Rasa menyesal beli Android TV sebab tak boleh setting Brighness/Backlight ketika menonton online TV? Mulanya penulis pun fikir macam tu juga, tapi..
Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot dot my. Lama sungguh tak update blog ini sebelum PKP dilancarkan lagi masih tiada isi kandungan terbaharu disiarkan buat anda semua. Maaf geng, saya mesti imbangkan masa antara kerja (Work From Home) dan keluarga pada ketika ini.
Tetapi apa yang tak bestnya berlaku ketika PKP sedang berlangsung ini ialah Smart TV di rumah pula rosak! Diulang rosak! Haishh..rosak mcm mana eh? Gambar TV tu berkembar atau blur, Memang sakit mata tengok TV dalam keadaan macam tu. Lebih-lebih lagi anak-anak penulis yang selalu duduk depan TV tak kisah gambar tu blur ke, berkembar ke, diorang duduk atau berdiri jer depan TV. Ish..dah kena marah dengan ayah. Huhu.
Jadi saya dan isteri pun berbincang samada nak hantar repair TV Samsung ni atau beli baru. Hampir terlupa pula waktu PKP ni kedai repair TV tutup! Jadi kami pun buat keputusan untuk beli TV baru di Lazada. Selak punya selak macam-macam jenama ada, langsung tak filter harga. Agagaga.. Tapi kami cuba cari harga yang berbaloi dengan features yang ditawarkan bukan sekadar jenama sahaja. Al-maklumlah jika brand Samsung confirm harganya riban-riban walau brand yang satu lagi tu features dan saiznya lebih kurang sama jer dengan Samsung tetapi jauh lebih murah. Itu yang membuatkan kami nak beli jenama tersebut.
Haa..pernah dengar jenama ni? Apa, tak pernah? Hahaha..tak mengapa sebab jenama ini ialah buatan negara China dan tengah TOP sekarang ni di negara mereka. Kami explore di Lazada ni cari yang 4K itu aje. Sebab zaman sekarang FHD (1920 x 1080) dah biasa sangat. Jadi explore punya explore jumpa seller ni di Lazada.
Haa..tengok tu harga dia memang value for money utk size 55 inci siap free wall bracket dan payung lagi. Memang pandai isteri penulis ni explore harga TV di app Lazada dengan harga yang bernilai dan berbaloi membelinya. Kami pun explore lagi dengan follow seller ni punya shop. Ok, cun. Seller ni dari Batu Pahat memang kami prefer sebab kami pun menetap di JB. Kurier pula disempurnakan oleh SkyNet dan mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk sampai ke rumah ketika PKP ini. Oklah tu taklah lama sangat, kami pun ada di rumah menunggu delivery. Maklumlah #stayathome. Kan..
Walaupun TV dah sampai pada ketika itu tetapi kami ambil masa 2-3 hari barulah keluarkan TV ini dari kotak disebabkan isteri bekerja ketika PKP. Nak buat sorang-sorang risau pulak sebab anak-anak tengah nakal belaka time ni. Hehe..kakak umur 6 tahun, adik dia 2 tahun, lagi sorang bongsu usia 6 bulan. Haa..ketiga-tiga budak comel ni penulis jaga kat rumah ketika isteri bekerja waktu PKP ni. memang tak bolehlah keluarkan TV dulukan?
Bila isteri tidak ke pejabat lagi ketika PKP ini, penulis pun ambil kesempatan untuk memasang TV bersama-sama beliau. Hurm..memang tak boleh buat sorang-sorang. Agak renyah. Buat masa ni TV Skyworth ni dipasang tapaknya dahulu sebab plan asal nak install wall bracket. Tapi TV Samsung lama ni masih melekat pada bracketnya maka TV samsung di belakang dan Skyworth di depan. Bukan gila kuasa nak letak dua TV serentak. Nasib baiklah ada kabinet TV. Penulis takde impact drill kat rumah dan kalau adapun bukan tahu gunakannya, kata isterilah.
Waktu first time ON TV Skyworth ni punyalah ambil masa dekat seminit lebih loading. Itupun keluar logo android jer. Ok baru faham sebab TV ni OS Android. Sama juga jika korang 1st time atau restart semula smartphone Android mesti ambil masa sikitkan?
Lepas tu ikutlah arahan yang diberikan pada skrin seperti setup internet wifi/wired, google account, language dan sebagainya.
Tetapi satu masalah dihadapi apabila menonton online tv seperti Youtube, Netflix adalah, anda tidak boleh akses Menu pada remote control anda. Ia tidak akan berfungsi seperti mana pada live tv. Katakan anda mahu adjust picture setting ketika menonton Youtube akibat terlalu cerah cahaya TV, anda pun menekan button Menu pada remote tapi takde apa-apa berlaku pada TV. Kenapa? Sebab Menu tersebut hanya berfungsi pada Live TV sahaja. Waktu pertama kali pasang TV ini kami menghadapi masalah sedemikian rupa. Memang terang sangat-sangat bila tonton Youtube, Netflix. Sakit mata ni, berair. Jadi untuk adjust backlight/brightness ikutilah panduan saya berikan ini. Contohnya di rumah saya gunakan Unifi TV pada input HDMI 1. Jadi anda perlu tekan button Source dan pilih HDMI 1. Kemudian bila dah dalam persekitaran Unifi TV, tekan button Menu->Video dan turunkan nilai backlight/brightness pada nilai 5 backlight dan 5 brightness. Memang gelap bila menonton Unifi TV! Setelah itu tekan semula Home button atau Youtube atau Netflix pada remote dan lihat sendiri perubahan backlight/brightness. Pasti dah berkurangkan kecerahan TV kan? Haa..gitulah kaedahnya. Tak susah pun.
Zaman informasi digital sekarang ni menonton berita pun kita tengok di Youtube. Nak tengok live TV macam takda rancangan menarik. Lainlah jika anda ada pakej Astro yang ada rancangan menarik perhatian seperti Gegar Vaganza dan lain-lain. Dan menonton Gegar Vaganza pun dah boleh tengok secara online di Youtube! Kelajuan internet di rumah kita sekarang ni dah bertaraf high-speed menggunakan fiber Unifi. Jika tidak menggunakan Unifi ada yang gunakan Maxis Home Fibre, tapi sama jer. Jika korang pasang Maxis Home Fiber sekalipun teknikal TM pun akan ada sekali sewaktu installation. Hehehe..
Jadinya itulah tadi kisah penulis dan android TV. Ya memang bagus android TV ni sebab dah macam smartphone kemudahannya. Ada Google Play Store yang korang boleh download apps pada TV tersebut untuk main game. Beli ajelah bluetooth gamepad. Layan game sampai boring. Hehe..kita bertemu lagi lain kali ya. In Sha Allah.
Wassalam
p/s: 28 Dec 2020: TV kami rosak bahagian panel, jadi kami telahpun call Skyworth JB dan mereka dah angkut TV kami untuk diperbaiki. Kemudian selang beberapa hari Skyworth JB call bagi kami pilihan samada nak teruskan repair TV ini atau offer model lagi baru dengan saiz yang sama. Penulis kata OKAY! Tapi lambat pulak rasanya model baru tu nak sampai, maklumlah bulan Nov 2020 baru dilancarkan..itupun secara online. Cepat sikit sampai..tak sabar nak layan MOVIE!!!
Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
http://people.utm.my/jeffri-ar
Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
http://people.utm.my/jeffri-ar
"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
ReplyDeleteMAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."
Yes! You can access the Roku account via my roku.com. In there, you need to click the Log in option. After that, make sure to key in the credentials of your account. And those can be the Roku password and the email address. Ensure that you enter it correctly and click the Sign in option. And this access the account, and in there you can download all your favorite channels and hidden channels also.
ReplyDeleteNetflix dapat 4k x?
ReplyDeleteNetflix 4k der..cunn sebab HDR
DeleteHai...saya nak tanya kenapa tv android skyworth baru je guna 2bulan lebih..masa tengah tengok tiba2 gelap tapi suara ada..apakah yg perlu saya buat??
ReplyDeleteaneh ni. saya belum pernah lagi hadapi perkara begini. tapi boleh tak anda semak dekat menu tv setting samada
Deletei. dynamic backlight on/off?
ii. jika tonton LIVE tv ada usik backlight/brightness setting?
- live tv maksudnya guna antenna TV indoor/outdoor
iii. Skyworth ni jika kita tonton online TV spt Netflix, Youtube kita tak boleh setting backlight/brightness. Hanya di LIVE tv dapat kita setting menu tersebut.
diharap membantu walaupun saya bukanlah technician Skyworth. huhu..
saya reply lagi yer. elok turn off jika berlaku begitu. lepas tu turn on semula..baru ada visual dan suara. tak tahu kenapa.
DeleteSy pkai skyworth 50 inci normal.tv jer..dh dekat 2 tahun dh pkai..alhamdulillah xde masalah..cuma sy beli android box asing jika nk tgk iptv dgn neflix..
ReplyDelete