Showing posts with label utm. Show all posts
Showing posts with label utm. Show all posts

Wednesday, September 12, 2018

Bina Semangat | Team Building UTMLead bersama Pejabat TNCA UTM

Assalamualaikum, Salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot dot my. Penulis harap u olls dalam keadaan sihat walafiat, masih boleh meneruskan pekerjaan di kala ini. Dah lama benar penulis tinggalkan aktiviti blogging oleh kerana urusan kerja di pejabat yang tak henti-henti mendatang. Tambah pula bulan September 2018 ini banyak pula Cuti-Cuti Malaysia yang perlu dilalui. Oh..cuti lagi! Kan seronok bercuti? Boleh lepak di rumah sahaja atau berjalan-jalan di tempat menarik dalam negara kita ini. Kan? Tapi disebabkan urusan kerja yang sentiasa kunjung tiba maka tibalah masa untuk aktiviti luar pejabat yang menyihatkan badan iaitu Team Building UTMLead tahun 2018.

Hoo yeahh! team building tahun ini dianjurkan oleh pejabat TNCA. Dan ada banyak jabatan di bawah department ini antaranya SRAD, AMD, CIDU, XCITE, UGS, SPS, SPACE dan juga pejabat penulis UTMLead. Yaa..memanglah ramai jumlah staf dan sebab itu pembahagian ahli kumpulan dilakukan supaya lebih tersusun. Haa..untuk staf yang kurang berkemampuan dari segi fizikal untuk masuk ke dalam Hutan dan menjalankan aktiviti, mereka menunggu di laman sementara kami yang badang-badang dan Wonder Woman's meneruskan aktiviti seperti yang dirancang.

Dan oleh kerana ini adalah pertama kali penganjuran Team Building bersama pejabat TNCA dan jabatan-jabatan dibawahnya, maka setiap ahli kumpulan terdiri daripada kepelbagaian staf dari jabatan yang berbeza. Yaa..kita tak boleh bersama dengan rakan-rakan staf kita sahaja, kalau gitu bukanlah namanya team building, kemungkinan namanya membawang dan sewaktu dengannya.    Dan disebabkan itu kebanyakan ahli kumpulan menubuhkan group Whatsapp bagi membincangkan perkara berkaitan nama ahli kumpulan dan pembikinan logo. Ini yang menarik! Sebabnya ialah kita bersama-sama melukis dan mewarna serta menconteng arang di muka sendiri pada kain putih untuk bikin logo yang terbaik buat kumpulan kita. Korang percaya eh menconteng arang tu? Saja jer gimik menulis. 



Kalau dah menang tu kenalah kongsi sama-sama yer dak? Barulah berkat namanya. Huhu..tengok pun jadilah.

Ready? Set, GO!

Pejabat TNCA memilih tarikh 16 Ogos 2018 bagi menjalankan aktiviti Team Building ini dari pagi sampailah ke tengahari. Seingat penulis hinggalah ke pukul 2pm. Pembahagian kumpulan telah dilakukan berserta ketuanya sekali. Jadi kita hanya perlu mengenali nama-nama ahli dalam kumpulan kita supaya mudah untuk berkomunikasi. Tugas yang diberikan sebelum aktiviti ialah merekabentuk logo kumpulan sendiri dan membentangkannya sewaktu aktiviti dijalankan. Oh my..penulis dahlah tak berapa gemar nak bersuara di khalayak ramai. Tapi persediaan tu harus ada yer. Apa yang menarik perhatian penulis ialah kebanyakan ahli kumpulan yang bertugas di pejabat lain turut menghadirkan diri ke makmal multimedia kami bagi menyiapkan logo kumpulan masing-masing. Maklumlah nama pun Multimedia Lab, teruslah ke mari untuk conteng-menconteng dan warna-mewarna. Waktu nilah keluar duit beli pelaka, berus, palet dsb. Ada yang tangannya keras betul nak mewarna, ada yang natural, tapi yang penting ialah kerjasama yang ditunjukkan itu amatlah besar maknanya. Begitulah semangat team building! Sebelum program bermula lagi dah menunjukkan hasilnya.    Hahaha..terbaek!




Aha, tengok tu bukan main fokus masing-masing mewarna logo. Tekun betul masing-masing time ni kita tengok! Ofis kita dah jadi design house tau!  

Jadi setelah kita melakukan persiapan 2 hari lebih awal, tibalah pula masanya menghadirkan diri ke program yang dinanti-nantikan. Seawal pukul 7:00 am peserta program dah sampai. Amboi..awalnya, mungkin sekretariat kot. Huhu..penulis tiba ke lokasi hampir pukul 8:00 am. Maklumlah hantar anak dulu ke Taska. Tak kiralah bangun pukul 5:00 am ke tetap sampai lebih kurang 5-10 minit sebelum 8:00 am. Huhu..nasib baik ada ruang lagi untuk menyelit kereta kita.  

Waktu ni dah ramai staf berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Agaknya mungkin sekretariat dah ambil kedatangan setiap staf waktu itu. Ishh..tak boleh jadi ni, kena masuk dalam group dan lepas tu nama kita dipanggil untuk tujuan pengesahan kehadiran. Sahlah aku lewat!   Takpalah malu sikit, kebanyakannya kita kenal kawan-kawan kita. Penulis ialah subjek paling boring untuk dibawangkan kerana kita hanya minat menulis, editing, berkarya. Itu aje. Yang lain-lain kita letak tepi. Eheh..ada yang kata kita ni membosankan bila berbual. Mana taknya dalam kepala otak selalu berfikir idea ataupun output untuk penghasilan kerja yang lebih baik dari sebelumnya. Maksudnya ialah, bila kau bekerja di sebuah jabatan berkaitan akademik tetapi expertise kau dah tahap gaban, buatlah macam mana pun, pastinya krik krik krik..sebab itulah penulis sentiasa bersedia dengan idea penulisan skrip jika ada kerja-kerja pre-pro yang memerlukan ketulenan idea. Untuk promo video MOOC secara UMUM peringkat NASIONAL pun penulis dah ada. Tapi masih belum ada apa-apa bayangan dari pihak atasan jika mahu melaksanakannya. Mungkin penulis kena buat storyboard dulu kot untuk meyantuni proses seterusnya? Hahaha...mana boleh macam ni, mesti ikut flow pre-production, kalau tak sia-sia aje kerja kau ditolak mentah-mentah!



Baik, walaupun telah lewat sampai ke lokasi, tapi gaya mutu keunggulan tetap dijaga. Oleh kerana itu penulis stop seketika penulisan ini untuk sambung part 2 pula nanti ya. Rileklah, nanti kami sambung juga part 2 okay!

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
http://utmlead.utm.my/jeffri-ar

Share:

Thursday, January 4, 2018

Assalamualaikum..selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan masih berterusan melangkah ke hadapan dalam memulakan tahun 2018 ini. Baik, untuk mulakan entri terbaru 2018, penulis ingin mengajak semua pembaca kepada suatu fenomena biasa di negara kita Malaysia apabila tiba musim Durian. Yer..kebanyakan daripada kita merupakan hantu durian dan ada sebahagiannya langsung tak makan durian. Apa keslah korang ni! Ishh...   Kebetulan pada tahun penghujung 2017 sememangnya dinantikan oleh kita bagi penggemar buah durian. Dan penulis juga tidak ketinggalan meraikan pesta buah durian ini yang semakin dikenali ramai sebagai KENDURIAN. Maksudnya ialah kenduri durian. Haha..amek ko kelas! Ingat kenduri-kendara makan nasi beriani dan nasi minyak aje, inilah dia pesta yang tak hengat punya makan! Mana cukup makan 2-3 ulas jer kan, mesti nak makan sebijik dua durian baru puas, berjaga-jagalah kau dengan tahap gula dalam darah tu ya! Hehehe...



Alhamdulillah..puji dan syukur ke hadratNya. Durian FEST kali ini amat beruntung rasanya sebab pihak Bos berbesar hati untuk belanja kami semua staf UTMLead, UTM. Amat peka sekali pihak Bos  dengan suasana musim durian. SYABAS penulis ucapkan! Mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki mereka. Amin Ya Rabb. Sebelum kami dapat merasai keenakan durian ini, kami telah melihat dengan mata kepala kami sendiri di mana ada sebuah jabatan berhampiran dengan pejabat kami menganjurkan pesta makan durian untuk pejabat mereka. Wah..terliur rasanya. Jadi tidak lama selepas itu telah timbul cakap-cakap untuk mengadakan program sama seperti jabatan tersebut. Dan akhirnya berita ini telah sampai ke pihak pengurusan UTMLead. Maka pada 28 Disember 2017, setelah selesai sahaja senamrobik perdana UTM, salah seorang dari staf kami yang gigih dan bersemangat jitu telah ditugaskan untuk mencari durian. Dengan membawa van jabatan, memandulah dia ke Kampung Sawah, Pekan Nanas dengan harapan dapatlah nanti membawa longgokan durian yang enak-enak untuk dimakan bersama-sama. Berkat usaha yang padu akhirnya beliau telah membawa pulang buah durian yang begitu banyak jumlahnya yang cukup untuk dimakan oleh kami sepejabat berjumlah sekitar 30 orang. Yelahkan..ingat kopek sebiji durian tu boleh makan sorang ke? Mahu naik gula dalam darah kau! thehehe..opss! ada orang boleh makan lebih dari sebijik kau! hahaha... 



Antara longgokan durian yang perlahan-lahan makan akhirnya habis juga. hehehe..penulis duduk kat meja ni jer, tak perlu susah-susah cari meja lain. Dah berlambak dah ni. Tak payah nak berebut-rebut.

Penulis sempat mengambil seulas durian untuk jamah terlebih dahulu walaupun program belum mula secara rasmi. Yelahkan, nak ambil uniform anak di tadika, kemudian baru boleh sambung makan. Baik jamah dulu orang tua-tua kata, nanti kempunan.

 Molek ni, jom kopek dulu. Kata abang ni sambil diperhatikan adik baju biru di hadapannya...

Yer dik, abam pun setuju memang sedap yang ni, jomlah kita kopek sama2. Tak sabar dah ni. uhuk uhuk uhuk...  eh, ayah dia kat belakang tu yang baju lengan pendek. thehehe..sorry Bos!



Brader pakai topi merah ni geng panjat bukit & outdoor tracking. Selain bertubuh sado dan mantap dia juga rajin menolong orang lain. Wheeee......


Itu dia VC UTM pun turut hadir memeriahkan suasana. Amboi kau Amri,
siap berpayung bagai mengalahkan escort Datok. Kelasss!!  


Sepakat membawa berkat. Sama-sama kita menikmati durian Kampung Sawah. 



Bukan sahaja durian, malahan Cik Ram Rambut Rambutan pun turut menyerikan lagi majlis santai-santai KENDURIAN 2017


Lebih meriah lagi di majlis KENDURIAN ini adalah apabila salah seorang staf kita yang turut membawa pulut dan santan untuk dimakan dengan durian. Fuhh..memang masuklah dengan durian tu. Tak tau nak cakap apa dah. Dah malas nak fikir gula dalam darah ke, diabetes naik ke, yang penting dapatlah makan durian ni setahun sekali. Maklum sajalah..harga durian kini mencanak-canak harganya sampai tak masuk akal pun ada. Maosang king lagilah mahal..harapkan tebal aje, tapi berapa ulas ajelah ada dalam sebijik durian tu. Tapi kena ingat..kalau betul Maosang king yang sedap dan enak, bayar berapa ratus pun jadi berbaloi rasanya. Penulis ingat lagi dalam pertengahan tahun 2017 ini pergi ke rumah kakak di KL, abang ipar bawak durian dalam tupperware transparent tu. Ishh..kesiannya durian kena masuk tupperware, fresh pula tu. Tapi bila penulis makan...aduh bak hang!! MAOSANG KING GRED apa pun penulis tak tahu. Sedap bangat!! Huhu dan huhu..entah berapa ulas makan pun tak ingat! KELASSSS!!! Kalau timbang sebijik pun yang buat berat tu kulit, isi dalamnya yang nak makan. Hehehe..


Antara sebahagian staf UTMLead yang kacak dan comel lote memeriahkan KENDURIAN 2017 di belakang ofis jer. Tak payah jauh-jauh pun, tempat ini kita yang punya!  




Inilah dia kakak yang bawa pulut dan santan untuk dimakan dengan durian. Terima kasih kami ucapkan. Semoga dimurahkan rezeki yer Kak Balqis.  

Datuk VC, Datuk Pengarah UTMLead, Pengarah CALPD, masing-masing berbual ceria semeja. 



Antara staf UTMLead yang hadir memeriahkan program KENDURIAN 2017. Rugi woi tak turun ke mari. Oi oi oi...


Apa-apa pun penulis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengurusan UTMLead yang sudi untuk belanja kami semua staf yang memang kepingin nak makan durian. Walaupun durian kampung jer, tapi sedap sebab ramai-ramai dapat makan termasuklah VC UTM. Itulah namanya sepakat membawa berkat. Mudah-mudahan ada lagi surprise dan kejutan untuk kami staf biasa-biasa jer ni di masa akan datang. Atau lebih baik sekali ialah pada tahun baru ini 2018. Manalah tahukan Bos nak sponsor trip family day ke? Huhu...kita buat kerja dengan baik, tingkatkan produktiviti, nanti bos belanja kita lagi eh. Insha Allah....


Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger

Share:

Thursday, August 24, 2017

Operasi BERSIH 3.0 (KASI SAPU BERSIH INI LOKASI!)

Pada 24 Ogos 2017 UTM telah menjalankan program gotong-royong perdana sekitar kampus. Program ini yang telah dilakukan beberapa kali sebelum ini mendapat sambutan positif dari kalangan staf UTM sendiri. Dan ianya dijalankan di setiap jabatan bagi memastikan kawasan luar pejabat kita kekal bersih dan persekitaran yang sihat untuk semua. Alhamdulillah..penulis sempat meluangkan masa untuk program kali ini, maklumlah yang lepas tak dapat nak join sebab ada shooting. Jadi bila kita tiada apa-apa shooting sekitar kampus, baik kita join aktiviti menyihatkan badan ini, dapat juga keluar peloh! Tawww!!!

Walaupun di bangunan tempat kerja penulis ini telah ada petugas yang menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar, tetapi tanggungjawab kita sebagai staf yang menghuni dalam bangunan ini adalah untuk turut menjaga kebersihan di kawasan luar pejabat. Maka dari situ baru kita dapat tahu bahawa kebersihan ini tanggungjawab bersama. Bukan sahaja di bahu petugas kebersihan sahaja. Kadang-kadang kita pun ada buang sampah sana-sini. Jadi eloklah pungut kembali secara berjemaah komuniti. Lagi ramai tulang empat kerat membanting tulang, lagi cepat aktiviti gotong royong ini dapat dihabiskan. Syabas! Terbukti kerja secara berpasukan lebih bawa manfaat dari buat sorang-sorang.

Dalam bangunan ini sahaja ditempatkan beberapa jabatan seperti SPS, RMC, SRAD, AMD, UTMLead dan MYLINE. Masing-masing ada zon sendiri untuk lakukan aktiviti ini. Dan bukan staf bawahan sahaja yang buat kerja-kerja dianggap enteng ini, malah peringkat pengurusan juga sama-sama berganding bahu menjayakan program ini. Alhamdulillah..kalau kita tengok Bos-bos buat kerja, boleh kata sama penatnya dengan kita. Ini yang TERBAIK!! Penulis juga merasakan bahawa adalah elok jikalau program ini diteruskan bagi mengekalkan kebersihan kawasan sekitar pejabat. Peralatan pula mencukupi, yang tidak disediakan biasanya sarung tangan, kenalah bawa sendiri. Maklumlah, mana tahu tiba-tiba tengah cabut rumput kering tercabut pula pokok semalu. Adusss!!!...

Ada 6 orang Bos dalam gambar di atas dan ada antaranya berlainan department.


Baru jer selesai membanting tulang. Nampak tu ada pongkes, penyapu cakar ayam, etc..seronok eh..


Budak baju biru cair yang tengah-tengah tu kejap nampak muka kejap tak nampak muka..ada-ada aje efek yang kau nak buat eh?  


Rajin abam Gaffar bantu ringankan tulang bersama-sama yang lain. Syahdu dibuatnya..  


Geng2 dari MYLINE pun turut sama menabur bakti berjasa pada nusa! Cayalah!!..steady!!


Alhamdulillah..ada juga jamuan buat kami selepas operasi BERSIH 3.0  


Masing-masing dah lapar ketika ini, termasuklah penulis! Huhu dan huhu..


Satu perkara lain yang agak mengecewakan pada pandangan penulis ialah tragedi anak pokok kurma yang telah dicabut dan entah ke mana perginya. Kasihan..seingat penulis, ada seorang staf dari UTMLead yang bersungguh-sungguh menanam kurma tersebut dengan membawa harapan agar berbuahlah hasil kurma itu tadi. Walaupun masih anak pokok tapi telah mengakar ke bumi dan perlahan-lahan membesar walau tengok dari jauh macam tiada apa-apa perubahan dari segi saiz. Mudah-mudahan boleh kita tanam pokok lain pula selepas ini.

Baiklah..apa yang penulis harapkan di sini ialah moga diberikan lagi kesihatan yang baik di masa hadapan untuk jalankan operasi gotong-royong pada waktu yang lain pula selepas ini. Seronok keluar peluh. Duduk dalam ofis berhawa dingin sambil buat editing memanglah tak keluar peluh, hanya menambahkan lagi sakit di otot-otot tertentu yang penting untuk buat kerja production pada masa akan datang. Kipidap kipidap kipidap guys!!!

Wassalam...
Jeffri Rahman

Cinematographer | Producer | Voice Over

Share: