Dual, Exynos 7420, Exynos 7 Octa 7580, Exynos 7 Octa 7870. Ketika ini, Exynos 8 Octa 8890 merupakan chip yang dibekalkan dengan kuasa kuda Octa Core pada teras 64bit dalam kerangka ARM beserta dengan GPU Mali yang juga dari ARM. Pemprosesan chip ini mampu mencapai kelajuan sehingga 2.3 GHz dengan menyokong 3D gaming, resolusi video UHD 4K dan pelbagai lagi. CPU ini dibangunkan pada ukuran teknologi 14 nanometer. Antara smartphone yang dimuatmasuk dengan Exynos 8 Octa 8890 adalah seperti Samsung Galaxy S7, Samsung Galaxy S7 Edge, Samung Galaxy Note 7 dan juga Meizu Pro 6 Plus. Sementara chip paling terkini dari Samsung ialah Exynos 9 Series (8895).

Rumusan
Siapalah penulis ini mahu membuat rumusan mengenai chip processor pada smartphone. Dahlah menggunakan Zenfone 2 tapi mahu buat rumusan pada Snapdragon 835, Helio X30, Kirin 960, A11, Exynos 9 dsb. Berbekalkan minat yang mendalam terhadap bacaan luar dari kebiasaan, apa yang penulis dapat simpulkan di sini mengenai CPU smartphone yang semakin maju dan pantas adalah, tidak kira anda sebagai pengusaha smartphone, perkara penting yang sentiasa dijadikan penekanan terhadap pembangunan sesebuah chip adalah; jika processor itu terbukti laju, bagaimanakah pula caranya untuk mengurangkan power consumption tanpa mengorbankan perfomance dan juga jangka hayat penggunaan yang lebih lama berserta durasi pengecasan yang lebih cepat dan juga ketahanan bateri untuk tahan lebih lama akibat kesekian kalinya mengecas smartphone tersebut. Dah macam design statement pulak penulis nukilkan tadi. ;)

Tapi itulah dia..sehebat mana teknologi CPU smartphone ini berkembang pantas, seiring itu jugalah sepatutnya hal-hal yang saya sebutkan di atas itu tadi perlu ditekankan agar peranti mobile yang kita gunakan itu lebih tahan lama dan relevan untuk satu jangka masa yang tidak boleh ditentukan oleh pengguna biasa seperti anda dan saya sebagai penulis. Kerana sekarang ini apa yang penulis sering perhatikan dari pelbagai jenama smartphone rakan-rakan di pejabat, kebanyakan mereka akan sentiasa mengecas smartphone dengan power bank atau charger. Samada smartphone itu dalam keadaan idle atau tidak disentuh langsung, bateri tetap draining dengan cepat.

P/S: YA..kerana itu pembikinan sesebuah chip dengan multiple core disertai dengan 2 tugas berbeza. Sebagai contoh Octa core processor. 4 core yang pertama untuk high performance, manakala 4 core yang kedua kecekapan yang lebih baik. Jadi macam mana smartphone nak tentukan mana satu high performance dan mana satu better efficiency? Kalau anda semak emel dan sms maka tidak perlukan pun high performance. Tapi bila korang main game, dekat situlah high performance core akan digunakan untuk  prestasi yang baik. Itulah yang dinamakan sebagai heterogeneous multi-processing, di mana tidak setiap core adalah sama.


Mari kita lihat penyataan heterogeneous multi-processing di atas dalam bentuk video oleh ARM. Sangat mudah untuk difahami.


Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger

So, macam mana korang nak decide beli smartphone lepas ni? Adakah beli ikut jenama atau ikut tech spec yang penulis sertakan ini? Apa, tengok bajet? Ok..ok..penulis faham hal ni. Tapi itulah dia serba sedikit yang dapat dikongsikan bersama anda semua. Terima kasih yer!


Share: